Sabtu, 12 Mei 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Lagi Bas Kemalangan ke Perhimpunan UMNO

Posted: 12 May 2012 07:19 AM PDT



Sepasang suami isteri terbunuh manakala 17 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Km 45.2 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Gua Badak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Manab Bahrum berkata, pemandu lori, Ong Khian Hock, 51, dan isteri, Loh Weng Chan, 46, yang berasal dari Taman Pengkalan Makmur, Taiping, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Mayat mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Menurut Abdul Manab, kejadian berlaku pada pukul 6 pagi ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gerik, bertembung dengan lori yang dipandu Khian Hock yang sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Lenggong.

Katanya, mereka yang cedera parah ialah pemandu bas, Azmi Abdul Rahman, 48, dua penumpang iaitu Norliza Che Moh, 40, dan Fadilah Mahmud, 43 dan kesemua mereka kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Seramai 14 lagi penumpang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Gerik.

Mereka adalah antara 38 ahli Wanita UMNO Bahagian Gerik yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. - BERNAMA

Bukti 100,000 Orang UMNO Kena Tipu Dengan Najib

Posted: 12 May 2012 12:59 AM PDT


Padan muka. Sokong UMNO tapi kena tipu dengan pemimpin. Yang tua-tua ni pun satu, tak sedar diri. UMNO dah mampus masa umur mereka 41 tahun lagi. Yang ada sekarang UMNO bergetah yang tidak tahu halal haram dan sukakan maksiat. Orang tua-tua dalam UMNO patut insaf jangan jadi macam lembu Kak Ijat.

Kononnya dengan adakan larian 66 tahun, rakyat Malaysia terpukau. Menyalak dalam Stadium Nasional Bukit Jalil bagaikan sokongan UMNO mendapat sokongan anak muda. Namun ketika aku berada di satu sudut dengan UMNO Kelantan, situasinya berlainan. Aku rasa gelombang The Red Warriors lagi ramai.


Ada yang bagi tahu aku bahawa mereka pergi ke majlis besar-besaran UMNO cuma dapat duit RM 10 dan RM20 sahaja. Aku bagai nak gelak. Kasihan betul kepada puak-puak yang pergi ke sana tetapi dapat RM10 dan paling banyak pun dapat sekitar RM20. 

Orang tua dan anak-anak muda yang tidak tahu itu politik pula diangkut dengan bas yang telah disediakan oleh UMNO. Setiap kawasan menghantar 3 buah bas dan kira-kira 2,000 bas telah menghadiri ke stadium tersebut. Kalau dikerah, baru namanya UMNO. Tak gitu?

Selain dapat duit RM10 hingga RM20, mereka juga diberikan sehelai T-shirt dan juga makan. Begitulah yang sempat aku interview malam tadi dengan beberapa orang tua dalam UMNO yang masih ditipu oleh pemimpin yang berhati syaitan. Menipu golongan tua yang tidak tahu apa itu politik.


Semasa aku bertanyakan mereka, aku sempat bertanya mereka datang dengan apa. Mereka memberitahu aku menaiki bas yang telah disediakan disetiap kawasan. Mereka terpaksa berjalan kaki kira-kira 3 kilometer ke Stadium Nasional Bukit Jalil semata-mata dikerah oleh UMNO kawasan masing-masing dan bukan itu sahaja ketika untuk pulang juga terpaksa berjalan kaki sejauh 3 kilometer.

Sudahlah berjalan jauh, dapat RM10 hingga RM20. So, apa lagi orang UMNO bersyukurlah dengan apa yang kamu dapat walau kamu ditipu. Besyukur memanjang sampai kena tipu itu bukan namanya bersyukur tetapi itu namanya MELAYU SUBSIDI. Bodoh!

Tiada ulasan: