Senyum Tangis Sendu |
Mari Kita Lihat Video Anjing UMNO dan Babi PERKASA Mengganas Posted: 22 May 2012 05:10 PM PDT Gelagat dalam membuktikan UMNO dan PERKASA seronok berpesta merosakkan harta benda awam dan pihak polis hanya menyaksikan sahaja serta membiarkan sahaja acara membaling telur dan batu ke arah kenderaan orang awam. Kenapa pihak polis tidak agresif seperti kejadian BERSIH 3.0? Walhal keganasan yang dilakukan bermula daripada PERKASA dan UMNO dan berlaku betul-betul dihadapan pihak polis. Adakah pihak keselamatan seperti dalam filem hindustan yang hanya patuh kepada pemerintah politik tertentu dan bukannya menjaga ketenteraman awam? UMNO dan PERKASA berseronok namun tiada sebarang tindakan dari polis. Jika ini berlaku kepada peserta BERSIH 3.0, nescaya habis berdarah kepala-kepala yang buat ganas tetapi lain pula yang berlaku di Merlimau dan seakan-akan polis tiada kuasa berbuat demikian. Malaysia sudah menjadi negara yang aman dan dikawal oleh UMNO dan PERKASA. Kuasa keselamatan akan berfungsi sekiranya mendapat arahan 'orang atas' seperti kebanyakkan skrip yang selalu digunakan. Mereka bertindak bukan ikut prosedur sebaliknya orang atas akan memberikan arahan. Siapakah orang atas? Orang atas biasanya orang-orang politik. Pihak polis tidak sepatutnya terlibat dalam kancah politik sebaliknya bebas mengawal keselamatan. Jika pihak keselamatan mahu berpolitik, masuklah komponen Barisan Nasional. Harap pihak berkuasa pandai menilai yang mana soal keselamatan dan soal politik. |
Gambar: PERKASA Akui Terlibat Baling Telur dan Batu Di Merlimau Posted: 22 May 2012 09:54 AM PDT Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu melibatkan PERKASA dan Umno walau dinafikan oleh Ibrahim Ali seperti kenyatan dalam Malaysiakini. Sumber dalaman UMNO memberitahu, mereka memang terlibat dan dalang utama adalah UMNO dan PERKASA. Mereka merancang daripada awal setelah mendapat isyarat daripada kepimpinan UMNO Melaka dan akan bertindak seperti yang dirancang. Pihak polis juga tidak banyak membantu menyuraikan keadaan seolah-olah polis tidak mempunyai telur jantan dalam mengawal keadaan sebaliknya jika perhimpunan BERSIH 3.0, mereka seperti menggila dan membabi buta. Itulah sikap pihak keselamatan. Pihak keselamatan sepatutnya dapat mengawal keadaan daripada berlarutan sehinggakan merosakan harta benda awam. Adakah kerana Pakatan Rakyat, pihak polis tidak campur tangan dalam menangani keganasan dan ini boleh menghakis keyakinan orang ramai kepada polis. Diminta setiap yang berlaku agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang serius sebelum kejadian yang tidak diigini berlaku seperti di Merlimau. Laksanakan tugas dengan adil semoga kredibiliti tidak dicemari oleh najis UMNO. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan