Ahad, 27 Mei 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Eksklusif: Video Panas, Dua Mangsa Cedera Parah Dalam Kemalangan "Drag Race" Hari Belia Negara

Posted: 26 May 2012 09:09 PM PDT


[Jika di Bersih 3.0 baru-baru ini, peserta dikatakan bertindak ganas sehingga menyebabkan sebuah kereta peronda polis merempuh orang ramai di hadapan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman. Dalam kejadian itu kereta polis terbabit kononnya diterbalikkan oleh peserta yang merusuh. Namun, hakikatnya hanya mereka yang berada di lokasi dan menyaksikan kejadian itu sahaja lebih mengetahuinya. Seorang mangsa dikatakan maut dan beberapa lagi yang lain cedera akibat kejadian itu. Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena berlaku semasa Himpunan Hari Belia Negara 2012 di Bukit Jalil, bila mana dua mangsa cedera parah akibat kereta "Drag Race" terbabas dan merempuh mereka. Persoalannya, apakah kejadian ini juga boleh dikaitkan dengan peserta merusuh?. Sedangkan ia berlaku dalam keadaan yang aman. Ini bermakna malang tidak berbau dan kejadian sukar dielakkan dalam keadaan tidak terkawal. Justeru, kejadian kereta polis melanggar orang ramai di Bersih 3.0 juga mungkin tidak berlaku jika pemandu terbabit tidak membawa kenderaan secara melulu di kawasan yang padat dengan orang ramai. Apakah kejadian di Hari Belia ini satu hikmah bagi membuktikan jika tiada provokasi pun apa saja boleh berlaku jika membawa kenderaan di kawasan yang dipenuhi orang ramai. Tidak timbul soal rusuhan atau sebagainya. Maka, renungkanlah segala yang terjadi ini dengan sebaiknya].

Panas: Konsert "500 Artis" Mesej Pengisian Rohani Remaja, Ramai Kecewa Oleh Laporan Harian Metro

Posted: 26 May 2012 08:53 PM PDT

[Laporan media arus perdana Harian Metro yang mengatakan "500 artis hibur belia: Konsert sempena Hari Belia bawa mesej pengisian rohani remaja" amatlah memalukan sekali sebenarnya. Minda remaja terus dipesongkan agar menerima hiburan itu sebagai pengisian rohani untuk jiwa-jiwa mereka yang telah rosak. Malah, selain konsert turut diadakan di lokasi ialah program Jom Heboh TV3 yang jelas satu program yang berjaya menyuburkan lebih banyak gejala sosial di negara kita akibat percampuran bebas lelaki dan wanita. Justeru, wartawan media harus berhati-hati dengan kenyataan mereka agar tidak menyinggung umat Islam. Pengisian rohani harus disulami dengan amalan zikir, takzirah, tahajud, kuliah agama dan sebagainya. Bukannya disajikan dengan hiburan melalaikan seperti dangdut, hip hop, rock, R&B dan banyak lagi. Justeru, sudah tiba masanya rakyat membuat perubahan jika tidak mahu generasi akan datang terus rosak akhlak mereka akibat dimomokkan dengan hiburan demi hiburan yang akhirnya menjauhkan diri mereka dari agama. Mungkin ini yang diinginkan oleh pemerintah agaknya].

Tiada ulasan: