Selasa, 8 Mei 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Ong Tee Keat dan Kian Sit Har sertai Pakatan Rakyat?

Posted: 08 May 2012 12:39 AM PDT



"Desas-desus berita menyatakan bahawa bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat dan Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Hari bakal menyertai PR semakin bertiup kencang.

Perkara ini tidak mustahil kerana Tee Keat jelas sekali semakin dipinggirkan oleh MCA. Beliau kelihataan bergerak berseorangan hanya dibantu oleh rakan-rakan yang setia dengannya. Selepas tewas dalam perebutan jawatan Presiden MCA, Tee Keat dilihat menjalankan agenda individu diirnya sendiri sahaja.



Ong Tee Keat yang dikalahkan oleh pelakon video pada pertandingan merebut jawatan Presiden MCA tidak lama dulu sudah pasti diketepikan dari bertanding mewakili MCA pada PRU 13 nanti. Mana mungkin pelakon video memberikannya peluang bertanding. Malah Tee Keat dilihat sejak akhir-akhir cenderung mengeluarkan pendapat dan pandangan yang berhaluan kiri di mata MCA.

Manakala Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har yang di'rotan' oleh Ali Rustam selepas menyertai demonstrasi 'haram' Bersih 3.0 juga diramalkan akan meninggalkan MCA parti tunggangan Umno sejak sekian lama.

Ada pihak meramalkan kedua-dua pemimpin MCA ini akan meninggalkan MCA menjelang penamaan calon PRU 13. Malah Tee Keat sendiri yang bertegas tetap bertanding di Parlimen Pandan kemungkinan besar bertanding atas tiket PR kali ini.

Nik Aziz: Keputusan Majlis Fatwa 'guna sebelah mata'

Posted: 07 May 2012 04:06 PM PDT

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara

Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?

"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.

"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Tiada ulasan: