MIMPI SENJA |
- Tunku Aziz disogok RM50ribu dan teh tarik RM9.10 di KLIA
- Syed Zainal Abidin letak jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Proton
- Saya masih Ahli umno tetapi saya kempen untuk umno tumbang - Tamrin Ghafar Baba
- [Video] DSAI dihalau dari masjid di Johor
- Berapa kali Jamal Abdillah nak masuk Umno ni???? ... hahahaha
- Najib "Lemah jiwa" ... bukan aku yang kata tapi sorang Exco Pemuda Umno yang kata
Tunku Aziz disogok RM50ribu dan teh tarik RM9.10 di KLIA Posted: 29 May 2012 10:21 PM PDT KELMARIN Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim buat hal lagi. DAP terus pening kepala. Kali ini beliau menekankan lagi soal dia cuba disogok. ''Biadab sungguh dia (Lim Guan Eng) mengarahkan seorang 'budak' untuk menyampaikan mesej apatah lagi merasuah saya RM50,000 kononnya saguhati untuk terus kekal di bawah pimpinan DAP,'' kata Tunku Aziz dengan nada cukup keras pada sidang akhbar di rumahnya. Sogok? Sogok itu macam rasuahkan? DAP mahu rasuah? Benarkah? Jika tidak benar DAP kena buat report polis. Dakwaan itu cukup serius. Jika itu fitnah, DAP kena saman Tunku Aziz. Jika saya menulis dakwaan ini, mungkin saya pun akan kena saman, kerana saya turut memfitnah. Saya masih tidak percayalah DAP buat kerja macam itu. Nak sogok seorang Melayu untuk kekal dalam partinya? Apa hebatnya sangat Melayu dalam DAP? Atau orang Melayu sudah cukup penting bagi DAP di masa-masa dekat pilihan raya ini. Benarkah Lim Guan Eng mengarahkan 'budak' hingusan itu menyogok Tunku Aziz? Marah betul kerabat diraja Kedah itu. Tunku Aziz dikenali sebagai seorang yang berintegriti tinggi pun mahu disogok? Beliau ialah pengasas Transparency International-Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah Transparency International, sebuah pertubuhan antikorupsi sedunia. Budak yang dihantar untuk 'menyogoknya' pula ialah setiausaha politik Guan Eng, iaitu budak separuh Melayu. Namanya ialah Zairil anak bekas pemimpin UMNO, Allahyarham Khir Johari. Sekali lagi saya tak percayalah Guan Eng yang kononnya mengaku bersih buat kerja macam itu. Entah-entah banyak lagi yang dia buat, tapi kita tak nampak? Nak dekat-dekat pilihan raya ini banyak pula perkara yang tidak disangka-sangka terkeluar. Kan Allah itu Maha Kaya. Oleh itu, Saudara Guan Eng atau bapanya Kit Siang, janganlah takbur sangat. Kita tahu kamu semua bukannya bersih sangat, tapi mengaku seperti Saidina Umar Abdul Aziz. Kita juga tahu kepala-kepala dalam Pakatan tu bukan bersih sangat. Ada antaranya ialah pencetus politik wang dalam UMNO dulu. Yang menjadi pelopornya pun ada. Tapi apabila berada dalam Pakatan dia pandai berlakon. Sebelum orang tuduh dia, lebih baik dia tuduh UMNO dulu. Itu namanya reverse psychology atau psikologi songsang. Semuanya mahu disongsangkan. Saya tidak salahkan dia juga, kerana UMNO gagal bermain dengan psikologi macam itu. Siapa yang pandai, dialah yang menang. Tapi semua kita tahu, Pakatan bukan bersih pun. DAP pun bukan bersih pun. PKR toksah cakaplah. Kebanyakan mereka dulu dalam UMNO. Di Selangor pun kita dengar bukan bersih pun. Macam-macam hal, hanya UMNO yang tak tau bongkarkan. Saya tak cakap UMNO itu bersih, tapi Pakatan pun sama. Namun saya masih tak percaya DAP mahu sogok Tunku Aziz dengan RM50,000. Saya berharap DAP buat satu laporan polis ke atas Tunku Aziz dan SPRM pula jangan buat tak nampak saja. SPRM pun kena buat kerjalah. Tunku Aziz dah buat sidang akhbar secara terbuka semua orang dengar. Dulu SPRM pernah berkata, khabar angin pun mereka akan siasat. Saya memohon SPRM siasatlah dakwaan Tunku Aziz itu benarkah Guan Eng melalui budak Zairil itu cuba menyogok Tunku Aziz sebanyak RM50,000. Saya tidak pasti apakah sogokan RM50,000 itu untuk setiap sebulan, setahun atau sekali gus sahaja. Detail itu SPRM kena tanya dengan Tunku Azizlah. Baru-baru ini, Dr. Chandra Muzaffar, bekas Timbalan Presiden PKR juga pernah berkata, wang RM50,000 yang cuba disogok kepada Tunku Aziz itu ialah politik wang. Katanya: ''Saya fikir perkara itu harus dibawa ke pengetahuan SPRM. Ia adalah satu cubaan untuk membeli seseorang supaya kekal dalam parti.'' (Baca Rocky's Bru, Khamis 17 Mei) Namun, sehingga kini dan sehingga kenyataan terkini Tunku Aziz kelmarin, SPRM masih belum angkat punggung. Apa sekali pun saya masih kurang percayalah. DAPkan sebuah parti Demokratik yang mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan meluahkan perasaan, kebebasan media dan kebebasan segala-galanya. Tapi saya hairan jika bebas mengapa mahu diboikot media tertentu, termasuk Utusan yang lantang bersuara mengkritiknya? Jika bebas, mengapa pula, apabila Tunku Aziz mengkritik penganjuran demonstrasi Bersih, dia pula dihukum? Yang saya tahu PAP dan Lee Kuan Yew sahaja yang berperangai begitu. Di bawah sana pembangkang kena kunci mulut. Kalau tidak, kena saman sehingga bankrap. Bagi Aspan Alias, Dato' Sabri aka Sakmongkol serta beberapa Melayu yang masuk DAP pula, tahniah kepada kalian. Sepatutnya ramai lagi Melayu masuk DAP supaya dapat mengurangkan sedikit pegangan kaum Cina cauvinis dalam parti itu. Kalau boleh kurangkan sikit perangai ultra kiasu dalam parti itu. Pada pilihan raya nanti, pastinya kalian semua menang ya. Pastikan kalian bertanding di kawasan yang majoriti penyokong DAP, gerenti akan menang. Jika selepas menjadi Wakil Rakyat kelak, bertanding pula jawatan Setiausaha Agung menentang Guan Eng dan pastikan juga menang. Jika Aspan atau Sabri atau orang kuat DAP Seremban, Lt. Kol (B) Rosli atau sesiapa sahaja calon Melayu yang menang sebagai Setiausaha Agung DAP dan dapat menyingkirkan rejim nepotisme empayar Lim itu, saya sendiri pun akan isi borang masuk DAP... Memang betul, fikir-fikirkanlah... Teh tarik di KLIA RM9.10! BALIK dari luar negara baru-baru ini, sementara menunggu kenderaan saya singgah di sebuah gerai minuman di tingkat ketibaan, dekat pintu keluar ke teksi. Kerana lama tak minum teh tarik saya pun pesanlah. Gelasnya pun taklah besar, besar sikitlah dari kedai mamak. Gerai itu menjual bermacam-macam jenis makanan, termasuk laksa. Sebagai orang utara, saya pun pesan juga laksa. Makan dan minumlah dengan berseleranya. Apabila nak bayar, saya terkejut, yang kenyang jadi lapar. Harga teh tarik RM9.10 sen. Harganya macam di hotel. Tapi suasana di situ bukan macam di hotel. Pemandangannya menyesakkan. Orang tolak troli beg ke sana, ke mari. Nasib baik ramai pramugari manis, sejuklah sikit hati. Semasa dalam kenderaan mahu pulang, saya mencongak-congak dalam fikiran. Di kedai mamak di Shah Alam hanya RM1.50 segelas - sedikit kelat teh, susu dan air panas. Itu pun minta yang kurang manis. Berapa banyak untung gerai KLIA itu buat? Apakah sewanya terlalu tinggi sehingga segelas teh tarik berharga hampir RM10. Atau Malaysia kini diambang inflasi yang terlalu tinggi, sehingga wang RM sudah susut nilai terlalu besar? Jika sewanya tinggi, takkan orang macam saya kena tanggung? Saya terkenang makcik dan pakcik yang menghantar saudara-mara kampung untuk naik Umrah atau Haji dan singgah pula ke gerai itu untuk hilangkan dahaga. Saya rasa perlu diwujudkan Gerai Makanan 1Malaysia di tingkat itu. Kalau tidak kasihan makcik-makcik itu. Jika harganya RM5 pun boleh lagi terima, bukannya berganda-ganda hampir RM10! Tapi hairan, restoran makanan segera di situ, boleh pula jual harga biasa? Saya masukkan resit belian itu ke dalam facebook saya, macam-macam komen yang saya terima. Antaranya: Betullah tu kalau saya pun charge macam tu, siapa yang ajar macam tu, document tender untuk sebuah kiosk KLIA baru-baru ini berharga RM1,000, kalau kalah tender wang tak dipulangkan, jadi kalau harga dokumen sampai macam itu, fikirkanlah... Bro...harga international, kira ok ler bukan selalu... Hahaha...gula+susu+teh+air panas=RM9.10...sewa tapak kat KLIA tu maybe cecah RM100k sebulan kot... Minta Zaini buat artikel pasal ni? Memang betul, fikir-fikirkanlah... |
Syed Zainal Abidin letak jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Proton Posted: 29 May 2012 05:28 PM PDT DATUK Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir akan meletak jawatan selaku Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Bhd, berkuat kuasa 4 Julai depan, selepas menerajui syarikat kereta nasional itu lebih enam tahun. PROTON Holdings, dalam satu kenyataannya berkata, susulan itu Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan mengambil alih peranan kepimpinan Syed Zainal dalam menerajui syarikat menuju ke hadapan. "Kami juga ingin mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan PROTON Holdings, Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai," tambah syarikat itu. Pengeluar kereta nasional itu berkata, peletakan jawatan Syed Zainal dibuat atas kemahuannya sendiri. "PROTON Holdings ingin mengesahkan peletakan jawatan Syed Zainal sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan kami amat berterima kasih atas sumbangan beliau kepada syarikat. "Beliau sudah membuat keputusan untuk meninggalkan PROTON Holdings atas kemahuan sendiri bagi mengejar cita-citanya dan kami menghormati keputusan beliau," jelas syarikat itu semalam. Syed Zainal, sebelum ini dilantik ke jawatan Pengarah Urusan bagi menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang tidak disambung kontraknya sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Kumpulan pada 30 September 2005. Khazanah Holdings Bhd, iaitu pemegang saham terbesar dalam PROTON Holdings pada waktu itu, melantik perunding carian eksekutif untuk bekerjasama dengan Lembaga Pengarah PROTON Holdings bagi mencari pengganti Tengku Mahaleel. Pencarian itu bermula dengan senarai pertama antara 30 hingga 40 individu dan selepas penilaian awal, 22 orang telah dihubungi, termasuk Syed Zainal. Selepas Syed Zainal dilantik, Lembaga Pengarah PROTON Holdings menstrukturkan semula organisasi pengurusannya sebagai usaha bagi mengetengahkan fungsi dan struktur pengurusan yang sama dengan syarikat automotif utama lain. Di bawah struktur baru itu, jawatan utama pengurusan PROTON Holdings yang dulunya dipanggil CEO, diubah kepada Pengarah Urusan, sekali gus menjadikan Syed Zainal sebagai individu pertama yang menjawat jawatan berkenaan. Sebelum menyertai PROTON Holdings, Syed Zainal, 50, lulusan Sarjana Muda Sains dalam jurusan Kejuruteraan Awam dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, ialah bekas Pengarah Eksekutif Perodua Auto Corporation Bhd. Beliau yang berasal dari Kelantan pernah bertugas di Petronas Gas Sdn Bhd sebagai Jurutera Projek pada 1987 dan kemudian dilantik sebagai Eksekutif Kanan di Jabatan Perancang Korporat dan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa PETRONAS. Pada 1995, beliau menyertai Hicom Holdings Bhd. sebagai Pengurus Kanan sebelum mendaki tangga pengurusan dan akhirnya dilantik sebagai Ketua Eksekutif pada 1999. Kemudian, pada tahun yang sama, beliau berhijrah ke Perodua Auto Corporation sebagai Pengurus Besar Kanan dan dilantik menjadi Pengarah Eksekutif pada 2002. - utusan |
Saya masih Ahli umno tetapi saya kempen untuk umno tumbang - Tamrin Ghafar Baba Posted: 29 May 2012 04:44 PM PDT Tamrin anak kepada tokoh veteran umno terkenal Allahyarham Tun Ghafar Baba sekarang ini muncul di pentas ceramah Pakatan Rakyat. Dalam pembukaan ucapannya di Parlimen Merbok bersama YB Amirudin Shari Adun Batu Cave, beliau berkata 'saya masih ahli umno...tetapi saya terlalu kecewa dengan umno kerana membiarkan rasuah dan penyelewengan bermaharajalela..sebab itu saya berdiri di sini untuk menerangkan kepada rakyat betapa umno kini telah jauh tersasar daripada perjuangan asalnya. ' Sebab itu beliau menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada ahli umno, sudah tiba masanya pada PRU 13 akan datang, berilah mandat baru kepada Pakatan Rakyat, rakyat wajib tolak umno BN |
[Video] DSAI dihalau dari masjid di Johor Posted: 29 May 2012 07:28 AM PDT Anwar dihalau dari masjid... itulah yang berlaku di Masjid Taman Sri Pulai Perdana,Johor... Sila lihat video di bawah ini Anwar Ibrahim dikatakan telah singgah menunaikan solat di masjid berkenaa,dan beliau ingin memberikan tazkirah ringkas selepas solat Maghrib namun telah dihalang oleh beberapa orang tua yang tebal umnonya. Umno yang sebelum ini menunjukkan kesamsengan mereka dengan mengganggu ceramah pakatan rakyat mungkin telah juga dapat arahan dari atas supaya menghalang apa sahaja aktiviti Anwar, termasuk memberi sedikit takzirah Agama. Tetapi seperti juga kes kesamsengan tajaan umno yang berniat mahu menakut-nakutkan namun akhirnya mereka dilihat sedang terdesak dan gali kubur untuk umno sendiri. Walaupun Anwar dihalang untuk memberi tazkirah oleh 1-2 orang umno yang sebenarnya telah berpuluh tahun diperbodohkan oleh parti kononnya bela bangsa melayu, namun lihat sendiri bahawa dengan bersikap sabar dan tenang, Anwar Ibrahim sebenarnya mendapat sokongan lebih ramai rakyat gara-gara perbuatan bodoh umno yang sememangnya sangat bodoh itu. - tukang lawan MS : iNI LAH KERJA PUAK-PUAK HARAMJADAH .... |
Berapa kali Jamal Abdillah nak masuk Umno ni???? ... hahahaha Posted: 29 May 2012 06:36 AM PDT Hahaha... Ni la artis yang akan menggambarkan wajah sebenar Umno.. Sume artis yang tengah syok melalaikan Umat Islam.. Rambut karat ada.. Bekas penagih ada.. mcm... Jom kita dengar ceramah artis yang udah berubah dan menyokong Pakatan Rakyat.. jangan ikut perangai artis yang nyokong umno.. ikiki sumber : Batu Gajah Mari |
Najib "Lemah jiwa" ... bukan aku yang kata tapi sorang Exco Pemuda Umno yang kata Posted: 28 May 2012 11:54 PM PDT Seorang Exco Pemuda Umno, Muhd Khairun Che Aseh menyifatkan Hiu Woong Sin - individu yang mengganggu ucapan perdana menteri di London baru-baru ini - sebagai "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu. Khas untuk Najib? Exco Pemuda Umno itu menyifatkan individu yang menolak cabaran debat sebagai "lemah jiwa". Dalam sidang media tersebut beliau berkata,"Rupanya tuan tidak seperti raja pahlawan. Oleh itu, saya menyerah kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap beliau". Beliau juga menyifatkan tindakan itu sebagai "(ayam) berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di celah kelangkang." Ekoran kenyataan Exco Pemuda Umno itu, rakyat menyifatkan itu sebagai sindiran terhadap Najib Razak yang sedang hangat diperkatakan bahawa beliau takut untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Begitulah politik Umno yang apabila ada kepentingan sahaja mereka akan berjuang, kalau tak ada kepentingan jadilah cantas-mencantas.... macam lawak jenaka minggu lepas yang menyaksikan Naib Ketua Pemuda Umno Kampar yang isytihar keluar parti sebab tak dapat projek. Tak ke begitu Khairi...??? Reformis Anak Muda |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan