Sabtu, 19 Mei 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Bekas orang no 3 polis akan sertai PAS?

Posted: 19 May 2012 03:50 AM PDT



Apabila disebut Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS di Batu Kurau, Perak 20 Mei teringat saya dengan agenda umno memasukkan orangnya menjadi ahli PAS.

Bukan setakat itu malahan sudah ramai SB jadi ahli PAS. Ia berlaku di Negeri Kelantan sejak sekian lama. PAS juga pernah berbuat demikian, tetapi agenda itu tidak menjadi, kerana yang masuk umno terus jadi ahli umno yang kometed.

Oleh itu kemasukan bekas orang nombor 3 polis yang dikatakan akan menyerahkan borang permohonan itu dalam satu majlis Pengisytiharan Perdana di Taman Kota Wira Ulu Sepetang tidak wajar jadi berita gembira, kerana umno sedang pasang jerat untuk menmerangkap PAS.

Saya sangat khuatir dengan tindakan polis pencen anak kelahiran Pantai Besar, Larut yang pernah menyandang beberapa jawatan antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.

Lainlah jika dia bekas tentera yang boleh dikatakan ramai menjadi ahli PAS, itupun harus ditapis dengan terperinci, maklum saja mereka pegawai tinggi pasukan keselamatan Negara yang tidak dinafikan ada saham dalam kerajaan yang memerintah.

Saya tak pernah ragu apabila 3 orang bekas pengarah pelajaran negeri masuk PAS, kerana sekolah bukan tempat untuk mengumpul maklumat rakyat. Tetapi KDN adalah tempat untuk mengumpul segala maklumat bagi semua kegiatan rakyat di Negara ini.

Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu masih banyak kes yang tertungguk dan belum selesai semasa berkhidmat dulu.Dia adalah saksi pada kes itu yang mahu tidak mahu akan ke mahkamah waktu perbicaraan berjalan.

Oleh itu, awas jangan lupa dengan agenda umno yang sudah lama memasang jerat, termasuk pasang jerat dalam parti politik sehingga segala rahsia parti ada pada tangan musuh
Kita tidak hairan SB menyamar. Memang itulah kerja mereka untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.Apatah permasalahan pelbagai jenayah.
Untuk menyelesaikan jenayah termasuk kes bunuh ke, kes dadah ke. Pendek kata mereka berbuat  apa saja asalkan permasalahan dapat diselesaikan seberapa segera.
Untuk menyelesaikan peramsalahan jenayah social SB kena jadi pelacur bagi perempuan dan melanggan pelacur bagi  lelaki.
Untuk menyelesaikan permasalahan dadah SB kena jadi  geng dadah, Geng Samseng. malah ada antaranya   terbabit dengan  penagihan dadah.
SB juga kena jadi gila untuk menyelesaikan kes bunuh . Ada antaranya  wajib berkhwin dengan gadis gadis dikawasan berlakunya pembunuhan.
Oleh itu, SB  menyamar sebagai orang pas atau ahli pas perkara biasa, malahan ramai SB jadi ahli PAS. Ini berlaku di Kelantan.Kalau tak duduk dalam PAS macam mana nak dapat maklumat yang tepat.
Penulis diberitahu salah seorang SB perempuan di Kelantan bukan saja jadi ahli PAS malahan sudah bejaya sandang jawatan ketua muslimat sebuah cawangan.
Yang tergis ada antara SB kena menyamar sebagai orang gila, berpakaian compang camping, kusut masai dan makan dekat tongtong  sampah yang memjejekkan untuk menyiasat kes yang berlaku.

Tiada ulasan: