Pahang Daily Online |
- Gara-Gara Tertipu, Pemimpin PKR Yang "Lompat Parti" Sertai UMNO Ingin "Kembali" Ke Parti Itu !
- Sensasi: Aishah 'Serah Borang Masuk PAS' Kepada Tuan Guru Nik Aziz Di Taman Melewar Malam Ini !
- Panas: Ulasan Rafizi Ramli Terhadap Isu Felda !!
| Gara-Gara Tertipu, Pemimpin PKR Yang "Lompat Parti" Sertai UMNO Ingin "Kembali" Ke Parti Itu ! Posted: 10 May 2012 09:56 PM PDT [Wartawan Pahang Daily Onlline (PDO), Blogger Cucumatkilau dijangka akan mengadakan "pertemuan sulit" dengan pemimpin terbabit di sebuah restoran dekat Kuantan petang ini. Persoalannya, siapakah pemimpin berkenaan dan kenapakah beliau mahu berbuat demikian?. Segalanya masih menjadi tanda tanya. Khabarnya beliau juga telah menghubungi beberapa orang pemimpin kanan PKR Pahang untuk menyatakan hasratnya itu. Kini, apakah PKR pusat akan menerima semula kemasukan pemimpin terbabit agaknya. Sama-samalah kita nantikan siapakah pemimpin itu. Apa yang pasti berita ini pasti akan menyebabkan kem UMNO BN kepanasan menjelang Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Info seterusnya menyusul]. |
| Sensasi: Aishah 'Serah Borang Masuk PAS' Kepada Tuan Guru Nik Aziz Di Taman Melewar Malam Ini ! Posted: 10 May 2012 09:25 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 11 Mei - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (foto) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam. Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online. Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood. Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau. Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 yang dijangka Jun ini. Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai. Salah satu lagu patriotak yang melekat dihati rakyat nyanyian Asihah dulu [Nampaknya semakin parti PAS diserang oleh UMNO dan Kerajaan Malaysia, maka semakin ramai golongan artis yang dulunya hidup dalam dunia "jahiliah" kini terpanggil untuk bersama-sama memperjuangkan Islam bersama PAS. Ini membuktikan mereka lebih percaya Islam yang dibawa oleh PAS daripada UMNO itu sendiri. Walhal, jika masing-masing sertai UMNO mungkin berbagai tawaran dan ganjaran lumayan akan diperolehi oleh mereka sebenarnya. Zaman kini sudah berubah, mereka yang dulunya hidup dalam dunia penuh "fitnah" kini akhirnya kembali kepada perjuangan Islam. Jika situasi ini berterusan maka sudah pastilah PAS akan terus mendapat sokongan daripada rakyat terutamanya bagi golongan muda. Kini, sudah pasti ramai penyokong Aishah akan bersama-sama beliau untuk kembali kepada landasan perjuangan Islam sebenar]. |
| Panas: Ulasan Rafizi Ramli Terhadap Isu Felda !! Posted: 10 May 2012 09:12 PM PDT [Isu Felda kini banyak menghantui diri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apatah lagi selepas beliau umumkan "durian runtuh 3 musim" di Felda Jengka 8 baru-baru ini. Ramai peneroka yang kecewa dengan senario itu dan kini bertindak menfailkan injuksi bagi menghalang bank-bank yang telah menguruskan borang pinjaman mereka agar membekukan proses tersebut. Tambahan pula "borang kosong" yang mereka tandatangani itu penuh dengan kontroversi dan boleh menjurus ke arah tergadainya tanah rumah dan ladang mereka kepada bank jika gagal membayar pinjaman kiranya saham FGVH yang dibeli mengalami masalah kelak. Felda akan lepas tangan dan peneroka yang akan menanggung segala bebanan tersebut. Mana mungkin bank beri pinjaman tanpa cagaran?. Maka itu, para peneroka mula sedar diri mereka telah tertipu dengan kenyataan Najib baru-baru ini sebenarnya. Peneroka perlu berubah sekarang]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan