MIMPI SENJA |
- Lagi Felda tipu Melayu
- Kerajaan Najib lemah - Mahathir
- Menarik pagi ini - Londeh seluar dalam Mahkamah
- Restoran Sekinchan Ikan Bakar 'bungkus' ...
- Jawapan kepada soalan Rafizi : Dimana 237 billion sumbangan Petronas kepada kerajaan ketika Pak Lah menjadi PM.
Posted: 27 May 2012 11:16 PM PDT PKR dakwa FGVH dapat tanah rizab Melayu ikut 'pintu belakang' Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa sebahagian besar tanah yang akan dipajak kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk rancangan penyenaraian syarikat itu merupakan kawasan tanah rizab Melayu. Kajian PKR menunjukkan bahawa sejumlah 105,382 ekar tanah daripada 847,362 ekar yang akan dipajak itu merupakan tanah rizab Melayu, kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Katanya, tanah rizah berkenaan diwujudkan untuk menjamin milikan bumiputra dan tanah berkenaan perlu digantikan dengan tanah lain yang sama saiz sekiranya diambil oleh bukan bumiputera. Bagaimanapun, urusniaga tersebut menggunakan "jalan belakang" yang mengekalkan pemilikan dan status tanah berkenaan, tetapi memberikan pajakan selama 99 tahun kepada FGVH untuk mentadbir tanah tersebut, dakwanya. Katanya, pajakan selama 99 tahun itu sama seperti memindahkan pemilikan tanah berkenaan memandangkan penyenaraian FGVH bukan sahaja disertai bumiputra dan bukan bumiputra tetapi juga warga asing. Perkara itu bertentangan dengan semangat dalam memperuntuk tanah rizab Melayu, katanya. - Malaysiakini |
Kerajaan Najib lemah - Mahathir Posted: 27 May 2012 09:45 PM PDT by Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 28 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau masih lagi memimpin kerajaan yang lemah, mengulangi pendirian supaya pilihan raya ditangguhkan sehingga selesai bulan puasa yang akan tamat pada Ogos. Bekas perdana menteri itu dipetik Bloomberg dalam satu temuramah khas berkata, perdana menteri perlu menanggunhkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya yang mesti dilakukan dalam masa setahun. "Apabila lemah, beliau perlu berhadapan dengan kritikan. Tapi bila berhadapan dengan masalah ini, apa pun yang dibuat tidak akan cukup," kata bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) ini, dan menambah, Najib mewarisi perikatan yang lemah, yang mana memenangi pilihan raya 2008 dengan nisbah yang paling kecil sejak Merdeka. Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, bagi mengurangkan rekod kekalahan 82 kerusi Parlimen dan lima negeru dengan pemerhati melihat dengan mengembalikan kuasa dua per tiga majoriti, Najib dijamin memegang kuasa yang besar. Najib telah melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi untuk memberikan lebih kebebasan kepada rakyat, namun pengkritik melihat ia hanyalah remeh dengan lebih banyak undang-undang lama digantikan. Perdana menteri masih lagi menguruskan perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu dan pentadbirannya telah mengemukakan saman badan pemerhati pilihan raya tersebut minggu lalu kerana menyebabkan berlakunya kerasakan terhadap kenderaan kerajaan berpunca daripada pertembungan antara polis dan perusuh. Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta menahan 512 perusuh apabila menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh halangan pihak polis. Kaji selidik Merdeka Center mendapati 92 peratus pengundi menuntut daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya dilaksanakan dengan 48 peratus melihat daftar pemilih sedia ada tidak lengkap. Dr Mahathir turut berkata kepada akhbar tersebut Najib perlu mengambil lebih masa sebelum melaksanakan pilihan raya bagi memperoleh kemenangan daripada kaum Cina yang majoritinya menyokong pembangkang, Pakatan Rakyat. Najib sebelum ini berkata pilihan raya bakal dilaksanakan "tidak berapa lama lagi" disamping khabar angin Parlimen akan dibubar sebelum sidang berikutnya Jun ini Namun hari ini, The Malaysian Insider melaporkan BN sedang meneliti kemungkinan pilihan raya akan dilaksanakan pada September kerana kaji selidik dalaman mendapati parti itu mampu memenangi 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-kurangnya 80 pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada 2008 tapi kurang 148 untuk majoriti dua pertiga majoriti. Pentadbiran Najib memberikan fokus utama kepada demografi namun cadangan pemansuhan bantuan dana pinjaman pendidikan oleh PR mungkin mengakibatkan undi belia, kunci utama pengundi yang meliputi sekurang-kurangnya 20 peratus daripada 12 juta pengundi. Hampir 60 peratus pengundi baru adalah Melayu, komuniti dominan di negara ini. _ The Malaysian Insider |
Menarik pagi ini - Londeh seluar dalam Mahkamah Posted: 27 May 2012 07:17 PM PDT KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret, di sini, semalam gempar apabila pemuda yang dituduh atas kesalahan mencuri di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan, melondehkan seluarnya sejurus masuk ke dalam kandang tertuduh. Perlakuan tertuduh, Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 25, yang separuh bogel itu telah menggemparkan suasana di mahkamah, sebelum Majistret Abdul Hayyi Salim terpaksa mengarahkan polis bertugas agar menggari kedua belah tangannya sepanjang pertuduhan dijalankan. "Bos (Majistret), saya memang melakukan curi itu tetapi bos masukkan saya dalam hospital sebab saya gila. Sekarang ini, kepala saya tengah sakit dan saya perlu makan ubat," katanya yang telah menarik perhatian orang awam yang berada di galeri awam mahkamah. Terdahulu, Mohd Khairul Hamimi mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dibacakan oleh jurubahasa. Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa pada 22 Mei lalu jam lebih kurang 7 petang hingga 23 Mei lalu jam lebih kurang 8.55 pagi bertempat di kedai menjual Haiwan Peliharaan dan Aquarium Ming Yu Two, Jalan Hiliran Masjid, Chabang 3, telah melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kedai milik Lim Chew Siang, 41, dengan mencuri 50 ekor burung banji dalam sangkar dan 45 ekor arnab dalam sangkar besi yang dianggarkan RM5,000. Mohd Khairul Hamimi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Abdul Hayyi kemudiannya memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan dan menetepkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - SH |
Restoran Sekinchan Ikan Bakar 'bungkus' ... Posted: 27 May 2012 06:23 AM PDT Restoran Sekinchan Ikan Bakar Di 'Lelong'Panas!! Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Kota Damansara telah di tutup dan cawangan di Bukit Tinggi, Kelang juga sudah 2 bulan di tutup.Manakala cawangan di Segambut pula akan di lelong pada 30hb Mei, 2012. Sebenarnya, sebelum ni bukan nak peduli pun pasal citer restoran kena lelong, bankrap ataupun di tutup. Tetepi memandangkan pemilik restoran nih bikin isu panas, sebab tu ramai yang ambil port pasal citer nih. Anyway kau orang nilailah usahawan pencacai United Malays National Organisation (Umno) nih. Berniaga lingkup tetapi hidup boleh bermewah-mewah lagi.. LINGKUP - BANYAK LAGI AKAN IKUT - By Tukar Tiub DARI FACEBOOK ZUNAR Cawangan Kota Damansara dah tutup. Teruskan boikot hingga semua cawangan tutup dan dia terpaksa "kais pagi makan tayar Ferrari, kais petang makan tayar Lamborghini." KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHhttp://www.blogger.com/img/blank.gif woit.... TOK PERAIH IKAN DI KUALA SELANGOR JUGA TELAH BERI TEKANAN..kah jkah kah. kah kah kah... BILA PERNIAGAAN MALAON INI BUNGKUS...kah kah kah.. kah kah kah.... KITA SEMUA SENANG HATI.... kah kah kah.. kah ka kah...KALAU MALAON INI BENGKRAP...kah kah kah... kah kah kah...LAGI AMAT SENANG HATI KITA SEMUA.... kah kah kah kah kah kah...KEGAGALAN MALAON INI ADALAH KEJAAYAN KITA... kah kah kah.. NOTA: kita harap dia akan teruskan kempen anti ambiga kerana kelihatan kempen ini amat amat berjaya orang india meloroh masuk pakatan kah kah kah |
Posted: 27 May 2012 03:27 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan