Pahang Daily Online |
- Panas: Blogger "Cucumatkilau" Hairan PAS Lebih Utamakan 'Artis' Sertai Parti Itu Daripada Mereka Yang Sekian Lama Konsisten Dalam Perjuangan !!
- Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu Akan Adakan Lawatan Kerja Sehari Ke Kuantan Pada Hari Ini
- Sidang DUN Kecoh: YB Pembangkang Mempertikai Penjelasan Wakil BN Tentang Projek Kilang Lynas
- Ribut Dasyat Melanda Bandar Kuantan, Seorang Pemandu Nyaris Maut Bila Keretanya Di Hempap Pokok Di Jalan Mahkota Lewat Petang Semalam !!
Posted: 16 May 2012 09:58 PM PDT KUANTAN, 17 Mei - Parti Islam SeMalaysia (PAS) digesa tidak terlalu taksub menganggat golongan artis menyertai mereka bagi menarik sokongan generasi muda menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Demikian ditegaskan oleh bekas calon PKR di DUN Kemayan (PRU-12) iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli, 41, (foto). Beliau yang juga merupakan seorang blogger yang turut menyumbangkan banyak artikel dan buah fikiran kepada blog Pahang Daily Online (PDO) berkata demikian dalam posting terbaru beliau di laman sembang sosial facebooknya hari ini. "Terkadang CMK jd hairan.. Apakah Parti PAS itu mencari populariti dan glamor smata-mata.. Orang yang telah lama berjuang dan konsisten dalam perjuangan terlalu sukar untuk sertai parti (PAS) .. hanya kerana mereka tinggalkan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Dekat dua tahun hantar borang keahlian smpai sekarang tak diproses.. Tetapi bila ARTIS.. pagi hantar borang.. petang sudah LULUS.. terkadang, belum lulus lagi sudah diusung ceramah sana sini. Apakah ini budaya yang mahu diperkenalkan kepada generasi muda.. Artis lama2 ditarik sertai PAS... Ke mana arahnya para pejuang yang setia dengan perjuangan Islam itu sendiri agaknya. Jika sokongan orang muda digunakan ARTIS, maka apakah kita yakin mereka ikhlas menyokong perjuangan?. Maka itu, berhati-hatilah dalam membuat tindakan demi masa depan parti itu.. Terkadang kita perlu berani menegur dan menerima teguran... biar pun pahit untuk ditelan.. Inilah yg terjadi kepada CMK sebenarnya.. Jika ini fitnah... lupakan. Tapi ini kenyataan dan realiti... Jika begitu, lepas ni ramai lagi ARTIS yg dah "merudum" akan diangkat sebagai pejuang dalam PAS.. hanya DECLARE jer... CMK amat terkilan dgn situasi ini... CMK dah 13 tahun berjuang.. 4 kali cuba utk declare dan hantar borang PAS.. smpai skrg masih tiada jawapan yg pasti.. Beginikah agaknya nasib seorang pejuang rakyat?.. Maka fikirkanlah wahai sahabatku semua", katanya. Bob Lokman dan Aishah antara beberapa contoh artis yang kini dijadikan sebagai idola untuk menarik golongan muda menyertai parti Islam PAS [Difahamkan, beliau kini akhirnya terpaksa bergerak sebagai aktivis bebas gara-gara permohonan untuk menyertai parti itu tergantung hampir dua tahun lamanya. Malah, paling menyedihkan beliau dikatakan gagal sertai PAS kerana Pakatan Rakyat mempunyai perjanjian bahawa mana-mana ahli yang keluar tidak dibenarkan sertai lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah ini caranya yang dituntut dalam agama Islam. Keluar parti seolah-olah seumpama keluar agama. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan hilang keyakinan kepada PAS selepas ini. Memang ramai ahli PKR yang tinggalkan parti itu dihalang sertai PAS atas dasar prinsip kesepakatan antara komponen pembangkang. Kini, blogger Cucumatkilau berkemungkinan besar akan terus bergerak sebagai aktivis atau menyertai mana-mana parti politik lain yang bersedia menerima kehadiran beliau. PAS digesa mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan jangan jadikan peraturan itu sebagai hukum atau fatwa untuk menghalang pihak lain bersama dalam perjuangan yang mereka dokong]. |
Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu Akan Adakan Lawatan Kerja Sehari Ke Kuantan Pada Hari Ini Posted: 16 May 2012 09:45 PM PDT [Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohammad Sabu (Mat Sabu) dijadualkan mengadakan lawatan kerjanya ke Kuantan hari ini. Program beliau yang pertama ialah Ramah Mesra Bersama Jentera Pilihanraya PAS Cawangan Sungai Ular (Parlimen Indera Mahkota) dan penyokong pakatan rakyat di Markas PAS Sg.Ular pada jam 4.30 petang (lepas Asar). Beliau kemudiannya akan bersama dalam program minum petang bersama masyarakat dan penduduk setempat di Restoran M Double Eight (M88) berhadapan dengan stesen minyak Petronas Jalan Air Putih pada jam 6.00 petang. Selepas itu beliau dijangka merasmikan Balai Tarbiyah Salahuddin Al-Ayubi (BATAS) di Sungai Karang Pantai (berhadapan Masjid Sg.Karang Pantai) pada jam 7.30 malam iaitu selepas solat Maghrib. Program terakhir beliau ialah ceramah di Markas PAS Kg.Penor 9.00 malam ini. Orang ramai dijemput hadir]. |
Sidang DUN Kecoh: YB Pembangkang Mempertikai Penjelasan Wakil BN Tentang Projek Kilang Lynas Posted: 16 May 2012 07:27 PM PDT KUANTAN, 17 Mei - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang semalam kecoh apabila ADUN pembangkang masih mempertikaikan keselamatan projek Lynas, di Gebeng. Mereka turut berdebat mempersoalkan kebenaran yang diberi kerajaan untuk kilang itu beroperasi walaupun mendapat tentangan. Dalam perdebatan itu, Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) tidak berpuas hati selepas mendengar penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan, Datuk Ir. Mohd Soffi Abdul Razak (BN-Benta) bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan. Sebelum itu, Syed Hamid Syed Mohamed (PAS-Semantan) mengajukan soalan mengenai projek Pembinaan Stesen Jana Kuasa Elektrik Kecil dan Mitigasi Banjir di Pulau Temerloh dan Pulau Lebak yang didakwa turut mendatangkan bahaya. Bagaimanapun, jawapan yang diberikan Mohd Soffi menyebabkan Ngah Ngah bangun untuk bersuara. Hasrat Ngah Ngah untuk terus berdebat dimatikan dengan jawapan bernas daripada Mohd Soffi. Dalam penjelasan semalam, Mohd Soffi berkata, peratusan kematian dalam kala-ngan penunggang motosikal di negara ini lebih tinggi berbanding mereka yang mati mengidap kanser disebabkan operasi kilang. "Mengapa pembangkang tidak mempertikai isu ini, sedangkan kejadian kemalangan berlaku hampir setiap hari. "Sebenarnya kewujudan kilang Lynas tidak menjejaskan sebaliknya hanya dijadikan isu politik," katanya. Mohd Soffi turut menegaskan, operasi kilang Lynas dijalankan di negara ini atas faktor kos, bukan kerana Australia tidak mahu mengendalikan projek itu. "Kita ambil contoh jenama 'Adidas', kita lihat ada yang 'made in Vietnam' dan Thailand sedangkan kita tahu jenama itu keluaran Jerman. "Produk Jerman dikeluarkan di Vietnam dan Thailand kerana kos di sana lebih murah. Sama jugalah dengan Lynas, kos menjalankan projek itu di negara ini 10 ganda lebih murah berbanding di Australia," katanya. sumber Leong Ngah Ngah (DAP Triang) dan Dato' Ir. Mohd Soffi Razak (BNBenta) mencetuskan kekecohan dekat Sidang DUN Pahang berkaitan isu Lynas [Sessi perbahasan di Sidang DUN Pahang semalam memang begitu panas dan hangat sebenarnya. Namun anehnya di pihak pembangkang nampaknya hanya dua ADUN DAP (Triang & Teras) sahaja yang dilihat memainkan peranan besar dalam sessi perbahasan terbabit. Sebaliknya dua ADUN PAS (Semantan & Beserah) lebih banyak menjadi penonton dan tidak masuk campur hatta dalam isu yang dibahaskan hatta yang berkaitan dgn agama sekali pun. Justeru, PAS sepatutnya menonjolkan pemimpin yang lebih lantang dan berani bersuara demi masa depan rakyat. Apa guna hanya mendengar dan melihat, sedangkan ruang terbuka ada untuk membangkit berbagai isu yang membelenggu rakyat sebenarnya. Justeru PAS perlu berani menampilkan calon mereka yang bukan sahaja hebat berceramah di atas pentas, namun perlulah juga hebat berbahas di DUN]. |
Posted: 16 May 2012 06:44 PM PDT KUANTAN, 17 Mei - Orang ramai yang melalui Jalan Mahkota berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini terkejut dan tergaman apabila melihat beberapa buat kenderaan remuk dihempap pokok akibat hujan dan ribut dasyat di sini petang semalam. Kejadian ribut dengan angin kencang yang melanda Kuantan mutakhir ini dilihat satu fenomena luar biasa yang jarang berlaku sebenarnya. Hujan yang lebat bukan sahaja disertai dengan petir sabung menyabut malahan juga disertakan dengan angin kencang dan ribut yang begitu kuat hingga menyebabkan orang ramai gelisah dengan situasi ini. Beberapa hari lalu kejadian ribut menyebab banyak "papan tanda besar" yang memaparkan wajah pemimpin negara menyembah bumi termasuk di Padang MPK 4 (Kemunting) iaitu lokasi Himpunan Hijau 2.0 Februari lalu. Malah dalam kejadian sebelum ini juga ramai peniaga "Up Town" di Taman Esplanade mengalami kerugian apabila kanopi mereka rosak akibat diterbangkan oleh ribut. Namun, kejadian petang semalam dikatakan lebih dasyat lagi apabila angin kencang berserta ribut melanda bandar Kuantan hingga menyebabkan orang ramai panik. Kejadian yang berlaku ketika semua pihak baru bersiap-siap untuk pulang ke rumah sekitar jam 5.20 petang itu dilihat antara yang terburuk setakat ini. Malah, seorang pemandu kenderaan Mercedes Benz nyaris maut apabila keretanya dihempap pokok besar ketika jalan "jem" di hadapan bangunan pejabat UMNO Kuantan. Menurut seorang saksi yang hanya mahi dikenali sebagai Along berkata beliau nampak pokok besar itu tiba-tiba mahu tumbang secara perlahan-lahan. "Ketika itu jalan jem dan kenderaan bersesak-sesak di hadapan kedainya di jalan terbabit. Pokok besar itu akhirnya menimpa sebuah kenderaan Mercedes Benz dan hampir menghempap juga sebuah lagi kenderaan jenis Iswara. Ketika itu seuasana kelam kabut dan ramai pemandu yang keluar dari kenderaan untuk berlindung di kedai saya (Evo Center). Saya lihat dengan jelas didepan mata pokok itu menghempap kereta terbabit, mujurlah pemandunya selamat dan tak ada kemalangan jiwa berlaku. Jika tidak tragedi ini lebih menyayat hati", kata beliau. [Sementara itu, tinjauan krew kami ke lokasi kejadian mendapati orang ramai berpusu-pusu mahu melihat pihak Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) menebang batang pokok yang menghempap kenderaan terbabit. Ketika itu hujan masih turun dengan lebatnya di kawasan itu. Pokok berkenaan berjaya ditebang selepas setengah jam dengan kerjasama pihak berkenaan. Apapun, mujurlah kenderaan yang terlibat tidak remuk teruk dan pemandunya juga selamat. Malah, pemandu kenderaan berkenaan juga sempat mengalihkan kenderaannya ke tempat yang selamat selepas itu. Dalam pada itu, difahamkan ribut petang semalam juga menyebabkan beberapa buah lagi papan tanda besar di sekitar bandar Kuantan termasuk di Wisma Sri Pahang dan Tanjung Lumupur juga rebah menyembah bumi. Semoga kejadian ini menjadi ikhtibar kepada warga Kuantan. Apa yang pasti semua pihak perlu berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa yang akan datang. Jangan biarkan anak-anak bermain hujan demi mengelakkan keselamatan mereka tergadai. Berjaga-jaga dan beringat sebelum terkena. Ambillah iktibar atas apa yang telah terjadi ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan