Sabtu, 5 Mei 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


BN dijangka mengadakan pilihanraya mengejut, berkemungkinan Julai..!!

Posted: 05 May 2012 05:22 PM PDT



Perdana Menteri Najib Razak dijangka mengumumkan pilihanraya Julai akan datang. ― Gambar fail
KUALA LUMPUR, 6 Mei  ― Pilihan raya umum dijangka mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN.

The Malaysian Insider
difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan "Rakan BN" di London pada 14 Mei.

"Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, perdana menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Utusex Hari Ini..!!!

Posted: 05 May 2012 05:12 PM PDT

Mingguan Malaysia Terbitan 6-5-2012
"Fitnah dan Lucah Jadi Tag Rasmi Utusan Kini"

Parlimen bubar selepas Aidilfitri…!!!

Posted: 05 May 2012 04:57 PM PDT

Najib lupa untuk lebih berhati-hati di dalam menghadapi Bersih 3.0 supaya tidak perlu lagi bekerja kuat mencari idea-idea baru bagi meraih sokongan-sokongan yang hilang sepertimana Bersih 2.0 dahulunya. Mungkin Najib ada idea-idea baru termasuklah yang terbaru mengumumkan dasar gaji minimum swasta tetapi masa untuk Najib 'memberi' sudah tidak cukup bagi mengembalikan sokongan ke atas BN atau meredakan kemarahan rakyat di atas kegagalan menguruskan Bersih 3.0.

Najib kehabisan talian hayat?

Pasti ramai yang membaca tajuk artikel ini tertanya-tanya apakah penulis akan membawa arah penulisan beliau dengan meramalkan bahawa parti pemerintah Barisan Nasional (BN) akan melabuhkan tirainya selepas hampir 55 tahun berkuasa. Ada pembaca pasti mengandaikan penulis ini berkemungkinan seorang penyokong ataupun seorang yang bersimpati dengan pembangkang  di Parlimen yang juga kerajaan yang dipilih di beberapa negeri termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ayuh, bacalah artikel saya untuk mengetahui kebenaran daripada tajuk saya di atas.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0: Dakwaan Najib tidak logik, kata Ambiga

Posted: 05 May 2012 04:52 PM PDT


ambiga SHAH ALAM  –  Datuk S. Ambiga menyindir Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan menggulingkan kerajaan sedangkan anggota Kabinetnya sendiri sebelum ini mengatakan perhimpunan itu tidak mengancam keselamatan negara.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu berkata, sebaliknya tindakan Najib sebagai pemimpin nombor satu  amat mengecewakan dengan mengatakan tindakan peserta perhimpunan cuba menjadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir.

"Adakah perkara ini tidak penting?" kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Bangga diri serah tubuh

Posted: 05 May 2012 04:44 PM PDT

Bangga diri serah tubuhKUALA LUMPUR: Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.
Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani.
Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali.

Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.


Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.

Keberangkalian UMNO menjadi pembangkang adalah tinggi

Posted: 05 May 2012 04:32 PM PDT

Kali ini saya teruskan lagi tentang perlunya kerajaan diubah, dianjak dan di alih, kalau boleh sebelum pilihanraya umum. Sambutan himpunan Bersih menunjukkan sokongan kepada perubahan dan rakyat tidak lagi mahu menerima pujukan kerajaan dan pimpinan hari ini agar mereka diberikan sekali lagi sambungan untuk memerintah negara kita yang kaya raya tetapi disalah tadbir ini.
Apa pun kata pihak media massa arus perdana jumlah peserta himpunan Bersih 3.0 tetap jauh melebihi 200,000 orang. Siapa pun boleh nafikan angka ini, tetapi itulah angka yang sebenarnya. Tetapi angka itu tidak penting. Yang penting dalam pilihanraya kali ini BN akan sampai penghujung hayatnya untuk mentadbir negara kita setelah memerintah begitu lama yang membuatkan pemimpin-pemimpin mereka menjadi seperti orang yang kufur nikmat.
Read More / Baca Lagi >>

3 bekas KPN mahu dalang komplot guling kerajaan ditahan..!!! Pemimpin UMNO gadaikan negara tak pe eh..!!!

Posted: 05 May 2012 04:29 PM PDT

pix_gal0

KUALA LUMPUR: Tiga bekas Ketua Polis Negara meminta polis bertindak tegas dengan menahan dalang rusuhan perhimpunan BERSIH 3.0 yang cuba 'menawan' Dataran Merdeka pada 28 April lalu dan mengguling kerajaan menerusi keganasan.

Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar berpendapat ia perlu bagi memastikan negara selamat daripada cubaan menukar kerajaan tanpa berlandaskan kedaulatan undang-udang dan Perlembagaan.
Mereka yang mempunyai pengalaman menangani pelbagai ancaman terhadap keselamatan negara, memandang serius komplot itu dan khuatir anasir berkenaan berkembang serta merebak sehingga mencetuskan anarki (huru-hara) dan membawa negara ke arah suasana darurat. Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan Raksaksa UMNO 66 tahun?.. Najib memperbodohkan Ahli UMNO pulak...

Posted: 05 May 2012 04:26 PM PDT


Kurang pasti pulak aku.. samaada Najib yang mengeluarkan kenyataan ini sememangnya bodoh atau sekadar mahu memperbodohkan Ahli-ahli UMNO yang telah dikatakan terdiri dari orang-orang bodoh oleh Mahathir..
Kata Najib "Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.
UMNO asal yang dikatakan Najib telah berusia 66 tahun itu sebenarnya telah diharamkan pada tahun 1988 lalu..
Read More / Baca Lagi >>

CeritaBersih3.0 - "Just Shup up Your Mouth "

Posted: 05 May 2012 04:23 PM PDT

Serba sedikit pengakuan dari saya sendiri dengan penuh ikhlas dan tanpa berpihak pada mana2 pihak..:
Yang tak pergi bersih duduk rumah, dan enjoy dengan kawan, yang mengatakan siapa pergi bersih tu BODOH, just shut up your mouth. Jangan cakap lebih seperti korang pergi

Saya yang pergi dan tidak menyokong mana2 pihak sekalipun, Saya tahu situasi sebenar ketika itu. 
Ketika permulaan provokasi dan ketika ramai peserta bersih diserang menggunakan tear gas khas dari ISRAIL. I know your opinions is the best untuk lawan orang yang pergi bersih, tapi korang tak tahu langsung perasaan peserta yang dibelasah lebih teruk dari polis, dan tiada polis pon yang sudi backup.
Read More / Baca Lagi >>

The new Wisma DAP in Penang

Posted: 05 May 2012 04:19 PM PDT

Candle light vigil to free Khalid Ismath

Posted: 05 May 2012 04:18 PM PDT

Today in History

Posted: 05 May 2012 04:17 PM PDT

Student leader spends night in Dang Wangi cell

Posted: 05 May 2012 04:11 PM PDT

Azwan Ali Bengang Ummi Heret Ibu Dalam Buletin Utama

Posted: 05 May 2012 04:09 PM PDT


Berang dengan isu yang disiarkan oleh Buletin Utama pada malam ini mengenai ibu kepada Umie Hafilda, Azmin Ali dan juga ibunya sendiri, Azwan Ali berperang sekali lagi di laman twitternya.

Ummi Hafilda anak dara tua yang sebelum ini sering menimbulkan isu memburukkan Azmin ali sekali lagi tampil dengan mengheret Ibunya bagi memburukkan Azmin Ali dibuletin utama malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Pak Samad: Seniman Rakyat 2012

Posted: 05 May 2012 11:23 AM PDT

 Peredaran zaman dari dari masa ke semasa melahirkan ribuan seniman yang berkarya dalam berbagai genre.  Seniman adalah golongan yang dianugerahkan Allah dengan bakat.  Namun, bakat tidak harus diterima sebagai keistimewaan semata-mata, tetapi adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat.

Sehubungan itu, kami berpendapat tidak memadai bagi seseorang seniman jika hanya berjaya menghasilkan karya-karya seninya demi keuntungan dan laba peribadi dan dalam masa yang sama mengabaikan penderitaan lingkungan.

Seniman seharusnya mengabdikan karya-karya untuk kepentingan rakyat terbanyak, membela rakyat tertindas malah menjadi perakam denyut nadi rakyat.

Hari ini kami, Kumpulan Kartunis Independen (KKI) mengiktiraf seorang seniman, seorang budayawan yang mengabdi karya-karyanya demi membela rakyat, demi membuka mata rakyat dan sentiasa berjuang di garis depan membimbing rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

The world now knows about Najib's 'baggage' thanks to NST's 'cheap' reporting trick

Posted: 05 May 2012 11:19 AM PDT

The world now knows about Najib's 'baggage' thanks to NST's 'cheap' reporting trickIt's an encounter that has gone into the folklore of our diplomatic service.
An Australian envoy meeting a senior Malaysian official heard a familiar complaint about critical coverage of his country's politics in the Australian media.
He snapped back: ''The media in Australia are not owned or controlled by the government,'' the envoy said. ''Here they all are, and throughout my time here, I've never seen a favourable report about Australia.''
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa Najib takut pilihan raya adil, bersih?

Posted: 05 May 2012 09:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu takutkan pilihan raya yang adil dan bersih sehingga sanggup menjadikan dirinya dilihat begitu bodoh, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar).


"Asalkan dapat mengelakkan pilihan raya yang bersih dan adil, Najib sanggup hina dirinya sehingga beliau nampak bodoh sungguh," katanya.

Beliau juga tidak sangka Najib sanggup bercakap merapu dan menuduh rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih mahu menggulingkan kerajaan.

Mohamad juga mempersoalkan, Najib terancam dengan siapa sebenarnya?

Siapa mahu guling kerajaan, Bersih atau pesaing-pesaingnya di dalam Umno, tanya beliau lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Gaji minimum : Majikan minta kerajaan pantau harga barang

Posted: 05 May 2012 07:04 AM PDT

Anwar Ibrahim at Sri Aman, Sarawak

Posted: 05 May 2012 07:03 AM PDT

Kita Tuntutan Janji PM : Stadium Temerloh Untuk Pak Samad

Posted: 05 May 2012 07:01 AM PDT

Bapa Revolusiner minda negara, Pak Samad akan bersantai ke Temerloh pada 13hb Mei 2012 ini. Beliau akan menyantuni masyarakat yang cintaikan keadilan, kesaksamaan dan kedamaian demi menyasarkan masa depan anak cucu kita dijamin kesinambungan hidup dan kehidupan mereka.

Justeru itu, semua masyarakat yang perihatin dan cakna supaya dapat turun beramai-ramai dengan bersantai dengan Pak Samad.
Program Pak Samad turun ke Temerloh adalah kesinambungan BERSIH 3.0 yang digeruni oleh regim Najib.

Pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan dengan ini dapat membenarkan Sasterawan Negara ini menggunkan premis kerajaan yang ada.
Read More / Baca Lagi >>

Polis jangan lembukan rakyat

Posted: 05 May 2012 07:00 AM PDT

Bukan takat Umno dah jadi gila selepas demo Bersih 3.0 tapi pihak polis pulak mahu lembukan rakyat dengan siarkan foto dan gambar yang kononnya penyokong Bersih 3.0 yang bersalah.Bagaimana dengan pihak polis yang pukul,sepak,terajang rakyat yang sertai demo Bersih 3.0?Siapa yang mahu bertanggungjawab?

Kes sikap ganas pihak polis sendiri dalam demo Bersih 2.0 telah diakui pihak suhakam yang kata 'Tembak Gas di KL Sentral Tak Sesuai (Harakahdaily) dan kes kepala lutut Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu yang turut disahkan Suhakam bahawa kecederaan disebabkan pelanggaran dengan kereta polis.Ini menunjukkan bahawa pihak polis yang bersalah bukan para penyokong Bersih.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar PAS Kawasan Jasin Lulus Usul BERSIH 4.0 Diadakan Sebelum PRU13

Posted: 05 May 2012 06:57 AM PDT


Muktamar PAS Kawasan Jasin hari ini meluluskan usul agar BERSIH 4.0 diadakan sebelum pilihanraya umum ke 13 dipanggil.

Usul tersebut telah dibentangkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin oleh ketuanya, Sdra Aminuddin Abd. Jalil di Muktamar PAS Kawasan Jasin kali ke 45 di Kompleks PAS Jasin (KOMPAJ) hari ini.

Menurut Sdra Aminuddin, kenyataan SPR yang enggan membuang lebih 40,000 nama meragukan dalam daftar pemilihnya atas alasan tidak dapat mengenalpasti status mereka, merupakan satu strategi jahat UMNO BN memaipulasi SPR untuk kemenangan mereka di dalam PRU yang akan datang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Scorpene: Apa Pula Kaitan Terasasi Dengan Najib Altantuya??

Posted: 05 May 2012 06:55 AM PDT

Apa yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia bahawa satu lagi syarikat Perancis telah dinamakan di samping Perimekar kini terkenal dalam perjanjian Scorpene.

Oleh Dr Kua Kia Soong

Mendapatkan satu keistimewaan untuk melihat beberapa yang kertas pendakwaan di Paris atas skandal Scorpene baru-baru ini, ia harus mengingatkan saya untuk memberi bimbang tanah-lubbers "panduan hitchhiker," 1 jaringan ini berbelit pembayaran yang telah pergi pada tahap ini yang paling mahal (lebih daripada RM7 bilion) pembelian senjata dalam sejarah Malaysia.

Sejak Suaram membuat aduan dengan mahkamah Perancis untuk semakan kehakiman kontrak Scorpene pada bulan November 2009, pendakwa Perancis telah pasti sibuk dengan siasatan mereka.

Mereka telah ditemuramah pegawai-pegawai dalam syarikat negeri Perancis, DCN, dan syarikat-syarikat berkaitan seperti Thales serta pegawai di kementerian pertahanan Perancis.

Read More / Baca Lagi >>

Kisah Sb Menyamar Sebagai Ahli Pas Ampang

Posted: 05 May 2012 06:44 AM PDT

WasiatPejuang

Sebentar tadi aku berada di Balai Polis Cheras bersama Khalid Ismath yang pada mulanya di minta hadir untuk memberi keterangan di IPKL naum dia telah di tahan dan di bawa ke balai polis Cheras.

Aku bersama team keselamatan khas Pas Pandan ...telah menanti Khalid di tepi bilik siasatan. Untuk pengetahuan semua team Keselamatan Khas Pas Pandan ni muka dan gaya sebijik macam polis, siap dengan walkie talkie.

Tiba2 datang seorang pakcik bertanyakan kami "Pak Ya ada mana?" Kami pun hairanlah Pak Ya mana. Dalam kami semua tu ada seorang pemuda Pas Ampang, bila si pakcik ni ternampak muka pemuda Pas ampang dia jadi terkejut.

Sebenarnya pakcik ni ingat kami semua ni SB pada mulanya tapi bila dia bersalam saja dengan pemuda Pas Ampang ni muka dia sudah jadi lain. Mulalah dia tergagap dan terus masuk ke bilik siasatan CID tempat Khalid di soal siasat.

Read More / Baca Lagi >>

Dr Juanda: Melayu pecah kerana 'gila kuasa'

Posted: 05 May 2012 06:39 AM PDT


Dr Juanda Jaya KOTA BHARU - Masyarakat Melayu perlu bersatu dalam apa jua keadaan yang mencabar, sebagaimana disaksikan sekarang tetapi sama sekali tidak boleh terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menjadikannya sebagai agenda politik.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, bersatu mesti diusahakan tetapi bebas daripada pengaruh politik kerana parti-parti politik mungkin menggunakan usaha itu untuk kepentingan masing-masing.

Katanya, perpecahan berlaku di mana-mana sahaja kerana ada kezaliman dari satu pihak yang mempunyai kuasa.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: