DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Imej "Hantu" di dalam Kereta Sinar Harian
- [Berita Baik] Skandal Scorpene: Imuniti TIDAK HALANG Haji Najib Dibicarakan di Perancis
- Harap Tidak Banyak Orang "Diperbodohkan" oleh Laman FB Bersih 4.0!
- [Gambar] Khairy Jamaluddin dan Hishamuddin Hussein MENARI Sakan Semasa Hari Belia (Basah) Negara 2012?
- Gambar Membuktikan Kenyataan Che Det "Orang Cerdik Masuk PAS/PR..."
- Selepas Menteri, Hairie Othman Berjaya Membuatkan Penyokong UMNO TERKEDU!
- [Gambar 18 SX] Daripada UMNO untuk Anak Muda Sempena Hari Belia (Basah) Negara 2012
- [Gambar] Suasana Ceramah Ustaz Azhar di Puchong Selepas Programnya di PICC Ditangguhkan Kerana "K-Pop & J-Pop"
[Gambar] Imej "Hantu" di dalam Kereta Sinar Harian Posted: 28 May 2012 05:00 AM PDT
[SH] Kulim - "Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni," jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang. Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya. Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera. Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan. Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang. Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran. "Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan. "Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat," katanya. Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. "Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok. "Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat," katanya. | ||||||||||
[Berita Baik] Skandal Scorpene: Imuniti TIDAK HALANG Haji Najib Dibicarakan di Perancis Posted: 28 May 2012 04:01 AM PDT Sebelum ini, Tian Chua di Lobi Parlimen mendakwa Haji Najib mungkin terlepas daripada menjadi saksi di Mahkamah Perancis kerana memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri. Namun, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata sebaliknya. Lanjut di bawah ini: [KD] KUALA LUMPUR 28 Mei: Memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada dibicarakan di Perancis atas penglibatannya dalam skandal rasuah Scorpene. Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, Najib merupakan saksi penting kerana terlibat dalam pembelian kapal selam itu ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002. "Imuniti bukan sesuatu yang mutlak. Ia bergantung kepada asas jenayah yang dilakukan. Ia perkara yang sangat subjektif," katanya pada taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya semalam. Beliau mengulas soal imuniti Perdana Menteri dan hubungan kedaulatan antara kedua negara yang dikatakan bakal menghalang Najib sebagai saksi di Tribunal Paris Grande de Instance. Mengulas bidang kuasa Mahkamah Perancis, Cynthia berkata, mahkamah negara itu akan mengeluarkan sapina kepada saksi sebelum mengeluarkan waran tangkap di Kesatuan Eropah. Beliau berkata, pihaknya percaya Abdul Razak Baginda – kenalan rapat Najib dan pemilik Perimekar Sdn Bhd akan dipanggil sebagai saksi pertama selewat-lewatnya Jun atau Julai ini. "Berdasarkan siasatan, Abdul Razak akan menjadi saksi utama. Perbicaraan terhadap saksi akan dilakukan di perbicaraan terbuka," katanya. Beliau turut menambah, selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru. Ia direkodkan sebagai Doc 87, iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib bernilai RM3 bilion daripada DCNS- syarikat pembuat kapal selam berkenaan. Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro36 juta (RM114 juta). P/s: Kiriman menarik tentang Skandal Scorpene di sini. Kongsikan/Sebarkan di Facebook/Twitter/etc. Berita ini tidak akan disiarkan di media perdana. | ||||||||||
Harap Tidak Banyak Orang "Diperbodohkan" oleh Laman FB Bersih 4.0! Posted: 28 May 2012 02:45 AM PDT [AnakSungaiDerhaka] .... Berbalik kepada Datuk Jamal, adakah beliau begitu bodoh untuk menjadikan sebuah Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta itu sebagai hadiah utama cabutan bertuah begitu saja tanpa mengharapkan pulangan? Meskipun beliau berulangkali menegaskan itu adalah sebagai menghargai kepada yang memberikan sokongan kepada gerakan BERSIH 4.0.. persoalannya di sini kenapa perlu berbelanja di Restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya untuk menyertai cabutan bertuah itu? Kenapa tidak diberikannya begitu saja BMW530 kepada yang menjadi sahabat ke 150,000 dan Lamborghini Gallardo tersebut kepada sahabat yang ke 1,000,000? Sila baca syarat-syarat yang dikenakannya ini. Meskipun potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada "Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan" itu.. 150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000 RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar.. Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan. 40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta.. Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta.. Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa. 1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah. 1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000 Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja.. 40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta.. Lebihkurang RM14 Juta bakal dikaut beliau sebelum akhir bulan jun 2012, jika 1,000,000 orang berjaya diperbodohkannya. P/s: Ketika artikel ini berlegar-legar di internet, sudah pasti ada yang sudah termakan "umpan" pencacau rumah Ambiga. | ||||||||||
Posted: 28 May 2012 01:20 AM PDT
P/s: Gambar tulen atau rekayasa? Saya tidak pasti. Kalau tulen, saya nak kata apa lagi? | ||||||||||
Gambar Membuktikan Kenyataan Che Det "Orang Cerdik Masuk PAS/PR..." Posted: 28 May 2012 12:00 AM PDT | ||||||||||
Selepas Menteri, Hairie Othman Berjaya Membuatkan Penyokong UMNO TERKEDU! Posted: 27 May 2012 10:00 PM PDT | ||||||||||
[Gambar 18 SX] Daripada UMNO untuk Anak Muda Sempena Hari Belia (Basah) Negara 2012 Posted: 27 May 2012 06:45 PM PDT
Kalau tuan mufti sepantas kilat menjatuhkan fatwa untuk perhimpunan BERSIH 3.0, tanpa menyelidik tujuan perhimpunan dan dalang di balik kekacauan yang timbul pada 28 April lalu, maka barisan tuan mufti yang sama perlu mengeluarkan fatwa untuk Himpunan Jutaan Belia 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan BN yang begitu terdesak untuk menagih undi orang muda. Ingat akhirat, tuan mufti sekalian!!!
P/s: Kalau BN terus memerintah, rosak iman dan moral anak muda. Anda mahu hal itu terus berlaku? Harap-harap tidak jadi begini:
KONGSIKAN/SEBARKAN di FB/Twitter/etc | ||||||||||
Posted: 27 May 2012 05:56 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan