Sabtu, 12 Mei 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Memalukan: "Melayu Muda Lupa", Najib Tersalah Raikan Sambutan Ulang Tahun Parti UMNO Baru !

Posted: 11 May 2012 09:07 PM PDT

Ramai pihak terutamanya veteran UMNO amat terkejut dengan sambutan ulangtahun ke-66 parti itu yang diadakan di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Sambutan yang khabarnya dipenuhi dengan lebih 100,000 ahli UMNO dari seluruh negara itu dilihat bercanggah dengan tema sambutan berkenaan sebenarnya. Malah mereka juga mempertikaikan kewajaran penganjur menggunakan logo sambutan yang tertera 66 tahun UMNO. Persoalannya sekarang, benarkah sambutan tersebut adalah bagi mengingati UMNO sejak penubuhannya pada tahun 1946 lalu?. Bukankah UMNO yang ada hari ini ialah "UMNO Baru" yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Bukankah UMNO baru diwujudkan selepas UMNO yang asal (1946) telah diharamkan oleh mahkamah?. Ini bermakna UMNO baru adalah parti yang wujud pada tahun 1988 selepas krisis kepimpinan antara Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu. Gara-gara perebutan jawatan Presiden UMNO yang penuh dramatik dan cukup kontroversi hingga menyebabkan parti itu diharamkan oleh mahkamah. Soalnya, apakah kewajaran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sambutan ulangtahun ke 66 UMNO malam tadi. Jika ditanya kepada orang-orang lama, mereka ternyata tidak mengikhtiraf UMNO yang ada hari ini. Bagi mereka perjuangan pemimpin UMNO terdahulu adalah berpaksikan kepada huruf jawi "Alif, Ba, Ta" yang bermaksud "Alif = Agama", "Ba = Bangsa" dan "Ta = Tanahair". Sebab itu pemimpin terdahulu tidak bermewah-mewah dan mengumpul harta untuk kekayaaan peribadi mereka. Tetapi UMNO sekarang sudah jauh terpesong. UMNO baru yang diasaskan oleh Mahathir ternyata bertuhankan "kuasa dan wang". Siapa yang dapat jawatan, maka matlamat mereka adalah untuk mengumpul kekayaan sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau pun proksi masing-masing. Hatta, Ketua Cawangan UMNO sekali pun maka mereka akan bermewah-mewah dan mengaut berbagai projek untuk mengenyangkan tembolok masing-masing. Perjuangan asal UMNO sudah lari dari matlamatnya. Laungan berjuang untuk "Agama, Bangsa dan Negara" hanyalah retorik politik mereka untuk menghalalkan cara. Mereka merompak segala hasil mahsul kekayaan negara, masing mengumpulk kemewahan duniawi. Mereka hanya akan kembali kepada rakyat apabila menjelangnya sesuatu pilihanraya. Ketika itu, barulah mencanangkan kononnya UMNO pembela rakyat dan sebagainya. Hakikatnya, mereka semua membela "periuk nasi" masing-masing. Itulah bezanya UMNO dulu dan UMNO sekarang (baru). Maka, sambutan ulangtahun UMNO yang diadakan malam tadi sebenarnya telah tersalah tema. Sepatutnya mereka raikan UMNO 24 tahun (1988-2012) dan bukan 66 tahun (1946-2012).


Lebih 100,000 hadir ke sambutan ulangtahun UMNO malam tadi apakah
mereka ahli atau pelajar-pelajar IPT dan PLKN yang dipaksa untuk hadir


[Melihat kepada sambutan hangat rakyat kepada ulangtahun UMNO di Stadium Bukit Jalil malam tadi, maka ia memungkinkan kita untuk mendengar beliau umumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat ini. Hangat diperkatakan parlimen bakal dibubarkan pertengahan bulan Mei ini dan pilihanraya umum ke-13 bakal diadakan seawal bulan Jun 2012 iaitu ketika musim cuti persekolahan nanti. Malah, ada maklumat mengatakan petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sudah dipanggil untuk taklimat terakhir hujung bulan ini. Apakah ini petanda pilihanraya akan berlangsung pada awal Jun ini. Segalanya terletak ditangan Najib dan Rosmah. Beliau harus berani untuk membuat keputusan jika terfikir begitu ramai rakyat hadir menyokongnya malam tadi. Apa lagi yang mahu ditakutkan sekarang?. Pilihan terletak ditangannya. Keraguan rakyat terhadap Daftar Pemilih SPR sudah pasti akan dipejamkan mata begitu saja demi mencapai matlamat untuk terus mengekalkan kuasanya].

Sidang Media PAS Pekan: Sorotan Isu Seminggu !

Posted: 11 May 2012 09:05 PM PDT

PDO Mohon Maaf Gagal Hadir Ke Program Hi-Tea Anak Pahang Bersama Nik Aziz Di Klang Hari Ini!

Posted: 11 May 2012 08:44 PM PDT



[Pahang Daily Online (PDO) agak sedih dan terkilan kerana gagal untuk hadir ke program Hi-Tea Bersama Anak Pahang di Dewan Al-Muniran Kg.Johan Setia Kelang petang ini. Program yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat itu khabarnya akan menghimpunkan anak-anak Pahang di perantauan dalam satu majlis khas sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Berbagai amanat dan kata nasihat akan disampaikan oleh tetamu jemputan termasuk juga Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang). Antara tetamu yang dijadualkan akan hadir ialah Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawi, (Timbalan Pesuruhajaya III PAS Pahang / Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat) dan Ustaz Shahril Azman (Ketua Pemuda PAS Pahang). Turut bersama pada hari itu ialah Man Kadir @ Pak Jabit dan artis sensasi tanahair iaitu Aishah yang khabarnya baru menyerahkan borang keahlian PAS kepada Nik Aziz dalam satu majlis di Taman Melewar malam tadi. Kami amat terharu kerana gagal hadir disebabkan masalah dana yang tidak mencukupi untuk ke program berkenaan. PDO juga akan sedih kerana pihak penganjur gagal menyediakan sedikit bajet untuk krew kami ke sana, memandangkan blog pahangdaily adalah merupakan blog panas yang kini sedang meningkat naik dan popular di Pahang. Malah, PDO juga diikuti oleh sebahagian besar rakyat Pahang seantero dunia termasuk di Lembah Kelang itu sendiri. Akibat ketiada dana khas, maka kami gagal untuk membuat liputan eksklusif program berkenaan untuk ditatap oleh ribuan rakyat Pahang yang mengikuti perkembangan blog panas ini sebenarnya]

Tiada ulasan: