Isnin, 21 Mei 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Sah Menyertai PAS Di Taiping Malam Tadi!

Posted: 20 May 2012 09:58 AM PDT



[Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam tadi dengan rasminya menyertai Pas. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat].

Ribuan Kaum Tionghua Berhimpun, Untuk Desak Sekolah Menengah Cina Di Wujudkan Di Kuantan

Posted: 20 May 2012 07:18 AM PDT

KUANTAN, 20 Mei - Ribuan masyarakat kaum Tionghua menghadiri perhimpunan aman di Padang MPK4 (Kemunting) hari ini bagi tujuan mengadakan kempen mengutip tandatangan bagi mendesak kerajaan menubuhkan sekolah menengah persendirian aliran Cina di bandar ini. Orang ramai yang hadir dilihat memakai pakaian t-Shirt berwarna merah yang tertera tulisan kempen tersebut. Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar ini. Perhimpunan yang diadakan di padang yang sama dengan Himpunan Hijau 2.0 itu juga mendapat kerjasama daripada pihak polis manakala khemah dan kain rentang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik yang terlibat. Antara pimpinan yang berucap ialah Lim Chin Chee (Presiden Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang), Pheng Yin Huah (Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysi) dan Yap Sin Tian (Pengerusi Dong Zong). Dua resolusi diluluskan di perhimpunan tersebut menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas di Kuantan dan menggesa kerajaan dengar tuntutan rakyat supaya meluluskannya.








[Himpunan aman yang dijalankan hari ini dikawal oleh pihak polis tanpa ada sebarang provokasi. Nampaknya, himpunan akan aman jika kerjasama sebaiknya diberikan oleh anggota keselamatan. Salah juga dengan Himpunan Hijau 2.0 di lokasi yang sama Februari lalu. Ia jauh sekali berbeza dengan Bersih 3.0 yang dikatakan ganas oleh kerajaan. Pasti ada benda yang tidak kena berlaku yang menyebabkan ia berlaku sedemikian rupa. Apa yang menarik dalam himpunan hari ini pimpinan pembangkang dan BN bersama-sama hadir memberikan sokongan. Antara yang kelihatan ialah YB Leong Ngah Ngah ( ADUN DAP Triang), YB Chang Hong Seang (ADUN BN Teruntum), YB Pang Tsu Ming (ADUN BN Semambu), Dato' Ti Lian Ker (Ketua MCA Kuantan) dan ramai lagi. Turut kelihatan hadir beberapa orang pimpinan PAS dan PKR bahagian Kuantan dan Indera Mahkota. Apa yang pasti, himpunan berlaku aman sekiranya pihak polis memberikan kerjasama. Namun, ia sebaliknya jika ada provokasi berlaku].

Tiada ulasan: