Pahang Daily Online |
- Pengerusi ANAK Paya Besar Lapor Polis Sepanduk Unsur 'Fitnah Memburukkan Imej NGO' Terbabit !
- Bersih 3.0: Lagi Bukti Polis Menyamar Jadi Peserta
- Bersih 3.0: Rakyat Halang Polis Gunakan Tandas !
- Bersih 3.0: Kantoi, Polis Wanita Pengsan Kena Gas
- Panas: Lagi Video Saksi Kejadian Polis Langgar !!
- Panas: 'PAS Desak' Pengerusi SPR & Timbalannya Letak Jawatan Atau Bakal Berhadapan Bersih 4.0
Pengerusi ANAK Paya Besar Lapor Polis Sepanduk Unsur 'Fitnah Memburukkan Imej NGO' Terbabit ! Posted: 30 Apr 2012 11:31 PM PDT KUANTAN, 1 Mei - Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Cawangan Paya Besar membuat laporan polis, semalam berikutan terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab menggantung sepanduk berunsur fitnah menggunakan nama persatuan tersebut. Mohd Fauzi Abdul Hamid (foto) berkata, sepanduk berbaur fitnah yang hanya disedarinya sebelum itu, telah digantung di beberapa tempat seperti di Felda Bukit Sagu, Bukit Goh dan Bukit Kuantan dipercayai untuk memburuk-burukkan Anak. Antara lain sepanduk tersebut bertulis: "Kami Tidak Teringinkan Durian Runtuh! Para Peneroka Felda Jangan Terima Durian Runtuh Kerana Kita Ada Maruah Dan Harga Diri Najib Penipu Peneroka! Hidup Pakatan Rakyat". Menurut Fauzi, pihak Anak tidak pernah membuat dan menggantung sepanduk seperti itu kerana perjuangan Anak bukanlah untuk menghalang peneroka memperolehi wang mereka. "Selama ini kami tidak pernah menghalang peneroka menerima wang daripada Felda atas apa juga namanya kerana yakin semua wang tersebut adalah milik peneroka yang berpuluh tahun membanting tulang memajukan ladang Felda. "Apa yang kami perjuangkan ialah mengembalikan hak-hak peneroka secara adil. Anak secara jelas juga menentang penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) kerana percaya hanya akan menyebabkan pihak lain yang akhirnya akan menguasai aset-aset Felda. "Yang terbaru Anak menentang cara paksaan terhadap peneroka supaya menandatangani borang hutang bank untuk beli saham yang tidak difahami peneroka kerana dalam bahasa Inggeris," tegasnya. Tambah Fauzi, dengan itu pihak Anak tidak pernah sama sekali menentang peneroka terima durian runtuh seperti dijanji beberapa kali oleh Perdana Menteri. Sementara itu Naib Presiden ANAK, Aris Faizul Ismail ketika dihubungi berkata, sepanduk yang serupa turut digantung di beberapa tempat strategik di sekitar Jengka. Berdasarkan sepanduk yang serupa beliau mengsyaki telah dibuat atau ditaja oleh pihak yang sama kerana memerlukan peruntukan kewangan. "Ada pihak, mungkin dalam Felda sendiri merasa tergugat dengan penerangan dan informasi yang diberikan Anak selama ini sehingga menyedarkan ramai peneroka seluruh negara. "Bagi membendung pengaruh Anak yang semakin diterima di tanah-tanah rancangan, pihak yang menyebarkan fitnah itu main taktik kotor iaitu menggunakan nama Anak supaya dibenci peneroka kerana halang terima durian runtuh," jelasnya. Justeru beliau mahu pihak polis menyiasat siapakah dalang di sebalik kerja-kerja jahat itu supaya fitnah yang boleh timbulkan permusuhan seperti itu tidak berleluasa lagi pada masa yang akan datang. Khairil |
Bersih 3.0: Lagi Bukti Polis Menyamar Jadi Peserta Posted: 30 Apr 2012 11:09 PM PDT [Ini gambar terbaru yang kami terima. Ia berkaitan dengan beberapa lagi bukti sememangnya begituramai polis yang menyamar sebagai peserta Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Dari gambar di atas, dapat dilihat dengan jelas tiga lelaki sedang bersiap sedia untuk melakukan sesuatu terhadap pihak polis. Malah, dua diantara mereka yang beraju hitam dan kuning disyaki memegang sesuatu di tangan masing-masing. Sementara itu, lelaki berbaju coklat dipercayai berbangsa India itu pula sedang memerhatikan pihak polis untuk mereka lakukan provokasi. Sebagai bukti, cuba lihat gambar dibawah iaitu ketika pihak polis menangkap dan membelasag peserta Bersih 3.0 yang berbaju kuning itu. Kenapa individu berbaju coklat berkenaan tidak diadapa-apakan. Malah beliau boleh pula berada begitu hampir dengan pihak polis. Ini mengessahkan lagi bahawa beliau sebenarnya adalah anggota polis yang menyamar untuk mengelirukan orang ramai yang berhimpun pada hari itu. Begini kerja mereka rupanya!]. |
Bersih 3.0: Rakyat Halang Polis Gunakan Tandas ! Posted: 30 Apr 2012 10:10 PM PDT [Gara-gara rakyat sudah hilang keyakinan dan marah kepada pihak polis, maka anggota mereka mahu ke tandas pun akhirnya dihalang oleh rakyat. Semua itu mungkin dek kerana mereka kecewa dengan tindak tanduk anggota polis yang kini mencerminkan imej "samseng" yang jelas sekali mencemarkan imej negara sebenarnya. Bersih 3.0 membuktikan, mereka melakukan kerja yang cukup memalukan. Biar pun peserta itu dikatakan salah kerana menyertai perhimpunan "haram". Namun, dalam masa yang sama juga pihak polis tidak perlu melayan mereka seperti penjenayah. Ini keran kehadiran mereka bukanlah untuk bertempur dengan pihak polis, tetapi mahu meluahkan rasa kekecewa atas sikap SPR yang terus berdegil untuk meneruskan tradisi pilihanraya yang "kotor" di Malaysia ini. Justertu, kenapa mereka dihentak dan dihenyak bertalu-talu oleh begitu ramai anggota polis?. Apakah dosa mereka hingga tergamak polis berbuat demikian, sedangkan polis majoritinya adalah berbangsa Melayu. Tergamak mereka membelasah sesama bangsa sendiri, hanya untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang terlalu takut kehilangan kuasanya]. |
Bersih 3.0: Kantoi, Polis Wanita Pengsan Kena Gas Posted: 30 Apr 2012 09:53 PM PDT [Foto yang anda saksikan ini, bukanlah satu lakonan semata-mata. Namun ia adalah bukti berlaku penyamaran anggota polis dengan memakai baju Bersih 3.0 untuk mengelirukan orang ramai yang berhimpun pada 28 April lalu. Mereka bersama-sama berjalan dan membuat provokasi, namun akhirnya salah seorang polis "wanita" terbabit pengsan akibat terkena "gas pemedih mata" yang ditembak oleh pihak polis sendiri. Sebagai bukti, rakan-rakan polis yang lain datang untuk membantu. Dalam banyak kes sebelum ini, jika wanita itu bukan polis sudah pasti tiada anggota polis yang akan membantu beliau. Ini bermakna, memang ada segelintir anggota polis terutamanya dari Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai peserta Bersih 3.0 dan merekalah yang telahm elakukan provokasi dengan menyamar untuk mencuri maklumat, menangkap peserta dan juga pemimpin selain daripada mereka yang telah buat provokasi sebenarnya]. |
Panas: Lagi Video Saksi Kejadian Polis Langgar !! Posted: 30 Apr 2012 09:18 PM PDT [Cuba fikirkan secara logiknya, mana mungkin seorang anggota polis boleh memandu kenderaannya selaju itu di kawasan yang mempunyai ramai orang. Begitu aneh dengan pemandu tersebut yang tiba-tiba merempuh orang awam yang mengakibatkan ada diantara mereka cedera parah akibat melambung. Lantaran itulah peserta terpaksa menganggat kenderaan polis terbabit selepas dihebohkan kononnya ada mangsa berada di bawahnya. Namun, bila dilihat tiada mangsa barulah mereka biarkan. Jika benar peserta merusuh dan mengganas, kenapa kereta-kereta polis lain yang diletakkan di tepi jalan tidak dibakar atau diperlakukan sedemikan rupa. Kereta yang merempuh rakan-rakan mereka, sudah semestinya masing-masing akan hilang sabar. Jika berlaku kepada pihak polis sendiri pun, mereka pasti akan mengambil tindakn sedemikian rupa. Cuma anehnya, media arus perdana terus memainkan isu peserta ganas, sedangkan keganasan itu berpunca daripada pihak polis itu sendiri sebenarnya. Oleh itu, semua pihak digesa agar lebih berhati-hati terima berita sekarang ini]. |
Panas: 'PAS Desak' Pengerusi SPR & Timbalannya Letak Jawatan Atau Bakal Berhadapan Bersih 4.0 Posted: 30 Apr 2012 08:38 PM PDT PUTRAJAYA, 1 Mei - PAS mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan segera jika tidak berdepan Bersih 4.0. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto), sewaktu pada penyerahan memorandum kepada SPR petang tadi menyatakan tempoh diberikan selam tiga puluh hari untuk mereka meletakkan jawatan. "Kita mendesak agar kedua-dua mereka meletak jawatan segera, tempoh tiga puluh hari diberikan kepada mereka jika tidak kemungkinan Bersih 4.0 akan diadakan," jelasnya di lobi Pejabat SPR, petang semalam. Tambahnya, segala keputusan akan dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pemandu Bersih dan setiap apa yang diputuskan, PAS akan menyokong sepenuhnya. Menurutnya lagi, sistem pilihan raya adalah mekanisme yang utama untuk merealisasikan demokrasi di negara kita, ia merupakan asas kepada pemilihan dan penubuhan kerajaan "SPR perlu menjalankan tugas dan memantau pilihan rara secara tidak berpihak dan neutral, adalah amat penting bagi SPR menjadi bebas dan tidak berpihak supaya SPR dapat memenangi keyakinan orang awam terhadap peranan dan fungsinya. "Malangnya walaupun selepas lebih lima dekad negara kita merdeka, perjalanan dan sistem pilihan raya di negara kita terus berjalan dengan tempang, tidak telus dan penuh keyakinan," katanya. Malah lebih parah lagi, katanya kedua-duanya yang berada dalam SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta 'kuda tunggangan' UMNO-Barisan Nasional. "SPR juga dilihat terus gagal menasihati kerajaan UMNO-Barisan Nasional bagi mengemukakan penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah. "Begitu juga dengan persoalan akses media yang bebas dan adil, apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pemimpin pembangkang di negara ini," kata beliau lagi. Beliau yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi (PAS) menegaskan bahawa berpegang kepada prinsip kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan anggota SPR supaya bebas dan tidak memihak kepada sesiapa. "Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi dengan ini menuntut dan mendesak kedua-dua mereka segera meletakkan jawatan secara bermaruah agar kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kewibawaan peranan dan fungsi intitusi SPR itu sendiri. "Langkah ini adalah jalan terbaik untuk mereka menyelamatkan demokrasi di negara kita lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi PRU-13 akan datang," tambah beliau lagi. Sementara itu, memorandum yang diserahkan beliau diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sabri Said. Turut hadir waktu penyerahan memorandum tersebut adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Muhd Yusoff, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Mohd Sany Hamzan dari Dewan Pemuda PAS Pusat. [Sudah tiba masanya Bersih 4.0 disegerakan mulai sekarang. Tempoh sebulan yang diberikan kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR amatlah wajar bila mana rakyat melihat sudah tiada lagi ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya di negara ini. Sikap SPR yang gemar mengamalkan sikap "double standard" dalam tindakan mereka menyebabkan rakyat menjadi benci dan marah kepada badan yang sepatutnya bebas itu. Tambah memalukan bilamana SPR dengan jelas telah merencana satu "pelan jahat" untuk memastikan BN menang besar pada Pilihanraya Umum kali ini, dengan membenarkan warga asing yang diberikan IC untuk mengundi. SPR tidak boleh berbohong lagi kepada rakyat Malaysia kerana segala info dan maklumat diperolehi daripada "orang dalam" yang sudah bosan dengan sikap mereka selama ini. Justeru, demi sebuah negara yang berdaulat maka kita perlu halang tindakan SPR yang jelas keterlaluan mutakhir ini. Pilihanraya biarlah adil dan telus, kenapa perlu kotor?. Tindakan mendesak orang kuat SPR letak jawatan adalah satu hasrat yang murni demi menyuburkan semula amalan demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini. Marilah lakukan perubahan!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan