Muslimeen United |
- DBKL Bersihkan Petak Kuning Depan Rumah Ambiga
- Saksi: Jika enggan Interpol boleh tangkap
- Bekas Timbalan Residen Miri sertai PAS
- [TERKINI] Mahkamah Tetapkan 2 Julai Perbicaraan Anwar, Azmin & CheguBard
DBKL Bersihkan Petak Kuning Depan Rumah Ambiga Posted: 22 May 2012 01:47 AM PDT Petaling Jaya: Kawasan jalan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga, di Bukit Damansara yang dicat dengan petak kuning telah dibersihkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ambiga mengesahkan perkara itu melalui 'Tweeter'nya kira-kira pukul 8 pagi tadi. Menerusi Tweeter, beliau mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan DBKL yang bertindak membersihkan petak dan tulisan yang dicat dengan warna kuning di hadapan rumahnya pada Isnin, oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Bersih 4.0. "DBKL bekerja pada lewat malam untuk membersihkan garisan kuning. Sekarang polis sedang membuat pemeriksaan. Penghargaan untuk PDRM dan DBKL, begitu juga jiran-jiran," katanya melalui Tweeter yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Dalam 'tweet' yang berlainan, Ambiga turut memuji sikap staff-staf DBKL di bawah 'En.Zulkifli' yang disifatkan peramah dan efisyen dalam menjalankan tugas. Pada Ahad, sekumpulan 60 peniaga dilapor merancang mengadakan pasar malam di hadapan kediaman Ambiga bagi mengaut semula kerugian mereka akibat perhimpunan anjuran Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas. Sehari kemudian, kumpulan yang diketuai Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md.Yunus mengecat 60 petak perniagaan di kawasan kediaman Ambiga untuk membuka gerai perniagaan pada hari Khamis dan Jumaat ini. Walau bagaimanapun, Datuk Bandar Tan Sri Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata DBKL tidak akan memberi kebenaran kepada kumpulan ini berbuat demikian walaupun mereka mengemukakan permohonan kerana ia melanggar Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. -mstar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini tidak membenarkan sekumpulan 60 peniaga yang merancang untuk berniaga di kawasan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini. Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menasihatkan agar kumpulan peniaga daripada Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) itu menggunakan saluran yang betul bagi membuat tuntutan. "Kalau berterusan macam ni, benda ini akan bersambung dan tak habis-habis. Untuk mengadakan himpunan aman di kawasan rumah dia tak apalah, tapi nak dirikan gerai, DBKL tak benarkan di bawah Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan. "Kerana bukan ada rumah Ambiga sahaja di situ. Jadi saya nasihatkan kalau nak buat, cari tempat yang sesuai dan yang dibenarkan," kata Ahmad Fuad ketika bertemu dengan wakil peniaga, Datuk Jamal Md Yunus di lobi bangunan DBKL, hari ini. Selain itu, Ahmad Fuad turut menasihatkan MBPKL dengan berkata, tindakan untuk berniaga di hadapan rumah Ambiga juga akan memberi gambaran yang tidak elok pada negara luar dan generasi akan datang. Katanya lagi, jika mahu membuat tuntutan kerugian, pihak MBPKL boleh menuntutnya melalui mahkamah sivil. "Tak usahlah nak buat-buat macam ini, tak payah panjang-panjangkan lagi. Polis pun sedang ambil tindakan. Tuan boleh ambil tindakan dengan pergi ke mahkamah sivil tentang rugi dan sebagainya. "Kalau semua tak nak ikut undang-undang, kita beri gambaran tak elok pada negara luar dan generasi akan datang. Saya nasihatkan saja. Kalau tuan-tuan buat (berniaga), saya akan ambil tindakan," katanya lagi. Peniaga: Kami jalankan kerja kami Mengulas mengenai tapak yang ditandakan dengan cat di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara dekat ibu negara, Ahmad Fuad berkata, pihaknya akan mengecat kembali jalan itu dengan warna hitam. "Cat-cat petak tak boleh dibenarkan. Kalau dah buat (cat), kita akan cat hitam balik. Dan jika mereka tetap untuk berniaga (Khamis dan Jumaat), kita akan hantar penguatkuasa ke sana. Undang-undang mesti dihormati. Kita juga akan minta kerjasama daripada pihak polis," kata Ahmad Fuad. Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas berjumpa Datuk Bandar, Jamal berkata, pihaknya akan meneruskan rancangan mereka untuk berniaga. Jamal berkata, beliau dan peniaga lain hanya menjalankan tanggungjawab untuk mencari rezeki. "Kami akan jalankan tanggungjawab kami untuk cari makan dan nak beritahu pada penganjur supaya bertanggungjawab. Kita hormat keputusan DBKL. Kami akan jalankan kerja kami dan DBKL akan jalankan kerja mereka. "Kita akan tetap teruskan sehingga ada pihak yang menjawab siapa yang akan bertanggungjawab atas kerugian kami," katanya. -mk |
Saksi: Jika enggan Interpol boleh tangkap Posted: 22 May 2012 01:45 AM PDT KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan. (Apakah Najib dan Zahid boleh tersenyum lagi di mahkamah Perancis nanti) Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu. Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda. Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis. "Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah. "Kami memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda," kata Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor Free Malaysia Today. Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh. Namun, baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya. "Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid. Fadiah (gambar) dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan. Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi. Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir. "Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya. Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi. "Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong. Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka." -Hrkh |
Bekas Timbalan Residen Miri sertai PAS Posted: 21 May 2012 09:14 PM PDT MIRI: Sekarang ini adalah musim untuk golongan professional, selebriti, dan juga bekas pengawai kerajaan menyertai PAS. Kalau di Perak bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS dan di Miri Sarawak pula seorang bekas pegawai kerajaan merangkap bekas Timbalan Residen Miri juga telah menyertai PAS baru-baru ini. Sempena lawatan Pimpinan Tertinggi PAS Pusat ke Sarawak, bekas Timbalan Residen Miri, Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini. Beliau semasa Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas bertanding di DUN Lambir atas tiket SNAP namun beliau tidak menjadi ahli SNAP. Dalam ucapannya, Johari Bujang menyebut bahawa sebelum ini beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik walaupun sebelum ini pernah bertanding di DUN Lambir dalam Pilihanraya DUN Sarawak tahun lepas atas tiket Parti SNAP. Menurutnya lagi, beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PAS setelah sedar dan yakin akan prinsip perjuangan PAS serta begitu tertarik dengan kseungguhan PAS khususnya PAS Kawasan Miri dalam usaha membawa perubahan serta pembelaan kepada nasib rakyat. Beliau ingin bersama-sama berada di dalam PAS bagi menyumbang secara langsung kepada perjuangan rakyat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak, Jofri Jaraiee, Ketua Penerangan PAS Sarawak M Azwani, Ketua Pemuda PAS Sarawak M Arifiriazul Paijo dan setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri, Yeo Kian Leong. Acara sederhana tersebut menunjukkan yang PAS telah diterima oleh semua golongan masyarakat. Pada sebelah malam, Datuk Mahfuz Omar bersama rombongan PAS Miri melawat rumah panjang Empading di Sg Bakas. Penduduk di rumah panjang tersebut menyambut dengan baik dan memberi sambutan hangat kunjungan rombongan PAS pada malam itu. PAS Miri memberi sedikit buah tangan sebagai tanda hormat atas kunjungan ke rumah panjang tersebut dan juga memberi penerangan tentang kunjungan serta matlamat perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat. Dalam rumah panjang tersebut terdapat 2 orang OKU (Orang Kurang Upaya) salah seorang dari OKU tersebut, Idai ak Entebang mengadu kepada PAS bahawa beliau tidak menerima BR1M, E-Kasih dan juga bantuan dari kebajikan masyarakat. "Kita minta pihak yang berkenaan agar dapat membantu Idai ak Entebang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana beliau juga golongan yang kurang upaya yang sepatutnya dapat menerima sumbangan dari wang pembayar cukai. "Kita ingin mengingatkan pihak yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan masyarakat agar dapat menjalankan tugas mereka dengan adil untuk semua, jangan disebabkan mereka ini tidak sehaluan dengan fahaman kita maka kita meminggirkan mereka ini tanpa balas kasihan," kata Jofri Jaraiee. -Hrkh |
[TERKINI] Mahkamah Tetapkan 2 Julai Perbicaraan Anwar, Azmin & CheguBard Posted: 21 May 2012 09:12 PM PDT Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012. Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin persendirian. Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar. Turut mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh. Sementara Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa Koya mewakili CheguBard. Anwar bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9 pagi. Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah. Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun. Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April. Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut. Bersih 3.0: Anwar Didakwa Tindakan dakwa Anwar, 2 lain motif politik Media antarabangsa, penyokong penuhi kompleks Mahkamah Yusof: Bukan peribadi dengan AG |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan