RAKYAT MARHAEN |
- Durian runtuh PM vs tawaran istimewa GSF
- Bersih 3.0: Usaha Najib pulih imej berkecai
- Bersih 3.0: Kabinet setuju tubuh panel bebas
- Penyenaraian: Risiko kerugian ditanggung peneroka sepenuhnya
- Pemuda MIC didakwa serang rombongan PKR
- Dakwaan kasari wartawan, KAMI mahu saman k'jaan
- KAMI anjur konvensyen akses media PRU-13
- Aksi polis realisasi Akta Himpunan Aman 2011
- PKR jawab tuntutan pendidikan percuma di KUIS
- Uncle Lawrence Saw (Sasterawan Bersih 3.0)
- Catatan seorang ibu: Wajah teruja anakku berubah...
- Over a patch of grass, 'unbalanced' Najib willing to beat up innocent rakyat
- Bersih truth emerges: RESIGN, Najib Razak, you're a DISGRACE. Go before you are chased out!
- Bersih 3.0 ; Peluru hidup, M-16 di himpunan Bersih untuk apa?
- Astro: Liputan Bersih BBC dipotong mengikut garis panduan tempatan
- Polis : Peserta BERSIH ganas akan ditangkap...!!! Polis ganas bebas..???
- Gambar lucah punca ‘rezeki’ Utusan – Hatta
- Saksi lihat anggota polis acu senjata api
- Bersih 3.0: Pengakuan mangsa dipukul polis
- BERS✔H 3.0: POLIS SAMSENG bernama Mohd Haidzil Mahamud
- Minutes before breaking the barricade @Bersih 3.0
- Saksi Mata : Kereta polis meluru laju, langgar peserta BERSIH
- Polis Terajang-terajang di Masjidil India | BERSIH 3.0
- Bersih 3.0 : Cop points gun at protestor
- New video: Cop points gun at protester
Durian runtuh PM vs tawaran istimewa GSF Posted: 02 May 2012 09:34 AM PDT Bukan sahajaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan 'durian runtuh' kepada peneroka Felda pada 8 April ini, NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat Gabungan Selamatkan Felda (GSF) juga akan mengambil langkah sama. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata, GSF - gabungan membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia - kini sedang menyiapkan 'tawaran istimewa' itu. Bagaimanapun, katanya, habuan itu memfokuskan kepada generasi kedua dan ketiga peneroka Felda yang dirumuskan daripada konvensyen berkaitan di Shah Alam baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bersih 3.0: Usaha Najib pulih imej berkecai Posted: 02 May 2012 09:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 Mei: Tindakan ganas polis terhadap orang awam terutama para wartawan menjadikan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien amat tercalar teruk. Read More / Baca Lagi >>"Sukar bagi PM untuk menjawab dengan masyarakat antarabangsa yang mempersoalkan tindakan kerajaannya terhadap rakyat mereka sendiri. "Amat payah bagi PM menafikan keganasan polis oleh mangsa yang mendakwanya, kerana semua itu telah dirakamkan," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor. | ||
Bersih 3.0: Kabinet setuju tubuh panel bebas Posted: 02 May 2012 09:28 AM PDT Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata,nama anggota panel akan diumumkan kelak. "Kita dah bincang dalam Kabinet dan tiada bantahan langsung dalam penubuhan panel bebas bagi mengesahkan apa saja hasil siasatan polis, termasuk terhadap anggota mereka sendiri "Saya mengesahkan bersandarkan kepada pendirian Kabinet sendiri bahawa pihak polis dan Peguam Negara dalam proses siasatan dan pendakwaan perlu dilakukan dengan segera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di sini, hari ini. | ||
Penyenaraian: Risiko kerugian ditanggung peneroka sepenuhnya Posted: 02 May 2012 08:22 AM PDT | ||
Pemuda MIC didakwa serang rombongan PKR Posted: 02 May 2012 08:20 AM PDT Ahli Parlimen Kapar, Manickavasagam mendakwa seorang pemimpin kanan dalam pergerakan Pemuda MIC telah menyerang dan mencederakan anggota rombongan PKR yang cuba bertemu perdana menteri di Putrajaya pagi tadi. Justeru, bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau menggesa polis menangkap pemimpin berkenaan dengan segera. Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang bersama rombongan itu mendakwa, akibat insiden itu Ketua Cabang PKR Puchong dikenali sebagai Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya. Surendran mendakwa pemimpin itu dan beberapa samseng berbuat demikian berhampiran pintu masuk pejabat perdana menteri. Surendran berkata berkata rombongan PKR itu berkunjung ke Putrajaya hari ini membantu seorang pelajar berusia 17 tahun, Reshina Bathumanan, yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana tiada kad pengenalan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Dakwaan kasari wartawan, KAMI mahu saman k'jaan Posted: 02 May 2012 08:13 AM PDT Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia dan pasukan polis berhubung dakwaan mengasari pengamal media pada perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu. Pengerusinya, Ahmad Lutfi Othman berkata, pertubuhan itu sedang mengumpulkan bukti dan saksi sebanyak mungkin berhubung kejadian tersebut. "Mengikut apa yang dilaporkan, sebanyak 10 kes yang melibatkan wartawan dan jurugambar dikasari oleh pihak polis. "KAMI sedang berunding dengan peguam Mohamed Hanipa Maidin untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak polis dan kerajaan untuk bawa kes ini ke mahkamah seberapa segera. "KAMI juga ingin meminta pengisytiharan bahawa tindakan polis itu bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
KAMI anjur konvensyen akses media PRU-13 Posted: 02 May 2012 08:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) akan mengadakan Konvensyen Mengenai Akses Media Dalam PRU ke-13 pada 12 Mei ini di Nouvelle Hotel, Seri Kembangan. Ketua Sekretariat KAMI, Hayatul Kamil Termudi berkata, konvensyen tersebut bersempena Hari Kebebasan Media Sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun. Ia juga sebagai langkah awal untuk menghimpun pengamal media independen atau yang bekerja dengan badan-badan media cetak atau siaran. Bertemakan memartabat Malaysia menjadi negara mesra media, adil dan bebas, konvensyen tersebut bertujuan menghimpun pengamal media independan dan profesional bagi mengumpul cadangan dan pandangan mereka. Read More / Baca Lagi >> | ||
Aksi polis realisasi Akta Himpunan Aman 2011 Posted: 02 May 2012 07:47 AM PDT (Gambar hiasan....di mana Hishamudin ketika Bersih 3.0 berjalan) KUALA LUMPUR: Insiden keganasan polis di dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 Sabtu lalu akhirnya merealisasikan apa yang terkandung dalam Akta Himpunan Aman 2011. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, apa yang berlaku dalam Himpunan Bersih 3.0 lalu membuktikan akta itu tidak memberi jaminan terhadap keselamatan awam. "Hakikatnya, roh dan semangat keganasan polis dijelmakan dalam Akta Himpunan Aman itu," katanya kepada Harakahdaily. | ||
PKR jawab tuntutan pendidikan percuma di KUIS Posted: 02 May 2012 05:33 AM PDT Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri. Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan UMNO yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa UMNO menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar. | ||
Uncle Lawrence Saw (Sasterawan Bersih 3.0) Posted: 02 May 2012 05:30 AM PDT | ||
Catatan seorang ibu: Wajah teruja anakku berubah... Posted: 02 May 2012 05:27 AM PDT "Ummi, cepatlah Ummi, cepatlah Ummi!" Jerit Asiah girang sangat sambil menarik-narik tangan kanan saya menghala ke depan. Tangan kiri memegang tangan Asma' yang berdiri di belakang. "Sabarlah Asiah, perlahan-lahan, kenapa ni?" tanya saya kepada Asiah. "Dah boleh masuklah Ummi, dah boleh masuk ke Dataran." Jerit Asiah lagi masih dalam keadaan yang sangat teruja dan girang sekali. Masih terbayang wajahnya. Saya masih bertahan. Sukar juga saya mahu mempercayainya. Namun dek kerana mahu menurutkan rasa teruja Asiah yang seolah Dataran Merdeka itu satu tempat yang bakal membebaskannya dari "kesesakan" yang ada, saya turutinya perlahan-lahan. "Bagi laluan, bagi laluan!" Tiba-tiba kedengaran suara jeritan sambil kelihatan seorang lelaki India dengan tongkat di sisinya diusung keluar berama-ramai. Keadaan sedikit kelam kabut. Asiah masih menarik-narik tangan saya ke hadapan. Bersama kami sejak awal berjalan dari hadapan SOGO ialah Atikah dan Hakim anak-anak Hatta Ramli. Kami sentiasa beriringan dari satu tempat ke satu tempat. Ada peluang duduk kami duduk, ada arahan duduk kami duduk walau berhimpit-himpit. | ||
Over a patch of grass, 'unbalanced' Najib willing to beat up innocent rakyat Posted: 02 May 2012 05:25 AM PDT On 28 April 2012, the Malaysian Royal Police Force beat up, gassed and hosed hordes of unarmed, peaceful and nation-loving civilians over a patch of grass! Not over armed uprising, not over looting or berserk rioting, BUT over a patch of grass. How much more bizarre can we get in this nation? Read More / Baca Lagi >>Right down to the last minute of the fateful hour when the arsenal was to be unleashed on the protestors, the powers-that-be could have walked away as the heroes of the day. But no, they could not and would not give up the opportunity to flex their muscles as the "masters" of the rakyat. No, they just could not resist showing off their impeccably lousy gamesmanship. Who started it? It was the Umno-BN without doubt | ||
Bersih truth emerges: RESIGN, Najib Razak, you're a DISGRACE. Go before you are chased out! Posted: 02 May 2012 05:20 AM PDT When we first read the first-hand account written by Renee Talalla, a 70-year-old retired teacher who attended the April 28 Bersih 3.0 rally, we felt ashamed. Then we saw red. What type of a government would do such a thing to its people? What type of a Prime Minister would endanger a nation's youth, its women and its senior citizens? How DARE they! Malaysia Chronicle was also monitoring the Bersih 3.0 rally and our observations do not differ from Ms Renee's. It is time to do some major housekeeping in Malaysia and Malaysia Chronicle would like to begin the call for Prime Minister Najib Razak to take responsibility. Resign, please quit and do not shame the nation any more than you have. GOOD, BAD and UGLY of BERSIH 3.0 - Renee Talalla Tired, sleepy and aching all over, but have to write this down to get it out of the mind and system before I can sleep. So here is my account of Bersih 3 written at 11pm on 28 April 2012. As law-abiding and not terribly brave senior citizens, we had opted out of Bersih 2 when it was banned, pronounced illegal, KL on lockdown etc. This time, like so many others, we decided we had to show our support for clean and fair elections. Needless to say we did not expect trouble, but prepared for it nevertheless - salt, wet towel etc in a backpack. We were confident the crowd would be disciplined and the police restrained after the debacle of Bersih 2. | ||
Bersih 3.0 ; Peluru hidup, M-16 di himpunan Bersih untuk apa? Posted: 02 May 2012 05:19 AM PDT KUALA LUMPUR 2 Mei: Antara yang ditemui peserta himpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 ialah peluru hidup yang dipercayai dibekalkan kepada pihak polis. Malah, sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang membawa senapang automatik M-16 turut menimbulkan keraguan. Persoalannya, untuk apa kerajaan mengarahkan polis dengan senjata api dan peluru hidup hanya untuk menghadapi himpunan aman 'Duduk Bantah Bersih 3.0? | ||
Astro: Liputan Bersih BBC dipotong mengikut garis panduan tempatan Posted: 02 May 2012 05:17 AM PDT Rohaizad tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai garis panduan yang diikuti tetapi berkata bahawa Astro berhak untuk "mengedit" kandungan daripada pembekal antarabangsa dan saluran di mana patut. Read More / Baca Lagi >> | ||
Polis : Peserta BERSIH ganas akan ditangkap...!!! Polis ganas bebas..??? Posted: 02 May 2012 05:15 AM PDT Polis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi. "Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini. Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei. Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang. Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu. Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu. - Bernama | ||
Gambar lucah punca ‘rezeki’ Utusan – Hatta Posted: 02 May 2012 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR 2 Mei: Gambar lucah pada muka depan Utusan Malaysia hari ini membuktikan akhbar milik Umno itu menjadikan aksi seks sebagai punca 'rezeki' mereka, kata bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hatta Wahari. Tindakan itu katanya, memperlihatkan organisasi itu lebih berminat menyiarkan isu sebegitu berbanding berita yang memberi manfaat kepada pembaca. "Penyiaran gambar ini membuktikan Utusan bukan lagi akhbar kebangsaan sebaliknya tabloid yang hanya mementingkan cerita seks daripada agenda utama membangunkan negara dan bangsa. "Mereka tidak mementingkan etika kewartawanan tetapi apa yang penting mengikut kata tuan-tuan mereka. "Akhbar yang tidak mempunyai etika seharusnya diboikot oleh masyarakat," katanya kepada Keadilan Daily. Bekas wartawan kanan Utusan itu berkata, beliau tidak hairan jika Utusan sanggup memaparkan gambar lucah kerana itu sahaja talian hayat mereka ada. Read More / Baca Lagi >> | ||
Saksi lihat anggota polis acu senjata api Posted: 02 May 2012 04:47 AM PDT Seorang saksi berkata beliau melihat seorang pegawai trafik mengacukan senjata api ke arah peserta perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu. Menurut Lai KL, anggota polis berkenaan bertindak demikian selepas satu kejadian kereta polis melanggar beberapa peserta perhimpunan yang berlaku di lokasi berhampiran. Lai berkata beliau melihat seorang peserta perhimpunan mengangkat tangan ketika anggota polis itu membelakanginya dalam kejadian di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Esfahan, di tepi bangunan pusat membeli belah Sogo. "Apabila (anggota polis) itu berpusing ke kana, saya nampak (senjata api) di tangannya. Peserta perhimpunan itu kemudian berundur dan menyertai orang ramai. "Saya tidak pergi dekat... Insiden itu hanya berlaku beberapa minit," katanya. Dalam kejadian pada anggaran jam 4.30 petang itu, Lai berkata beliau tidak melihat apa-apa provokasi dilakukan ke atas anggota polis berkenaan. Namun beliau mendengar banyak jeritan pada waktu itu, katanya lagi kepada Malaysiakini. "Polis sedang menahan dan memukul orang ramai pada waktu itu dan yang lain cuba masuk campur. Saya tidak melihat orang membaling apa-apa ke arah polis," katanya. Lai berkata anggota polis lain dengan berpakaian seragam biru turut berada di kawasan tersebut dan tidak menyekat anggota polis trafik tersebut. Satu video oleh individu tidak dikenali yang merakam kejadian itu menunjukkan seorang anggota polis trafik mengacukan senjata api ke atas peserta perhimpunan yang sedang berundur. Video berkenaan disiarkan laman Free Malaysia Today. | ||
Bersih 3.0: Pengakuan mangsa dipukul polis Posted: 02 May 2012 04:41 AM PDT | ||
BERS✔H 3.0: POLIS SAMSENG bernama Mohd Haidzil Mahamud Posted: 02 May 2012 04:40 AM PDT | ||
Minutes before breaking the barricade @Bersih 3.0 Posted: 02 May 2012 04:39 AM PDT | ||
Saksi Mata : Kereta polis meluru laju, langgar peserta BERSIH Posted: 02 May 2012 04:36 AM PDT SAKSI MATA kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, saya berada di hadapan Wisma Da Vinci di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0. Pada waktu itu, saya melihat jalan tersebut dipenuhi peserta perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saya melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di tengah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ. Kira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri. Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengah-tengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka. Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||
Polis Terajang-terajang di Masjidil India | BERSIH 3.0 Posted: 02 May 2012 02:56 AM PDT | ||
Bersih 3.0 : Cop points gun at protestor Posted: 01 May 2012 11:35 PM PDT | ||
New video: Cop points gun at protester Posted: 01 May 2012 11:32 PM PDT In the 10-second clip, a traffic policeman is seen pointing his pistol at a man believed to be a PAS Unit Amal member. Today, FMT received a video depicting a traffic policeman pointing his gun at an unarmed protester, adding on to the series of incriminating visual evidence indicating the use of excessive force by the authorities. In the 10-second clip, from an anonymous contributor, the protester, believed to be a PAS Unit Amal member, is seen trying to lift a red motorcycle amid a chaotic background of protesters appearing to be fleeing from the police. There were two motorcycles lying on the road. It was not clear if they were the properties of the police. PAS Unit Amal is a volunteer corp tasked to maintain crowd discipline during rallies. A few seconds later, a traffic policeman is seen entering the frame with a gun in hand and pointing it towards the activist. The latter is then seen raising his hands as the officer approached him and runs off to join the rest of the crowd. At that point, two blue uniformed policemen are seen chasing the large crowd away with their hands on their holstered guns in what appeared to be an attempt to intimidate and push the crowd backwards. According to a lawyer, a policeman could only take out his gun if the person before him was highly suspicious or likely to cause hurt. "So in this case it was wrong for the traffic policeman to do that. In some countries it would have been considered as assault or intimidation," the lawyer said on condition of anonymity. Police violence The video was believed to have been shot along Jalann Tunku Abdul Rahman near the Sogo shopping complex just after a police car was overturned and police and protesters clashed on Jalan Raja Laut that saw scores injured including those from the police. The clashes occurred after police fired tear gas and water cannons to disperse tens of thousands of demonstrators, following a breach of the barricade in front of Dataran Merdeka. Police had on Friday obtained a court order barring Bersih 3.0 and the public from entering the historic square across the weekend. Dozens of tear gas canisters were shot on a packed crowd forcing them to retreat north of Jalan Raja Laut while some ran towards Jalan Tun Perak as police and anti-riot squads moved in to disperse the crowd. Angry protesters later attacked a police car, which then crashed into at least two people, while trying to flee. After an ambulance took away the injured policemen, the protesters flipped the car over on its side but then fled after tear gas was fired. Both the authorities and rally organisers blamed each other for the fracas but the police now face more pressure to explain the surfacing evidence of what rights groups described as unnecessary violence used to disperse a peaceful assembly. Inspector-General of Police Ismail Omar had vowed to open investigations on the allegations but said his men made the right move to disperse the rally as a "more dangerous situation could have taken place". |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan