:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
Umno terharu diiktiraf Parti Komunis China Posted: 23 Jan 2011 11:11 PM PST Oleh: Pria Malaya Sebelum ini punyalah berdegar-degar kononnya bantah dan anti-komunis..tuduh DAP sebagai boneka dan punyai talian dengan parti komunis China dan luar negara... Hari ini, tiba-tiba Umno terharu dan bangga apabila parti Komunis ini memuji Umno itu dan ini.. Itu belum lagi pengiktifaran Amerika dengan status 'negara Islam' Malaysia..terlompat girang mereka terharu negara musuh Islam itu memuji dan mengakui 'keberkesanan' Negara Islam Malaysia..baca di SINI.. Korang bayangkan bagaimana tiba-tiba parti ini turut mengiktiraf DAP atau pembangkang (PR)..agak2 apa reaksi penyokong bawahan Umno?.."sah, parti DAP adik beradik komunis!", "talibarut Komunis masih bertapak di Malaysia!", "Halau DAP pulang ke negara Komunis(China)", dan lain2... Begitulah cara mereka memanipulasi sesuatu isu..fikir2kan..wallahua'lam.. Parti Komunis China Kagum Perubahan UMNO Berdepan Cabaran Masa Depan KUALA LUMPUR, 20 Okt – Delegasi Parti Komunis China (CPC) hari ini percaya UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara mampu melakukan perubahan untuk berdepan cabaran khususnya meraih sokongan generasi akan datang. Ketua delegasi CPC, Huang Xiangyao berkata walaupun UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) menerima tamparan pada pilihanraya umum lalu namun menerusi perubahan-perubahan yang dilakukan, BN mampu meraih semula sokongan rakyat. Malah beliau turut mengakui berminat untuk mendapat pengetahuan bagaimana UMNO melakukan perubahan tersebut. Pada kunjungan delegasinya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO hari ini, beliau juga melahirkan rasa gembira kerana hubungan kedua-dua parti terus dapat dieratkan. Ini katanya dibuktikan menerusi jemputan UMNO kepada CPC yang bukan sahaja untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2010 tetapi juga turut serta dalam forum antarbangsa yang diadakan bermula Isnin lalu. "Pihak CPC amat menghargai kerjasama yang telah dijalinkan bukan saja kerjasama diplomatik dan perdagangan antara China dan Malaysia tetapi hubungan antara kedua-dua parti yang terus terjalin erat", katanya. Dalam kunjungan selama hampir satu jam itu juga delagasi CPC turut diberi penerangan ringkas tentang sistem organisasi parti, situasi semasa perjalanan perhimpunan agung UMNO dan juga persiapan UMNO bagi menghadapi dua pilihanraya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi. Huang turut menyatakan harapan besarnya agar UMNO termasuk kerajaan Malaysia mengambil kesempatan kerjasama erat ini untuk terus menerokai peluang baik dari sudut ekonomi, teknologi dan perniagaan yang sedia ada negara republik berkenaan. "Malaysia adalah rakan lama China dan hubungan kedua-dua pemimpin sememangnya menjanjikan peluang yang cukup besar untuk manfaat kedua-dua negara", ujarnya. Sementara itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula kerjasama UMNO dan CPC sebenarnya cukup erat apatah lagi kedua-dua parti telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos lalu. "Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud," katanya. Jelas beliau lagi walaupun China mengamalkan sistem satu parti namun di negara tersebut terdapat lebih 50 masyarakat etnik. "Sebagai sebuah negara besar tentunya mereka mempunyai pelbagai masalah dan percaya bahawa kaedah yang diambil dari Malaysia sedikit sebanyak boleh digunapakai dan boleh ditokok tambah untuk disesuaikan dengan pentadbiran negara mereka," jelasnya. Katanya, beliau turut menyebut minat UMNO bagi menghantar generasi muda khususnya di kalangan pergerakan Pemuda dan Puteri untuk mempelajari bagaimana CPC melaksanakan program-program mereka. - MediaUMNO |
KURANG AJAR: Selepas MCA, giliran Gerakan pula menyerang Islam..parti rasis Umno terus membisu! Posted: 23 Jan 2011 05:32 AM PST Oleh: Pria Malaya Memang biadap dan kurang ajar!..dah 50 tahun lebih merdeka pun masih jahil tentang hukum Islam, masih mahu persoal dan pertikai syariat2 Islam..sama juga isu sebelum ini..peguam MCA yg kononnya tak dapat bezakan antara bunyi azan dengan bunyi ceramah/kuliah agama..baca di SINI.. Terus terang penulis katakan, penulis tak salahkan mereka..tak pelik mereka persoal itu dan ini krn mereka bukan Islam, sudah pastinya jahil dan tidak faham tentang Islam..yang patut dipersalahkan adalah parti assobiyah Umno!!..parti ketuanan Melayu inilah punca MCA dan Gerakan semakin jahil dan menentang Syariat Islam! Umno barua MCA/Gerakan! Penulis setuju dgn pandangan Cikgu Normala Sudirman, Umno GAGAL SEGAGALNYA menjelaskan apa itu Islam kpd sekutu mereka walaupun telah menjalin hubungan lebih 50 tahun..yang mereka tau, Melayu Melayu Melayu sampai agama sendiri dilacurkan.. Lihat shj contoh dlm isu bersalam/berjabat tangan antara wanita dan lelaki bukan mahram di dalam Islam, mana suara pemimpin Umno membela Normala? mana suara pencacai Umno, Zul Kulim mempertahankan Syariat Islam ini? mana PERKASAm dan sekutunya yang lain?..butakah? bisukah? pekakkah?.. Kalaulah DAP yg timbulkan isu ini, xcukup ruang Utusan malaysia dan RTM mainkan isu pengkhianat agama, anti Islam, ultra kiasu, ISA, PAS boneka DAP, dan lain2..mcm tu juga Zul Kulim...dasar lidah bercabang punya Melayu..pengkhianat agama!! PRK Tenang pamer wajah sebenar MCA-UMNO terhadap Islam Itu belum lagi isu 'negara Islam'..kenyataan Muhyiddin Yassin yang bersetuju dengan langkah MCA menjaja isu Islam demi menakutkan masyarakat Cina dengan penubuhan negara Islam (hukum Islam) ternyata telah melampaui batas.. Begitu juga tindakan MB Johor, Ghani Othman yang memperlekeh undang2 islam (mencuri potong tangan) di hadapan kaum Cina di Tenang..sungguh biadap cara mereka berkempen semata2 undi bukan Islam..sila baca pada tajuk, "BIADAP: MB Johor dan Muhyidin persenda hukum Allah, takutkan pengundi Cina dengan negara Islam!"... Sila sebarkan! Untuk yang terakhirnya, tahniah Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang segera tampil kehadapan mempertahankan syariat dan hukum Islam dari dilacurkan oleh MCA dan Umno..selagi sesuatu isu itu tidak mendatangkan manfaat kpd perjuangan mereka (Umno), jangan harap mereka nk bersuara dan menjuarai isu ini.. Akhir kalam, seperti biasa, isu kebiadapan parti MCA dan GERAKAN ini akan dikemaskini pada link di sebalah, "Koleksi sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!"..mohon kalian baca dan sebarkan.. p/s: Mohon rakan2 yang punyai 'link' dgn Zul Kulim, sampaikan artikel penulis ini kepada beliau..penulis masih menunggu respon beliau di facebook, masih tidak berani approve..dasar pengecut.. BERITA 1 Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina. Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu. "Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu. "Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim." Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina. Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat. "Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama. "Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk." Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya. Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya." Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat". - MK BERITA 2 Persatuan Peguam Muslim tuntut Presiden MCA mohon maaf SHAH ALAM 23 Jan. : Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar mengesa Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek memohon maaf ekoran kenyataan menyentuh sensitiviti agama Islam seolah-olah penganut Islam sebagai anti-sosial dan tidak mampu melayani masyarakat. Zainul Rijal berkata demikian dalam satu kenyatan medianya hari ini di sini . Dalam pada itu, beliau yang dihubungi TV Selangor berkata dalam memperjuangkan nasib rakyat, tidak sewajarnya menjadikan isu agama sebagai barang untuk dijaja kerana ia mencakupi sensitiviti sesetengah masyarakat. "Tidak semua isu perlu dijaja sebagai isu politik khususnya isu agama yang mencakupi sensitiviti masyarakat yang berbilang bangsa dan ini juga telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama masing-masing, jadi sebagai Islam memang ada perbahasan-perbahasan terhadap sentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram ini adalah haram," katanya. Zainul menjelaskan calon PAS untuk PRK DUN Tenang, Normala Sudirman hanya mengamalkan agamanya dan keadaan ini tidak langsung mengambarkan ketidak mesraan beliau dalam kempen pilihanraya. "Beliau hanya menjalankan prinsip agama yang utuh dan tidak sepatutnya wujud persoalan untuk ditimbulkan dalam hal ini kerana ia akan menjurus kepada mempersoalkan undang-undang Islam itu sendiri, " katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chua terhadap calon PAS itu ekoran keengganan berjabat tangan dengan bukan muhrim semasa pusingan kempennya di Tenang. Khamis lalu, Chua telah memberi amaran kepada masyarakat Cina di Tenang untuk menentang "seperti ini nilai-nilai Islam". Hal ini diikuti oleh Naib Perdagangan Koperasi dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe yang pagi ini mengutuk Normala atas masalah yang sama. "Jadi tidak bermakna tidak bersalam itu bermaksud tidak mesra dan mengurangkan produktiviti dan apa yang penting bagi seseorang itu mengamalkan agamanya dan dia perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agamanya, " katanya. Dalam pada itu, Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa pula berkata insiden ini jelas menunjukkan kegagalan UMNO-Barisan Nasional apabila dilihat gagal memberi kefahaman yang jelas kepada rakan komponennya MCA tentang agama Islam. "Sebab itu kita melihat bahawa sikap 'double standart' yang diamalkan Umno yang bukan sahaja tidak mengamalkan agama dalam kepimpinan parti mereka tetapi juga gagal memberikan kefahaman serta merungkaikan apa yang boleh menjadi sensitiviti kepada orang Islam dan masyarakat," ujarnya. "Dan kita juga melihat ulama-ulama Umno juga gagal memainkan peranan dalam memberikan kesedaran terutamanya sekali dalam komponen BN itu sendiri untuk memahami secara jelas dalam isu Islam," katanya lagi. Fariz kertika dihubungi Tvselangor, turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan MCA sekaligus insiden ini membuktikan mereka jalas ketandusan idea kerana sanggup menggunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka. "Kita sangat kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh MCA dalam suasana sebegini dan ini jelas membuktikan bahawa mereka ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu agama yang boleh menyebabkan tercetusnya sentimen perkauman dan agama," katanya. Tambahnya lagi, polemik ini tidak ada penghujungnya jika tindakan tegas tidak diambil dari komponen Barisan Nasional khususnya Umno dalam mendepani permasalahan ini. BERITA 3 Umno Gagal "Dakwah" MCA SHAH ALAM 23 JAN : Kedangkalan ilmu agama pimpinan Umno-Barisan Nasional, menjadikan isu bersalaman calon PAS, Normala Sudirman terus digunakan sebagai kempen parti komponennya pada pilihan raya kecil Tenang. Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, walaupun sekian lama MCA menjadi parti komponen BN yang diterajui oleh kepimpinan beragama Islam, parti itu masih gagal mendidik perkara asas dalam Islam. " Kalau yang sudah mengaku Islam pun tidak faham, di kalangan sahabat-sahabat MCA jauh tidak faham tentang isu-isu keIslaman.Mereka tidak dapat didik dengan Umno sebab Umno sendiri tidak mengarah kepada mendidik tentang Islam kepada parti-parti yang bersama dengannya," kata Ustaz Ghani kepada Tv Selangor. Malah menurut Ustaz Ghani, tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek mempertikai tindakan Normala yang enggan bersalaman dengan pengundi Cina menunjukkan sikap perkauman sempit yang dibawanya. " Jelaslah bahawa Chua Soi Lek adalah seorang politikus yang agak cenderung kepada perkauman dan oleh kerana itu hujah-hujah mereka dalam memenangi hati rakyat adalah hujah perkudaan. " Jadi Chua Soi Lek harus dilatih dan dididik agar memahami politik yang mengatasi kaum, politik yang menggunakan alasan-alasan yang lebih logik, lebih bertamadun, lebih beretika, dan lebih bermoral," tambah Ustaz Ghani. Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini turut menyelar pendirian Normala sambil menyifatkan tindakan tidak bersalam dengan bukan muhrim sebagai tidak mesra. Walaupun penjelasan telah diberikan oleh calon PAS di Tenang namun ia nampaknya tidak dihiraukan oleh pimpinan BN dan parti komponennya dalam cubaan meraih undi masyarakat Cina di DUN tersebut. " Saya fikir itu bukan isu yang boleh menenggelamkan pengaruh PAS di Labis. " Yang jelas Umno bukanlah parti yang cuba memenuhi kehendak-kehendak Islam sepertimana yang dituntut oleh agama walaupun barangkali mereka mendakwa mereka juga membela agama tetapi keagamaan yang mereka bawa itu adalah dalam batas yang dangkal. Walaupun ada ustaz-ustaz di situ tetapi hanya sebagai pengikut dan bukan yang membuat polisi dan dasar," tambahnya lagi. - TVS BERITA 4 (Jawapan Cikgu Normala) "Calon PAS kecewa Soi Lek tak faham Islam, Umno pula gagal bantu MCA LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita. Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi. Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam. "Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. "Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus. "Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini. Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang. "Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini. "Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Dr Chua. Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini. Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39. Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat. "Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa. "Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya. "Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini," kata beliau. Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang. "Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata. "Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu. "Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini," katanya. Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu. "Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya. "Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku. "Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami," katanya. Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini. "Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil. "Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu. "Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN," katanya. Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini. "Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India. "Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN," katanya. Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru. "Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati. "Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi," katanya. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - TMI |
You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan