Pahang Daily Online |
- Panas: 'Mahasiswa' Yang Ugut Polis Kini Di Tahan, Tapi Pemuda UMNO Yang Ugut Nik Aziz Di Biarkan
- Isu Boikot Majlis JAIP, Ustaz Nor Hamizi Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Kelab Media Pahang!
- Ganas: Najib & Hishamuddin Bertanggungjawab !!
- Gara-Gara Rosmah, Penganjur Program Tahunan Isteri 'Wakil-Wakil Rakyat BN' Jadi Tidak Keruan !
Panas: 'Mahasiswa' Yang Ugut Polis Kini Di Tahan, Tapi Pemuda UMNO Yang Ugut Nik Aziz Di Biarkan Posted: 05 May 2012 01:42 AM PDT KUALA LUMPUR 5 Mei - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd. Ismath (foto) yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh gara-gara keganasan mereka di Himpunan Bersih 3.0, telah ditahan reman oleh pihak polis sebaik saja tiba untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10.00 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut. Difahamkan, sejak semalam rumahnya telah dikepung oleh pihak polis. Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) kini berkemungkinan besar akan didakwa atas tuduhan tersebut. Sama ada beliau turut akan dibelasah atau tidak, ia meungkin bergantung kepada pihak polis. Namun, ramai pihak percaya anak muda itu pasti akan dibelasah teruk gara-gara kenyataan beliau itu. Persoalannya yang timbul sekarang ialah jika benar pihak polis melaksanakan tugas dengan betul dan adil kepada semua rakyat maka kenapa mereka tidak turut mengambil tindakan yang sama terhadap seorang anggota Pemuda UMNO, Mohd Safuan Hilmi (foto bawah) yang juga telah mengeluarkan kenyataan "Aku Sanggup Di Hukum Gantung Jika Aku Dapat Bunuh Nik Aziz"?. Apakah kerana dia UMNO maka pihak polis tidak melakukan apa-apa tindakan terhadapnya?. Kenapa kenyataan Khalid yang hanya diandaiakan dengan perkataaan "Jika" itu dijadikan asas untuk mereka menangkap beliau?. Apakah ini cara pihak polis melaksanakan kerja dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Jika mereka namanya UMNO BN maka begitu sukar untuk pihak polis jalankan siasatan. Namun, jika namanya menyokong pembangkang maka sepantas kilat mereka laksanakan tugas. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin hari semakin "menyampah" dan tidak yakin lagi dengan pihak polis sebenarnya. Apapun, kita mengharapkan agar Khalid Mohd Ismath berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan terhadap diri beliau ketika ditahan polis hendaknya. Barisan peguam yang hebat-hebat perlu untuk membela anak muda tersebut. Apapun, sokongan semua amatlah diharapkan untuk menguatkan lagi semangat anak muda berkenaan untuk terus berjuang untuk tegakkan kebenaran dan keadilan di bumi tercinta ini. [Undang-undang polis kini begitu berbeza di negara kita sebenarnya. Rakyat yang tidak menyokong kerajaan akan dilayan umpama penjenayah dalam kes-kes berkaitan, sebaliknya mereka yang menyokong kerajaan UMNO BN pula akan ditatang bagai minyak yang penuh. Buatlah apa jua kesalahan jenayah yang melibatkan politik, namun mereka bebas tanpa ada sebarang tindakan. Tetapi bagi rakyat yang tidak menyokong mereka, buatlah apa saja pun hatta SMS, facebook, MMS, twitter dan sebagainya maka pihak polis begitu cekap dan profesional akan mengambil tindakan keras. Soalnya, polis ini berkerja untuk rakyat atas profesionalisme mereka atau atas arahan orang politik agaknya. Kenapa ini harus berlaku di Malaysia yang kononnya sebuah negara demokrasi berparlimen ini?. Terbukti, rakyat kini umpama musuh kepada pihak polis yang perlu diperangi habis-habisan. Maka, itulah juga kita tidak hairan polis boleh melakukan tindakan diluar batasan kemanusia semasa membelasah para peserta dalam perhimpunan Bersih 3.0 dekat Kuala Lumpur baru-baru ini]. |
Isu Boikot Majlis JAIP, Ustaz Nor Hamizi Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Kelab Media Pahang! Posted: 05 May 2012 12:53 AM PDT KUANTAN, 5 Mei - Susulan pendedahan Pahang Daily Online (PDO) berkaitan perselisihan faham antara kumpulan wartawan (Kelab Media Pahang) dengan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semasa program Majlis Santapan Bersama Tengku Mahkota Pahang di Hotel MS Garden dekat sini pada 25 April lalu maka ramai pihak yang telah menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan info lanjut. Kami juga mendapat komen ikhlas daripada pegawai terbabit yang dimaksudkan iaitu Ustaz Nor Hamizi Jamaluddin (foto) berkenaan dengan isu ini. Dalam komentar yang dibuat terhadap perkara ini beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas segala teguran yang baik yang bertujuan untuk meneyedarkan dirinya, "Saya ustaz Nor Hamizi yang kalian perkatakan dalam berita dan komen saudara-saudara sekalian. Terima kasih atas teguran-teguran kalian yang baik dan bertujuan untuk menyedarkan kesilapan daripada pihak diri saya. Terima kasih juga atas sebahagian perkara yang berupa fitnah dan cerita yang separuh jalan yang tak habis serta kutukan yang dilemparkan kepada saya. Saya tahu siapa yang tulis berita ini serta siapa yang komen. Memang ada sebahagian perkara daripada kesilapan dan kelemahan diri saya. Saya akui dan mohon maaf kepada pihak yang terlibat. Saya rasa tak rugi memohon kemaafan atas kesilapan, yang penting persaudaraan dan ukhuwah islam kita molek kembali. Saya anggap perselisihan yang berlaku umpama sengketa adik beradik yang pasti berdamai kembali", katanya. "Saya kenal Abg Nik (pengerusi Kelab Media) sebelum ini dalam beberapa program. Insya Allah saya akan berjumpa dengan dia untuk jernihkan suasana. Saya pun bukan maksum dan bukan wali. Manusia biasa yang adakalanya terlupa dan terlalai. Tak perlulah saya bela diri saya di sini, nanti saya aibkan orang lain pula semata-mata nak jaga maruah sendiri. Sampai bila takkan selesai. Kepada yang mengulas dgn komen-komen yang baik, jazakallahu khaira. Kepada yang beri komen yang guna bahasa dan tuduhan yang tak baik, saya maafkan kerana bimbang nanti kita bertemu Allah dalam keadaan pikul dosa dengan manusia yang tak sempat kita pohon maaf", tambahnya. [PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada Ustaz Nor Hamizi Jamaluddin atas keikhlasan beliau memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang berkenaan. Semoga sillaturahim antara pihak Media Pahang dengan JAIP dapat dipulihkan kembali selepas insiden ini selesai. Malah, kami difahamkan kesilapan sebenar bukan terletak pada bahu beliau seorang. Ia mungkin berpunca kehadiran saudara baru dikalangan masyarakat orang asli yang lebih ramai dari jumlah yang sepatutnya. Ini menyebabkan meja khas dan ruangan yang disediakan untuk para wartawan akhirnya tidak mencukupi. Namun, mereka telah diberi pilihan untuk duduk secara berasingan di mana-mana ruangan kosong yang masih ada. Itu sahaja isu yang timbul sebenanrya. Cuma ia berlarutan apabila ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan layanan terhadap mereka. Apapun, dengan permohonan maaf oleh beliau ini, maka diharapkan isu tersebut selesai dan hubungan baik antara pihak JAIP dengan Media dapat pulih kembali nanti]. |
Ganas: Najib & Hishamuddin Bertanggungjawab !! Posted: 05 May 2012 12:46 AM PDT |
Gara-Gara Rosmah, Penganjur Program Tahunan Isteri 'Wakil-Wakil Rakyat BN' Jadi Tidak Keruan ! Posted: 04 May 2012 11:44 PM PDT KUANTAN, 5 Mei - Kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dekat sini benar-benar menyusahkan pihak terbabit sebenarnya. Masing-masing "tidak keruan" menunggu program isteri PM itu berakhir. Ini kerana, gara-gara Rosmah menyebabkan segala perancangan awal termasuk yang berkaitan dengan urusan protokol "carca merba" dibuatnya. Apa tidaknya, Rosmah dipercayai mahu mengikut selera beliau dalam menentukan apa jua keputusan yang ingin dibuatnya. Ini menyebabkan, pihak penganjur Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat BN 2012 di sini jadi "haru biru" sebenarnya. Rosmah dipercayai merubah segala aturcara yang telah disediakan demi kepentingan peribadi beliau sendiri. Malah, terdapat laporan Pembantu Peribadi (PA) beliau sendiri telah mengambilalih mesyuarat tertentu, kerana kurang senang dengan tindakan pihak yang berkenaan. Tambah mengejutkan PA Rosmah dipercayai berhubung terus dengan PM Najib Razak dalam sesetengah isu bagi menakutkan pihak penganjur agar mengikut selera Rosmah Mansor. Difahamkan, akibat terlalu cerewat dan mahu dilayan umpama permaisuri atau "First Lady Of Malaysia", Rosmah mengarahkan permaidani dipasangkan di keseluruhan "banglo tetamu" yang hanya menjadi persinggahan "rehat" untuk beberapa jam selepas beliau bermain badminton. Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengarahkan semua bilik-bilik di banglo berkenaan dilengkapi dengan "alat penghawa dingin" dan sebagainya. Kehendak Rosmah ini terpaksa dilayan oleh pihak penganjur kerana beliau merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia. Namun, wajarkah Rosmah bertindak demikian terhadap sebuah institusi pengajian tinggi. Beliau sepatutnya menerima seadanya, apa jua kemudahan yang ditawarkan oleh pihak terbabit. Namun, dek kerana sikap beliau yang "cerewet" itu akhirnya pihak penganjur terpaksa melayan apa saja kemahuan Rosmah walau pun dengan perasaan yang begitu kecewa. Rosmah juga mengarahakan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis mengiringi kenderaaan beliau dibahagian hadapan ketika pulang ke penginapannya di Hotel The Zenith dekat sini, walau pun pihak protokal sudah menyediakan yang sepatutnya. Pengurusan hotel juga "kelam kabut" dibuatnya gara-gara si Rosmah ini. Najib Razak turut hadir saksikan isteri beliau bermain badminton di UMP [Ramai yang terkejut dengan sikap Rosmah Mansor yang mahu dilayan umpama permaisuri itu sebenarnya. Banglo pelawat yang disediakan untuk beliau itu sudah dikira selesa, namun dek kerana namanya Rosmah Mansor maka beliau mahu lebih selesa dan mahu keseluruhan kawasan di dalam banglo itu dilengkapi dengan permaidani dan alat penghawa dingin. Walhal, beliau hanya berehat disitu untuk seketika sebelum menyambung semula aktiviti bermain badminton bersama isteri-isteri wakil rakyat yang lain. Tambah mengejutkan PA beliau dikatakan begitu hebat mengalahkan MB Pahang sendiri. Beliau boleh menelefon PM dan membenarkan semua jawatankuasa mesyuarat mendengar perbualannya dengan Najib secara "live" apabila speaker HPnya di kuatkan. Ini semua, bukti dan tanda-tanda kesombongan manusia atas kuasa yang ada. Kasihan kepada pihak urusetia termasuk UMP, protokol SUK, MPK, Yayasan Pahang dan yang lainnya. Mereka terpaksa akur dengan arahan seorang PA daripada Pengerusi yang telah dilantik. Inilah hebatnya Rosmah Mansor, isteri si Perdana Menteri!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan