Rabu, 2 Mei 2012

Era Pasca

Era Pasca


Pecah Berita! Polis minta maaf pada rakyat malaysia!

Posted: 02 May 2012 01:30 AM PDT



KUALA LUMPUR 2 MEI
POLIS MINTA MAAF.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kepada jurugambar akhbar The Malay Mail, Muhammad Arif Kartono yang mendakwa dirinya dikasari polis ketika membuat liputan pada perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

"Polis minta maaf atas insiden yang berlaku. Dalam keadaan kekalutan dan kelam-kabut polis tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media,"


Semasa pertemuan itu, Ismail melihat sendiri kesan kecederaan di muka Muhammad Arif yang masih kelihatan lebam di wajahnya. - by @tiewnama on twitter



LIHAT JUGA VIDEO KEGANASAN POLIS PADA RAKYAT MALAYSIA DALAM BERSIH 3.0 SABTU LALU DI SINI LINK

SINI PULA POLIS ACU PISTOL PADA RAKYAT DALAM HIMPUNAN BERSIH 3.0 28 APRIL LALU.. KLIK SINI LINK
 







tiewnama - wei.. polis hanya minta maaf pada wartawan? pada rakyat bagaimana?
gua dan seluruh rakyat malaysia mahukan polis meminta maaf pada seluruh rakyat malaysia kerana zionisnya polis malaysia membelasah rakyat dgn kejam dalam himpunan bersih 3.0 28 april lalu.. kah kah kah




Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

GEMPAR! Dah Membunuh Menipu Pulak!

Posted: 01 May 2012 11:29 PM PDT

Namanya Mohamad Kamil Paimin, anggota Polis dari Terengganu yang ditugaskan di KL semasa BERSIH 3.0. Dia adalah yang bertanggungjawab dalam insiden 'kemalangan' di hadapan SOGO hingga meragut nyawa rakyat.


Merujuk pada satu temuramah khas pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH tempoh hari:

Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras. Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri) berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.
Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:

1. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2. Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3. Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri

Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:

1. Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:


2. Kalau benar kepala beliau berdarah, sudah tentu baju dan tengkuk Mohammad Kamil dipenuhi darah. Tapi, gambar di bawah menunjukkan yang sebaliknya:  


3. Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang kepala Muhammad Kamil. Jelas, tiada kesan darah atau luka seperti yang didakwa oleh beliau:


Dengan kata lain, segala dakwaan Mohd Kamil Paiman sehari selepas kejadian itu tidak dapat disokong dari video kejadian yang dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia. Dari video tersebut, Mohammad Kamil didapati dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tidak berdarah. Mohammad Kamil Paiman telah diberi skrip untuk diungkapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Skrip yang mengandungi 1001 pembohongan dan penipuan. Syukurlah ini zaman Youtube dan Facebook. Segala pembohongan terdedah dengan mudah.


KERETA TERSEBUT TELAH DIPANDU DENGAN CARA BAHAYA


Mengikut seorang saksi yang berada di tempat kejadian, kereta polis tersebut dipukul dan ditendang kerana telah dibawa laju dalam keadaan jalan di depan SOGO itu dipenuhi manusia. Sebelum itu, banyak kereta polis lain yang melalui kawasan SOGO itu namun tidak dikacau oleh para peserta BERSIH. Dengan kata lain, kalau kereta tersebut dipandu oleh Anwar Ibrahim sendiri pun pasti akan ditendang dan disepak sebegitu rupa. Isunya bukan kereta polis tetapi kereta yang dipandu dengan cara bahaya dalam kawasan yang dipenuhi manusia. Tujuan mereka mahu pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta beliau dan berhenti membahayakan para pejalan kaki. Soalnya yang paling penting adalah mengapa sanggup berbohong sebegini rupa? Apa yang hendak disorok oleh pihak berwajib ini?


Korang tengok sendiri la rakaman yang bersepah kat Youtube tu.
Sape yang melihat depan bijik mata dia, korang nilai sendiri!






Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

SEKSKLUSIF : Koleksi Video Ghairah TV1-TV9 di Malaysia!

Posted: 01 May 2012 04:45 AM PDT

Ini bukan fitnah ini betul-betuuuulll... cuma tidak boleh amik tindakan sebab mereka nih cool.. cooloom lebeh!!
















Korang layan dulu sementara masih Panas, amacam ada naik rasa ghairah nak membalas tak? PERGH!!

Pendirian gua tetap sama, Yang U all terkinja-kinja g ikut kata Keris Telanjang watpe? Baik u all bercuti bersama keluarga atau buat anak dengan isteri masing2.. ada gak pekdah!

Shame on you @najibrazak!

Untuk laporan lengkap PDRM tanpa tapis sila ke SINI

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: