Ahad, 13 Mei 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa

Posted: 13 May 2012 09:24 AM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.

"PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.

"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu.

"Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya.

Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura.

"Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya.

Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu,  Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali. -Hrkh

Antara perkara utama adalah kaji hapus tol

Posted: 13 May 2012 09:18 AM PDT



(Orang ramai berdemo bantah tol Batu Tiga dan  Sungai Rasau)
SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad hari ini memberitahu apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, antara perkara yang utama akan dipertimbangkan adalah menghapuskan tol bagi mengurangkan beban rakyat.

Beliau yang ditemui ketika himpunan hapuskan tol di Tol Batu Tiga memberitahu apa yang dilakukan ini adalah tindakan rakyat untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Lebih kurang seribu orang hadir bagi mendesak tol dihapuskan di kedua-dua tempat iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM1 bagi Tol Sungai Rasau dan RM1.10 untuk kepada sebuah kereta telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap awal pagi dan juga petang.

Turut hadir pada himpunan tersebut adalah exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Adun Seri Muda, Suhaimei Shafiei dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.


(Khalid Samad berucap kepada yang hadir)

"Ini merupakan satu program yang ditunjukkan oleh rakyat agar kedua-dua tol di Lebuhraya Persekutuan dihapuskan dengan segera supaya ia tidak terus membebani rakyat.

"Kita menjangkakan sepanjang tiga puluh tahun operasi tol ini, syarikat tersebut sudah mendapat kembali modal yang mereka keluarkan malah telah mendapat keuntungan yang berlebihan," kata Khalid.

Tambahnya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan tol yang terawal beroperasi di bawah kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hampir tiga puluh tahun operasi.

Shah Alam toll protest Rodziah Ismail and mohd rezwan"Tol ini merupakan yang paling laris dan mustahil jika pihak Plus belum mendapat apa-apa keuntungan dari pengoperasian mereka.

"Malah sebelum tol ini beroperasi, lebuhraya persekutuan telah wujud lebih awal iaitu sekitar tahun 60an bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang," sambung beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut.

Maka atas dasar tersebut, Khalid berpendapat tol ini sudah sepatutnya dihapuskan.

Menurutnya lagi, kewujudan kedua-dua tol tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas yang teruk pada awal pagi dan waktu petang.

"Matlamat mewujudkan lebuhraya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tetapi kalau tol menyebabkan kesesakan melampu saya pasti matlamat mewujudkan lebuhraya ini tidak akan tercapai.

"Bagi saya penghapusan tol ini selain dapat membebankan kos sara hidup rakyat ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalulintas," tambah beliau lagi. -Hrkh

TG Nik Aziz: Selagi Tuntutan Tidak Dipenuhi, Akan Tetap Ada BERSIH 4.0

Posted: 12 May 2012 02:55 PM PDT



Gombak - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

"Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram.

"Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul," katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum ini menggalakkan orang ramai khususnya ahli-ahli Pas agar menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu. Malah beliau sendiri mengakui ada membiayai beberapa peserta perhimpunan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba.

Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah.

"Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah," katanya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam.

"Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat," katanya. "Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi," kata beliau.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0.

"Pihak kami belum berbincang apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat mengenai Bersih 4.0," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Subang, Sivarsa Rasiah pula berkata, pihaknya juga akan terus menyokong tindakan Bersih kerana setakat ini, kerajaan belum memberi sebarang jaminan mengenai tuntutan-tuntutan Bersih.

"Saya juga akan terus menyokong kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama," katanya lagi.

Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah memberi amaran perhimpunan yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil. -SH

Harta rakyat merupakan amanah Allah kepada kerajaan

Posted: 12 May 2012 02:54 PM PDT


Amanah merupakan sifat  wajib para Nabi dan Rasul. Amanah merupakan  taklif kepada setiap manusia. Imam Al-Qurtubi telah menyatakan bahawa amanah merangkumi  seluruh tugas agama. Allah telah menyenaraikan salah satu sifat mukmin yang berjaya dan menghuni  syurga Firdaus ialah "orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janji mereka." Amanah dan janji  merangkumi segala perkara yang dipikul oleh manusia dalam urusan agama dan dunia samada perkataan atau perbuatan.  Rasulullah mengingatkan kita agama beramanah kerana tidak sempurna agama bagi mereka yang tiada amanah.

Allah menasihati manusia agar jangan menyerahkan harta anak-anak yatim kepada mereka yang tidak amanah. Amaran  Allah yang keras ini bertujuan untuk mengelakkan penjaga yang mengkhianati harta anak yatim dengan menganggap harta anak yatim  adalah harta mereka  sehingga mengurusnya untuk kepentingan mereka dan menadah terima kasih daripada anak yatim supaya mengenangi jasa mereka.

Allah menceritakan kisah Nabi Syuaib yang menasihati anak-anaknya agar memilih  orang yang amanah untuk mengurus kambing-kambing mereka. Tapi dunia seringkali  terbalik dengan melupai amanah dan pengertiannya. Bahaya akhir zaman ialah kekeliruan timbangan dan kerosakan nilai sehingga sampai ke tahap yang disifatkan oleh Rasulullah dengan sabdanya : "Tahun-tahun yang menipu akan datang kepada manusia. Pembohong akan dianggap benar, Orang yang benar akan dianggap bohong, orang yang amanah akan dianggap pengkhianat dan pengkhianat akan dianggap pembela amanah."

Amanah akan disia-siakan pada akhir zaman sebagaimana Abu Hurairah bertanya kepada Rasulullah : Bagaimana mensia-siakan amanah, wahai rasulullah ? Rasulullah menjawab : Apabila urusan kehidupan di serahkan kepada orang yang tidak layak maka tunggulah masanya." Ibnu Hajjar Al-Assaqalani menyebut dalam kitab Fathu Bari : Ibnu Battal berkata, maknanya ialah "pemimpin-pemimpin yang diamanahkan oleh Allah  ke atas hamba dan wajib mereka memberi nasihat kepada rakyatnya. Sewajarnya dilantik orang yang memahami dan menghayati agama tetapi apabila dilantik yang bukan berkelayakan dalam menghayati agama maka mereka telah mensia-siakan amanah yang Allah pilih mereka dengan amanah."

Agama merupakan amanah Allah. Dunia dan kekayaan merupakan amanah Allah. Rakyat merupakan amanah kepada pemerintah. Harta rakyat merupakan amanah Allah kepada kerajaan. Memilih pemimpin merupakan amanah Allah kepada rakyat dan masyarakat Islam. Setiap orang akan ditanya dengan amanah masing-masing. Wallahua'lam

*** Artike adalah merupakan tazkiran dari Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong.

Tiada ulasan: