Khamis, 3 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


Mampuih la UMNO kali nie... hihi...

Posted: 03 May 2012 10:00 AM PDT



Bersih 3.0: Usaha Najib pulih imej berkecai

KUALA LUMPUR,: Tindakan ganas polis terhadap orang awam terutama para wartawan menjadikan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien amat tercalar teruk.

"Sukar bagi PM untuk menjawab dengan masyarakat antarabangsa yang mempersoalkan tindakan kerajaannya terhadap rakyat mereka sendiri.

"Amat payah bagi PM menafikan keganasan polis oleh mangsa yang mendakwanya, kerana semua itu telah dirakamkan," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.


Tambahnya, ternyata percaturan mereka dalam menguruskan Bersih 3.0 telah silap dan tersimpang jauh dari matlamatnya.

Sehubungan itu, ujarnya DPPM menganggap tindakan kerajaan yang melayan peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan kasar sebagai silap strategi.

Bagi DPPM, menurutnya PDRM telah menggagalkan semua hasrat Perdana Menteri yang mahu memulihkan imejnya di mata rakyat tetapi berkecai dalam sekelip mata semasa mengendalikan Bersih 3.0.

Di atas kertas, kata beliau strategi mereka mahu menjadikan Bersih 3.0 sebagai gambaran keganasan orang awam terhadap pihak polis.

"Dengan imej polis yang dipukul orang awam, kereta polis yang diterbalikkan, motor polis trafik yang dirosakkan, serta peralatan polis yang dirampas pada peringkat awalnya seolah-olah perancangan mereka berjaya.

"Namun demikian, mereka lupa bahawa para wartawan juga berada di tempat kejadian dan mereka merakam setiap insiden keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap orang awam," tegasnya.

Bahkan, kata Riduan lebih mendukacitakan pula, para wartawan pula dipukul, dicederakan, ditahan dan peralatan mereka dirampas sehingga beberapa orang wartawan terpaksa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Menurutnya lagi, mungkin pegawai tinggi PDRM lupa berpesan kepada anggota yang bertugas supaya tidak mengambil tindakan kasar terhadap para wartawan.

Katanya, mereka juga lupa memberi arahan supaya tidak memukul peserta di hadapan para wartawan.

Yang lebih utama, ujarnya mereka tidak sangka bahawa para wartawan yang dicederakan itu adalah daripada media antarabangsa walaupun media utama negara memaparkan kebaikan dan professionalisme polis dalam mengendalikan Bersih.

"Rakyat yang tidak tahu mungkin boleh ditipu dengan cerita versi mereka sahaja," ujarnya.

Namun, kata Riduan mereka tidak boleh sembunyikan cerita sebenar dan rakaman video oleh wartawan media antarabangsa mengenai keganasan polis terhadap rakyatnya sendiri.- DD

TERKINI: PDRM rugi lagi...

Posted: 03 May 2012 08:25 AM PDT

PDRM rugi RM1.8 juta akibat rusuhan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika rusuhan pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di sini Sabtu lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.

"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sabtu lalu, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Sehingga kini polis sudah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh pada perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.

Mahmood berkata, seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan bertugas sepanjang perhimpunan itu.

"Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut," katanya. - BERNAMA

GEMPAQ: Katak merah depan laman... teringat kat dia tue, kahkahkah...

Posted: 03 May 2012 05:30 AM PDT

Katak berwarna merah yang ditemui anak Kamsah, Mohd Fakrul Ikwan di halaman rumah mereka, semalam.


Gempar katak merah di laman rumah

MARANG – Sebuah keluarga yang tinggal berdekatan bangunan rumah kedai Majlis Daerah Marang (MDM) di Wakaf Tapai dekat sini, terkejut apabila anak mereka yang berumur sembilan tahun menemui spesies baru katak berwarna merah di halaman rumah mereka.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, Kamsah Ludin, 38, sejak tinggal di kawasan berkenaan beberapa tahun lalu, dia tidak pernah menemui katak sebegitu.

"Kami terkejut selepas Mohd Fakrul Ikwan (anak) memberitahu ada seekor katak berwarna merah di halaman rumah.

"Selepas haiwan seberat lebih kurang 15 gram itu berjaya ditangkap bapanya, kami menyimpannya di dalam sebuah bekas," katanya.

Menurut Kamsah, katak kecil sepanjang kira-kira dua sentimeter dan berwarna merah itu kelihatan amat menarik.

"Tertarik dengan warnanya, kami menyimpannya untuk tatapan mereka yang ingin melihatnya," katanya semalam.

Maklumat yang diperoleh daripada beberapa laman web di internet semalam, mendapati katak berwarna merah itu ada persamaan dengan spesies katak merah ditemui di Costa Rica, Brazil berdasarkan warna dan bentuknya.

Inilah Katak Merah Costa Rica yang dipaparkan dalam laman web indonesia.mongabay.com yang menyerupai katak merah yang ditemui keluarga Kamsah.

Bagaimanapun, laman web indonesia.mongabay.com itu tidak mengandungi maklumat lanjut dan terperinci mengenai katak merah yang dinamakan sebagai 'Katak Merah Kosta Rika' itu.

Selain itu, dalam Biology–blog.com, blogger terbabit menyifatkan spesies itu berasal dari pergunungan Haiti, Hawaii dengan nama saintifiknya 'Eleutherodactylus audanti'.

Namun, maklumat terperinci mengenai spesies katak merah itu juga tidak dinyatakan lebih lanjut.

Mengulas lanjut, Kamsah berkata, dia akan menyimpan haiwan amfibia itu dan bersedia memberikan jika ada pihak yang ingin mengkaji spesies baru ditemui itu.

Sinar

TERHOT: Gambaq Polis Pompuan Terkantoi... kahkahkah...

Posted: 03 May 2012 03:00 AM PDT

Polis Menyamar Peserta BERSIH 3.0 Pengsan Terkena Tear Gas!

Oleh CuccXs

Ha ha ha nak menyamar sebagai peserta Bersih 3.0 tapi kantoi!!! Pakai baju T Bersih tapi seluar masih nampak seluar subsidi polis!! Kena tear gas dah pensan.

Segelintir polis/SB yang menyamar sebagai demostran melakukan provokasi, mereka menyamar untuk mencuri maklumat, menangkap demostran & pemimpin selain daripada melakukan provokasi

BBC dah naik hangin ngan ASTRO-UMNO... kahkahkah...

Posted: 03 May 2012 01:00 AM PDT

BBC selar siaran liputan Bersih 3.0 ditapis

KUALA LUMPUR, 1 MeiBritish Broadcasting Corporation (BBC) menyelar tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro.

"Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.

"Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran," kata wakil BBC melalui emel kepada The Malaysian Insider.

Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat "permohonan segera" kepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua minit terhadap protes ganas tersebut.

"BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka.

"Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan daripada versi asal BBC," katanya.

Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut, laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat termasuk rakaman dengan dua perusuh.

Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan oleh saluran Malaysia boleh di tonton di:http://www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0

Ketika sesi temuramah dengan seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, dia telah berkata kepada BBC polis telah melepaskan gas pemedih mata apabila perusuh berhasrat untuk berunding.

"Mereka melepaskan gas pemedih mata berbanding meminta maaf, kami tahu ia hanya tembakan tidak sengaja, kami cuba tawarkan perdamaian, tapi mereka tetap melepaskan tembakan," katanya.

Dalam temu ramah selanjutnya, seorang lelaki India telah menjelaskan alasan beliau menyertai perhimpunan tersebut dan secara tiba-tiba bertukar ganas ketika jam 3 petang pada Sabtu.

"Saya ke sini untuk melihat apa yang ada pada pilihan raya yang adil dan bebas. Itu sahaja.

"Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan bersih. Ketika ini, ia tidak bebas. Okay? Jadi saya berhasrat untuk berada di sini kerana ia hari bermakna buat Malaysia," katanya dikelilingi ribuan peserta yang hadir sebelum halangan di Dataran Merdeka diruntuhkan.

Laporan televisyen tempatan turut mengeluarkan bahagian lain laporan BBC, yang mana menunjukkan rakaman dari sudut atas polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Kata-kata koresponden BBC, Emily Buchanan turut dikeluarkan daripada petikan berkenaan.

"Tidak jelas bagaimana keganasan itu bermula," katanya dalam petikan yang disiarkan.

".... namun selepas perhimpunan itu diisytiharkan berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, halangan itu diruntuhkan ...," katanya dalam petikan yang disensorkan.

"... pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh," katanya, dan petikan rakaman itu disiarkan.

Perhimpunan Sabtu lalu memberikan laporan negatif terhadap media antarabangsa, yang mana menyelar pentadbiran Najib.

Menurut BBC, walaupun jumlah peserta yang besar, kerajaan dilihat tidak berminat untuk berubah dan pilihan raya dijangka bakal berlaku Jun depan, terlalu awal untuk pembaharuan dilaksanakan.

"Ini bermakna, akan ada lebih banyak penentangan politik."

Perhimpunan Bersih kali ini lebih ganas daripada 9 Julai tahun lalu, Bersih 3.0 telah bertelagah mencari kesalahan kerajaan dan pembangkang siapa yang menjadi pencetus keganasan antara polis dan perusuh.- TMI

PANAS: Aku sokong Polis nie, ada Pistol simpan buat hapa... hehe...

Posted: 02 May 2012 11:00 PM PDT

Ni kalau kita tanya menteri, mesti dia kata Polis tu ikut SOP punya.... hehe...

HOT: Gambar2 yang buatkan Najib kencing tak lawas... kahkahkah...

Posted: 02 May 2012 09:00 PM PDT

Gambar ini buat Mahathir Senak Perut

Mungkin ada yang menjangkan gambar Marina anaknya menyertai Bersih 3.0 membuatkan Mahathir senak perut. Tapi rasanya itu sekadar memulas dan terkentut sahaja. Pasal Marina telah menyertainya pada BERSIH 2.0 lalu.

Tapi gambar Kadir Sheikh Fadzir salah seorang orang kuat Mahathir, 30 tahun dalam Majlis tertinggi UMNO sudah tentu akan membayangkan bahawa UMNO sekarang sudah sampai masa luputnya.


Marina Matahir bersama Zunar pada Bersih 3.0


Pemuda Dungun

Nak jilat pun biaq la Najib basuh berak dulu... kahkahkah...

Posted: 02 May 2012 07:00 PM PDT

Hari ini dalam sejarah: PM guna tandas ini

(Penyataan pada tandas yang digunakan oleh PM. Ia dibuat oleh BN Pasir Puteh)


PASIR PUTEH: Mungkin kerana terlalu ingin membodek, maka berlakulah dengan apa yang berlaku ini.

Ia berlaku di Pasir Puteh, Kelantan apabila sebuah tandas telah direkodkan sebagai bersejarah hanya kerana ia telah digunakan oleh Perdana Menteri.

Menurut satu laman, Ohtidak.com, mereka sendiri tak tahu nak cakap apa sampai tandas yang PM gunakan turut dijadikan sebgai tempat bersejarah.

Ini pertama kali kami lihat kes seperti ini dan nampak taksub sangat pun ye juga ni, kata laman itu.

"Tapi mestilah bangga klau PM gunakan tandas di tempat kita kan?

"Bukan senang nak jumpa seorang insan bernama Datuk Srri Najib Tun Abdul Razak," tulis laporan dalam laman itu.- Harakahdaily

TERHOT: Gambar Polis yang rampas kamera wartawan

Posted: 02 May 2012 05:00 PM PDT

Foto Polis Rampas Kamera Wartawan

Oleh Tuk Kiyai

Lihatlah foto di atas. Kamera wartawan tersangkut di leher polis. Dengan siapa polis itu berbual? Adakah beliau ingin bertanya mengenai tindakannya merampas kamera wartawan itu mengikut SOP atau tidak?


HOT: Putri ditahan miliki dadah

Posted: 02 May 2012 03:00 PM PDT

MALANG- Penyanyi dangdut Putri Vinata ditahan polis antinarkotik di sini kerana memiliki dadah jenis syabu Isnin lalu bersama temannya, David Mauris.

Menurut Ketua Polis AntiNarkotik Malang, Adjutan Komisioner Sunardi Riyono anggotanya memberkas Putri hasil maklumat orang ramai. Putri ditahan bersama David dalam kereta ketika berada di depan bangunan BCA di Jalan Borobudur, Blimbing di sini. Polis turut merampas satu plastik berisi syabu yang disimpan dalam kertas pembalut.

"Ekoran penemuan dadah itu, Putri dan temannya ditahan untuk siasatan lanjut," katanya, semalam.

Sunardi berkata, Putri yang terkenal dengan gelaran Putri Kayang itu mengaku memperoleh dadah berkenaan daripada rakannya di Surabaya.

Polis masih melakukan siasatan lanjut atas kes itu.- DH

TERHOT: Demo jalanan budaya kita... kahkahkah...

Posted: 02 May 2012 01:00 PM PDT

PROTES... Pemandu kontena yang tidak berpuas hati dengan pengurusan depoh mengadakan protes di luar Nothport di Pelabuhan Klang di Bandar Sultan Sulaiman pada Rabu -foto THESTAR Oleh K.K. Sham

Tiada ulasan: