Rabu, 2 Mei 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Fenomena Kuning

Posted: 02 May 2012 05:19 AM PDT

 

Fenomena Kuning 284 yang melanda ibu kota serta di semua ibu negeri di Malaysia, malah di kota-kota besar di dunia telah mengegarkan UMNO.

Fuuhhh.... Mereka tak menyangka daripada 20 ribu orang yang hadir pada BERSIH 1, berkembang kepada 50 ribu orang pada BERSIH 2 dan meningkat 6 kali ganda kepada 300 ribu orang pada BERSIH 3.0. Hebat sungguh Fenomena Kuning 284 yang baru berlaku.

Pening mereka. Makin ditekan makin ramai yang hadir. Entah dari mana datangnya mereka tapi yang syoknyer.... mereka muncul memberikan sokongan kepada BERSIH 284. Pulak tu, mereka datang dengan semangat yang amat tinggi, tanpa ada rasa takut dan gerun pada keganasan polis yang menanti mereka. Semuanya.... kerana cintakan negara Malaysia.

Mereka turun.... bukan kerana Anwar, bukan kerana Ambiga, bukan kerana Tok Guru Hj Hadi dan bukan kerana Lim Kit Siang. Rakyat berbilang kaum daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur, turun bersolidariti, hanya semata-mata mahukan pilihan raya yang adil, bersih, telus dan bebas.

Untuk tujuan itu, mereka sudah hilang rasa takut. Mereka sudah hilang rasa gentar. Keberanian inilah yang aku kira menggentar dan memeningkan kepala para pemimpin UMNO.

Hahahahaha.... Fenomena Kuning 284 telah berjaya mencemperakan orang-orang dalam UMNO. Ini obvious daripada kenyataan-kenyataan menggong mereka. Orang tu kata macam ni. Orang ni kata macam tu. Malah, media pembodek mereka pun diarahkan agar memutarbelikan fakta dan cerita sebenar bagi mencerahkan imej mereka yang 'hitam dan hodoh'.

Yang paling orang marah ialah mereka guna polis untuk zalimi rakyat sendiri. Cis... apa punya pemimpin yang zalimi dan aniaya rakyatnya sendiri. Pemimpin macam tu... tak layak dipanggil pemimpin. Sebab tu... kita kena jatuhkan mereka dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Bercakap pasal nak jatuhkan UMNO ni.... teringat kata-kata si tua kutuk Mahadet. Dia kata, BERSIH bertujuan nak jatuhkan kerajaan. Apa ler bodohnyer orang tua ni. Wei.... memang ler kita nak jatuhkan kerajaan. Ya... nak jatuhkan kerajaan melalui pilihan raya, BUKAN melalui jalan raya. 

Sebab tu, kita adakan BERSIH. Kita turun ke jalan raya semata-mata nak menuntut pilihan raya yang adil, telus dan bebas... yang UMNO tak mau dan yang UMNO tolak. Sebabnya... UMNO takut kalah dan hilang kuasa.

Kami nak menuntut  SPR agar menjalankan pilihan raya secara adil dan telus, bukan cuba memenangkan UMNO dengan cara penipuan dan menggunakan pelbagai helah. Ini tidak.... SPR yang sepatutnya menjadi satu badan yang bebas, tetapi diterajui oleh 2 ekor malaon yang terbukti, ahli UMNO. Kalau pengadil dah berpihak.... macam mana pilihan raya nak adil, bersih, telus dan bebas??

Lawak.... lawak.... Lawak kan??

Lantaran itu... kerajaan kena paham mengapa Fenomena Kuning ini melanda negara. Ini mala petaka dari rakyat ke atas kerajaan yang bacul, gila kuasa dan derhaka kepada rakyat.

Fenomena Kuning ini melanda.... semata-mata mahu membersihkan kekotoran yang dilakukan oleh SPR bagi pihak parti yang diwakili oleh 2 ekor orang kuatnya serta kerajaan yang diterajui oleh parti yang diwakili oleh mereka dalam pilihan raya di negara ini.

Jangan lupa. Please take note, selagi ada KEKOTORAN..... dalam pelaksanaan proses pilihan raya di Malaysia, Fenomena Kuning ini akan melanda lagi dan terus melanda dengan kadar yang lebih besar, hebat dan dahsyat.

Aha... masa 30 hari  yang diberikan cukup untuk SPR melakukan sesuatu bagi membersihkan segala kekotoran yang dikesan. Sebagai badan yang dicanang sebagai professional dan dengan segala kemudahan canggih yang ada hari ini, kita tunggu dan lihat, sama ada SPR mempunyai kemahuan untuk melaksanakannya. Nak atau tak nak?? Itu saja...

Pepatah Melayu ada mengatakan.... hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

So.... what say you SPR??

Tiada ulasan: