Selasa, 22 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Azrinaz Mazhar Hakim (bekas isteri Sultan Brunei) kini muncul kembali

Posted: 22 May 2012 09:00 PM PDT

Inilah wajah terbaharu Azrinaz.
PETALING JAYA: Personaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.
"Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.
"Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan 'stand upper'," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta 'On Air'.
Tambah Azlan, bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.
"Setakat ini Azrinaz memberi komitmen yang sangat baik dalam On Air dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya lagi selepas ini.
"Dia juga amat gembira dengan program berkenaan kerana dapat mengasah bakat golongan muda yang meminati bidang penyiaran. Saya percaya pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculannya setelah sekian lama menyepi," ujarnya.
Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,4.
Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada 16 Jun 2010 manakala semua gelaran termasuklah 'Yang Teramat Mulia Pengiran' ditarik balik.
Dari kiri; Aznil, Datin Seri Normala Samsudin dan Azrinaz.
Sementara itu On Air, yang diterbitkan bagi mencari pelapis pengacara baru itu akan memulakan siaran pada setiap Rabu (bermula malam ini) hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria.
Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro.
Pengacara Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Dang Suria Zainordin akan terlibat dalam program itu manakala Karl Shafik sebagai hos untuk segmen Diari On Air. - mStar

Bapa lembu dah mengamuk, masuk bank pula .... hahahaha

Posted: 22 May 2012 06:08 AM PDT

NFCorp Fail Saman Terhadap Public Bank Berhad
KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) pada Selasa memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank tersebut didakwa telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).
Peguam Cara yang mewakili NFCorp dalam satu kenyataan menegaskan bahawa perlanggaran keselamatan oleh Public Bank membolehkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, seperti yang didakwa untuk membuat spekulasi dengan memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan syarikat.
Ini katanya, ia termasuk syarikat-syarikat berkaitan dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dengan pihak kerajaan, orang awam dan ahli-ahli perniagaan.

"Dalam saman tersebut dinyatakan bahawa maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusi (plaintif) telah disebarkan kepada umum secara meluas, sehingga mengakibatkan kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga plaintif terdedah kepada ancaman bahaya," katanya.
Peguam Cara NFCorp berkata, Public Bank bertanggungjawab melindungi maklumat mengikut dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab telah diamanahkan daripada ia dicetak semula, diedar, dihebah, didedahkan atau disiarkan kepada mana-mana pihak, atau merekodkannya bagi mana-mana pihak, terhadap apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak plaintif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.
"Tindakan undang-undang ini diharapkan akan menjadi satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya," katanya lagi.
Beliau menambah, Seksyen 97 BAFIA menyatakan, "Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) yang dengan apa jua cara sekali pun mendedahkan kepada mana-mana orang lain." - mStar

Interpol akan cari Najib Zahid dan Razak Baginda

Posted: 22 May 2012 12:22 AM PDT

Saksi : Jika enggan Interpol boleh tangkap


KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.


(Apakah Najib dan Zahid boleh tersenyum lagi di mahkamah Perancis nanti)

Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis.


"Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

"Kami memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda," kata Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid.


Fadiah (gambar) dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.


Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.

Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi.

"Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong.

Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka." - Harakah

Orang Melayu tinggalkan P. Pinang?

Posted: 21 May 2012 11:45 PM PDT

GEORGE TOWN, 22 MEI: Pertambahan hampir 35,000 pengundi Melayu dari tahun 2008 sehingga 2011 menyangkal kajian PReCISE yang mendakwa ramai orang Melayu berhijrah meninggalkan Pulau Pinang.

PReCISE merupakan sebuah unit yang ditubuhkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Malaysia cawangan Pulau Pinang (DPMMPP).

Menurut Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, bilangan pengundi Melayu di Pulau Pinang telah bertambah daripada 247,131 orang pada 
tahun 2008 kepada 282,062 pada tahun 2011, iaitu pertambahan sebanyak 34,931 orang.


Katanya, pertambahan itu adalah hampir dua kali ganda daripada angka 18,154 orang Melayu didakwa oleh PReCISE telah didakwa meninggalkan Pulau Pinang.

"Jika diteliti lagi, kita mendapati bahawa bilangan pengundi Melayu juga telah meningkat dengan banyak di kawasan-kawasan pulau seperti Balik Pulau dan Bayan Baru, iaitu peningkatan sebanyak 5,120 dan 4,093 orang masing-masing.

"Ini bermakna bahawa masyarakat Melayu masih lagi komited untuk memperkukuhkan suara dan penyertaan mereka dalam pembangunan sosio-politik negeri Pulau Pinang." ujarnya lagi.

Laporan itu antara lain ia menyatakan sebab orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain di antara adalah akibat tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri tersebut.

Menurut Zairil lagi, kesahihan dakwaan tersebut amat diragui kerana ia bercanggah dengan perangkaan dalam daftar pengundi Pulau Pinang sejak tahun 2008 hingga 2011, yang jelas membuktikan bahawa bilangan pengundi Melayu di Pulau Pinang telah bertambah dengan begitu banyak sekali.

"Bagaimanakah begitu ramai orang Melayu telah berhijrah keluar sedangkan bilangan pengundi Melayu telah bertambah dengan begitu banyak, malah dua kali ganda angka yang didakwa oleh kajian tersebut?

"Saya tidak tahu apa niat sebenar Mohammad Fairus, tetapi adalah jelas bahawa nada yang digunakannya berunsur perkauman." katanya lagi.

Zairi turut membidas sekiranya logik Fairus yang mengaitkan penghijrahan orang dengan penindasan kaum.
"Adakah ianya bermaksud bahawa jika terdapat pengurangan atau penghijrahan kaum bukan Melayu di negeri-negeri lain, maka mereka telah dipinggirkan oleh kerajaan negeri masing-masing?"

Beliau menyifatkan dakwaan Mohammad Fairus tersebut sekadar mengguna pakai logik yang tidak berasas untuk memainkan sentimen perkauman.

"Pendirian yang berbaur perkauman ini adalah amat tidak bertanggungjawab dan hanya mendedahkan belangnya sebagai seorang hipokrit kerana menyerang kerajaan yang pernah disertainya, setelah dia sendiri gagal menjalankan tugasnya sebagai timbalan ketua menteri dengan baik.

"Umum mengetahui bahawa semua dasar kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah dasar-dasar yang bersifat adil kepada semua tanpa mengira warna kulit atau agama," tambah beliau.

Katanya, pelbagai rancangan dan program telah dilaksanakan untuk membantu warga Pulau Pinang untuk menampung kos kehidupan termasuk bantuan-bantuan kebajikan dan tabung perumahan mampu milik berjumlah RM500 juta yang akan digunakan untuk menyediakan perumahan mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang. – Roketkini.com

Tiada ulasan: