Muslimeen United |
- Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya!
- Gambar Himpunan Tanah di Johor Bahru hari ini
- Panel bebas: Baik lantik AJK cawangan Umno
- Apabila Duduk Dikatakan Guling
- Rusuhan Cubaan Gulingkan Kerajaan: Semuga "Doa" Najib Diperkenanan Tuhan
- Lu Orang Kenal Siapa "Ulamak" Ini..
Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya! Posted: 05 May 2012 03:49 AM PDT Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0 KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0. Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur. "Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima," katanya dalam kenyataan. Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih. Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor. "Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita. "Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga," katanya lagi. Video di bawah adalah contoh tindakan ganas regim Najib Razak memperkudakan polis menyerang rombongan Tuan Guru Haji Hadi di terowong KL Sentral semasa BERSIH 2.0 dan pihak polis telah menembak tepat gas pemedih kepada rombongan Presiden PAS - tidak ada provokasi, tidak ada sebarang keganasan tetapi polis telah bertindak zalim - tidak cukup dengan ituPresiden PAS disumbat di dalam Black Maria tanpa belas kasihan - Inilah Wajah Regim Zionis Najib Razak! AMARAN TERDAHULU DARI PRESIDEN PAS: PAS Boleh Sabar...Tetapi Sabar PAS Ada Sempadan, Ada Batas, Dekat Mana Batas...TUNGGU!!! Apa Kita Nak Buat...Tunggu Arahan Kita..! Dan Kita Tidak Akan Tunduk... Kepada Penipuan-Penipuan Ini...Dan Kita Bangkit Atas Nama ISLAM...ALLAHUAKBAR... "kita akan lalu, "membujur lalu melintang patah", akan tiba masanya! PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri! |
Gambar Himpunan Tanah di Johor Bahru hari ini Posted: 05 May 2012 03:47 AM PDT |
Panel bebas: Baik lantik AJK cawangan Umno Posted: 04 May 2012 09:01 PM PDT KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad berpendapat, lebih baik panel bebas Bersih 3.0 yang dicadang kerajaan dipilih daripada ahli Umno sahaja supaya ianya menyebelahi pihak BN dan polis. Menurutnya, tiada guna jika panel bebas membuat keputusan tidak menyebelahi BN dan polis kerana ia hanya akan dibakul sampah sahaja oleh kerajaan. Katanya, berapa banyak pandangan ketiga mengenai keganasan polis dalam setiap perhimpunan tidak diambil peduli. Ianya termasuk pendengaran awam yang dibuat oleh Suhakam ketika Bersih 2.0 yang juga tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan. Selain itu, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam juga ujarnya telah menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya digunakan terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media. "Pada hal Suhakam ialah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan, ia bukan Lembaga Disiplin Parti Islam Semalaysia PAS. "Jika badan seperti Suhakam pun Datuk Seri Najib tidak mahu dengar, lebih baik lantik Jawatankuasa yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) yang terdiri daripada AJK Cawangan Umno sahaja supaya keputusan sentiasa menyebelahi pihak BN dan polis," kata Idris lagi. Sehubungan itu katanya, pengumuman Najib untuk menubuhkan panel bebas menyiasat Bersih 3.0 hanya untuk menyejukkan kemarahan rakyat kepada polis dan kerajaan. Pihak polis dan Najib sekarang ini ujarnya susah hati kerana kali ini mereka guna kekerasan kepada pihak media, sedangkan wartawan tidak boleh dizalimi walaupun di dalam peperangan. "Apakah jaminan kerajaan akan menerima cadangan Penal Bebas jika keputusan tidak menyebelahi pihak polis dan BN. "Berapa banyak wang dan tenaga dihabiskan oleh ahli panel, apabila keputusan dikeluarkan kerajaan tidak ikut," katanya. -Hrkh |
Apabila Duduk Dikatakan Guling Posted: 04 May 2012 08:53 PM PDT DPPWP melihat kenyataan daripada Datuk Seri Najib yang mengatakan bahawa perhimpunan bersih merupakan cubaan menggulingkan kerajaan sebagai satu kenyataan yang berunsur jahat & berniat menghasut. Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir dengan hanya duduk dan bantah sahaja di Dataran Merdeka. Insiden kekasaran dan belasah hanya terjadi selepas berlakunya provokasi-provokasi liar daripada pihak-pihak tertentu. Sekiranya BERSIH 3.0 ingin melakukan kudeta @ ingin menggulingkan kerajaan, sudah tentulah permohonan permit untuk menggunakan Dataran Merdeka tidak akan dipohon. Ianya suatu analogi yg cukup mudah namun amat payah difahami oleh Datuk Seri Najib. BERSIH tidak memerlukan 2,3 hari untuk berhimpun kerana rekod sebelum ini pun hanya memadai sahaja setakat jam 5 petang sahaja DPPWP berasa yakin bahawa Najib sudah hilang kejantanannya. Ini kerana peristiwa rampasan kerajaan Perak pada tahun 2009 yg lalu masih segar dalam ingatan semua rakyat Malaysia. Ianya adalah jelas merupakan suatu tindakan di luar pilihanraya & pengecut. Bagaimana beliau boleh mencabar kejantanan orang lain sedangkan diri sendiri sudah hilang kejantanannya awal-awal lagi? Bagi DPPWP, sekiranya Najib masih anak jantan, maka lakukanlah reformasi pilihanraya dengan mengadakan proses pilihanraya secara adil & telus sepertimana yang dituntut oleh BERSIH. Di kala itu, baru lah diketahui anak jantan yang bertanding @ hanya anak siput yang pandai buat tidak tahu. KAMARUZAMAN MOHAMAD Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan |
Rusuhan Cubaan Gulingkan Kerajaan: Semuga "Doa" Najib Diperkenanan Tuhan Posted: 04 May 2012 08:50 PM PDT Jika Najib Mubarak, rakyat perlu guling BN' SHAH ALAM – Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan tindakan peserta perhimpunan Bersih 3.0 cuba menggulingkan kerajaan dan mahu menjadikan Dataran Merdeka seolah-olah Dataran Tahrir, dengan sendirinya mengiktiraf diri beliau bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Hosni digulingkan menerusi gelombang kebangkitan rakyat 15 bulan yang lalu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sekiranya Perdana Menteri menyifatkan langkah mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sama seperti yang berlaku di Mesir, maka rakyat perlu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Adakah beliau (Najib) merasakan dirinya seperti Mubarak?" kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0, yang mendapatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi di mana tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah. "Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan. "Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini. Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Machang, turut menyangkal kenyataan Najib itu kerana Bersih 3.0 sudah menghebahkan tujuan dan matlamat perhimpunan iaitu mendesak serta menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil. "Jika beliau (Najib) mengatakan bahawa tujuan perhimpunan diadakan adalah untuk menggulingkan kerajaan, maka sebenarnya beliau mengalami 'mimpi liar!'," ujar beliau lagi. -SH Rusuhan cubaan gulingkan kerajaan: Najib |
Lu Orang Kenal Siapa "Ulamak" Ini.. Posted: 04 May 2012 08:49 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan