Pahang Daily Online |
- Video: Anwar, Najib..Selamat Datang Ke Perancis !
- Panas: Durian Runtuh, Jika Jujur Kenapa Hanya Yang "Sign Loan Bank Layak" Tapi Tidak Semua !!
- British Lebih "Berhemah" Tangani Perhimpunan Aman Daripada Kerajaan UMNO BN Pada Hari Ini
- Hebat: Lima Tahun Alami Berbagai Penyakit, Kini Pulih 90% Dengan Hanya Amalkan Produk EVO7 !
- Panas: Rosmah Pecah Rekod Isteri PM Terdahulu, Berjaya Perolehi Dua Anugerah Dalam Satu Masa!
- Foto FB: Kemalangan Dekat LPT Petang Semalam
- Panas: Ceroboh Pejabat PKR Pahang, Penjenayah Berjaya "Di Tangkap Oleh Ahli Parti" Itu Sendiri !!
- Iklaneka: Penampilan Diri Kini Tambah Menawan Dengan Hanya Mengamalkan Produk Hebat EVO8
Video: Anwar, Najib..Selamat Datang Ke Perancis ! Posted: 07 May 2012 06:31 PM PDT |
Panas: Durian Runtuh, Jika Jujur Kenapa Hanya Yang "Sign Loan Bank Layak" Tapi Tidak Semua !! Posted: 07 May 2012 06:18 PM PDT JENGKA, 8 Mei - Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berkenaan durian runtuh Felda, kami cuba membuat anggaran berapa sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda. Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion. Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga. Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818. Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000. Walaupun begitu, kita merasakan Najib tidak akan mampu memberikan wang sebanyak itu, menunjukkan bahawa sama ada FGVH tidak memberikan wang pampasan kepada peneroka Felda, ataupun wang yang diterima itu "digelapkan" oleh pihak-pihak tertentu sebelum sampai ke tangan peneroka. Malah, mungkin juga jumlah itu ada tetapi peneroka tidak akan mendapat wang tunai atas durian runtuh tersebut. Ini kerana ia akan dijadikan saham yang mana akan dibayar semula oleh peneroka menerusi perjanjian sulit Felda dengan bank-bank terpilih. Malah, ada yang mendakwa borang perjanjian pinjaman dengan bank yang diedarkan baru-baru ini juga umpama ada "udang di sebalik mee" yang akan menjerat leher para peneroka. Ia terbukti apabila dokumen yang ditandatangani menunjukkan persamaan tawaran share oleh syarikat kepada pekerja dengan kaedah pinjaman bank seperti yang berlaku kepada Titan chemicals, Telekom dan Petronas Chemical Bhd, dimana selepas 6 bulan mereka perlu membayar semula pinjaman bank berkenaan. Bayangkan jika jumlahnya RM50,000 hingga RM100,000?. Felda ketika itu akan "lepas tangan" dan yang akan menjadi mangsa ialah peneroka akhirnya. Inilah dia "grand design" yang akan menjerat mereka. Jangan nanti peneroka "menang sorak kampung tergadai". Inilah sebahagian daripada dokumen perjanjian kosong yang akan menjerat peneroka felda seluruh negara tidak lama lagi sebenarnya (klik pada imej) [Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana tandatangan "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH. Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan. Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran? Maka apa agaknya yang telah Felda cagarkan? Sudah pastilah tanah ladang milik peneroka terbabit. Memang asalnya penyenaraian FGVH tidak libatkan ladang seperti yg didakwa, tetapi peneroka akan terjerat pada perjanjian ini apabila mereka gagal membayar pinjaman bank terbabit. Felda akan lepas tangan selepas enam bulan dan siapa yang akan jadi mangsa?. Sudah pasti peneroka. Maka apa guna durian runtuh, jika untuk merosakkan mereka]. |
British Lebih "Berhemah" Tangani Perhimpunan Aman Daripada Kerajaan UMNO BN Pada Hari Ini Posted: 07 May 2012 10:56 AM PDT [Foto di atas adalah senario himpunan BERSIH sebelum Malaya merdeka. Himpunan ini adalah untuk memBERSIHkan Malaya daripada Malayan Union. Justeru pemimpin UMNO dan Kerajaan Malaysia digesa agar janganlah terlalu JUMUD sangat sehingga sejarah orang Melayu terdahulu buat perhimpunan di negara ini pun merek tidak ambil tahu. Cuma, bezanya ketika zaman penjajah pihak Inggeris pada waktu itu tidak menggunakan polis FRU, tidak guna bom asap dan water canon untuk menyuraikan himpunan berkenaan. Soalnya, kenapa ia berlaku sekarang malah ia lebih dasyat daripada apa yang disangkakan. Masalahnya, majoriti anggota polis yang menyerang peserta Bersih 3.0 adalah terdiri daripada muka-muka Melayu. Tergamak mereka melakukan sedemikian rupa, sedangkan orang putih (bangsa Inggeris) zaman dahulu pun tidak tergamak melakukan kezaliman sedemikian. Justeru, ambilla ikhtibar di atas apa yang telah terjadi. Polis perlu menjaga keselamatan rakyat bukannya menjadi rakyat sebagai musuh mereka. Himpunan aman termaktub dalam perlembagaan, makanya kenapa rakyat boleh diperlakukan sesuka hati tanpa belas kasihan dan ehsan daripada mereka]. |
Hebat: Lima Tahun Alami Berbagai Penyakit, Kini Pulih 90% Dengan Hanya Amalkan Produk EVO7 ! Posted: 07 May 2012 10:26 AM PDT Sambutan orang ramai terhadap produk EVO7 kini semakin menakjubkan. Bukan sahaja orang biasa termasuk para peneroka felda yang menggunakan produk ini, namun kini pasarannya telah berjaya menarik minat golongan korporat untuk menggunakan produk ini. Ternyata kini EVO7 semakin diyakini dan terbukti berkesan. Malah ia kini menjadi "Khazanah Kekuatan Untuk Lelaki Perkasa (Suami)". Produk ini juga kini dikelaskan sebagai "Makanan Tambahan" oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Testimoni terkini dari Pulau Pinang, Ramlan Samsuddin (foto) mendedahkan beliau kini semakin ceria dengan walau pun baru mengamalkan EVo7. "Saya mengalami penyakit saraf dan angin seluruh badan dari kepala sampai ke kaki. Penyakit ini telah saya alami lebih kurang 5 tahun yang lalu. Pelbagai produk telah saya cuba tetapi tidak ada kesannya. Secara moden atau urutan semuanya telah saya cuba tetapi hasilnya tidak memuaskan. Setelah saya mencuba produk EVO7 ini saya amat terkejut baru saja habiskan 2 sachet saya dapat merasai perubahannya. 90% dari penyakit yang saya alami itu pulih. Memang amat LUARBIASA produk EVO7 ini. Testimoninya cepat dan berkesan. Belum pernah saya rasakan pengalaman sebegini. Saya mengatakan demikian kerana saya adalah pengamal produk kesihatan lebih dari 5 tahun dan saya memang jarang sekali mengamalkan ubat-ubat hospital mahu pun klinik. Selain dari testimoni tersebut badan terasa cergas, bertenaga dan kulit cantik dan sememangnya amat baik utk tenaga kelelakian.Sekian saja serba sedikit testimoni dari saya. Jika sesiapa ingin tahu kehebatan EVO7 terutamanya di utara, bolehlah hubungi saya di talian 0125819949,", kata beliau. Testimoni pengguna EVO7 yang mengakui kehebatan luar biasa produk ini Sebuah Pusat Jualan Evo Pantai Timur kini dibuka di No.27, Jalan Mahkota (berhadapan dengan bangunan UMNO Kuantan). Oleh itu, orang ramai di sekitar kawasan Kuantan bolehlah terus berkunjung ke pusat jualan terbabit untuk dapatkan maklumat lanjut atau hubungi agen kami:- K.LUMPUR; Azmi (019-2845511), SELANGOR; Suhaimi (012-3854400), KELANTAN; Joe (013-9405390), J.BAHRU; En.Mat (010-8216359), JERANTUT; Cikgu Ali (019-9872152), TEMERLOH; Mie (019-9529372), MENTAKAB; Sabaruddin (013-9512607), RAUB; Zuraidi (017-9543112), NERAM; Hassan (019-9010868), KEMAMAN; Man (010-3144104),CHINI; Razli (013-9663877), ROMPIN; Saufi (014-5236163), K.TERENGGANU; Hj.Ismail (019-9194870), DUNGUN; Jamal (013-9350127), TOK SIRA;Hj.Razak (019-9877071), JERTEH; Din (019-9843476), UTARA & PULAU PINANG; Ramlan (0125819949), SG.ISAP; Pak Usop (016-9615861), BKT.SETONGKOL; Mizo (013-9260071) Pengedar diperlukan segera di seluruh negara. Info lanjut, sila klik DI SINI. |
Panas: Rosmah Pecah Rekod Isteri PM Terdahulu, Berjaya Perolehi Dua Anugerah Dalam Satu Masa! Posted: 07 May 2012 10:24 AM PDT Ramai rakyat Malaysia pasti terkejut apabila mengetahui Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu program makan malam Majlis Anugerah Industri Sukan Negara di Menara Kuala Lumpur malam tadi. Mungkin dek kerana Rosmah penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) maka beliau diberi anugerah itu. Tambahan pula beliau adalah tetamu yang merasmikan majlis tersebut. Persoalannya sekarang, apakah Rosmah Mansor layak untuk menerima anugerah sehebat itu?. Sedangkan beliau baru saja terlibat dengan industri terbabit kira-kira beberapa tahun lalu selepas suaminya Najib Razak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Apapun, itulah Rosmah. Sesiapa saja yang mempelawa beliau menjadi tetamu jemputan rasmi untuk sesuatu majlis maka mereka perlu memberi anugerah yang sesuai untuknya. Jika tidak, Rosmah pasti tidak akan hadir ke majlis tersebut agaknya. Namun, dari risikan yang diterima memang begitulah fenomenannya. Rosmah nampaknya kian berkuasa di Malaysia, mengalahkan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu. Tidak cukup dengan itu, Rosmah juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam. Ini bermakna Rosmah berjaya memecahkan rekod kerana berjaya mendapat dua anugerah dalam satu masa. Ia sesuatu yang sungguh menakjubkan!. Tokoh Industri Sukan Negara 2o12, Rosmah badminton sambil disaksikan oleh suaminya Najib Razak dan lain-lain pemimpin di UMP Pahang baru-baru ini |
Foto FB: Kemalangan Dekat LPT Petang Semalam Posted: 07 May 2012 10:02 AM PDT |
Panas: Ceroboh Pejabat PKR Pahang, Penjenayah Berjaya "Di Tangkap Oleh Ahli Parti" Itu Sendiri !! Posted: 07 May 2012 09:43 AM PDT KUANTAN, 8 Mei - Susulan kejadian Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang diceroboh. Difahamkan dua laporan polis telah pun di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada pukul 12.00 tengah malam dan 6.30 pagi semalam. Laporan dipercayai telah dibuat oleh Setiausaha Kerja PKR Pahang iaitu Adnan Abu, Kamarul Hatta Md Ali (Ketua SAMM Pahang) dan Kamarzaman Md Yunus (Timbalan Setiausaha PKR Pahang). Apa yang mengejutkan, rupa-rupanya penceroboh terbabit sudah pun ditangkap oleh beberapa orang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuantan dan Indera Mahkota sekitar jam 4.30 pagi itu. Operasi mencari penceroboh telah dilakukan sebaik sahaja laporan diterima oleh mereka. Penceroboh yang berusia sekitar 48 tahun itu dipercayai berasal dari Kemaman dan kini menetap di Balok. Penceroboh terbabit kini dipercayai telah ditahan di IPD Kuantan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, mengulas lanjut berkenaan insiden ini Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman di dalam laman sembang sosial facebooknya berkata "Melihat cara pejabat PKR Phg dimusnah, sah bagi saya ia BUKAN curi biasa. Kemusnahan kpd semua alatan pejabat. Khianat tertinggi atau kecurian?". Sememangnya ramai yang melihat kejadian ini pasti ada dalangnya. Penceroboh yang ditangkap (foto bawah) sebenarnya hanyalah "kambing hitam" yang dibayar untuk melakukan kerja-kerja jahat ini. Mana mungkin penceroboh seperti ini mahu mengambil dokumen penting sesebuah parti politik andai dia benar-benar mahu mencuri dan menjualnya. Maka itu, adalah diharapkan agar pihak polis dapat menjalankan tugas dengan profesional untuk menyiasat kes ini. Jika dalan tiga kes terdahulu berkaitan isu pencerobohan yang sama, polis masig gagal mengesan penjenayah terbabit. Kini, mereka lebih mudah untuk bertindak kerana penjenayah sudah ditahan oleh pihak PKR sendiri dan polis hanya perlu menjalankan soal siasat dengan telus tentang siapakah pihak yang telah "arahkan" beliau menceroboh itu sebenarnya. Inilah wajah penceroboh yang telah pun berjaya ditangkap oleh ahli AMK itu Angkatan Muda Keadilan Kuantan dan Indera Mahkota bergambar selepas berjaya menangkap penceroboh terbabit sekitar jam 4.30 pagi semalam [Sifir mudahnya, dalam kes ini sudah pasti ada Sutradara yang mengarahkan penjenayah terbabit. Anak-anak muda PKR nampaknya telah memudahkan kerja-kerja pihak polis dengan tertangkapnya penjenayah terbabit. Mungkin dek kerana pihak polis masih sibuk dengan Bersih 3.0 maka kes seperti ini agak lambat untuk di selesaikan. Malah, dua kes yang melibatkan pejabat Dato' Fauzi dulu pun masih gagal diselesaikan oleh pihak polis sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan insiden yang berlaku pada November tahun lalu. Semuanya menyebabkan kehilangan dokumen dan maklumat penting parti berkenaan. Apakah penjenayah yang sama terlibat atau sebaliknya. Harapan kita agar pihak polis dapat lakukan tugasan mereka dengan penuh semangat dan dedikasi untuk menghuraikan kesimpulan kes ini. Tidak mungkin penjenayah terbabit menceroboh tanpa arahan, kerana apa guna beliau merosakkan semua talian elektrik, alat penghawa dingin serta merosakkan komputer dan dokumen berkaitan. Pejabat PKR itu bukanlah bank yang mempunyai banyak wang untuk dirompak. Inilah yang banyak menimbulkan kemusykilan itu sebenarnya]. |
Iklaneka: Penampilan Diri Kini Tambah Menawan Dengan Hanya Mengamalkan Produk Hebat EVO8 Posted: 06 May 2012 09:35 AM PDT Pasti ramai yang terkejut melihat penampilannya, Walau pun sudah berusia melebihi angka 50 an namun Kak Wanie (foto) nampak kelihatan anggun dan bergaya. Itulah yang boleh diperkatakan kepada sesiapa saja yang melihat kelibatnya di Kedai Emas Noni, Jalan Makota berhadapan dengan Pejabat Pos Kuantan. Beliau yang sudah lama mengusahakan perniagaan kedai emasnya itu tidak lokek dan mengaku, keceriaan dan keyakinan dirinya meningkat selepas menggunakan produk EVO8 keluaran syarikat Evo Freedom International. "Saya akui dalam usia sebegini sudah pasti ramai yang tidak mahu menjaga kecantikan mereka, baik luaran mahu pun dalaman. Namun, Alhamdullillah selepas saya mengamalkan penggunaan produk EVO8 kini saya rasa benar-benar berubah", kata beliau. Bagi mereka yang kali pertama bertemu beliau pasti akan terkejut dengan penampilan dirinya yang jauh lebih muda dari usia sebenar. "Ramai yang tanya, apa yang saya amalkan. Mereka ingat saya gunakan produk yang mahal-mahal sebelum ini... tapi bila saya kata saya amalkan EVO8 yang begitu murah ... ramai yang tak percaya pada mulanya. Tapi selepas saya suruh mereka cuba, kini mereka mula serasi dengan produk ini. Saya menyeru wanita-wanita di Malaysia untuk amalkan produk EVO8 mulai sekarang. Nescaya suami-suami anda tak keluar rumah lagi pada waktu malam sebab produk ini memang pengikat kasih sayang", tambah Kak Wanie lagi. Beliau turut mempelawa para usahawan wanita yang berminat untuk menjadi pengedar prdouk ini di seluruh negara mulai sekarang, bagi menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Video, salah seorang daripada testimoni pengamal EVO8 dari Muar Johor Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini dan seterusnya menjadi agen berdaftar, sila hubungi talian yang tertera: KUANTAN; Kak Wanie (012-9878255), KERTEH; Kak Yus (016-9369424), PAKA; Rubiah (013-9127610) RAUB; Nurul (017-9198280), ROMPIN; Kak Mas (017-9240851), SELANCAR; Hafizah (019-7955854), INDERA MAHKOTA; Lin (017-9606176), TERUNTUM; Linda (014-8115125), CHINI; Suzie (013-9408746), TEMERLOH; Kak Emma (019-9450130), MENTAKAB; Ju (013-9822820), BT.SAGU; Wanie (014-8051901), JENGKA; Hamisah (017-7969750), KEMAMAN; Kak Wan (019-9833209), KUALA KRAI; Jue (013-9537220), SHAH ALAM; Tini (013-9526634), N.SEMBILAN; Roha (017-8828214), NARATIWAT,THAILAND; Kameerayah (017-9522995). Pengedar diperlukan. Info, klik DI SINI. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan