Muslimeen United |
- Antara Tarian Punggung Rakyat Zimbabewe Dan Pesara Tentera. Yang Mana Otak Di Kepala Lutut?
- Bersih 3.0: Wong hantar bunga untuk Unit Amal
- Askar Pencen "Berpenyakit Buasir" Bersenam Depan Rumah Ambiga
- Najib Diaibkan Di Kota London - Laungan BERSIH Semasa Beliau Berucap
- Pak Samad: Kenyataan polis mungkin galak demo 'biadap'
- Doa Tok Guru Nik Aziz iringi The Red Warrior
- DAP hormati pendirian PAS
- BUKTI SPR BUKAN BADAN BEBAS
- Gambar Najib Terkedu Bila Terima Bunga Kuning Di London..
- Inilah Sebabnya Mengapa Parlimen Tidak Dibubarkan Sekarang!
Antara Tarian Punggung Rakyat Zimbabewe Dan Pesara Tentera. Yang Mana Otak Di Kepala Lutut? Posted: 15 May 2012 08:05 AM PDT Ali ni tinggal kat Bandar Bukit Puchong 2...buat malu org Pchg je.. Mohd Sayuti OmarApa saja dilakukan untuk memastikan Umno termasuklah dengan mengadakan senaman tungging punggung. Mungkin selepas ini ada pula kelab atau Ngo yang menyokong Umno akan mengadakan pertunjukkan perarakan telanjang di Dataran Merdeka. Tidak mustahil sebab semua orang di Malaysia sudah sakit jiwa. Buat malu isteri dan anak-anak kat rumah je. Tentera otak kat kepala lutut! |
Bersih 3.0: Wong hantar bunga untuk Unit Amal Posted: 15 May 2012 07:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Mei: Unit Amal PAS menerima dua jambangan bunga hiasan daripada peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka pada perhimpunan tersebut. Wong Kow Kong, 58, menghantar sendiri bunga tersebut ke Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam dan diterima seorang Unit Amal yang bertugas di pejabat. Bunga tersebut dikepilkan dengan sekeping kad bertulis " Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak", Salute to all of you, When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat". Wong ketika dihubungi hari ini berkata, beliau dan keluarga sangat berterima kasih terhadap anggota Unit Amal yang bertugas menjaga keamanan pada perhimpunan tersebut. Beliau berharap pemberian bunga tersebut dapat menggembirakan hati anggota-anggota Unit Amal atau turut digelar 'Tentera Merah'. "Saya nak ucap terima kasih kepada Unit Amal sebab banyak tolong peserta-peserta pada Bersih 3.0. "Bunga itu satunya daripada saya dan keluarga dan satu lagi daripada kawan saya. Saya harap mereka suka bila terima bunga itu," katanya yang merupakan seorang tukang jahit dan mempunyai kedai jahit di Damansara. Menurut Wong, sewaktu perhimpunan tersebut, beliau berada di Jalan Tun Perak dan melihat sendiri bagaimana Unit Amal bertugas menjaga peserta-peserta. Malah katanya, beliau yang turut menyertai perhimpunan Anti ISA dan Bersih 2.0 sangat senang dengan kewujudan Unit Amal di lokasi perhimpunan. "Saya memang sudah biasa dengan Unit Amal. Setiap kali perhimpunan, saya tengok dengan mata kepala sendiri mereka bersusah payah bertugas," katanya. Beliau juga menolak dakwaan bahawa Unit Amal bertindak ganas sewaktu perhimpunan. "Kalau saya tengok Unit Amal ganas, saya tak akan bagi mereka bunga," katanya sambil ketawa. Seramai 4,000 anggota Unit Amal dari Semenanjung Malaysia bertugas pada perhimpunan 28 April lalu. -Hrkh |
Askar Pencen "Berpenyakit Buasir" Bersenam Depan Rumah Ambiga Posted: 15 May 2012 03:58 AM PDT Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara. Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga. Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga. Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu. Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas. "Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi. 'Orang Islam, minum air suam' Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian. Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga. "Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam. "Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara. "Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu. Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'. Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu. Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya. Gangguan, bukan himpunan aman Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam. "Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya. Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman. Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei. PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH. -mk Macam orang kena penyakit buasir layaknya. Menonggengkan bontot kat orang lain tak tentu pasal di khalayak ramai untuk menunjukkan rasa marah kononnya. Entah agama mana yang mengajar demo sedemikian rupa. Itu demo aman, kata polis nanti, tak salah di sisi undang-undang. Di dalam Islam tak pernah wujud dan tak pernah dianjurkan demo untuk menghina orang lain samada terhadap orang Islam atau bukan-Islam seperti yang dilakukan mereka. Mungkin ulamak-ulamak UMNO seperti Menteri Agama, Jamil Khir, atau Mufti Perak Datuk Harussani atau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Abdul Shukor Hussin (akan) mengeluarkan fatwanya "demo BERSIH haram tetapi boleh berdemo menonggeng tunjuk bontot kepada orang lain untuk menunjukkan rasa marah"(?) -GB |
Najib Diaibkan Di Kota London - Laungan BERSIH Semasa Beliau Berucap Posted: 15 May 2012 03:53 AM PDT Sama seperti kejadian semasa BERSIH 2.0 dahulu dimana kunjungan Najib disambut oleh Queen Elizabeth mengenakan pakaian kuning, pada kali ini Najib disambut dengan pemberian bunga berwarna kuning. "Kuning" - satu warna yang begitu sensitif - dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya adil dan bersih di negara ini. Sehingga kini TIADA apa pun dilakukan oleh kerajaan Najib terhadap tuntutan BERSIH 3.0 itu. Di bawah ini pula video "sambutan" yang diberikan kepada Najib setibanya di London. paspb melaporkan: Najib sungguh tersentak dengan laungan Bersih semasa mahu memulakan ucapannya di O2 Arena, London. Beliau menggunakan ucapannya yang pendek di O2 Arena dengan mempertahankan tindakan kerajaan terhadap himpunan Bersih 3.0. Pastinya, Najib tidak tidur lena setelah dimalukan rakyat Malaysia di Kota London. |
Pak Samad: Kenyataan polis mungkin galak demo 'biadap' Posted: 15 May 2012 03:42 AM PDT Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata kenyataan polis berhubung demonstrasi 10 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga mungkin menjadi galakan kepada Persatuan Veteran Tentera Melayu untuk mengadakan demonstrasi "biadap" pagi ini. Malah, tidak mustahil sekiranya perhimpunan "senaman punggung" di hadapan kediaman Ambiga pagi ini akan turut diadakan di hadapan kediamannya selepas ini, katanya. "Saya fikir timbalan IGP ada sebut tak salah berdemonstrasi di depan rumah Ambiga. Barangkali ia agak menggalakkan (demonstrasi dibuat)," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini. Mengulas lanjut kenyataan itu, Samad berkata: "Itu biasalah undang-undang ditafsir oleh orang yang berkuasa. Bukan ditafsir orang yang tak berkuasa." Katanya lagi, PVTM mempunyai pilihan untuk mengadakan gimik lain tetapi tetap bertindak biadap dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga. "Ada cara lain tapi dia memang nak memilih (biadap). Dia sengaja. dia memang nak berbiadap," katanya lagi. Samad bagaimanapun berpendapat, siri demonstrasi di rumah Ambiga tidak akan menjejaskan momentum BERSIH untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Saya tak rasa begitu. Itu sebenarnya intimidasi dan untuk menakut-nakutkan... Tidak mustahil ia akan dibuat di hadapan rumah saya nanti," katanya. Beliau bagaimanapun tidak melarang sekiranya demonstrasi "menonggeng punggung" seperti itu diadakan di hadapan kediamannya. Namun golongan berkenaan akan berdepan dengan reaksi daripada rakyat sekiranya mereka benar-benar berbuat demikian. "Reaksinya bukan dari saya (tapi) reaksi dari umum. Buatlah," katanya lagi. Samad mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (kiri) yang berkata polis tidak akan mengambil tindakan ke atas kumpulan peniaga yang mengadakan demonstrasi pertama di hadapan kediaman Ambiga pada 10 Mei lalu. Khalid memberi alasan, peniaga berkenaan boleh berhimpun dan berniaga di lokasi tersebut memandangkan tindakan itu dibuat di kawasan awam dan tidak mengganggu ketenteraman. -M'kini |
Doa Tok Guru Nik Aziz iringi The Red Warrior Posted: 15 May 2012 01:46 AM PDT KOTA BHARU:Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini. Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai 'Serambi Mekah'. "Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang. "Jaga tata tertib, mudahan Allah selamatkan kita semua baik pemain mahupun penonton," katanya dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Facebooknya hari ini. Sebelum ini, mengambil kira faktor keselamatan penyokong dari Kelantan yang akan membanjiri stadium nasional itu nanti, kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa. Pada masa yang sama, Tuan Guru turut mendoakan pasukan Kelantan agar berjaya membawa pulang piala FA itu nanti. "Semoga The Red Warrior dapat pulang dengan kejayaan unggul menggenggam piala FA 19 Mei ini... yang penting permainan biarlah bersemangat, penonton pula jagalah akhlak dan peribadi sesuai dengan semangat kesukanan," katanya lagi. -Hrkh |
Posted: 14 May 2012 05:29 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 MEI: DAP menghormati pendirian PAS dalam soal hukum hudud, sebagaimana PAS menghormati matlamat DAP dalam memperjuangkan demokrasi, keadilan dan peluang saksama. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengulangi pendirian bahawa hukum hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Beliau menjelaskan bahawa DAP berpandangan bahawa pelaksanaan hukum jenayah Islam tersebut tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. "Walau bagaimana pun, DAP menghormati pandangan PAS atas isu tersebut, sebagaimana PAS menghormati prinsip perjuangan DAP," katanya dalam satu kenyataan hari ini. UMNO dan Barisan Nasional telah menolak pelaksanaan hudud. Beberapa pemimpin besar UMNO telah menggunakan alasan belum sampai masanya untuk melaksanakan hukum jenayah tersebut. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chu Soi Lek pula pernah mendakwa bahawa hudud adalah undang-undang purba yang akan membawa Malaysia ke belakang. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan bahawa Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pagi tadi telah membincangkan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, baru-baru ini tentang hukum hudud. Media massa telah melaporkan Harun sebagai menyatakan bahawa PAS akan melaksanakan hudud dan meminda pindaan Perlembagaan Persekutuan jika menjadi kerajaan, walau pun ia mungkin membawa kepada pertukaran parti komponen dalam Pakatan Rakyat. "Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan para pemimpin PAS yang lain telah memberi jaminan kepada Majlis Pimpinan PR bahawa kepimpinan parti PAS menolak pandangan Harun kerana ianya tidak mencerminkan kedudukan PAS; ia adalah pandangan peribadi Harun," tambah Kit Siang. Justeru, katanya, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat dalam perjanjian oleh tiga komponen parti iaitu PKR, PAS dan DAP, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya umum ke-13, yang termaktub dalam Dasar Bersama PR pada 19 Disember 2009, Buku Jingga pada 20 Disember 2010 dan Kenyataan Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011. Sepertimana yang termaktub dalam Dasar Bersama PR yang telah diserap sebulat suara di Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Disember 2009, Pakatan Rakyat komited untuk mendukung semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam: 1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, agama Islam sebagai agama Persekutuan di samping kebebasan untuk agama yang lain diamalkan dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum lain berdasarkan peruntukan Perkara 153. 2. Mempertahankan peranan dan kebertanggungjawaban institusi Raja Berperlembagaan. 3. Mendukung penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berdasarkan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) di samping mempertahankan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda untuk semua kaum. 4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang yang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan pada masa yang sama mencadangkan pembatalan semua deklarasi darurat yang sedia ada. 5. Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia. 6. Menjamin semangat persekutuan (federalism) dan hubungan yang saksama dan adil antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak. "Majlis Pimpinan PR hari ini juga menegaskan bahawa apa-apa perubahan kepada dasar-dasar PR yang telah dipersetujui secara muafakat mestilah melalui satu proses consensus (sebulat suara) antara ketiga-tiga parti komponen PR," tambah Kit Siang. – Roketkini.com |
Posted: 14 May 2012 05:27 PM PDT |
Gambar Najib Terkedu Bila Terima Bunga Kuning Di London.. Posted: 14 May 2012 05:27 PM PDT Jangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong minggu ini nampaknya meleset kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini. Selepas Bersih 3.0, nampaknya demam kuning melarat ke London. Di mana Najib pergi di situ ada warna kuning dan bayangan kuning ini sentiasa mengekori Najib. Gambar dia atas menunjukkan seorang gadis menghadiahkan sejambak bunga kuning kepada Najib. Daripada banyak banyak jenis bunga, kenapa mereka pilih bunga kuning? Macam bunga peserta bersih 3.0 bawak masa duduk bantah je. Addin rasa kalau kat Malaysia rasanya lama dah kena ligan dengan anggota polis.. |
Inilah Sebabnya Mengapa Parlimen Tidak Dibubarkan Sekarang! Posted: 14 May 2012 05:24 PM PDT 56 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Pilihan Raya Di Selangor SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk wan Ahmad Wan Omar berkata, penubuhan pasukan berkenaan bagi memastikan parti politik yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya. Bagaimanapun katanya jumlah pasukan bagi setiap negeri seluruh negara kecuali di Sarawak bergantung kepada keperluan dan situasi politik. "Tidak semua kawasan di seluruh negara kita tubuh PPKPR ikut DUN, ada negeri yang tak perlu ikut DUN sebaliknya hanya ikut kawasan Parlimen. "Selangor ada negeri kedua yang kita tubuhkan pasukan ini selepas Pahang. Di Pahang kita tubuh mengikut kawasan Parlimen dengan pertambahan lapan pasukan. "SPR akan lihat secara terpeinci daripada pelbagai sudut dan kepentingan, negeri mana yang akan kita lantik PPKPR ikut jumlah DUN," katanya pada sidang media selepas taklimat penubuhan PPKPR Selangor di sini, Isnin. Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, keperluan pasukan PPKPR ditubuh bagi setiap DUN di Selangor berdasarkan ramalan ketegangan yang bakal berlaku di negeri itu. "Ia terpulang kepada maklum balas Pegawai Pengurus pilihan raya. Tahap ketegangan itu ada, sebagai contoh di Selangor, parti kerajaan negeri sekarang ini nak pertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan BN (Barisan Nasional). "BN pula sebagai parti Kerajaan Pusat akan melakukan sedaya mungkin untuk ambil alih Selangor, jadi bayangkan bagaimana permainan politik dan usaha parti-parti untuk menarik perhatian pengundi. "Inilah betapa pentingnya peranan pasukan penguat kuasa kempen untuk pastikan mereka yang berkempen patuhi undang-undang," katanya. Tambah beliau setiap pasukan tersebut akan diketuai oleh seorang pegawai SPR bersama seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil setiap calon yang bertanding. Wan Ahmad berkata beliau menjangkakan urusan penubuhan PPKPR dijangka siap di seluruh negara pertengahan Jun ini. Mengulas sama ada SPR bersedia mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen di bubarkan pada bulan ini, Wan Ahmad berkata: "Kita sempat nak buat persediaan. SPR rancang dah lama dengan pelbagai program taklimat...semua tengah buat. "SPR buat perancangan ikut jadual. Tapi kalau Parlimen dibubarkan secara tak diduga, SPR tak boleh kata kami tak siap. "Namun mengikut undang-undang SPR diberi kuasa 60 hari untuk tetapkan tarikh mengundi," katanya. Pertama: Ramainya pasukan penguatkuasa pantau pilihanraya di negeri Selangor. Apakah sebenarnya tujuan diwujudkan pasukan ini? Mengapa begitu banyak untuk negeri Selangor? Apakah ia sebenarnya untuk memberi escort khas kepada warga asing supaya tidak diganggu dan dikesani oleh rakyat nanti sewaktu mengundi sepertimana kes sebelum ini gerombolan bas membawa PATI untuk mendapatkan mykad tetapi dikatanya untuk menghadiri kursus keusahawanan? Sepastinya kesemua ini sudah dirancang oleh Task Force yang didedahkan sebelum ini. Kedua: Sekarang GB sudah tahu mengapa Najib tidak menghadap Yang Dipertuan Agong bagi membubarkan parlimen sepertimana yang ramai meramalkannya. Ini adalah kerana Najib mahu Selangor mengadakan pilihanraya serentak dan tidak berasingan. Kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini menyatakan Selangor tidak akan membubarkan Dun sebelum Jun 2012 kerana hanya selepas bulan tersebut Bajet Selangor 2012 akan mulai dirasai rakyat negeri. Khalid beberapa kenyataan seolah-olah beliau bersedia mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 dan seterusnya. Dan ini memberikan ruang kepada Najib untuk menstrategikan pembubaran parlimen mengikut kehendak Tan Sri Khalid iaitu pada atau selepas Jun 2012, supaya pilihanraya Selangor dapat diserentakkan dengan dengan negeri-negeri lain bagi mempastikan agendanya untuk merampas Selangor boleh menjadi kenyataan! -GB Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan