Selasa, 22 Mei 2012

Era Pasca

Era Pasca


Malaysia tempat ke5 pengeluaran wang haram - GFI

Posted: 22 May 2012 01:37 AM PDT


rujuk [http://iffdec2011.gfintegrity.org/]


TOP 10 Negara : Aliran Kewangan Haram Keluar yang tertinggi dalam tempoh 1 dekad ( 2000 - 2009 ) US DOLLAR

-Sumber Global Financial Integrity (GFI)

1. China: $2.74 trillion
2. Mexico: $504 billion
3. Russia: $501 billon
4. Saudi Arabia: $380 billion
5. MALAYSIA: $350 billion
6. United Arab Emirates: $296 billion
7. Kuwait: $271 billion
8. Nigeria: $182 billion
9. Venezuela: $179 billion
10. Qatar: $130 billion

Jumlah ini adalah hasil daripada aktiviti haram seperti jenayah, rasuah, pengelakan cukai, dan lain-lain

YANG NI LAGI MERUGI KAN NEGARA!! TU YG HUTANG NEGARA BERLEBIH2 ( duet komisen kapal selam pun masuk sekali utk meningkat kan hutang negara )


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Apa Itu Pokok Freeloader?

Posted: 21 May 2012 09:34 AM PDT





Apa itu freeloader? atau istilah bahasa inggerisnya adalah Bi A Wak..

di sini gua ingin menceriterakan beberapa sejarah menyentuh peranan freeloader..
hikayat ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mati,
tetapi ada kena mengena dengan biawak hidup yang hampir mati,

DARI HIKAYAT DONGENG tiewnama.

pokok duit telah mengiktiraf diri sebagai raja segala pokok kerana dia berkuasa menyedut kesemua kekayaan pokok-pokok yang dia tumpang dan menyebabkan pokok-pokok lain langsung separuh mati kerana kedajjalannya,

freeloader adalah pokok duit, kerjanya hanya menumpang kekayaan pokok lain yang bekerja siang malam untuk mendapatkan air bagi menampung kehidupan sehariannya untuk hidup,

pokok duit atau pokok freeloader ini tidak perlu berkerja seumur hidup tetapi cukup kaya dengan segala zat dan hanya duduk mengangkang saja di atas pucuk pokok-pokok lain,

pokok duit ini hanya merempat dan merembat segala penat lelah pokok tempat ia menumpang tadi tanpa rasa belas kasihan dan terus menyedut segala sumber kekayaan pokok itu atas hidupnya sebagai penumpang tetap, apa gunanya pokok sial ini?

pokok ini kononnya di iktiraf sebagai pokok yang hebat dengan setiap dari perbuatan pokok ini yang merembat hasil usaha pokok lain untuk membesar dianggap benar dan tiada siapa mampu melawannya kerana tempatnya tersangat tinggi iaitu di pucuk pokok ia menumpang,

pokok-pokok besar yang lain terpaksa sujud padanya kerana dia sangat berkuasa untuk mematikan pokok-pokok besar yang lain kerana hikayat dongeng oleh pokok-pokok bebal dahulukala, sedangkan semua pokok memang benci pada pokok duit sial haram jadah freeloader ini,

1 sen pun tiada guna kepada pokok sial haram jadah ini kerana hidupnya hanya menumpang kekayaan pokok-pokok lain yang berkerja keras menyedut air untuk meneruskan kehidupan, dengan senang lenang saja pokok duit sial ini tanpa ada rasa malu dan bersalah mengaut kesemua sumber mineral dari pelbagai pokok disekelilingnya,

hikayat tua dulu kala ada menyebut, sebelum manusia dijadikan, pokok ini boleh bercakap dan berkata-kata seperti kita manusia biasa, maka datanglah panglima pokok yang ingin membela nasib pokok lain kepada kesemua pokok-pokok itu tadi iaitu pokok cengal,

pokok cengal ini tiada berani pokok duit sial ini untuk menumpang hasil kekayaannya, kerana kerasnya si pokok cengal ini dan ianya sangat kuat dan dapat bertahan lama, anai-anai pun pasti akan kehilangan gigi dan meminta ampun jika mahu mendekati si pokok cengal itu,

maka pokok duit sial haram jadah ini yang bertindak melantik dirinya sendiri sebagai ketua pokok-pokok yang lain telah bermesyuarat, dimana mereka mahu menyingkirkan pokok cengal yang di anggap terlalu kuat dan dapat hidup tanpa belas ehsan pokok-pokok lain, maka dijana lah satu perangkap kepada si panglima cengal ini, pokok duit mencadangkan supaya pokok cengal ini dipulaukan,

kerana pokok cengal inilah punca kepada kebencian kebanyakkan pokok-pokok lain kepada pokok duit freeloader sial haram jadah ini, pokok cengal memang hebat, tetapi sayang, dia tidak bijak menipu, berbanding pokok duit freeloader sial haram jadah yang bijak dalam menipu,

maka pokok cengal telah dipulaukan, tidak lagi diberikan makanan, dilakukan sekatan ekonomi kepada pokok cengal ini di atas hasutan freeloader si pokok duit sial haram jadah tadi, maka dengan perlahan, hampir matilah dan menjadi lemahlah pokok cengal yang hebat itu, dan seterusnya apabila pokok-pokok bodoh yang lain melihat betapa hebatnya pokok freeloader ini merancang untuk menghapuskan pesaing hebat mereka, diangkatlah pokok duit sial ini menjadi raja segala pokok,

kerana keupayaannya menyedut sumber kekayaan pokok-pokok lain dengan cara yang di anggap hebat dan luar biasa, maka datanglah pelbagai jenis pokok-pokok lain untuk menjadi pengampu kepada pokok freeloader ini, semuanya pokok yang besar hatta pokok ketapang pun datang untuk mengampu si pokok freeloader ini, maka setelah bermesyuarat, maka pokok freeloader ini berjanji untuk menjaga semua pokok-pokok yang lain dengan meletakkan sanak saudara pokok freeloader ini pada pokok-pokok yang lain dengan alasan sebagai pemayung untuk tidak diganggu oleh unggas malam,

kerana kepercayaan BANGANG dan KARUT oleh pokok-pokok bodoh yang lain, maka mereka pun bersetujulah, kenyanglah pokok freeloader ini sambil menambah wilayah jajahannya kepada seluruh hutan sehingga beratus ribu batu persegi pokok jajahannya, semua hasil titik peluh sendiri mencari rezeki dari pokok lain telah disedut sebanyak mungkin oleh pokok freeloader ini atas alasan sebagai penjaga dan tukang seimbang kepada kelangsungan hidup pokok-pokok besar tetapi bangang-bangang yang lain,

kemudian pokok-pokok lain yang pokok freeloader ini menyentap segala kekayaan mineralnya menjadi kurus, tetapi alasan yang diberi oleh pokok freeloader ini kepada pokok lain adalah, kurus bagus untuk kesihatan, gemuk nanti banyak penyakit, maka redhalah kesemua pokok-pokok BANGANG tadi dengan alasan bijak menipu pokok freeloader tadi,

kemudian pokok-pokok kecil dan berada di bawah pokok-pokok besar tadi hanya mampu melihat saja segala hasil kekayaan hutan itu di sedut oleh pokok-pokok besar untuk diberikan pada pokok freeloader yang tidak berguna walau 1 sen pun itu, pokok-pokok kecil tadi tidak berani untuk melawan pokok-pokok besar tadi sedangkan zat mereka kurang kerana kurangnya cahaya matahari untuk sampai kepada mereka,

maka mereka pun berfikir bagaimana untuk melawan serta mengalahkan pokok-pokok besar itu yang pokok freeloader sial tadi yang di lantik sebagai raja segala pokok, mereka menginginkan cahaya matahari lebih sedikit kepada mereka kerana selama ini mereka tidak mendapat cahaya matahari kerana kezaliman dari pokok-pokok besar yang kononnya berpayung dibawah pokok freeloader ini,

pokok-pokok besar ini telah menyekat rezeki mereka untuk bangun dan membesar, maka pokok kecil yang kurang upaya kerana ketiadaan zat yang mencukupi ini telah berpakat dengan sang cacing,cencurut dan semut, walaupun mereka kecil tetapi jika mereka bersatu mereka dapat menumbangkan pokok-pokok besar itu dengan menggali sedikit demi sedikit tanah di bawah akar pokok-pokok besar tadi, supaya ianya berlubang dan mudah runtuh,

dan seterusnya dapat menghapuskan pokok freeloader itu supaya hasil sumber kekayaan hutan dapat di kongsi bersama dengan adil dan saksama, bukan semuanya diberikan pada pokok freeloader yang tak berguna walau 1 sen pun itu, - by @tiewnama on twitter









Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: