Kerabu Bersuara ® |
- Antara Tarian Punggung Rakyat Zimbabewe Dan Pesara Tentera. Yang Mana Otak Di Kepala Lutut?
- Pesanan Khas YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat
- DAP memberi ruang yang luas dan tempat untuk Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan serta boleh menerima perbezaan pendapat
- Video Najib Disambut Dengan Perkatan BERSIH Semasa Di London
- Gambar TG Nik Aziz Memakai Jersi Red Warrior Dan Pesanan Ringkas Kepada Peminat
- Foto: Kerabat Diraja Selangor Bercinta Dengan Selebriti Indonesia, Syahrini
- Reaksi pelantikan Butler ganti Mat Zan
- Spekulasi tarikh baru 7 atau 8 Julai?
Antara Tarian Punggung Rakyat Zimbabewe Dan Pesara Tentera. Yang Mana Otak Di Kepala Lutut? Posted: 15 May 2012 04:55 AM PDT Mohd Sayuti Omar Apa saja dilakukan untuk memastikan Umno termasuklah dengan mengadakan senaman tungging punggung. Mungkin selepas ini ada pula kelab atau Ngo yang menyokong Umno akan mengadakan pertunjukkan perarakan telanjang di Dataran Merdeka. Tidak mustahil sebab semua orang di Malaysia sudah sakit jiwa. Buat malu isteri dan anak-anak kat rumah je. Tentera otak kat kepala lutut! |
Pesanan Khas YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat Posted: 15 May 2012 04:47 AM PDT Pesanan Khas YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat sempena perlawanan akhir Piala FA 2012 antara Kelantan menentang Sime Darby. |
Posted: 15 May 2012 04:16 AM PDT |
Video Najib Disambut Dengan Perkatan BERSIH Semasa Di London Posted: 14 May 2012 09:37 PM PDT |
Gambar TG Nik Aziz Memakai Jersi Red Warrior Dan Pesanan Ringkas Kepada Peminat Posted: 14 May 2012 09:21 PM PDT Pesanan khas TGNA kepada pemain bolasepak dan penyokong The Red Warriors yang berkunjung ke Bukit Jalil pada 19hb. Mei ini,TGNA mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Kelantan dan kepada para penyokong supaya selamat sampai ke stadium Bukit Jalil pada perlawanan akhir 19hb. Mei nanti. |
Foto: Kerabat Diraja Selangor Bercinta Dengan Selebriti Indonesia, Syahrini Posted: 14 May 2012 04:40 PM PDT Dari dulu lagi memang OHBULAN! suka ikuti perkembangan pelakon seksi dari Indonesia ini. Kalau di Indonesia, Syahrini memang terkenal dengan gosip-gosip panasnya. Tapi secara tiba-tiba Syahrini bertambah lagi 'panas' di Malaysia apabila khabar angin telah tersebar mengatakan dia bercinta dengan seorang kerabat diraja dari Malaysia. Dalam artikel OHBULAN! bertarikh 8 Mei 2012, "Penyanyi Indonesia, Syahrini Pilih Teman Lelaki Dari Malaysia", pengurus Syahrini telah mengesahkan bahawa Syahrini sememangnya bercinta dengan seorang jejaka dari Malaysia. Namun khabar angin ini terus menjadi tanda tanya apabila para peminat mula mempersoalkan siapakah jejaka bernama "Bubu" yang dimaksudkan Syahrini. Terbaru dari Detikhot.com, Syahrini telah mendedahkan identiti teman lelakinya yang bernama Raja Mohammad Syazni (Bubu). Jejaka ini dipercayai dari keturunan kerabat Diraja Selangor dan mereka berdua sudah bercinta hampir 2 tahun. Menurut Syahrini, dia bertemu Bubu ketika sambutan tahun baru pada tahun 2010 dan mula bercinta pada bulan Februari 2011. Beberapa keping foto dibawah menunjukkan kemesraan antara Syahrini dan "Bubu". Untunglah. Kredit kepada Blog Sahabat: OH BULAN |
Reaksi pelantikan Butler ganti Mat Zan Posted: 14 May 2012 04:26 PM PDT KUALA TERENGGANU - Pelantikan bekas jurulatih Kelantan dan kelab Persiba Balikpapan, Indonesia, Peter Butler, sebagai ketua jurulatih skuad Liga Super Terengganu mengundang pelbagai reaksi penyokong setia skuad pasukan Sang Penyu itu. Persoalannya mampukah Butler yang menggantikan Mat Zan Mat Aris dapat mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Terengganu dan menarik semula penyokong setia pasukan itu?. Seorang penyokong Abd Aziz Abdullah, 48 yang ditemui Bernama berkata, penukaran jurulatih di pertengahan musim dianggap tidak releven ketika skuad itu masih berada di kelompok empat terbaik liga. Keputusan yang dibuat itu dianggap drastik dan jika Butler juga gagal membimbing pasukan adakah nasib yang sama akan menimpa bekas jurulatih Kelantan itu.", tanyanya. Abd Aziz berkata Persatuan Bolasepak Negeri terengganu (PBSNT) sepatutnya memberi peluang kepada Mat Zan memperbetulkan keadaan dan bukan dengan menamatkan khidmatnya di separuh jalan. Seorang lagi penyokong Ishak Abdillah, 28, berkata momentum yang dibawa oleh Mat Zan boleh dianggap terbaik dan PBSNT tidak perlu tunduk kepada desakan penyokong untuk menyingkirkan Mat Zan. "Seharusnya pihak persatuan memberi kepercayaan kepada Mat Zan untuk terus membimbing skuad sehingga berakhirnya kempen Liga Super dan ia baru boleh dijadikan kayu pengukur," katanya. Menurutnya, pelantikan Butler dilihat seolah-olah bidang terjun dalam memburu kemenangan selepas mengalami beberapa siri kekalahan kebelakangan ini. Butler akan memulakan tugas pada 1 Jun ini. Sebelum ini, PBSNT mengarahkan Mat Zan bercuti rehat selama dua minggu bermula 3 Mei lalu selepas Terengganu disingkirkan daripada separuh akhir Piala FA oleh pasukan kelab, Sime Darby. Selain itu, Terengganu juga mengalami beberapa siri kekalahan termasuk dibelasah 6-1 oleh Selangor dalam perlawanan Liga Super, tewas kepada pasukan dari Singapura Tampines Rovers 2-0 dan tewas 2-0 kepada Kitchee Hong Kong dalam perlawanan peringkat kumpulan F Piala Konfederasi Asia (AFC). Kekalahan itu mengundang perasaan hilang sabar penyokong yang mendesak agar Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh dan Mat Zan meletakkan jawatan. Mat Zan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu bagi menggantikan Irfan Bakti Abu Salim bagi kempen Piala Malaysia tahun lepas. Mat Zan juga pernah membimbing Terengganu menrangkul Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001. - Bernama |
Spekulasi tarikh baru 7 atau 8 Julai? Posted: 14 May 2012 04:23 PM PDT MUHAMAD MAT YAKIM, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN & FAKHRURRAZI USULDIN SHAH ALAM – Mengundi pada 7 atau 8 Julai! Itu tarikh baru yang popular setelah jangkaan pada 9 Jun 'terbang' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom malam kelmarin. Sumber dalaman Umno memberitahu Sinar Harian, satu perhimpunan besar-besaran ahli parti komponen BN akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Jun ini. "Selepas itu, Perdana Menteri dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen. PRU13 mungkin pada 7 atau 8 Julai, iaitu sebelum puasa," katanya menerusi SMS yang dihantar malam tadi. Berkongsi tarikh yang sama, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi sebelum itu berkata, PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai. "Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini. Beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti. "Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya, 8 Julai," katanya. Menurut Sivamurugan, jika negeri Pakatan Rakyat (PR) masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan, ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). "Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya, tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar," katanya. Dalam pada itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, jika Perdana Menteri masih tidak membubarkan Parlimen bulan depan, hampir pasti PRU13 diadakan pada September ini. Beliau bagaimanapun berkata, Najib masih mempunyai masa sehingga pertengahan Jun untuk memastikan PRU13 sempat dilangsungkan pada awal Julai, sebelum bermula Ramadan. "Hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun, jadi Perdana Menteri masih boleh bubarkan Dewan Rakyat pada Isnin selepas itu (4 Jun)," katanya. Ditanya mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan sebelum 2 Jun, Dr Mohamed Mustafa berkata, kemungkinan itu amat tipis kerana Najib sudah tentu tidak akan memiih untuk meraikan hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara (caretaker government). "Untuk majlis rasmi meraikan Yang di-Pertuan Agong sudah tentu belum mahu hadir sebagai Perdana Menteri yang sebenar," katanya. Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi berpendapat PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai. "Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini, beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti. "Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya 8 Julai. Menurut Sivamurugan, jika negeri PR masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan, ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan BN."Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya, tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan