Jumaat, 18 Mei 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Bapa Kafir : Tok Guru Nik Aziz Saman NST Dan Rahim Nor RM 1 Juta

Posted: 18 May 2012 09:39 AM PDT

Laporan NST yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz bapak kafir


KOTA BH
ARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai "bapa kafir" dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi (gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah. -Hrkh

Pak Samad Sifatkan Kerajaan sedang takut ‘luar biasa’

Posted: 18 May 2012 09:38 AM PDT


KUALA TERENGGANU – Naib Presiden PAS YB Salehuddin Ayob berkata psebenarnya perhimpunan aman boleh di jelmakan di mana-mana sahaja dinegara ini sekiranya tidak ada provokasi oleh pihak tertentu.

Menurutnya, ribuan malah puluhan roibu rakyat hadir mendengar ceramah pimpinan PAS di mana-mana sahaj pada maskini berjalan dengan begitu baik tanpa sebarang perkara yang tidak diingin.

"lihat pada hari ini, sambutan yang diberikan oleh rakyat cukup luar biasa, dimana-mana pun kita (pimpinan PAS) hadir pada hari ini,

"membuktikan bahawa perhimpunan secara aman (dan) beretika ini maih mampu kita jelmakan dimana-mana sahaja asalkan tidak ada apa-apa provokasi yang mengganggu himpunan aman seperti ini,"jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas majlis ceramah di Batu Burok dekat sini semalam Jumaat 17 Mei, yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Sehubungan itu, Sasterawan Negera Datuk A.Samad Said (Pak Samad) menekankan bahawa BERSIh adalah gerajkan yang benar-benar mahu melihat pilihanraya umum yang akan datang adalah satu pilihanraya yang adil dan bersih.

Beliau melahirkan rasa pelik kerana katanya ada upaya menghuru-harakan keadaan negara ini yang bukan dilakukan oleh 'oposisi' tetapi oleh pihak yang memerintah.

"dan saya mula terbayang sekarang bahawasanya ada upaya untuk cuba menghuru-harakan negara ini dengan menimbulkan soal perkauman,

"amat aneh sekali ini bukan dilakukan oleh kita sebagai 'oposisi' tetapi oleh orang yang sedang memerintah,"ujarnya.

Beliau yang turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut menyifatkan, ia adalah sebenarnya suatu ketakutan yang amat luar biasa oleh kerajaan.

Oleh itu beliau mengingatkan tindakan kerajaan menimbulkan soal perkauman itu tidak akan menguntungkan sesiapa.

Turut menyampaikan ucapan adalah Koordinator Amanah Negeri Terengganu Datuk Raja Kamarulbahrin dan Senator Mumtaz Nawi.

Hadir bersama adalah ADUN Batu Burok Dr Syed Azaman Syed Ahmad Nawawi dan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar. -BO

Keluar Umno Akibat Hina Ulama

Posted: 18 May 2012 09:37 AM PDT



Kuala Krai: Mesyuarat Agung Tahunan PAS kali ke-34 di sini mencatat sejarah apabila 50 anggota Umno Kampung Sungai Tias, dekat sini menyerah borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan borang tersebut dilakukan Wan Nor Abdullah, 46 mewakili rakan-rakan lain. Pada majlis itu juga Presiden memakaikan baju-T bergambar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim dan Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.

Wan Nor ketika ditemui berkata, beliau memilih PAS selepas melihat dasar-dasar kebajikan kerajaan negeri dan PAS lebih baik berbanding Umno. Katanya juga, pemimpin Umno tidak menghormati ulama dan sanggup menghina golongan terbabit bagi kepentingan politik mereka.

"Mereka sanggup mencaci ulama sedang mereka sendiri tidak betul,"
katanya kesal.

Rakannya Muhammad Omar, 42 berkata, pemimpin Umno jarang mengambil berat masalah rakyat kerana tinggal jauh dari tempat yang diwakili dalam pilihan raya.

Kata beliau bekas Adun Dabong, Dato' Ramzi Abdul Rahman bukan orang Dabong dan hanya datang sekali sekala biarpun mempunyai banglo mewah di atas bukit di Jelawang.

"Sedangkan Adun sekarang orang tempatan dan mudah ditemui. Arif sering keluar masuk kampung menemui rakyat tanpa mengira parti.

"Inilah yang menyebabkan saya dan kawan-kawan mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai PAS,"tambahnya.

Arifabillah berkata, beliau bersama pemimpin PAS di Majlis Tindakan Dun Dabong sentiasa menganjur program bersama rakyat termasuk Cakna Keluarga, sukan dan lawatan dari rumah ke rumah.

"Alhamdulillah melalui program yang diadakan sejak beberapa tahun lalu berjaya mendekatkan PAS dan penyokong-penyokong Umno sehingga ada yang membuat keputusan menyertai kita," katanya.

Beliau juga berkata, seramai 30 lagi ahli Umno iaitu dari Kampung Lanchang akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

Manakala di Chalil, Gua Musang lebih 100 ahli dan penyokong Umno di tanah rancangan tersebut dijangka membuat kejutan keluar Umno pada satu program yang akan diadakan 20 Mei ini.

Sementara itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, biarpun ada pihak cuba mempertikaikan bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' S Ambiga mengetuai Bersih 3.0, namun bagi PAS persamaan perjuangan bagi membersihkan pengendalian pilihan raya di negara ini lebih penting.

Katanya, soal siapa yang berada di depan Bersih 3.0 tidak menjadi isu utama, sebaliknya matlamat perjuangan memastikan proses pilihan raya telus di negara ini lebih penting.

"Tak kiralah siapa yang berada di depan Bersih 3.0 baru-baru ini, kerana apa yang lebih penting berjuang memastikan pilihan raya benar-benar bersih dan adil," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tersebut.

Manakala ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa pada hari yang sama, beliau menyifatkan Umno menyebarkan ajaran salah apabila mendakwa hanya parti itu sahaja yang boleh memberi pembangunan dan kemajuan kepada rakyat.

"Kerana tamak kuasa Umno sanggup mencanangkan fahaman tersebut, seolah-olah mereka pemberi rezeki kepada rakyat. Umno terus mendabik dada," ujarnya.

Turut hadir pada mesyuarat agung di Putik itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan, anak bekas Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar dan rombongan PAS Kuala Kangsar.

PAS anjur Ekspresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya

Posted: 18 May 2012 09:31 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan satu program anak muda besar-besar yang dipanggil "Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya".

Program itu akan diadakan pada 1 Jun depan bertempat di Stadium Darul Aman Kedah bermula jam 4.00 petang sehingga ke 7.00 malam.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, program tersebut merupakan program mega Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai kesinambungan Bersih 3.0 baru-baru ini.

"Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya ini adalah antara projek fasa akhir Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelang pilihanraya umum ke 13 pasca Bersih 3.0.

"Ia juga merupakan kesinambungan kebangkitan anak muda yang ditonjolkan ketika BERSIH 3.0 sebelum ini," katanya.

Manurut Nasruddin lagi, himpunan itu juga adalah bagi mengembeleng anak muda seluruh negara dan memimpinnya agar berjuang bersama PAS untuk menegakkan cita-cita perjuangan Islam  melalui tawaran induk PAS iaitu Negara Berkebajikan.

Selain penampilan pimpinan parti, program tersebut juga bakal menampilkan ikon anak muda seperti Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman dan ramai lagi.

Selain itu, Nasruddin dijangka akan mengetuai konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke tempat program itu nanti.

TERKINI!!!Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kampar Samuri Md Zin isytihar keluar UMNO beramai2

Posted: 18 May 2012 01:04 AM PDT


Kalau orang keluar UMNO  tak masuk TV punya
(Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.)

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

"Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.



Scorpene: Najib dicabar saman media antarabangsa – Shamsul

Posted: 18 May 2012 01:01 AM PDT


(Oleh Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 18 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media Kanada, The Vancouver Sun yang mengaitkan beliau dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sehingga kini berdiam diri dan tidak berani menyanggah laporan tersebut yang sebelum ini turut disiarkan laman web antarabangsa, Asia Sentinel.

"Setakat ini, belum ada pendirian rasmi daripada Perdana Menteri dan pejabat beliau tentang tulisan-tulisan yang dipaparkan media antarabangsa yang memberi kesan negatif terhadap kedudukan Malaysia di mata dunia.

"Saya ingin mencabar Najib supaya menafikan sekeras-kerasnya dua tulisan oleh media antarabangsa ini, malah mengambil pendirian tegas dengan memfailkan saman sekiranya apa yang disebutkan itu fitnah dan bertujuan memalukan Perdana Menteri," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, skandal Scorpene yang melibatkan pemberian komisen ratusan juta ringgit menarik perhatian masyarakat antarabangsa yang mahukan keadilan diberi kepada mereka yang menjadi mangsa dalam kes itu.

"Isu Scorpene bukan sekadar membabitkan isu politik dalaman negara tetapi menjadi perhatian antarabangsa berhubung penyelewengan dan rasuah sehingga membabitkan pembunuhan seorang wanita Mongolia (Altantuya Shaariibu)," kata Shamsul.

Ditanya sama ada laporan media antarabangsa mempunyai kredibiliti, Shamsul berkata, "Saya yakin media antarabangsa mempunyai pemahaman jelas tentang risiko yang bakal mereka hadapi apabila menerbitkan berita mengenai seseorang pemimpin sesuatu negara," kata beliau.

Sebelum ini, Najib dicabar menyaman laman web Asian Sentinel yang mendedahkan bahawa rasuah Scorpene yang disalur menerusi Hong Kong.

Artikel yang ditulis John Berthesen itu mendedahkan sejumlah RM144 juta dibayar menerusi syarikat Terasasi (HK) Ltd yang berdaftar di Hong Hong dan dikendalikan Razak Baginda- kenalan rapat Najib dan bapanya, Abdul Malim Baginda.
Bagaimanapun, Najib sehingga kini masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap dakwaan itu. -KD

Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan K'jaan Selangor - Pengarah Merdeka Centre

Posted: 18 May 2012 12:59 AM PDT



Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.

Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.

"Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.

"Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung.

"Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.

"Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.

Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya.

"Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.

"Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain," ujar Ibrahim lagi.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.

Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program "Selangorku Bersih" hanya akan selesai pada akhir bulan Julai.

Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan. -selangorku

Senaman Punggung Bakal Serang Khairy Jamaludin.

Posted: 18 May 2012 12:57 AM PDT

Sekumpulan pesara tentera yang melakukan "senaman punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga bercadang menggempur rumah Ketua Pemuda Umno KhairyJamaluddin Abu Bakar pula.

NONEPresiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata (kanan), Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia.

"Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah.

"Saya rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Khairy semalam menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Ambiga kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

Sementara itu, menamakan senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya yang lain.

"Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat...

"Khairy tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

TG Nik Aziz sarung selendang cinta untuk isterinya

Posted: 18 May 2012 12:53 AM PDT

(Tuan Guru Nik Aziz berucap dalam perhimpunan isteri pemimpin dan muslimat Kelantan)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarungkan selendang tanda cinta yang tidak berbelah bagi pada  isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Tuan Guru menyarungkan selendang berkenaan sempena majlis Himpunan Isteri Pimpinan dan Muslimat Kelantan – Gempur PRU 13, di Pusat Tarbiah Islamiah PAS Kelantan (PUTIK) tengahari tadi.

(Tuan Guru Nik Aziz menyarungkan selendang cinta untuk isterinya, Tuan Sabariah)

Sebelum ini Tuan Guru menghadiahkan bunga kepada isterinya yang tercinta itu, namun hari ini ianya agak berlainan menjadikan majlis bertambah ceria.

Program sehari itu anjuran Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Tuan Guru ketika merasmikan majlis ini mengingatkan para isteri mencontohi isteri-isteri pimpinan terdahulu yang telah banyak mengorbankan masa, kewangan dan sebagainya untuk perjuangan Islam.

Sambungnya, apa yang penting para isteri atau muslimat wajib mengikut perintah Allah kerana akan memperolehi hasil yang manis masa depan.

"Bonda Nabi Musa diperintahkan Allah membuang anaknya itu ke laut selepas disusukan hingga kenyang, walaupun hati begitu pilu berpisah dengan anak apa lagi mesti dibuang ketika masih bayi, namun kerana perintah Allah, dia berbuat demikian.

"Akhirnya Nabi Musa membesar dalam istana Firaun yang dibesarkan oleh ibu angkatnya sendiri Asiah,"ujarnya.

Ketika berucap pada majlis penutup, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Siti Zailah Yusof, juga turut menyeru para isteri mengambil contoh para isteri pimpinan khasnya yang dikenakan tahanan ISA.

Menurutnya, walaupun hidup mereka sengsara sepanjang suami mereka tiada, namun kekentalan jiwa mereka sentiasa kukuh.

Program separuh hari itu turut dihadiri Normah Alwi (isteri timbalan Presiden PAS) dan beberapa orang pimpinan muslimat PAS Pusat yang lain, selain Timbalan Purnama, Siti Zubaidah Abdul Hamid dan lain-lain pimpinan. -Hrkh

Yang Terlibat & Yang Pukul Semasa BERSIH Polis Muda, Yang Dipanggil Kawatcam Polis Tua

Posted: 17 May 2012 08:38 PM PDT



Pemberita: Polis dalam kawat cam 'terlalu tua'

Pemberita yang mendakwa dipukul polis semasa perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu dipanggil membuat pengecaman tetapi gagal mengenalpasti penyerangnya.

Selepas meluangkan setengah jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Radzi Razak daripada theSun berkata, seramai 20 anggota polis yang dibariskan untuk kawat cam itu terlalu tua.

Radzi berkata, ini berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini bahawa polis yang memukulnya semua "muda".

Menurutnya lagi, beliau juga sebelum ini meminta polis mencari suspek berusia bawah 30 tahun.

"Saya harap semua ini akan berakhir segera kerana sudah lama pemberita diganggu oleh pihak berkuasa. Kita tahu polis cuma melakukan tugas, tetapi pemberita juga melakukan tugas mereka," kata Radzi.

Radzi berkata, beliau akan dipanggil untuk sesi pengecaman berikutnya pada Jumaat minggu depan.

Hairan, cuba lihat polis-polis yang terlibat di bawah.

Polis yang ramai dan yang mengganas di perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari kebanyakannya muda-muda (polis pelatih dari PULAPOL, buktinya, tiada sebarang "paku" di bahu), yang rata-rata umur mereka di dalam lingkungan 20an, tetapi yang dipanggil untuk kawad cam ialah yang tua bangka.

Apa maksud polis bertindak demikian?

Supaya tiada polis yang yang dapat dicam bagi mempastikan pesalah di kalangan anggota polis tidak dapat dikesan?

Kedua, apa yang boleh dipertikaikan sekarang, mengapa pelatih PULAPOL dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja polis sekalipun mereka belum ditetapkan di dalam jawatan mereka?

Apakah pembelasahan di BERSIH 3.0 adalah medan bagi polis pelatih ini untuk mendapat penetapan jawatan dan kenaikan pangkat?

Berbagai hal boleh terbongkar, tetpai kebenaran dari Ilahi akan mencerahkan segala-galanya. -GB










Majlis sertai PAS di merata Sabah

Posted: 17 May 2012 08:36 PM PDT


(Azman [kanan sekali] menerima borang memohon menjadi ahli PAS dari Sairin Muyang)

KINABATANGAN: PAS berkembang pesat di Negeri Bawah Bayu dengan majlis penyertaan menjadi ahli PAS berlaku di mana-mana sahaja pemimpin PAS pergi.

Yang menyertai PAS pula bukannya rakyat biasa tetapi para pemimpin masyarakat tempatan.

Di Kampung Bukit Garam, Kinabatangan, 15 menyertai PAS dengan diketuai oleh bekas Ketua Anak Negeri Dun Sukau, Sairin Muyang.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Umno cawangan Bukit Garam menyerahkan borang penyertaan kepada Azman Shapawi Abdul Rani, AJK Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Ia diadakan dalam satu majlis yang penuh meriah di rumah Sairin Muyang sendiri.

Turut serta di majlis itu adalah  Yang Dipertua PAS Kawasan, wakil PKR dan Pengarah Piliharaya PAS Kawasan Kinabatangan, Encik Innah Tuton.

Sebelum itu, Azman memberikan tazkirah di Masjid Al-Ghaffar, Batu 8, Kota Kinabatangan.

Azman adalah salah seorang AJK Lajnah Penerangan PAS yang menyertai ekspedisi ke Sandakan, Sabah mulai 14 hingga 16 Mei lepas.

Pada 14 Mei, rombongan yang diketuai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu merasmikan surau Al-Harakah di Pulau Shanghai, setengah jam menaiki bot dari perlabuhan Sandakan.

Di majlis itu, lebih 25 penduduk pulau itu menerima sijil keahlian PAS selepas mereka membuat permohonan menyertai PAS dalam kunjungan pertama rombongan pada Disember 2011 lalu.

Pada 15 Mei, 25 penduduk Pulau Tanjung Batu juga dalam Parlimen Kinabatangan mengisi borang permohonan untuk menyertai PAS.

Mereka diketuai sendiri oleh Ketua Kampung mereka, Selamat bin Abdillah. (gambar atas). -Hrkh

Dah Dasar Lembu, Seluar Dah Terlucut Pun Masih Terus Jugak Nak Bersenam Punggung

Posted: 17 May 2012 05:40 PM PDT



Selepas Ambiga, 'senaman tarian' untuk Anwar pula

PETALING JAYA: Kelmarin kita diperkenalkan dengan gimik 'senaman punggung' oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), bakal menyusul selepas ini satu senaman tarian yang diadakan khas untuk beberapa individu.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.

"Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik," katanya ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.

Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.

"Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.

"Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara," katanya.

Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.

'Senaman punggung'

Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan mereka yang membuat gimik 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau turut mencabar Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

"Saya pertahankan bahawa senaman itu untuk jaga kesihatan dan apa yang kami lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kami tidak buat dalam rumah beliau (Ambiga).

"Bukan kami tidak berpakaian sedangkan kami lengkap berpakaian kemas tempoh hari.

Kalau salah saya cabar Ambiga untuk ambil tindakan undang-undang pada saya. Hakim yang akan tentukan dan keputusan bukan di tangan Ambiga," ujar beliau. -FMT

Kalau dah kata lembu, seluar terlucut pun tak kisah nak bersenam punggung lagi. -GB

Bekas Ketua JSJ Masuk Pas, Kenapa Tidak Umno?

Posted: 17 May 2012 05:38 PM PDT

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di Batu Kurau 20 Mei ini.
 
Penyertaan beliau dalam PAS membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang baik dan tidak ganas sebagaimana digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.

Kemungkinan juga Datuk Fauzi akan menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti.

Dilahirkan di Larut Matang, Perak pada 25 September 1950, Fauzi memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Kadet Asisten Supritendan Polis pada 30 April 1975 iaitu selepas menamatkan latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.

Hampir kebanyakan masanya dalam PDRM dihabiskan dengan bergelumang dalam dunia membanteras jenayah.

Antaranya sebagai ASP Kongsi Gelap Pulau Pinang, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Sentul, Timbalan Penguasa Pentadbiran Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada 10 Oktober 1991.

Beliau dinaikkan pangkat ke Senior Asisten Komisioner II dengan memegang jawatan Komander Briged di Sarawak pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 Logistik dua tahun kemudian.

Beliau kemudian diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Polis Selangor dengan pangkat Deputi Komisioner Polis dan seterusnya dinaikkan pangkat dengan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Fauzi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pernah menghadiri kursus Asas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kursus Kongsi Gelap di Maktab JSJ, kursus Sekolah Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko-ABRI), kursus pentadbiran di Jepun dan kursus menyelam di Sarawak.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Fauziah Ngah dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Demonstrasi Songsang Paling Haramjadah Tapi Paling Selamat di Malaysia

Posted: 17 May 2012 05:28 PM PDT


Inilah demonstrasi paling haramjadah dalam sejarah Malaysia. Inilah juga pelawak paling lawak dalam sejarah raja lawak. Ketawalah sepuas hati... kah kah kah... Ketawalah ikut irama.... ahakzzz ahakzzz ahakzzz... Ketawalah sampai terkentut... proootttt proootttt proootttt. Kalau tak silap yang pegang "PDRM PAHLAWAN NEGARA" tu si Nazri...

Beberapa NGO dan persatuan penduduk sekitar Puchong hari ini berhimpun di ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan polis menjaga keamanan, termasuk dalam perhimpunan BERSIH lalu.

Pada masa yang sama, kira-kira 100 orang daripada mereka mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap anggota jawatankuasa Pemandu BERSIH yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman dalam perhimpunan 28 April lalu.

Antara kumpulan terlibat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Puchong, Waris Malaya, Gabungan NGO Puchong, dan Pembangunan Belia Enggang Bandar Kinrara.

Mereka berhimpun di pintu pagar masuk ke IPD berkenaan, sebelum berarak ke pintu utama ibu pejabat berkenaan sambil melaungkan "hidup polis".

Mereka kemudiannya menyampaikan plak, bendera kepada Ketua Polis Daerah Serdang Abd Razak Elias yang sedia menanti di pintu masuk.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Umno bahagian mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. Ia Terjadi

Seakan Perancangan Pihak Polis Biar pecah dimulut, jangan pecah perut.sumber

Raikan Pendidikan Cina dan India; Raikan Juga Pendidikan Islam

Posted: 17 May 2012 05:25 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik mencadangkan agar Dasar Pendidikan Negara yang diamalkan selama ini dikaji semula supaya lebih perkasa, dengan mengambilkira semua kepentingan nasional serta kaum-kaum lain di negara ini.

Katanya jika PAS dan Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat mentadbir Negara, dasar pendidikan tersebut perlu meletakkan pendidikan Islam sebagai pendidikan arus perdana seiring dengan pendidikan kaum-kaum lain dinegara ini.

"Dasar Pendidikan Negara akan dikaji balik dan PAS mengharapkan, Insya'Allah dapat meletakkan Islam dalam arus perdana dengan mengambil semua kepentingan nasional dan kepentingan kaum-kaum dalam negara ini.

"Sebab kita (PAS) meraikan pendidikan bangsa Cina (tionghua), kita raikan juga bangsa India atau kaum Tamil. Dan kita, tentulah hendak meraikan orang Islam dengan pendidikan agama (Islam) dia. Kita akan usahakan agar pendidikan Islam diarus perdanakan," tegasnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Guru 2012 di Ma'ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu, pada Rabu 16 Mei.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendakwa kurikulum pengajaran dan pembelajaran pada hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah moral di kalangan para pelajar.

Katanya, kurikulum tersebut perlu dirombak dengan meletakkan al-Quran, bahasa Arab serta ilmu-ilmu asas Islam.

"Isu moral terlalu besar dan semacam tidak ada kemampuan hendak mengatasi masalah moral ini. Saya menegaskan bahawa tidak ada kemampuan kurikulum pada hari ini, pengajaran dan pembelajarannya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah moral.

"Kurikulum mesti dirombak dengan meletakkan suatu bentuk nilai dalam diri pelajar dan nilai ini mesti dihasilkan daripada ilmu yang ada dalam al-Quran. Kekuatan bahasa Arab dan ilmu-ilmu asas Islam iaitu ilmu tauhid, feqah dan akhlak," ujarnya.

Sehubungan itu, tema sambutan hari guru 2012 iaitu "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" turut ditegur oleh Dato' Abu Bakar Chik yang juga mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu 1999-2004.

Menurutnya, maksud inovatif tersebut perlu mengambilkira penguasaan terhadap kurikulum Islam berpandukan al-Quran, fardhu ain serta bahasa Arab.

Katanya, tidak ada makna inovatif yang dicanang jika tidak dihuraikan dengan asas-asas Islam sebenar.

"Inovatif di sini hendaklah mengambilkira penguasan terhadap kurikulum Islam itu sendiri. Tidak ada maknanya inovatif jika tidak boleh hendak dihuraikan asas Islam.

"Inovatif mesti di atas asas yang tertentu dan asas itu yang kita (PAS) hendak bina daripada al-Quran, fardhu ain dan bahasa Arab," jelasnya. -BO

Selangor Umum Pilihanraya Berasingan Selagi Daftar Pemilih Belum Dibersihkan

Posted: 17 May 2012 05:24 PM PDT



Shah Alam: Kerajaan negeri hanya akan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan dari unsur-unsur yang meragukan.

Dianggarkan, proses semak semula daftar pemilih melalui program 'Selangorku Bersih' hanya akan selesai pada pertengahan Julai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini bermaksud, masih ada kemungkinan pilihan raya bagi kerusi DNS tidak akan diadakan serentak dengan pilihanraya bagi kerusi parlimen.

Spekulasi bahawa pilihan raya umum (PRU) bagi parlimen akan diadakan pada bulan Jun ini.

Selain itu, pilihanraya selepas pertengahan tahun ini akan memberikan peluang kepada Kerajaan Selangor untuk mengagihkan wang di dalam bajet 2012 dan Geran Selangorku.

"Lebih 400 ribu pengundi baru dan yang seratus ribu itu adalah pengundi yang dipindahkan kawasan dan projek ini dalam perlaksanaan.

"Kita rasa kita hanya dapat selesaikan pada pertengahan bulan Julai dan barulah kita buat keputusan samada kita berjumpa semula SPR tentang kesahihan daftar pengundi itu.

"Saya rasa dengan sebab-sebab ini, kalaulah pilihan raya diumumkan berlaku dalam bulan Jun sudah tentulah saya akan memberikan cadangan kepada DYMM Sultan Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat dalam pilihan raya yang diumumkan dan kita akan adakan pilihan raya yang berasingan," kata Abdul Khalid kepada Selangor Kini.

Kempen 'Selangorku Bersih' yang dilancarkan bulan lepas akan menggunakan tenaga kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi menyemak nama di dalam daftar pengundi.

Usaha ini bagi menentukan pengundi sahih dan membersihkan daftar pemilih daripada pengundi yang meragukan.

Kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mengenal pasti antara 40,000 hingga 300,000 pemilih yang statusnya diragui.

Antaranya termasuk pemilih yang berumur lebih dari 100 tahun dan mereka yang kad pengenalannya menunjukkan tempat lahir luar dari Malaysia.

Ada juga pemilih yang didaftar sebagai pengundi pos tetapi tidak layak untuk klasifikasi tersebut.

"Kita juga meminta ketua-ketua masyarakat mengenal pasti mereka sebab biasanya dalam penentuan tempat-tempat mengundi adalah orang yang tinggal di tempat-tempat tersebut yang diberikan kemudahan mengundi di tempat tersebut.

"Kita memang berharap rakyat Selangor diberi peluang untuk mengundi dan kita juga mahukan demokrasi ini berasaskan keadaan bertanding yang adil atau pun 'level playing field' supaya semua dapat kesempatan membuat pilihan yang baik," Abdul Khalid berkata.

Selain itu Abdul Khalid berkata, kurang daripada 40 peratus daripada dana belanjawan untuk tahun ini telah diagihkan untuk projek dan program di seluruh Selangor.

"Jadi oleh sebab itu kita memerlukan masa lagi untuk melaksanakan perancangan atau penggunaan dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor," katanya. -selangorku

Tiada ulasan: