Jumaat, 18 Mei 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Masih ingatkah saudara kepada mereka ini?

Posted: 18 May 2012 06:24 PM PDT

Majlis Lompat Katak Perak

Menunggu bom seni diletupkan

Posted: 18 May 2012 06:23 PM PDT

Oleh Dinsman
Betul. Macam itulah! Macam pesta polis memukul rakyat, atau pesta polis membantai rakyat. Apabila membaca tajuk berita dalam akhbar Harakah dan Suara Keadilan beberapa hari selepas peristiwa 428 (28 April), dan melihat gambar-gambar yang tersebar dalam akhbar-akhbar tersebut, juga akhbar-akhbar Cina dan melalui pelbagai laman internet, kita rasa memang tepatlah apa yang dikatakan oleh Dr Aziz Bari itu – memang polis macam berpesta memukul rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-BN bakal ‘disejarahkan’

Posted: 18 May 2012 06:20 PM PDT

LAUNGAN "Reformasi" dengan kelantangan sedemikian berkumandang semula di sekitar Dataran Merdeka, selepas 14 tahun pergolakan politik paling rancak dalam sejarah Malaysia. Jangka 14 tahun mampu mengubah wajah seseorang manusia, bahkan wajah sesebuah masyarakat.

Pelbagai cerita sarat di laman sosial internet, menyaksikan perubahan yang ketara dalam masyarakat Cina sendiri, ketika berdepan dengan tanggal 28 April 2012. Seorang ibu berkongsi pengamatannya di Facebook, "Ketika perhimpunan Bersih 2.0, sahabat saya yang meninggalkan status 'Saya akan turun ke jalan raya pada 9 Julai', akan disusuli dengan komen rakan lain, 'Saya tak dapat turun. Saya berikan sokongan moral kepada anda'. Menjelang perhimpunan Bersih 3.0, apabila seseorang meninggalkan status 'Saya tak dapat hadir pada 28 April', komen di bawahnya adalah 'Kesiannya kamu.'"
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 Peluang Terbaik Untuk Perubahan

Posted: 18 May 2012 06:16 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Ramai rakyat dan pengundi begitu ghairah dakam pilihanraya kali ini ialah semata-mata untuk melihat berlakunya perubahan dalam politik negara. Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat tentunya ingin menumbangkan UMNO dan BN dan menggantikannya dengan kerajaan baru yang diyakini lebih baik, lebih telus, lebih menjaga rakyat dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Kerusi Dun pilihan Salahuddin di Johor

Posted: 18 May 2012 05:45 PM PDT


Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sudah membuat pilihan kerusi yang hendak ditandingi - peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Setakat ini, saya telah memilih kerusi yang hendak saya tandingi. Saya sudah pun memaklumkan kepada kepimpinan pusat, untuk memenuhi kehendak sokongan akar umbi untuk saya bertanding di Johor, di kerusi Dewan Undangan Negeri," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Salahuddin menambah, buat masa sekarang bertanding kerusi Parlimen adalah pilihan kedua.

Read More / Baca Lagi >>

Naib Ketua Pemuda Umno Kampar keluar parti

Posted: 18 May 2012 05:44 PM PDT


(Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.)

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
Read More / Baca Lagi >>

28 Orang Ahli UMNO Dari Keluarga Abe Pin Masuk PAS Di Kg Kelewek Bukit Panau Tanah Merah

Posted: 18 May 2012 05:24 PM PDT

Lensa : Tok Guru Melepaskan Konvoi Penyokong Kelantan Dan UMNO masuk PAS,

Posted: 18 May 2012 04:55 PM PDT

Yab TGNA di Surau Sek Arab Padang Siam Tanah Merah Ketika Melepaskan Konvoi Penyokong Bolasepak Kelantan
Yab TGNA menerima borang UMNO masuk PAS dari 28 orang ahli keluarga Abe Pin di Kg Kelewek Bukit Panau, Tanah Merah.
Yab TGNA dipentas ceramah perdana dun bukit panau tanah merah


UNPATRIOTIC? DPM, think how other nationals feel including Altantuya's family

Posted: 18 May 2012 04:35 PM PDT

UNPATRIOTIC? DPM, think how other nationals feel including Altantuya's familyTenaganita has highlighted the atrocities surrounding foreign labour in Malaysia. In the latest development its chief Irene Fernandez is being haunted in the media for having her story spilled on the Indonesian turf.
The Deputy Prime Minister Tan Sri Datuk Muhyiddin has lambasted Irene Fernandez for seemingly having brought disrepute to Malaysia.
And as a backup, the main stream media is painting the town with many 'feel good' testimonies of how Malaysians having been caring for their foreign workers.
Now, the point that our leaders are grossly mistaking is that, just as much as bad incidents do not negate the good deeds, likewise no amount of good deeds can negate any atrocity we commit against humanity.
Better for DPM to check out Irene's claims first
Read More / Baca Lagi >>

BN’s series of lies in Sibu

Posted: 18 May 2012 04:34 PM PDT

BN's unkept promises in Sibu date back to 2001, and these days Sibu folks are sceptical with any pledges that come from the ruling regime.
KUCHING: A series of "lies" by the Barisan Nasional since 2008 has left Sibu folks frustrated and fed up, said Sibu MP Wong Ho Leng.
Listing out BN's unkept promises, Wong said Sibu was sceptical about the latest pledge by Prime Minister Najib Tun Razak to set up a university college of technology in the constituency by June.
"Clearly it is an election candy. Can we trust the announcement?
"Sibu people have been cheated many times by the BN government. Until the university starts its course, Sibu people do not trust the promise," he said during his debate on the Governor's address at the State Legislative Assembly sitting.
Wong said Sibu folks were constantly reminded that on Dec 21, 2001, Sarawak United People's Party (SUPP), an ally of BN, had promised a university in Sibu.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO berslogan, Pakatan Rakyat melaksanakannya

Posted: 18 May 2012 04:33 PM PDT


Slogan-slogan politik bercambah-cambah dan slogan-slogan itu bertukar apabila bertukar kepimpinan sehinggakan kita sudah kenyang dengan slogan-slogan itu. Slogan selalunya diperkenalkan oleh seseorang pemimpin itu untuk membezakan 'brand' kepimpinan masing-masing. Selalunya ia akan diwar-warkan yang dibawah pimpinannya keadaan itu berbeza dari keadaan yang lazim dialami rakyat dizaman kepimpinan sebelumnya.
Berslogan mula bercambah sejak kepimpinan Mahathir sahaja. Apabila Mahathir mengambil alih, rakyat telah cuba di dakyahkan sebagai zaman yang amat berbeza dengan pimpinan sebelum beliau. Gandingan beliau dengan Musa Hitam digambarkan sebagai pimpinan yang sangat berbeza dengan kepimpinan sebelumnya kerana bermula dari beliau zaman itu bermulalah zaman kepimpinan negara diterajui oleh orang biasa. Maka pimpinan itu telah dipanggil sebagai kepimpinan 2M (Mahathir Musa)
Read More / Baca Lagi >>

Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk'

Posted: 18 May 2012 04:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Siapakah sebenarnya tokoh di belakang 'senaman punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga kini menarik perhatian ramai kerana beliau juga mengeluarkan fatwa air '100 plus' haram untuk orang Islam.

"Kami orang Islam tak minum air ni, kami minum air suam sahaja," kata Mohd. Ali Baharom kepada Ambiga.

Beliau mengetuai sekumpulan bekas tentera membuat senaman 'punggung' di depan rumah pemimpin Bersih itu baru-baru ini.

Jawapan itu diberikan Ali ketika menjawab tawaran air tin '100 Plus' oleh Ambiga selepas kesemua mereka kelihatan letih membuat senaman itu di depan rumahnya.

Rupanya, Mohd. Ali (gambar) jugalah salah seorang yang membeli gelaran 'datuk' untuk dipakainya sebelum ini.

Pengakuan ini dibuat beliau dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia pada 12 Januari 2011 lalu.

Dalam berita itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom itu memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran 'Datuk' sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.
Read More / Baca Lagi >>

Muzakarah: Silap faham Muhyiddin

Posted: 18 May 2012 04:22 PM PDT

Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, "...Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah.."


Suka saya membuat sedikit penjelasan terhadap kekeliruan Muhyiddin tentang sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku al-Mursyidul Am PAS. Di dalam isu dialog dengan mana-mana pihak atas nama muzakarah, muqabalah mahupun mujadalah, YAB Tuan Guru sentiasa konsisten dengan komitmen bahawa pertemuan dialog harus dilakukan sentiasa bagi mencari penyelesaian. Antaranya sukalah saya merujuk kepada kronologi berikut :

Read More / Baca Lagi >>

Jika muzakarah demi kepentingan politik lebih baik dibatalkan, kata ulama Umno..."agama suku.. politik suku".

Posted: 18 May 2012 04:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Mei − Ulama Muda Umno hari ini mengharapkan muzakarah yang telah pun dipersetujui oleh pemimpin Umno dan PAS tidak diadakan semata-mata demi kepentingan politik, sebaliknya digunakan sebagai pentas perbincangan permasalahan yang dialami masyarakat Islam di negara ini.
Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, adalah lebih baik muzakarah tersebut dibatalkan jika ianya diadakan semata-mata demi mencapai tujuan kepentingan politik sesetengah pihak mahupun individu.
"Kita perlu bincang politik untuk memartabatkan agama, bukan bincang agama untuk martabatkan politik.
Read More / Baca Lagi >>

ANAK pertahan peneroka fail injunksi ambil durian runtuh

Posted: 18 May 2012 04:43 AM PDT

NONEPersatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempertahankan tindakan peneroka yang memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) mengambil 'durian runtuh' yang diberikan.

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, semua peneroka tanpa mengira sama ada mereka menyokong atau menolak penyenaraian FGVH berhak mendapat wang RM5,000 yang diberikan Felda sempena cadangan penyenaraian itu.

Menurutnya, wang itu berasal dari Felda sendiri kerana penyenaraian FGVH masih belum berlaku dan sehingga kini tiada wang dijana daripada cadangan itu.

"Wang yang diistilahkan 'durian runtuh' itu semua peneroka berhak dapat. Itu duit peneroka dan peneroka kena ambil," kata Mazlan kepada Malaysiakini.
Read More / Baca Lagi >>

Hadir BERSIH: Senator Australia sedia disiasat M'sia

Posted: 18 May 2012 04:41 AM PDT

nick xenophon 290412Senator Bebas Australia Nick Xenophon akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang Malaysia kerana berada dalam perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur bulan lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini melalui wawancara telefon, Xenophon berkata beliau "tidak akan menjauhkan diri" daripada siasatan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Jika terdapat pihak berkuasa Malaysia berniat mendakwa saya, saya tiada masalah datang ke Malaysia untuk pertahankan diri," katanya.

"Saya tidak akan lari atau menjauhkan diri daripada perkara ini. Saya tidak mahu dihalang memasuki negara yang saya beri perhatian besar."

Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar lagi berhubung sebarang siasatan terhadapnya.
Read More / Baca Lagi >>

丘光耀: 天地有正气,纳吉衰收尾

Posted: 18 May 2012 04:33 AM PDT

Muzakarah: Isu Lapuk Yang Di Kitar Umno

Posted: 18 May 2012 04:33 AM PDT

SHAH ALAM,18 MEI : Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkenaan pelawaan bermuzakarah antara UMNO dengan PAS sebagai idea lapuk yang dikitar semula.
Ketua Penerangannya,Riduan Mohd Nor berkata, Umno tidak pernah ikhlas mahu mengadakan muzakarah dan sudah bertahun idea ini dilontarkan namun tidak pernah Umno serius menyahutnya setiap kali cadangan ini dibuat.
"Pelawaan muzakarah dengan Umno adalah tindakan terdesak bagi menyelamatkan jangka hayat mereka yang sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Yb Senator Mumtaz Hj Md Nawi Batu Burok

Posted: 18 May 2012 03:26 AM PDT

Pak Samad Batu Burok

Posted: 18 May 2012 03:25 AM PDT

Montaj Video "Mereka Kini Bersama PAS"

Posted: 18 May 2012 03:21 AM PDT

Pasca Bersih 3.0 : Dua polis didakwa cederakan jurugambar

Posted: 18 May 2012 03:18 AM PDT

Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

NONEMohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang selepas memohon dibicarakan.

Mereka didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong (kiri).

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tiga bulan setiap seorang, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut dakwaan Khairul dan Shahrul Niza, bersama dua orang lain yang masih belum dikenal pasti, menyerang Wong di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja di antara jam 5.20 dan 5.30 petang pada 28 April.

Tiada ulasan: