Selasa, 1 Mei 2012

Era Pasca

Era Pasca


Mat Sabu cabar BERSIH 4.0, 1Juta! [READY!!!]

Posted: 30 Apr 2012 10:07 PM PDT

Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya.

Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya.

Beliau juga mengutuk kekejaman polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, sambil berkata ia "lebih kejam daripada polis Israel terhadap rakyat Palestin".

Beliau berada di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama kumpulan pemandu mobilisasi demokrasi PAS hari ini untuk menyampaikan memorandum yang telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam suruhanjaya itu.

Memorandum itu menuntut akses media yang adil bagi pembangkang dan peletakan jawatan serta-merta Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang didedahkan Jumaat lalu oleh PKR menjadi ahli Umno.


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita: Laporan Penuh PDRM - Peserta BERSIH mengganas TERSEBAR

Posted: 30 Apr 2012 04:51 PM PDT

Berikut adalah koleksi video-video dari PDRM yang masih tersimpan rapi dan belum di tayang di mana-mana stesen TV dalam Malaysia kerana koleksi video ini adalah 18SG malah Hishamuddin Menteri POLIS RAJA di Malaysia juga tak mampu melihat secara terus, hanya mampu teropong sahaja, demi keselamatan beliau selaku Ketua Menteri POLIS, Barulah di namakan anak Jantan Keris Telanjang menteri POLIS nih..

Saksikan, Selepas saksikan Silalah share bagi membantu PDRM dan KERAJAAN berbangga kerana telah memberi laporan yang adil dan juga menjaga keselamatan Rakyat Malaysia dengan cara paling professional.. 

Kekejaman Protestor Bersih memang tidak dapat di nafikan .. SEKIAN!

Video 1 [Lihat bagaimana Protestor tidak membenarkan wartawan mengambil gambar]





 Video 2 [Protestor pukul Trafic pula beramai-ramai]





Video 3 Slow Motion [Peserta Bersih telah melanggar kereta Polis hingga mati 2 orang protestor]


Video 4 Peserta membelasah POLIS dalam perkarangan Masjid India..







Koleksi gambar kekejeman Protestor Polis pula yang di simpan dalam sel simpanan PDRM.

lihat kekejaman BERSIH 3.0, Menggunakan Peluru Tear Gas Canister buatan Israel sehingga Polis-Polis mengalami mata gatal. Kesan seumur hidup akan benci Hishamuddin.

2 ekor di atas adalah pendemo Bersih kee? Selamat hingga kini..
Terakhir video terlatest PDRM baru dapat bahawa memang ada provokasi terlampau..


[BERANI SEBAR] Dibawah merupakan rakaman penuh peristiwa di Dataran Merdeka yang berlangsungnya demonstrasi Duduk Dan Bantah. Kelihatan jelas sekitar minit 4:30 dimana Dato Seri Anwar Ibrahim memberi arahan kepada peserta untuk belok ke kanan iaitu kearah Jalan Tunku Abdul Rahman.Sementara itu Dato Seri Anwar Ibrahim juga meminta YB Azmin Ali turun berunding dengan pasukan Polis agar membenarkan peserta masuk ke Dataran Merdeka.

Amat memalukan apabila melihat pihak tidak bertanggungjawab terus memutar belit fakta memfitnah kononnya Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali memberi arahan kepada peserta untuk merempuh masuk kedalam kawasan Dataran Merdeka dan menjadi punca kekacauan. Dalam rakaman ini juga jelas ada suara peserta yang mengesahkan bahawa arahan kedua tokoh tersebut untuk berundur ke Jalan Tunku Abdul Rahman manakala suara Chegubard amat jelas memberi arahan yang sama menggunakan pembesar suara.

-budak comel-

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Bukti-Bukti Keganasan polis yang tak disiar TV

Posted: 30 Apr 2012 06:58 AM PDT

TV  umno dan suarat khabar umno dok setiap hari la lepas bersih ni, hentam peserta himpunan bersih, yang paling best modal yang diorang ada ilah kisah terbalikan kereta, macam yang "tukanglawan" pernah kongsikan sebelum ni, ada kisah yang dilindung oleh media umno tu,

Peserta bersih memang terbalikkan kereta, tapi kenapa?, itu yang diorang sembunyi, jawapannya dah "tukanglawan" beri disini.,
jadi buat yang masih percaya bulat-bulat apa yang media umno cuba tipu tu harus mendapat gambaran sebenar tentang kejadian itu.

Penjelasan dan Video tentang perniagaan yang dikatakan mengalami kerugian pula juga telah "tukanglawan" balas balik dengan bukti yang perniagaan tidak rugi seperti yang digembar-gemburkan, mana mungkin dengan jumlah orang seramai itu perniagaan akan rugi  tak percaya baca la kat sini

Media umno memang cuba mengambarkan keburukan pihak penyokong BERSIh, cuba memburukkan pihak pembangkang khususnya, mereka kini tak punya apa lagi, dengan cara fitnah jahat dan bohong mereka rasakan rakyat kembali menyokong mereka, itu satu etika jahat dan jijik.

Disini "tukanglawan" muatkan banyak video berkaitan kekejaman pihak polis, kalau tak percaya lihat sendiri, perkara ini tidak kan keluar di TV umno , percayalah, kerana apa?, kerana TV umno dari dulu kini dan mungkin selamanya hanya menghidangkan rancangan yang melalikan.

banyak lagi kisah kekejaman polis yang cuba diselindungkan "tukanglawan" kongsikan untuk anda, dimana kisah polis trafik memukul seorang anak muda, kisah seorang pesara polis sendiri dikasari polis yang baru setahun jagung jadi polis, malah kisah betapa biadapnya polis memukul orang di dalam kawasan masjid sendiri, tak percaya , jom tengok sendiri video dan baca kisah tersebut di blog tukanglawan.

Buat kawan-kawan yang asik komplen pasal bersih nei, jangan susah hati, ambik je link ni dan paste kat fb diorang, bila diorang tengok baru diorang tahu cerita sebenar. 


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: