Era Pasca |
EDISI GADAI: Tanah Rezab Melayu Bakal Hilang Lagi Posted: 28 May 2012 01:06 PM PDT Perjanjian pajakan tanah antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 adalah untuk memberikan kuasa dan hak milik kepada FGVH untuk mengusahakan tanah tanah yang dimiliki FELDA mengikut syarat syarat perjanjian. Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGVH ke Bursa. Tanpa tanah tanah ini, penyeneraian akan GAGAL!!! Salinan penuh PERJANJIAN dan SENARAI TANAH TANAH YANG TERLIBAT menunjukkan sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, antaranya adalah TANAH TANAH YANG DIWARTAKAN SEBAGAI REZAB MELAYU di seluruh negara berskala 105,382 ekar semuanya. Akan didedahkan KHAMIS INI sementara menunggu DS Hj Najib Dam Dam mengumumkan Prospektus Lengkap IPO FGVH.. Buat masa ni kita kupas sedikit untuk sambungan dari SIRI 1 yang sebelum ini. Mana mana yang tertinggal boleh KLIK SINI Bagaimana ini terjadi sedangkan terdapat ENAKMEN DAN UNDANG UNDANG REZAB MELAYU 1914 dari dipajakkan sesuka hati? Jika begitu, FGVH tidak boleh sesekali dikira sebagai sebuah badan berstatus BUMIPUTERA kerana jumlah PEGANGAN SAHAM BUMIPUTERA tidak dapat disahkan. Setakat ini pegangan saham dari Peneroka FELDA hanya dieruntukkan sebanyak 2.5% sementara Kakitangan FELDA pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan pegangan saham yang DIJEMPUT KHAS oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus, sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai oleh keluarga berketurunan Yahudi dari Perancis. DS Hj Najib Dam Dam dan TS Isa Samad Kemetot wajar menjelaskan kepada rakyat Malaysia kenapakah tanah tanah berstatus REZAB MELAYU ini turut dipajakkan ke FGVH yang disenaraikan si pasaran saham? Apakah JAMINAN bahawa tanah tanah ini tidak akan dijual beli dan bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan ENAKMEN DAN UNDANG UNDANG REZAB MELAYU 1914? Sebarang usaha penukaran dan pembatalan TANAH REZAB MELAYU seluas 105,382 ekar di semenanjung HARUS DITOLAK! Lagi banyak RAHSIA UMNO-BN melibatkan masa depan orang melayu akan dibongkarkan selepas ini!!! Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
EDISI GEMPAR: FGVH KAYAKAN ORANG KAYA Posted: 28 May 2012 04:48 AM PDT FELDA ditubuhkan untuk membantu BUMIPUTERA miskin yang tiada tanah. Tapi nampaknya kali ni dah agak lain sikit halatuju FELDA. PM Hj Najib Dam Dam akan mengumumkan PROSPEKTUS LENGKAP mengenai IPO FGVH pada Khamis 31 Mei 2012 ini. Sebagai preview sebelum kami letupkan apa yang disebalik prospektus merapu tu, aku akan dedahkan beberapa analisa tentang FGVH ni. Durian runtuh yang diwar warkan Najib hanyalah merangkumi 9% daripada jumlah keuntungan FELDA daripada IPO. 2.2 Billion saham saham FGVH akan dijual. Pecahan peruntukan saham tersebut adalah seperti berikut: Mengapa 112,635 peneroka mendapat saham yang kurang daripada 3835 pekerja FELDA? Pada kadar 100% penerimaan, setiap peneroka hanya akan mendapat 810 saham seorang manakala kakitangan FELDA akan mendapat 28,368 saham seorang. Secara purata, seorang pekerja FELDA akan mendapat 35kali ganda saham daripada seorang peneroka. Lebih menggemparkan adalah isu pelabur BUMIPUTERA yang diluluskan MITI dengan peruntukan sebanyak 420 juta saham. Siapakah mereka BUMIPUTERA yang berhak menerima 4.6 kali ganda dari semua golongan peneroka? Adakah mereka ni pernah terlibat dengan FELDA? Mengikut SOP MITI, pelabur dalam golongan ini haruslah mempunyai aset yang banyak atau lebih senang kalau kita sebutkan sebagai ORANG KAYA kerana pelabuur ini harus mempunyai ASET SEKURANG KURANGNYA RM3JUTA. IPO adalah isu kepentingan nasional, maknanya orang ramai berhak untuk tahu. Senarai PELABUR DARI MITI harus diumumkan kerana rakyat terutama peneroka BERHAK tahu siapa yang melabur dan adakah golongan itu mendapat keuntungan berlipat kali ganda jauh berbeza dari mereka. ERA PASCA MENCABAR NAJIB MENARIK BALIK PERUNTUKAN SAHAM UNTUK ORANG KAYA DAN BERIKAN PADA PENEROKA YANG LEBIH BERHAK JIKA RAKYAT DIDAHULUKAN!!! Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan