Pahang Daily Online |
- Panas: Cadangan "Bangunan Asrama" Komplek Sukan Tiba-Tiba Jadi Hotel Di Wisma Belia Indera Mahkota, "YDP MPK" Di Gesa Berikan Penjelasan!
- Panas: Laungan Bersih Sambut Najib Di London !!
- Shaziman: Desakan Rakyat, Kerajaan Pusat Akan Cari Jalan Kurang Kadar Atau Mansuh Tol Plus !!
- Video Sinar: Pakatan Rakyat Demo Mansuh Tol !!
- Iklaneka: Mati Pucuk 6 Tahun Pulih Dengan Evo7
- Sultan Bangga Aliran Masuk Pelaburan Domestik Dan Luar Cecah RM30 Bilion Sejak 20 Tahun Lalu
- Panas: Video YB Nizar Terjah Ke Program UMNO !
- Hebat: Lima Tahun Alami Berbagai Penyakit, Kini Pulih 90% Dengan Hanya Amalkan Produk EVO7 !
- Panas: Nik Aziz Bidas Mufti Perak, Jangan Masuk Campur Hal Politik Jika Punyai Persepsi Negatif !
- Panas: 'Tak Sehaluan', Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Pula 'Letak Jawatan' Dan Keluar Parti !
Posted: 14 May 2012 11:48 PM PDT KUANTAN, 15 Mei - Orang ramai yang melalui jalan pintasan Kemaman ke Kuantan sungguh terkejut bila melihat sebuah hotel tersergam indah di dalam kawasan komplek sukan, Wisma Belia Indera Mahkota dekat sini. Mereka bukan sahaja terkejut, malah tertanya-tanya kenapa sebuah hotel boleh didirikan dalam kawasan yang digazetkan sebagai komplek sukan?. Justeru Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato' Zulkifli Yaakob (foto) digesa menjawab kemusykilan ini. Apakah wajar hotel didirikan dalam komplek sukan. Malah, apakah ini adalah satu strategi mengumpul dana sempenan Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadualkan akan diadakan di sini pada Julai nanti. Malah, difahamkan juga Wisma Belia Indera Mahkota bakal dijadikan Menurut seroang kakitangan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang lalu lalang setiap hari di situ, beliau hairan kenapa hotel boleh dibenarkan dalam sebuah kawasan komplek sukan?. "Pada awalnya saya ingatkan hotel itu adalah hak milik Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri. Namun, bila diamati betul-betul rupanya ia adalah hak milik swasta. Soalnya, kenapa MPK menyewa atau menjualkan bangunan tersebut kepada pihak swasta?. Sedangkan kawasan itu adalah komplek sukan milik kerajaan", katanya. Tinjauan PDO mendapati, sebuah hotel yang dikenali sebagai City Times Hotel & Restaurant telah mula beroperasi sejak awal tahun yang lalu. Ia dipercayai diuruskan oleh pihak swasta berdasarkan kepada keadaan hotel terbabit. Persoalannya yang timbul, apakah kewajaran pihak swasta dibenarkan membina hotel di dalam kawasan terbabit?. Malah, bangunan hotel itu dipercayai "Block E" komplek sukan terbabit yang dulunya merupakan lapang sasar menembak kemudian dijadikan hostel Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum mereka berpindah ke Gebeng awal tahun ini. Anehnya selepas bangunan itu dikosongkan, kini sebuah hotel pula tiba-tiba wujud di situ. Bukankah bagunan berkenaan adalah hak milik kerajaan (Wisma Belia). Di fahamkan pada awalnya, Kerajaan Negeri Pahang telah menyerahkan Wisma Belia Indera Mahkta kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk diuruskan untuk sebarang acara sukan pada tahun 1995 dulu. Memandangkan tanggungjawab yang besar yang akan dimainkan oleh Unit Sukan maka ianya dinaik taraf kepada Bahagian Sukan yang diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Perhubungan Awam MPK. Persoalannya, kenapa "Block E" itu boleh terlepas kepada pihak swasta untuk dijadikan sebuah hotel?. Block E, Wisma Belia Indera Mahkota yang kini sudah dijadikan sebuah hotel Lagi bukti, kewujudan Hotel City Time yang cukup mengelirukan orang ramai Satu lagi persoalan yang timbul ialah, terdapat bukti ada papan tanda bangunan terbabit sebenarnya mahu dijadikan sebuah asrama baru untuk kemudahan peserta sukan berkampung di situ. Tarikh kelulusan projek ialah 29 Jun 2006 berdasarkan kepada lesen MPK atas tajuk "Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sebuah Asrama Baru Tiga Tingkat Di Wisma Belia Indera Mahkota". Makanya, apakah wajar tiba-tiba sebuah hotel boleh wujud di atas tapak yang menjadi milik Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu gamaknya?. Siapakah yang telah menukar status projek berkenaan, sehingga ia jelas bertujuan untuk komersial dan mencari untung semata-mata. Sedangkan sepatutnya ia dijadikan asrama untuk kemudahan sukan terutamanya Sukan SUKMA di Kuantan pada Julai 2012 ini nanti. Kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak MPK berkenaan isu ini dan seandainya ada bukti wujud penyelewengan dan rasuah maka ianya akan didedahkan. Amatlah malang sekali bila mana sebuah asrama tiba-tiba bertukar menjadi hotel dalam kawasan kompek sukan yang dimiliki oleh kerajaan. Bukankah ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya dalam projek ini. [Apakah kewujudan hotel dalam kawasan komplek sukan ini ada usaha pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri untuk mengaut untung lebih daripada penganjuran Sukan Malaysia di sini agaknya. Tidak cukupkah lagi dengan segala untung "saman parking" dan cukai-cukai yang telah mereka pungut dari rakyat selama ini?. Jika sebelum ini bangunan itu disewakan kepada APMM, mungkin untungnya tidak seberapa kerana ia merupakan agensi kerajaan. Maka kini, bangunan berkenaan telah diserahkan kepada pihak swasta untuk dijadikan hotel dimana MPK akan mendapat untung besar atas sewaan terbabit. Namun, wajarkah hotel didirikan di situ dengan menggunakan alamat "Block E, Wisma Belia" dan berada dalam pagar yang sama dalam kompleks sukan?. Bukankah kemudahan sukan sepatutnya diberikan percuma atau dengan bayaran dengan kadar yang paling minima. Justeru Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat isu ini demi keadilan semua pihak. Kita tidak mahu ada Pegawai tertentu dalam MPK yang mendapat komisyen besar gara-gara projek ini]. |
Panas: Laungan Bersih Sambut Najib Di London !! Posted: 14 May 2012 09:43 PM PDT [Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sungguh tersentak dengan laungan Bersih semasa mahu memulakan ucapannya di O2 Arena, London. Beliau menggunakan ucapannya yang pendek di O2 Arena dengan mempertahankan tindakan kerajaan terhadap himpunan Bersih 3.0. Pastinya , Najib tidak tidur lena setelah dimalukan rakyat Malaysia di Kota London. Apa yang berlaku kepada PM ini sungguh mengejutkan dan tidak diduga oleh beliau sendiri sebenarnya. Namun, itulah hakikat yang sebenar apabila rakyat Malaysia di seluruh dunia mahukan pilihanraya yang adil dan telus dijalankan di negara ini. Maka, Najib harus membuat perubahan jika tidak mahu terus dimalukan kelak. Itulah pengajarannya]. |
Shaziman: Desakan Rakyat, Kerajaan Pusat Akan Cari Jalan Kurang Kadar Atau Mansuh Tol Plus !! Posted: 14 May 2012 09:13 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Mei - Kerajaan akan berunding dengan pihak berkepentingan baru Plus Expressways Bhd (Plus) bagi mencari jalan kurangkan kadar atau hapuskan tol di beberapa bahagian lebuh raya kendalian syarikat itu. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor (foto) berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan berbincang dengan Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Walaupun penstrukturan (Plus) baru siap, telah ada permintaan daripada rakyat bagi mengurangkan kadar atau menghapuskan tol di kawasan tertentu, maka ini diambil perhatian penting oleh kerajaan. "Maka kerajaan kini sedang mengkaji kalau ada ruang boleh dilakukan untuk mengurangkan harga atau tutup dan sebagainya," katanya semalam. Dalam perkembangan terbaru, UMNO dan Pakatan Rakyat menggesa kerajaan memansuhkan kutipan tol Lebuh Raya Persekutuan di Batu Tiga dan Sungai Rasau berdekatan Shah Alam. Kedua-dua parti mengadakan demonstrasi tuntutan itu minggu lalu dan semalam. Beliau berkata selain kepentingan rakyat, langkah itu bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti pampasan yang perlu dikeluarkan kerajaan dan kepentingan 'stakeholders' Plus. "Pampasan yang kerajaan perlu keluarkan datangnya daripada wang rakyat, maka jika kerajaan keluarkan, ia perlu memberi kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh, bukan hanya sebahagian kecil," tambahnya. [Di kala pilihanraya umum hampir menjelang tiba, kerajaan wajar mendengar keluhan dan rintihan rakyat. Jika pembangkang bersedia hapuskan tol jika mereka berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13 akan datang, maka sudah tiba masanya kerajaan UMNO BN juga perlu berbuat demikian. Kebajikan rakyat perlulah dijaga dan bukan sekadar dijadikan retorik politik semata-mata. Rakyat mahukan keselesaan dalam apa jua perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan. Tindakan memberi ruang kepada proksi-proksi mencekik rakyat dengan penswastaan jalanraya yang merupakan kemudahan sepatutnya disediakan oleh kerajaan jelas sekali telah mengkhianati sokongan rakyat itu sendiri. Maka, sudah tiba masanya kerajaan mengambil jalan terbaik dengan memansuhkan tol-tol berkenaan untuk memberi harapan baru kepada rakyat jika mereka masih mahu memilih BN sebagai kerajaan. Jika tidak, pasti mereka akan mengubahnya]. |
Video Sinar: Pakatan Rakyat Demo Mansuh Tol !! Posted: 14 May 2012 09:10 PM PDT |
Iklaneka: Mati Pucuk 6 Tahun Pulih Dengan Evo7 Posted: 14 May 2012 08:56 PM PDT UNTUK TEMPAHAN PRODUK , SILA CALL @ SMS TALIAN BERIKUT
|
Sultan Bangga Aliran Masuk Pelaburan Domestik Dan Luar Cecah RM30 Bilion Sejak 20 Tahun Lalu Posted: 14 May 2012 08:42 PM PDT KUANTAN 15 Mei - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (foto) melahirkan rasa bangga kerana sejak 20 tahun lalu negeri ini menerima aliran masuk pelaburan domestik dan luar negeri sebanyak RM30.27 bilion. Baginda bertitah, pada tahun lalu Pahang telah menerima kelulusan pelaburan tertinggi bernilai RM6.3 bilion. "Ini menunjukkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berjaya menguruskan negeri ini dengan baik agar semua rakyat dapat hidup dengan aman," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pembukaan Sidang Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini semalam. Turut berkenan berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin dan barisan Exco Kerajaan Negeri. Sementara itu, baginda turut yakin kerajaan negeri mampu melaksanakan program untuk rakyat termasuk agama, pendidikan, perumahan serta teknologi untuk manfaat semua pihak. Dalam pada itu, baginda bertitah, program transformasi berlandaskan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya memacu pembangunan ke arah lebih maju. "Pengisian program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah membawa impak positif kepada rakyat tanpa mengira kaum, kedudukan, mahupun fahaman politik. "Terbaru, Perdana Menteri turut memberikan durian runtuh sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) kepada warga Felda sebagai menghargai sumbangan warga peneroka meningkatkan pendapatan ekonomi negara," titah baginda lagi. |
Panas: Video YB Nizar Terjah Ke Program UMNO ! Posted: 14 May 2012 07:59 PM PDT [Sungguh menakjubkan bila mana seorang pemimpin berani menerjah ke satu program yang jelas sekali bertujuan untuk memburuk-burukkan beliau. Apa yang dilakukan oleh YB Nizar ini adalah sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh lain-lain politik di negara kita selama ini. Hadir ke satu program parti lain dalam keadaan nama beliau disebut-sebut, adalah satu tindakan yang jelas amat sukar dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebenarnya. Baik kepada pemimpin pembangkang mahu pun UMNO BN itu sendiri. Namun, apa yang dilakukan oleh beliau amatlah membanggakan dan telah berjaya memalukan penceramah itu sendiri yang tiba-tiba terkedu dengan segala pembohongan yang dilakukan terhadap bekas MB Perak itu sebenarnya. Soalnya sekarang jika apa yang diucapkan itu benar, kenapa perlu beliau berhenti dari meneruskan ucapan dan kata panas itu]. |
Hebat: Lima Tahun Alami Berbagai Penyakit, Kini Pulih 90% Dengan Hanya Amalkan Produk EVO7 ! Posted: 14 May 2012 10:26 AM PDT Sambutan orang ramai terhadap produk EVO7 kini semakin menakjubkan. Bukan sahaja orang biasa termasuk para peneroka felda yang menggunakan produk ini, namun kini pasarannya telah berjaya menarik minat golongan korporat untuk menggunakan produk ini. Ternyata kini EVO7 semakin diyakini dan terbukti berkesan. Malah ia kini menjadi "Khazanah Kekuatan Untuk Lelaki Perkasa (Suami)". Produk ini juga kini dikelaskan sebagai "Makanan Tambahan" oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Testimoni terkini dari Pulau Pinang, Ramlan Samsuddin (foto) mendedahkan beliau kini semakin ceria dengan walau pun baru mengamalkan EVo7. "Saya mengalami penyakit saraf dan angin seluruh badan dari kepala sampai ke kaki. Penyakit ini telah saya alami lebih kurang 5 tahun yang lalu. Pelbagai produk telah saya cuba tetapi tidak ada kesannya. Secara moden atau urutan semuanya telah saya cuba tetapi hasilnya tidak memuaskan. Setelah saya mencuba produk EVO7 ini saya amat terkejut baru saja habiskan 2 sachet saya dapat merasai perubahannya. 90% dari penyakit yang saya alami itu pulih. Memang amat LUARBIASA produk EVO7 ini. Testimoninya cepat dan berkesan. Belum pernah saya rasakan pengalaman sebegini. Saya mengatakan demikian kerana saya adalah pengamal produk kesihatan lebih dari 5 tahun dan saya memang jarang sekali mengamalkan ubat-ubat hospital mahu pun klinik. Selain dari testimoni tersebut badan terasa cergas, bertenaga dan kulit cantik dan sememangnya amat baik utk tenaga kelelakian.Sekian saja serba sedikit testimoni dari saya. Jika sesiapa ingin tahu kehebatan EVO7 terutamanya di utara, bolehlah hubungi saya di talian 0125819949,", kata beliau. Testimoni pengguna EVO7 yang mengakui kehebatan luar biasa produk ini Sebuah Pusat Jualan Evo Pantai Timur kini dibuka di No.27, Jalan Mahkota (berhadapan dengan bangunan UMNO Kuantan). Oleh itu, orang ramai di sekitar kawasan Kuantan bolehlah terus berkunjung ke pusat jualan terbabit untuk dapatkan maklumat lanjut atau hubungi agen kami:- K.LUMPUR; Azmi (019-2845511), SELANGOR; Suhaimi (012-3854400), KELANTAN; Joe (013-9405390), J.BAHRU; En.Mat (010-8216359), JERANTUT; Cikgu Ali (019-9872152), TEMERLOH; Mie (019-9529372), MENTAKAB; Sabaruddin (013-9512607), RAUB; Zuraidi (017-9543112), NERAM; Hassan (019-9010868), KEMAMAN; Man (010-3144104),CHINI; Razli (013-9663877), ROMPIN; Saufi (014-5236163), K.TERENGGANU; Hj.Ismail (019-9194870), DUNGUN; Jamal (013-9350127), TOK SIRA;Hj.Razak (019-9877071), JERTEH; Din (019-9843476), UTARA & PULAU PINANG; Ramlan (0125819949), SG.ISAP; Pak Usop (016-9615861), BKT.SETONGKOL; Mizo (013-9260071) Pengedar diperlukan segera di seluruh negara. Info lanjut, sila klik DI SINI. |
Panas: Nik Aziz Bidas Mufti Perak, Jangan Masuk Campur Hal Politik Jika Punyai Persepsi Negatif ! Posted: 14 May 2012 10:07 AM PDT PETALING JAYA, 15 Mei - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik terutama jika mempunyai persepsi negatif terhadap parti itu. Sambil menempelak dan menyifatkan Harussani sebagai seorang yang memiliki pandangan lapuk, Nik Abdul Aziz menasihatkan agar mufti berkenaan berfikiran rasional berlandaskan kebenaran. "Saya nak beritahu, mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik kalau (berpandangan) begitu serong terhadap PAS. "Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Ini kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang Umno' yang melihat Umno tak mampu berjuang (untuk) Islam. Nampak sangat mufti itu tak baca sejarah," katanya yang dipetik menerusi akaun facebooknya pada Isnin. Beliau mengulas mengenai laporan muka depan akhbar Berita Harian berhubung kenyataan Harussani yang mendakwa perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik. Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu gunakan perkataan Islam dalam nama parti. [Nampaknya isu muzakarah kita semakin hangat pula diperkatakan selepas Mufti Perak mencadangan perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah, Ulamak Muda UMNO Ustaz Fathul Bari juga secara sukarela telah bersedia untuk sertai muzakarah tersebut sekarang ini. Persoalannya, apakah ia akan menjurus ke arah kebaikan atau keburukan jika muzakarah tersebut diadakan. Kini hanya rakyat sahaja yang boleh menilai perjuangan parti yang berlandaskan Islam wajar atau sebaliknya. Rakyat kini semakin keliru dengan dakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap Islam. Oleh itu, bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dan jangan terkeliru dengan pandangan sendiri yang akan rumitkan keadaan]. |
Panas: 'Tak Sehaluan', Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Pula 'Letak Jawatan' Dan Keluar Parti ! Posted: 14 May 2012 08:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Mei - Naib Pengerusi Parti Demokratik Rakyat (DAP), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (foto) meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu. Keputusan perletakan jawatan itu berikutan kritikan beliau terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mendapat reaksi negatif daripada para pemimpin DAP. Sehubungan itu, katanya, tempoh senatornya yang akan tamat pada 31 Mei ini tidak akan diperbaharui. Dalam temu bual bersama NTV7 pada malam tadi, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan beliau selepas ini. "Saya fikir sudah tiba masanya bagi saya untuk melihat secara serius terhadap kedudukan saya sendiri dalam parti. "Memandangkan terdapat perbezaan yang sangat luas sekarang, yang tidak selari, dan tiada alternatif lain, saya akan keluar dengan cara bermaruah. "Dengan itu saya akan meletakkan keahlian saya daripada DAP dan akan memaklumkan kepada parti dalam tempoh beberapa minit yang akan datang," katanya semasa temu bual itu. [Tamparan hebat untuk Pakatan Rakyat dan DAP sebenarnya. Nampaknya, gara-gara tak sehaluan dalam sesetengah isu maka Tunku Abdul Aziz dianggap khianat pada parti dan jawatan Senator yang disandangnya tidak disambung lagi oleh parti tersebut. Akhirnya menjurus ke arah perletakkan jawatan beliau dan keluar parti. Kini, ia memberi tekanan kepada DAP kerana mereka sebenarnya berusaha menarik orang Melayu kepada parti itu. Lantaran itulah Tunku Abdul Aziz dilantik ke jawatan Naib Presiden parti. Namun kini, kemungkinan besar imej itu akan tercalar dan orang Melayu akan takut semula kepada DAP agaknya selepas ini. Apapun, keputusan yang dibuat ini sungguh memeranjatkan. Tambahan pula di saat-saat Pilihan Raya Umum Ke-13 yang kian hampir sekarang sebenarnya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan