Isnin, 7 Mei 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sejarah politik paling kotor sejak merdeka – bekas menteri

Posted: 07 May 2012 09:20 PM PDT

BACHOK: "Sepanjang 56 tahun bersama Umno saya tidak pernah tengok lagi politik yang paling kotor dan tidak adil berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan, berbanding sekarang.

"Sekarang sudah tidak ada negara yang mengamalkan demokrasi menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya," kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Ahmad.

Perkarangan pejabat PAS di Pantai Irama dekat sini penuh sesak dengan orang ramai yang mahu mendengar ceramah sulung bekas veteran Umno terbabit di Kelantan.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Semakin Hari Semakin Kotor

Posted: 07 May 2012 05:55 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin
SEORANG gadis Melayu yang menumpang di rumah saya berkata, Malaysia kotor. Saya kata, Malaysia lebih kotor sekarang daripada beberapa tahun lalu.
Antara puncanya adalah beberapa kerajaan negeri di perintah oleh pembangkang dan kerajaan pusat oleh Barisan Nasional dan sikap rakyat Malaysia yang semakin cabul.


Pokok pangkalnya duit, kecekapan pemerintah dan kakitangan awam serta sikap orang ramai. Semakin masa berlalu, kesemuanya semakin menurun.
Kabinet dan Exco kerajaan negeri – tak kira BN atau Pakatan Rakyat - cakap bukan main hebat. Janji itu dan ini. Tapi, macam ayam jantan yang nyaring berkukuh, ekor disalut tahi. Datuk-Datuk Bandar pun sama. Banyak cakap dan gila glamor. Tapi bila hujan lebat, berlaku banjir kilat sebab parit dan longkang tersumbat. Tutup longkang, tutuplah mata.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Fatwa Jangan Jadi Majlis Petua Petola

Posted: 07 May 2012 05:53 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bahagian Hal Eawal Agama Islam memutuskan haram bagi umat Islam menyertai demonstrasi yang boleh memudaratkan negara seperti mana Bersih 3.0.

Menurut pengerusinya Dr Abdul Shukor Husin,tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam


 Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama. Aduhai...Read More / Baca Lagi >>

Skandal Scorpene: Mengapa Media Rejim Tidak Siarkan??

Posted: 07 May 2012 05:47 PM PDT


Sehingga kini, tidak ada satu pun media rejim Umno-APCO yang berani memaparkan berita mengenai skandal komisen dari pembelian kapal selam Scorpene yang dibuat Menteri Pertahanan ketika itu yang kini bergelar Perdana Menteri, Najib Altantuya.

Baik Utusan, Berita Harian mahupun Sinar Harian yang kunun dianggap akhbar 'neutral' semuanya diarahkan supaya tidak memaparkan berita yang sudah meluas disiarkan di akhbar luar negara termasuk negara jiran, Singapura dan Indonesia.
Read More / Baca Lagi >>

Tuan Guru Nik Aziz, hero saya - Tan Sri Kadir

Posted: 07 May 2012 05:43 PM PDT


KOTA BHARU: Bekas menteri Kabinet yang juga veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, hari ini mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau mengambil waktu lebih sejam beramah mesra dengan Tuan Guru di Pejabat Menteri Besar bermula 11.25 pagi tadi.

Turut bersamanya, Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0 : Luahan hati bekas polis

Posted: 07 May 2012 05:32 PM PDT


"Saya seorang bekas polis.Saya telah menyertai bersih 1,2,3.Apa yang menyedihkan sikap polis dalam melaksanakan tugas..Saya pernah menghadiri latihan FRU.tatacara melerai,memukul,menembak gas nampaknya dah hilang.Kepada pegawai polis yang bertanggung jawap kepada tingkah laku dan tatacara bekerja tolong lah tengok2 ..kami dulu berperang kerana sayangkan malaysia

berada didalam hutan berbulan2..tinggal segala tilam empok..bini cantik.. bertemankan pacat dan senapang..malam tidur tak lena kerana takut kena bedil.. untuk apa ini..untuk malaysia..kepada adik2 polis yang baru masuk istilah kami cap jari belum kering..ingatlah kepada orang lama(bekas polis).. janganlah ikut rasa.. 


kami sertai bersih kerana kami sayang malaysia

PERANG CERAMAH MALAM TADI DI BATU CAVES

Posted: 07 May 2012 05:29 PM PDT

CERAMAH BN LAWAN PAKATAN RAKYAT

Malam tadi berlangsungnya  dua  ceramah serentak antara pihak Barisan Nasional  dengan Pakatan Rakyat. Ceramah BN diadakan di Kg Wira Damai  dan Ceramah PR  di Kg Baru Batu Caves. BN menampilkan Noh Omar, Zul Nordin, Zahip Md Arip dan Ezam Md Noor (tak datang). Sementara PR menampilkan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang lagi.

poster ceramah Barisan Nasional
Poster Ceramah Pakatan Rakyat
Ceramah BN yang dihadiri ratusan orang sahaja


Lautan manusia di ceramah PR

Anwar Ibrahim  sedang berceramah

Zul Nordin sedang berceramah di Majlis BN

Ternyata UMNO / BN cuba mensabotaj ceramah Pakatan Rakyat.  Hasilnya.....cuba  anda nilaikan gambar-gambar di atas. Jelas berbeza sambutan rakyat. Najib mesti tambah gelabah tengok gambar-gambar ini.

Najib tidak tengok dirinya punca rakyat marah

Posted: 07 May 2012 05:28 PM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah melihat dirinya menjadi punca kemarahan rakyat kerana tidak berusaha mereformasi sistem pilihan raya.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Najib yang terus menyerang perhimpunan Bersih 3.0, dengan dakwaan pembangkang menolak perhimpunan di dalam stadium serta mahu menggugat keamanan dan keselamatan negara.

"DPPM melihat Datuk Seri Najib keliru dengan kenyataannya yang mungkin kerana tekanan yang begitu kuat diterima oleh beliau oleh rakyat yang bangkit menentang beliau," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Beliau berkata, mungkin Najib bercakap dalam keadaan panik kerana suasana yang tidak memihak kepada beliau, lalu terpaksa mancari isu untuk dikambinghitamkan.

Read More / Baca Lagi >>

Adakah kerajaan haram tipu dalam pilihan raya?

Posted: 07 May 2012 05:27 PM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Mei: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa 'adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik.'


Pertama, katanya perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihanraya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihanraya bebas dan adil tidak haram.


Read More / Baca Lagi >>

Dibawah Lindungan Hipokrasi(1)

Posted: 07 May 2012 05:26 PM PDT

Oleh Sakmongkol AK47

Ini artikel yang di tujukan khas kepada majoriti orang Melayu supaya kekal tidak menyokong parti fasis yang bernama UMNO. Ya- pembaca dengar tidak bersalahan- saya menggelarkan UMNO parti fasis yang menghamba-abdikan orang Melayu dan memperbudakkan dan membodohkan bangsa Melayu. Setelah 50 tahun ketika UMNO lemah, barulah pemimpin UMNO berkejaran memberi RM 500 seorang.

Berapa ribu orang terpaksa beratur mendapatkan RM500 untuk menyamai harga cincin RM 74 juta? Berapa yang kena beratur mendapatkan RM 500 menyamai handbag Birkin Hermes?
Amat menakjubkan orang Melayu sanggup menerima RM 500 tapi melupakan kezaliman dan penganiayaan kerajaan UMNO keatas orang Melayu khususnya. Boleh kah kita ganti RM 500 seorang dengan penafian hak rakyat Kelantan yang majority nya orang Melayu mendapatkan royalty minyak? Minyak di jumpai di perairan Kelantan, tapi Kelantan di nafikan peluang membangunkan industri minyak dan gas di Tok Bali. Mahathir lebih rela menyalurkan minyak ke Songkhla Thailand dari Tok Bali. Jadi rakyat Kelantan , ambil RM 500 tersebut tapi jangan lupa kezaliman dan penganiayaan keatas kamu oleh UMNO dan BN.
 
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih 3.0 : Kalau menjerit sakit, dipukul lebih teruk lagi

Posted: 07 May 2012 05:24 PM PDT


SHAH ALAM, 8 Mei: "Sepanjang 300 meter perjalanan saya ke Kelab Diraja Selangor, saya dipukul oleh pihak polis tanpa ada perasaan belas kasihan, jelas mangsa kekejaman polis pada Himpunan Bersih 3.0, Nour Islam Niamat, 30.

Nour Islam yang juga merupakan aktivis NGO, Jingga 13 memberitahu beliau ditahan oleh pihak polis ketika berada hampir dengan pengadang jalan di Dataran Merdeka dan ketika itu beliau hanya meninjau keadaan di sana tanpa melakukan apa-apa provokasi.

"Ketika saya hampir di Dataran Merdeka lebih kurang pukul 5 petang, saya tidak mendengar pun arahan pihak polis meminta peserta Bersih bersurai malah mereka terus bertindak dengan menyembur air serta menembak gas pemedih mata.

Read More / Baca Lagi >>

Haram sertai himpunan: Apa pula ‘fatwa’ polis sepak peserta, sebar gambar lucah?

Posted: 07 May 2012 05:23 PM PDT

KUALA LUMPUR 7 Mei: Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan haram umat Islam menyertai perhimpunan hanya berkepentingan politik, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.
Menurutnya, keputusan majlis itu boleh dicabar dari sudut integriti kerana tidak mendapatkan maklumat sahih dengan mengadakan pertemuan dengan semua pihak terlibat.
"Jika diteliti semula, jelas membuktikan fatwa ini tiada nilai integriti kerana menyebelahi sesebuah pihak sedangkan ianya bertentangan dengan kaedah sebenar yang mesti bebas.
Read More / Baca Lagi >>

Kulit kepala saya koyak – Mangsa tembakan canister polis

Posted: 07 May 2012 05:22 PM PDT

Ketua Srikandi KEADILAN Kedah, Hezryiani Mahzan menceritakan detik cemas beliau terkena tembakan rambang polis menggunakan gas canister semasa Himpunan Bersih menyebabkan kulit kepalanya koyak dan berdarah.
"Ketika orang ramai berlari menyelamatkan diri setelah mendapati polis menembak gas pemedih mata, tiba-tiba saya yang sedang berjalan menghampiri bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tiba-tiba saya merasa lantunan di kepala dan darah meleleh dari atas kepala," katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut beliau, akibat dari tembakan semberono tersebut, kepalanya terpaksa dijahit empat jahitan.
"Kerajaan jangan menganggap tindakan mereka akan melemahkan semangat juang bagi menuntut pilihan raya yang bersih terkubur, sebaliknya tindakan mereka menimbulkan kebencian melampau rakyat terhadap Umno BN yang memerintah negara," tegas Hezryiani lagi.

Karnival Anak Muda Selangorku: Ust Azhar Idrus

Posted: 07 May 2012 05:18 PM PDT

Lama Lagikah pemandu kereta Polis Insiden Bersih Nak Berada di Katil Hospital?

Posted: 07 May 2012 04:56 PM PDT

Oleh: laniismaa

"Lagi lama lagi bagus. Itulah perasaan 'buruk' yang terlintas dalam kepala melihat gambar polis di atas yang masih berada di katil hospital setelah 9 hari Bersih 3.0 berlalu. Makin lama makin  ada cerita untuk umpan pilihanraya. Al maklumlah polis 'teruk' dibelasah.Kalau peserta Bersih 3.0  yang lagi teruk di'timbuk' dan lagi parah dibelasah telah lama keluar hospital, namum polis masih berada di sana.

Kelihatan sudah segar namun masih ada 'kecederaan dalaman' yang perlu dirawat dan juga dapatlah memberi peluang kepada 'orang-orang' besar melawat.

Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah mahu 6 penjelasan Majlis Fatwa

Posted: 07 May 2012 04:51 PM PDT

SAYA terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa berikut: "Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik."
Pertama, perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihan raya bebas dan adil tidak haram?
Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: 'Najib tidak tahu beza Bersih-Mesir'

Posted: 07 May 2012 04:50 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat membezakan matlamat perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini dan kebangkitan rakyat yang disaksikan di Dataran Tahrir, Mesir tahun lalu.
Justeru katanya, Kerajaan Pusat pimpinan Najib menggunakan pelbagai pihak dan agensi untuk mengelirukan rakyat.
"Jadi dia gunakan bekas Ketua Polis (Negara) dan ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan," kata beliau ketika berucap pada siri Ceramah Perdana dan Jelajah Merdeka: Pasca-Bersih 3.0 di Padang Kampung Baru, Batu Caves dekat sini, malam tadi.
Siri ceramah itu susulan kepada perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April, dilihat sebagai usaha mengekalkan momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Read More / Baca Lagi >>

Rally Bersih itu haram, kata Majlis Fatwa?

Posted: 07 May 2012 04:48 PM PDT

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke 99 telah membuat keputusan yang rally Bersih dan demonstrasi itu adalah haram. Fatwa ini memang satu fatwa politik kerana hakikatnya pihak polislah yang merancang kekecuhan dalam rally Bersih baru-baru ini. Bagi saya, saya rela dicemuh dan dikata oleh sesiapa pun, tetapi ini merupakan fatwa yang sangat mengejutkan.
Majlis Fatwa sepatutnya mengambil isu-isu yang banyak berlaku dikeliling kita yang sangat bertentangan dengan kehendak hukum dan syariat agama suci kita. Saya bukan orang pandai agama tetapi untuk menentukan yang fatwa ini adalah fatwa politik tidak payah menjadi seorang ulamak kerana ianya adalah fatwa politik.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih is Malaysia, truly Malaysia. 'Mana mau cari?'

Posted: 07 May 2012 04:40 PM PDT

Bersih is Malaysia, truly Malaysia. 'Mana mau cari?'What has Bersih 3.0 showed us? Once again, when it comes to the crux, Malaysians stand tall, defending the TRUTH.
In spite of all the gassing, beatings, and whatnots, all those who took part in Bersih will come away with greater resolve – that we can only live in the light. That we can only lead a life where there's justice, equality and love. Love for your fellow men.
Saw how fellow Malaysians cared for each other during Bersih? How they shared salt, water, towels and tears? Where colour and creed didn't matter. Where no one asked if you were a Muslim, Buddhist , Hindu or Christian, etc, before automatically giving a helping hand. And who's that hero who laid, face-down on the road to prevent the truck from going forward to spray the chemical-laced water on his fellow Malaysians? Such great faith! Fantastic!
Read More / Baca Lagi >>

Tenaganita dakwa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia

Posted: 07 May 2012 04:38 PM PDT

JAKARTA, 7 Mei — Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez membuat kenyataan mengejutkan di sini apabila mendakwa Malaysia tidak selamat langsung untuk pekerja Indonesia kerana negara itu tidak mempunyai rangka kerja mahupun undang-undang khusus untuk melindungi pekerja.
Dalam satu temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan The Jakarta Post pada Isnin, beliau turut mendakwa kerajaan Malaysia mengamalkan diskriminasi terhadap pembantu rumah dan pekerja ladang, yang mana kedua-duanya tidak termasuk di bawah polisi kadar gaji minimum sektor swasta.
Read More / Baca Lagi >>

Without bias, isn't it true to say Umno's days are over and that people now hate the party

Posted: 07 May 2012 04:34 PM PDT

Without bias, isn't it true to say Umno's days are over and that people now hate the partyThe truth is no race in this world is not politically or ideologically divided. It portends well for a two-party system in Malaysia when there is a symphonic split amongst the Malays as is the case with the Chinese and Indians. This will fortify the need for multi-racial parties' crusade on the basis of social justice and not on race-based policies.
Trying to deceive the Malays
What Malaysians are witnessing is a political evolution that is taking place in the country – the people are getting fed up with race-based politics.
But is it true that the Opposition under Anwar Ibrahim no longer cares for the Malays and Islam as claimed by UMNO?  UMNO is again trying to deceive the Malays.
It is a blessing that a few states are now under Pakatan rule and the people have obviously seen how these states are being contentedly governed. Not only the Malays are happy, the Chinese and Indians too are equally satisfied with the way these states are governed.
Read More / Baca Lagi >>

PAS temui 5,422 pengundi ragu dalam daftar baru

Posted: 07 May 2012 04:30 PM PDT

Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah itu sebahagian daripada senarai daftar pemilih baru pada suku pertama tahun 2012 yang sedang dipamerkan SPR.
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengenal pasti 5,422 pengundi berdaftar baru yang mempunyai kod nombor kad pengenalan luar biasa dan tidak serupa seperti warganegara biasa.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah itu sebahagian daripada senarai daftar pemilih baru pada suku pertama tahun 2012 yang sedang dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama dua minggu.
Mahfuz berkata, melalui pemeriksaan setakat semalam pihaknya mengesan kewujudan beberapa kod negeri kelahiran yang luar biasa dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), antaranya bernombor '82′, '67′, '99′, '77′, '85′, serta '71′.
Katanya, kod angka terbabit wujud selepas '71′ yang dipertahankan JPN dengan alasan ia digunakan untuk rakyat asing yang mendapat taraf warganegara serta rakyat Malaysia yang lahir di luar negara.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan SPR menerima pendaftar yang kod kelahirannya tiada dalam rekod JPN.
Read More / Baca Lagi >>

Media rayakan kemungkaran media jahiliah

Posted: 07 May 2012 04:15 PM PDT


Media yang menganjurkan sikap merayakan kemungkaran dengan niat hiburan atau politik apatah dengan mengaibkan sesama Islam maka tentulah media tersebut menjadi media jahiliah, demikian tegas Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar).

Tambahnya, media jahilian tidak memiliki fikiran dan perasaan terhadap peradaban dan tidak mentaati sikap Islam sebagai agama syumul yang mencahayakan kebenaran dan kebaikan buat umat manusia.

"Islam adalah agama rasmi negara ini, maka segala perilaku, perbuatan, pemikiran dan tindakan baik secara individu, apatah lagi sebagai institusi hendaklah menempatkan sikap menghormati cara Islam menguruskan penghidupan manusia. Tentulah media juga tidak lepas dari posisi ini," katanya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Durian runtuh: Sepatutnya antara RM25,000 hingga RM50,000..!!

Posted: 07 May 2012 04:14 PM PDT

Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh PM Datuk Seri Najib berkenaan durian runtuh Felda, saya cuba membuat anggaran berapa sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda.

Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion.

Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga.
Read More / Baca Lagi >>

Fatwa haramkan demo ikut buku Umno, ulangi taktik Hosni Mubarak

Posted: 07 May 2012 04:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 Mei: Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan perhimpunan sebagai haram kepada umat Islam, dibuat berpandukan buku Perlembagaan Umno, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik kenyataan ulama terkenal dunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi, Ketua Umum KEADILAN itu , berkata amalan berhimpun sudah diamal Khalifah Umar al-Khattab ketika menyebar risalah Islam.
"Buktinya kupasan Yusof Qaradawi menyebut Saidina Umar Al Khattab – masa Islam mula berkembang, ada siri rahsia di rumah Arqam, tempat di mana orang berkumpul dan sampaikan risalah.
"Kemudian, Saidina Umar mahu tunjuk rasa dengan berjalan bersama beberapa kawan dan terang-terang membawa mesej Islam daripada rumah Arqam ke Masjidil Haram.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: