Isnin, 7 Mei 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Haram "Bersih 3.0", Nik Aziz Dakwa Fatwa Yang Di Keluarkan Adalah Bersifat Berat Sebelah

Posted: 07 May 2012 05:30 AM PDT

KOTA BAHARU, 7 Mei - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) hari ini mendakwa fatwa pengharaman mengenai perhimpunan haram yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah bersifat berat sebelah. Dalam kenyataan melalui laman sosial facebooknya, Nik Abdul Aziz berkata fatwa berkenaan dikeluarkan dengan hanya menggunakan 'sebelah mata' sahaja. "Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?" katanya dalam kenyataan tersebut. Semalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. Nik Abdul Aziz sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang membenarkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Radioaktif: Mungkinkah Saya Mangsa Seterusnya

Posted: 07 May 2012 05:14 AM PDT

Panas: Sambutan 'Hambar' Program PM Di Taman Gelora, Cubaan Adnan Malukan Perdana Menteri!

Posted: 06 May 2012 08:20 PM PDT

Susulan pendedahan kami berkenaan sambutan hambar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap program yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia di Taman Gelora pagi semalam, maka ramailah yang menuduh kenyataan itu hanyalah fitnah dan spekulasi semata-mata. Namun, dari gambar yang dipaparkan itu membuktikan sebaliknya. Hambar, bukan bermakna tidak ada langsung orang yang datang tetapi ia menunjukkan program itu gagal mendapat sambutan. Mereka yang ramai hadir hanyalah yang dipaksa oleh kerajaan menerusi pekeliling tertentu. Bagi menunjukkan lebih ramai yang hadir maka seperti biasa para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan. Adalah lebih elok para pelatih PLKN itu dibenarkan memakai baju "casual" agar tidak nampak sangat mereka pelatih. Namun, akibat kealpaan penganjur maka mereka semua dipaksa memakai baju PLKN yang membuktikan merekalah yang telah meramaikan hadirin yang menyambut Najib Razak pagi semalam. Soalnya, ke mana pergi penyokong UMNO BN yang ramai itu. Mana pergi rakyat yang dikatakan sudah mula menyokong kerajaan?. Semua ini membuktikan rakyat sebenarnya sudah muak dan jemu dengan taktik-taktik kerajaan terutamanya UMNO yang memaksa rakyat hadir termasuk memberi gula-gula kepada mereka. Apapun, sambutan yang diberikan kepada Najib semalam jelas sekali memalukan Kerajaan Negeri Pahang. Mana mungkin, pentadbiran Adnan Yaakob tidak menjemput rakyat untuk hadir berbondong-bondong ke program PM. Justeru, PDO cuba membongkarkan rahsia semua ini bagi bolehkan rakyat Pahang seantero dunia untuk menilainya.

Sambutan Hambar, Cubaan Adnan Malukan Najib

Umum mengetahui dan kini memang kecoh diperkatakan riwayat politik Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang akan berakhir selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jika tidak pun dikalahkan oleh Pakatan Rakyat, khidmat Adnan juga akan berakhir jika UMNO BN masih berkuasa di negeri ini. Berita panas itu kini sudah heboh diperkatakan oleh rakyat terutamanya penyokong UMNO BN sendiri. Mereka terkejut dengan isu Adnan akan dipindahkan bertanding di parlimen pada PRU ini. Pada pilihanraya terdahulu, senario yang sama berlaku namun Adnan tetap kekal sebagai MB dan bertanding di DUN Pelangai. Namun, kini senarionya berbeza kerana Najib tidak mahu lagi khidmat Adnan di Pahang. Najib khabarnya akan menggantikan Adnan dengan proksi beliau. Antara nama yang paling kanan ialah Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Rompin). Adnan pasti melenting dengan maklumat ini, namun beliau sudah tahu dan sudah menjangkakan semua ini akan berlaku sebenarnya. Najib tidak mahu Adnan kerana beliau adalah orang Pak Lah. Sama seperti Khairy Jamaluddin, Adnan harus dipindahkan jika Najib mahu orangnya menguasai Pahang selepas ini. Lantaran itulah, Adnan dikatakan tidak "sebulu" dengan Najib sejak dua menjak ini. Banyak program-program rasmi kerajaan yang melibatkan Najib akan diboikot oleh Adnan. Malah, kahabarnya Adnan cukup kecewa apabila dengar ada mana-mana pemimpin UMNO Pahang berjumpa Najib. Beliau melenting jika ada aduan itu, malah pemimpin terbabit pasti akan diambil tindakan. Paling menarik, Adnan terpaksa berjumpa dengan beberapa orang penduduk Cameron Highlands di Kuantan baru-baru ini, selepas mereka mengertak untuk berhimpun dan berkemah di depan pejabat PM Najib Razak di Putrajaya.


Jamaluddin Jarjis dijangka menggugat Adnan sebagai MB selepas PRU ini
nasib Adnan di Pahang kini bagaikan telur dihujung tanduk sebenarnya
Walhal, sebelum ini sudah lebih dua tahun penduduk terbabit merayu untuk bertemu Adnan. Semuanya ditolak dengan bermacam-macam alasan. Adnan amat takut kepada Najib, maka itulah beliau rela bertemu penduduk terbabit di Kuantan. Kini, Adnan tersepit sama ada mahu menyembah Najib atau "pihak istana"?. Bagi Adnan dalam Pahang beliau hanya tunduk kepada "istana" dan tidak kisah dengan rakyat atau dalam UMNO sendiri. Namun, beliau harus ingat hubungan Najib dengan istana lebih kukuh dan erat dari beliau. Tambahan pula Najib adalah Ahli Parlimen Pekan. Maka itulah ada yang mendakwa, sambutan hambar semasa kunjungan Najib ke Taman Gelora pagi semalam adalah satu percubaan Adnan untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia itu.

[Apakah fenomena ini benar, hanya Adnan dan orang-orangnya sahaja yang dapat menentukan. Namun, ramai yang tahu hubungan Najib dan Adnan memang tidak berapa rapat seperti yang disangkakan. Mereka hanya rapat ketika berhadapan dengan media. Adnan marah kerana Najib mahu menggugat kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Baginya, beliau masih belum puas untuk memerintah dan memperkayayakan suku-sakat, ahli keluarga dan kronsi-kroninya dengan segala hasil mahsul negeri ini. Lantaran itulah, Adnan masih mahu berada ditampuk kuasa selepas PRU-13. Ada yang mendakwa Adnan akan bertanding di Parlimen Kuantan, Indera Mahkota atau pun Paya Besar pada kali ini. Sementara itu Jamaluddin Jarjis pula akan bertanding di DUN Muadzam Shah menggantikan tempat Maznah Mazlan untuk membolehkan beliau menjadi MB Pahang. Bukti jelas senario ini ialah apabila Najib mengarahkan Setiausaha Politiknya, Suffian Awang (Ketua Pemuda UMNO Kuantan) menjadi "Care Taker" bagi Parlimen Rompin sejak JJ diangkat menjadi Duta Besar ke Amerika Syarikat dulu. Malah, Suffian juga khabarnya akan bertanding di Parlimen Kuantan menentang Fuziah Salleh kali ini. Maknanya Najib sedang mencaturkan orang-orangnya di Pahang, tanpa Adnan sedari. Nantikan pendedahan seterusnya, bagaimana Najib pula cuba malukan Adnan dalam isu Lynas. Apapun Adnan harus sedar, kedudukannya terancam bukan kerana pembangkang tapi UMNO sendiri].

Panas: Ibu Pejabat PKR Pahang Di Ceroboh Malam Tadi, Penjenayah Larikan Dokumen Penting Parti !

Posted: 06 May 2012 06:38 PM PDT

KUANTAN, 7 Mei - Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Jalan Beserah dekat sini telah diceroboh malam tadi. Perakara itu dilaporkan oleh blog rasmi parti itu pagi ini. Kejadian tersebut disedari oleh Setiausaha Kerja PKR Pahang. Menurut beliau, beberapa dokumen penting, komputer serta peralatan pejabat didapati telah hilang. Malah, turut dirosakkan adalah talian elektrik di seluruh kawasan pejabat berkenaan (diputuskan). "Saya ke pejabat sekitar jam 9.30 malam tadi untuk melakukan tugasan. Setiba di pejabat saya tengok rantai pintu pagar telah diputuskan. Saya percaya penceroboh masuk ke pejabat melalui siling kerana tiada kesan pintu yang dipecahkan", katanya. Beliau percaya perbuatan khianat tersebut telah dirancang oleh pihak yang berkenaan bagi mensabotaj parti menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Malah, kehilangan beberapa dokumen pentong serta komputer yang mengandungi data-data parti membuktikan modus operandi yang sama dilakukan oleh penceroboh semasa kejadian yang sama di pejabat Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) di Bukit Sekilau dulu. Malah, sebelum ini (28 Nov 2011) juga telah berlaku kecurian di lokasi (Pejabat PKR Pahang) yang sama di mana lima buah kompresor hawa dingin didapati telah hilang. Satu laporan polis akan dibuat berkaitan kes ini dan difahamkan satu sidang media akan dilakukan pagi ini berkaitan insiden tersebut. Sementara itu Keadilan Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini dan mendesak agar pihak Polis bertindak dengan menggunakan kepakaran yang ada untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab.

Bukti, kes ceroboh yang berlaku di pejabat Dato' Fauzi pada tahun 2010
modus operandinya tetap sama iaitu melalui siling premis terbabit


[Jika dilihat kepada tiga kejadian terdahulu termasuk dua melibatkan pejabat Dato' Fauzi sendiri, ternyata pihak polis begitu seukar untuk menjejaki penjenayah terbabit. Malah, hingga sekarang tidak ada maklumat tentang kejadian terdahulu dan kini ia berlaku lagi. Apa yang pasti kejadian ini menjurus kepada unsur politik semata-mata, tambahan pula penceroboh dipercayai memang berniat untuk mencuri dokumen penting yang berkaitan dengan pilihanraya sebenarnya. Maka itu, walau pun umum cuba mengelak namun kes ini mahu atau tidak, pasti ia dilakukan oleh musuh politik PKR. Siasatan yang rapi haruslah dijalankan untuk mencari dalang disebalik insiden ini. Kita tidak mahu politik berbentuk ancaman dan provokasi seperti ini menjadi permainan pihak yang berkenaan. Tuduhan dan dakwaan mungkin tidak digemari oleh pihak terbabit, namun melihat kepada modus operandi yang dilakukan maka sudah pasti ia melibatkan orang yang sama. Cuma mereka masih bebas untuk melakukan lebih banyak pencerobohan selepas ini. Bersedialah untuk berhadapan dengan semua ini. Tambahan pula menjelangnya PRU-13 tidak lama lagi].

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), Lynas Akan Lawat Kilang Tersebut Di Gebeng Khamis Ini

Posted: 06 May 2012 06:25 PM PDT

JOHOR BAHRU, 7 Mei - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant dijadual mengadakan lawatan ke lokasi kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang Khamis ini. Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (foto) berkata dalam lawatan itu nanti PSC akan mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat untuk mengetahui lebih dekat permasalahan mereka berkaitan projek Lynas. "Kita juga akan meneliti segala isu berkaitan termasuk pencemaran, kesan radioaktif dan perkara lain bagi memastikan ia selamat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Tuisyen Terminal Sejahtera 1Malaysia (TS1M) di Pasir Gudang, dekat sini, semalam. Mohamed Khaled berkata perkara itu akan diteliti secara mendalam selain mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik daripada pakar berkaitan dalam bidang berkenaan. Sehingga kini, katanya jawatankuasa itu telahpun mengadakan mesyuarat bersama pihak kementerian serta agensi yang terlibat dan hasilnya akan dibentangkan di Parlimen sebelum diedarkan kepada rakyat. Mohamed Khaled turut melahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang enggan sertai jawatankuasa itu sedangkan segala perolehan maklumat dilakukan dengan kajian saintifik. "Kita berbeza dengan PSC Berhubungan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya kerana ia memerlukan hasil kajian saintifik dan tidak boleh mengambil jalan tengah untuk mendapatkan persetujuan semua pihak. "Jadi saya tidak faham kenapa mereka tidak mahu terlibat dalam usaha mencari fakta sebenar," kata beliau.

[Khaled Nordin memang seronok bersuara kerana kilang Lynas tidak berada di negerinya. Bayangkan jika kilang itu didirikan di Pasir Gudang?. Apakah beliau berani bersuara?. Menuduh pembangkang tidak sertai PSC merugikan kerana ingin mencari sumber yang tepat dalam isi Lynas adalah satu kenyataan dangkal menteri berkaitan. Umum mengetahui, PSC yang ditubuhkan oleh parlimen hanyalah untuk menutup segala kelemahan yang ada dan dalam masa yang sama akan menolak segala idea dan pandangan daripada wakil pembangkang. Inilah yang terjadi ketika PSC berkaitan penambahbaikan pilihanraya baru-baru ini. Suara wakil pembangkang dianggap sebagai minoriti dan tidak penting. Ini membutkikan mereka menubuhkan PSC Lynas juga adalah bagi menutup kelemahan yang ada. Kunjungan sehari PSC Lynas ke kilang terbabit dan bertemu rakyat sebenarnya hanyalah satu kerja "buang masa". Ini kerana, apa yang ditakuti oleh rakyat adalah "sisa buangan" rare earth yang bakal terhasil selepas ia diproses nanti. Maka, kunjungan PSC itu hanyalah untuk mendengar kenyataan dari pihak Lynas yang sudah pasti akan mengatakan ia selamat kerana mereka sudah melaburkan berbilion ringgit untuk projek tersebut].

Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Berita !!

Posted: 06 May 2012 05:58 PM PDT

Sultan Pahang Merasmikan Masjid UIAM Kuantan

KUANTAN - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (foto) berkenan merasmikan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan di Indera Mahkota di sini baru-baru ini. Masjid yang dinamakan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah itu dibina dengan kos RM15 juta. Turut berangkat pada majlis itu ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin. Zaleha berkata, masjid yang mula dibina pada 5 Mei 2008 itu mampu menampung jemaah seramai 5,000 orang pada satu-satu masa. "Reka bentuk dalaman masjid ini lebih kepada ruangan yang terbuka dan luas bagi menampung jemaah yang terdiri daripada mahasiswa, kakitangan dan penduduk sekitar UIAM," katanya di sini. sumber

Ibubapa Berperanan Semai Semangat Patriotisme

KUANTAN - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar (foto) menggesa ibu bapa memainkan peranan dalam menyemai semangat patriotisme terhadap anak-anak agar generasi akan datang lebih menghargai keamanan. Baginda bertitah, pendedahan terhadap sejarah negara ini dalam kalangan kanak-kanak berupaya memupuk semangat patriotisme. "Anak-anak harus dididik untuk sentiasa menghargai khazanah dan sejarah negara. "Belajar sejarah bukan hanya di sekolah malahan ia satu proses pembelajaran berterusan," titah baginda ketika merasmikan Program Muzium dan Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mahmud Mat, di sini baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif. Tunku Azizah bertitah, mengenali sejarah negara boleh membentuk peribadi generasi akan datang supaya lebih rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. "Banyak yang boleh dipelajari daripada sejarah untuk mencipta masa depan yang lebih baik. "Bahan sejarah perlu didokumentasi dengan sewajarnya untuk tatapan generasi akan datang supaya mereka juga dapat mencipta masa depan lebih gemilang," titah baginda. Baginda mahu pendedahan sejarah terhadap kanak-kanak dilakukan pada awal usia muda supaya dapat lahirkan masyarakat bersatu padu dan punyai identiti. sumber

[Mulai hari ini Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan kembali Warta Pahang yang memaparkan segala sumber berita dipetik dari pelbagai media berkaitan negeri ini. Paparan ada bertujuan untuk memberikan lebih banyak informasi kepada rakyat Pahang seantero dunia untuk mengetahui bahan berita semasa yang tidak ada kaitan dengan unsur-unsur politik kepartian atau sebagainya. Kepada mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sebarang maklumat dan informasi berkaitan sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com. Segala penyiaran adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Sila sertakan bersama gambar-gambar berkaitan serta juga nombor telefon untuk dihubungi. Harap maklum]. pdo

Tiada ulasan: