Ahad, 13 Mei 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Haram Jadah: ANAK Buat Laporan Polis Terhadap PM, Saman Menyusul Jika Dia Tidak Mohon Maaf !

Posted: 12 May 2012 09:10 PM PDT

KULAI, 13 Mei - Ungkapan "haram jadah" yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana Menteri Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri. Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan "Durian Runtuh" di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu. Beliau berkata, "haram jadah" dalam kamus Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) bermaksud "Anak Luar Nikah" dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat. "Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai," ujarnya. Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda. Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika beliau gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan.



[Memang ramai yang terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia ini sebenarnya. Tidak wajar beliau membuat kenyataan "haram jadah" kepada mana-mana peneroka yang tidak mahu menandatangani borang pinjaman bank untuk membeli saham FGVH seperti yang diwar-warkan baru-baru ini. Penerokan juga adalah manusia dan merupakan rakyat Malaysia. Maka itu, kenyataan panas seperti ini boleh mengundang malu kerana sebagai pemimpin Melayu yang beragama Islam sepatutnya Najib perlu mengawal perasaan dan api kemarahannya. Tambahan pula di khalayak ramai. Namun, entah apa jadi agaknya beliau tergamak keluarkan kenyataan sedemikian rupa yang jelas sekali merendahkan lagi martabat beliau di mata rakyat. Justeru, saman harus dilakukan jika Najib enggan memohon maaf terhadap isu ini. Rakyat boleh menilai semua kejadian ini].

Tiada ulasan: