Roslan SMS Corner |
Berhati-hati dalam menegur (29/5/12) Posted: 28 May 2012 11:47 PM PDT Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Kita berebut dalam dunia yang sempit untuk hidup. Kadangkala kita tidak terlepas dari mencuri peluang dan kesempatan bagi memastikan kehidupan kita terus terjamin. Terlupa bahawa dalam keghairahan itu kita perlu berhati-hati. Iman dan adat sewajarnya menjadi garis penentu mengawal perilaku dan tingkah kita. Masalahnya ada yang boleh ditegur dan ada yang ada-ada sahaja alasan untuk memintas dan menangkis teguran malah menyerang pula si yang menegur. Dalam Islam kita memang ditugaskan untuk tegur-menegur dalam bentuk berpesan-memesan. Ianya termaktub dalam surah al Asr apabila Allah swt berfirman: Demi masa! Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Saya percaya ramai yang terpegun apabila membaca darihal tender JPJ untuk nombor plet siri WWW. Bagaimana individu dan kelompok berebut-rebut untuk mendapatkan nombor pendaftaran yang cantik bagi kenderaan masing-masing. Lalu terkabarlah kepada kita bahawa pembida yang berjaya untuk plet WWW1 adalah DYMM Sultan Johor dengan bidaan RM520,000.00. Saya pasti reaksi pertama kita orang kebanyakan adalah mengurut dada aduhai besarnya belanja untuk mendapatkan sekadar plet pendaftaran kenderaan. Saya juga sebenarnya begitu pada awalnya. Tak mengapa tetapi apabila kita menegur secara terbuka mengkritik pula dengan kritikan tajam membuat perbandingan sesuaka apa yang terlintas dalam fikiran kita, maka di sana kita perlu berhati-hati. Jangan nanti kita dijerat dan terjerat. Dalam laman The Star online dilaporkan: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/5/29/nation/20120529110030&sec=nation "Johor Tengku Mahkota hits out at critics of WW1 bid" Sekarang apa yang tidak kita ketahui sebelum ini sudah tersingkap, rupanya Sultan dan Tengku Mahkota Johor tidak pernah mengambil elaun dari kerajaan, setiap sen yang mereka layak terima dimasukkan ke Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim bertujuan membantu dan menolong rakyat kebanyakan. Ini bagi saya secara peribadi adalah sesuatu yang hebat…..barangkali lebih hebat dari bidaan setengah juta itu sendiri, wallahualam. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan