Selasa, 1 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Daily Chilli kata Zahida - Shafie dan nikah senyap-senyap, jadi bini no. 2

Posted: 01 May 2012 11:00 PM PDT

(Keratan laporan The Daily Chilli, akhbar dalam talian dalam akhbar milik MCA, The Star)

KUALA LUMPUR: Ruangan hiburan akhbar milik MCA, The Star, iaitu The Daily Chilli mendakwa, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal telah berkahwin dengan artis Zahida Rafik secara senyap-senyap.

Oleh itu, tidak berbangkit menteri berkenaan membayar RM1.5 juta kepada artis itu kerana kedua-duanya sudah berkahwin.

Memetik sumber dari pemimpin kanan BN Sabah, akhbar itu melaporkan, "Bagaimana kamu boleh kata dia bayar RM1.5 juta sedangkan dia (Zahida Rafik) sebenarnya isteri kedua dia (Shafie)."


"Bekas pemandunya bertindak sebagai orang tengah untuk menutup  jejak mereka," kata sumber itu sebagaimana dilaporkan The Daily Chilli.

Sebelum ini, Ketua Wanita PKR yang juga anggota Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin mendakwa, seorang menteri telah membayar seorang artis RM1.5 juta menerusi akaunnya.

Beliau mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang artis dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida Rafik menafikan beliau mempunyai hubungan dengan mana-mana menteri.

Shafei juga menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Zahida.

Berikut adalah kenyataan penuh Shafei:

"Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.

"Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

"Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012."

[Video] Kerja haramjadah polis diwaktu azan sedang berkumandang

Posted: 01 May 2012 10:28 PM PDT

BERSIH : Najib, tunaikan 8 tuntutan atau hadapi Bersih 4.0

Posted: 01 May 2012 06:28 AM PDT

(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0.
Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur.
"Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima," katanya dalam kenyataan.
Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih.

Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.
"Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita.
"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga," katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29780

BERSIH 3.0 : PDRM akan disaman

Posted: 01 May 2012 05:25 AM PDT

The Bar Council will also push for Suhakam to conduct a "comprehensive" inquiry into alleged human rights' violations during Bersih. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, May 1 — Civil suits might be filed against the police on behalf of Bersih supporters who were physically injured during last Saturday's rally, the Bar Council has said.
Bar Council president Lim Chee Wee told reporters today that he was in the process of gathering volunteer lawyers to file the suits on behalf of those who had allegedly been roughed up by authorities.
"We will talk to our members, to see whether or not we can gather enough members of the Bar to volunteer to interview all the victims of human rights violations and probably pursue civil suits," said Lim.
He said this will be done "as soon as possible" but did not specify a timeframe.

The lawyer, however, said that the Bar's first option would be to discuss its concerns with Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar.
"We would like to engage the police. It is good that the IGP does not shut the door to engagement.
An arrest in progress on Saturday. — Reuters pic
"The time has come for police to have proper guidelines... this cannot continue," Lim added.
The Bar Council will also push for the Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) to conduct a "comprehensive" inquiry into alleged human rights' violations which took place during the Bersih rally, said Lim.
Chaos reigned on the streets of Kuala Lumpur for over four hours after 3pm last Saturday when police fired tear gas and water cannons and chased protesters down the streets of the capital to disperse what had initially started out as a peaceful protest calling for free and fair elections.
The melee was believed to have begun after overzealous protesters either mistakenly or deliberately breached the three-ringed barricades — razor-wire fences, plastic blockades and metal gates — that were placed around Dataran Merdeka.
According to Bersih 3.0 and opposition party leaders, the barriers were breached after the rally was called to a close and declared a success but it is believed that the message was lost among the sheer thousands who turned up for the event, the third to be held since 2007.
The ensuing violence has pitted both Bersih supporters and the government in a blame game.
Scores of civilians, policemen and even journalists were hurt when the protest took an ugly twist with demonstrators refusing to back down and even raining missiles upon their armed pursuers.
The cat-and-mouse game went on for hours and many protesters were seen allegedly roughed up by the police but in his immediate response, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein insisted that the police had acted with restraint.
International media organisations have already predicted that the force used by the police may have a negative backlash on the Najib administration, adding that polls may have to be delayed past their expected June date if the government is keen on recapturing lost votes.

Kalah BERSIH 3.0 - Himpunan Perkasa yang mendapat sambutan ramai

Posted: 01 May 2012 03:09 AM PDT

BERSIH 3.0 : 7 polis belasah sorang peserta [Video]

Posted: 01 May 2012 01:31 AM PDT



KPN, adakah SOP membenarkan tindakan anggota polis sebegini?

Fitnah jahat Umno berulang menjelang PRU 13 - Azmin

Posted: 01 May 2012 01:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Mei: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengecam keras fitnah yang disebarkan blog pro Umno bertujuan mengaibkannya dan keluarga.
Beliau berkata, fitnah itu ulangan menggunakan modus operandi sama yang diguna terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya amat kesal memandangkan tindakan ini (fitnah terbaru skandal seks) adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya.
"Ia kemudian disusuli dakwaan pemilikan saham, dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam himpunan aman Bersih 3.0," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam fitnah terbaru itu, seorang lelaki yang didakwa sebagai Azmin bersama seorang wanita melakukan aksi seks di dalam tandas.

Tambah Azmin, pada fitnah terhadap anak dan isterinya, beliau telah melakukan ujian DNA dan keputusan itu memihak kepada mereka.
"Saya melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga.
"Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga," katanya.
Bagaimanapun, Umno masih mengulangi fitnah walaupun sudah terbukti tuduhan itu merupakan pembohongan semata-mata.
Azmin berkata, setelah kesemua fitnah itu tidak berjaya, Umno BN mengulangi skrip lama iaitu menimbulkan fitnah seks untuk membentuk persepsi rakyat menjelang pilihan raya.
"Munculnya fitnah ini tatkala Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan Bersih. Mereka ingin mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan Umno supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.
"Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam PRU ke 13," tegas beliau.
* Kenyataan penuh Azmin boleh diakses menerusi kolum kenyataan media di portal ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29774

Tiada ulasan: