Ahad, 20 Mei 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Muhyiddin Yasin, Nazri Aziz, KJ Antara pemimpin UMNO Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Nasharuddin Mat Isa

Posted: 20 May 2012 08:00 AM PDT


[BERNAMA] BANGI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini.

Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.

Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik.

Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek. 



 P/s: Tidak pelik, yang pelik kalau Nasha masih menjadi calon pilihan PAS dalam PRU-13.



[Gambar] Gaya Hajah Rosmah Wasatiyah di Kota London

Posted: 20 May 2012 06:46 AM PDT

Sumber FB


P/s: Tuan mufti, berdiam sahaja?

Remaja Lelaki Mengaku Berzina dengan Budak Bawah Umur di Halaman Rumah

Posted: 19 May 2012 11:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

[SH] KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

"Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun," katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

"Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa," katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.


Keluar DAP, Tunku Aziz PUJI Najib, Apa Kata Tunku Aziz Pujuk Najib ke Paris Bersihkan Nama?

Posted: 19 May 2012 09:30 PM PDT

Baca lanjut di sini.


P/s: Apa yang saya nak kata ada ditulis pada tajuk kiriman. Takziah kepada DAP. Kepada parti PR yang lain, berhati-hatilah apabila mengangkat tokoh yang kononnya mahu berjuang menentang UMNO dan BN!

Harap-harap Tunku Aziz yang kini menjadi modal pemimpin dan jurublog pro-UMNO menghentam DAP dan PR dapat memujuk Najib membersihkan namanya di Mahkamah Perancis. Jika berjaya, barulah layak dia memuji Najib buat kerja betul, baik! Kalau tidak...faham-fahamlah...

Bekas Aktres Cun Hollywood Hadiri Seminar Dakwah di Malaysia

Posted: 19 May 2012 08:30 PM PDT





[Mstar] Bekas pelakon filem Hollywood, Myriam Francois-Cerrah atau Emilie Francois yang telah memeluk Islam pada tahun 2003 akan muncul di negara ini sempena Seminar Wanita Antarabangsa anjuran Mercy Mission Malaysia.

Ia akan diadakan pada 30 Jun depan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Menurut pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah, kemunculan Myriam adalah untuk berdialog dalam seminar yang diberi nama Being Me, bertujuan untuk memperkasakan wanita Muslimah di Malaysia.

"Myriam sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor falsafah di universiti Oxford dan banyak mengadakan dialog mengenai Islam di pentas antarabangsa seperti dalam program BBC Big Question bersama Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Rev. Peter Owen-Jones dan sebagainya.



"Kesempatan saya bertemu dengannya baru-baru ini ketika dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom telah membuka peluang untuk kerjasama ini.

"Ia juga diadakan bagi memberi inspirasi, ilmu dan keyakinan kepada wanita untuk terus mencari kekuatan dan potensi sebenar agar diri disayangi Allah selain berperanan sebagai isteri, ibu, anak, dan anggota masyarakat yang aktif.

Wardina bertemu dengan Myriam ketika dijemput menjadi penceramah di United Kingdom baru-baru ini.

"Kedatangan Myriam juga adalah salah satu dakwah yang seharusnya mendapat sokongan semua pihak kerana beliau akan berkongsi banyak pengalaman," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.
Myriam pernah berlakon seawal usia 12 tahun terlibat dalam filem arahan Ang Lee iaitu Sense And Sensibility pada tahun 1995 di samping Emma Thompson dan Kate Winslet .

Selain filem tersebut, beliau juga pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti Paws (1997) bersama Nathan Cavaleri dan Heath Ledger selain New Year's Day pada tahun 2000.

Beliau mula jatuh cinta dengan Islam semasa membuat pelbagai kajian mengenai agama itu.

Selain wanita tersebut, antara speaker lain yang akan turut sama dalam program satu hari itu adalah penulis terkenal dari Amerika Syarikat, Yasmin Mogahed, Raya Shokatfard, Sheikh Tawfique Chowdhury dan Syakh Yahya Ibrahim dari Australia.

Manakala Dr. Fadila Grine dari Canada dan Dr. Sofia (Malaysia) akan mengendalikan bengkel mengenai pendidikan anak mengikut Al-quran dan Sunnah.

Dalam pada itu, Wardina berkata, selain seminar, antara aktiviti lain yang diadakan pada acara tersebut antaranya pertunjukan fesyen, bazar, anugerah Muslimah, program "Daddy and Me"

Program tersebut turut mendapat perhatian daripada ramai selebriti tempatan dalam sebuah pertunjukan fesyen iaitu "I Am Me" melibatkan Daphnee Iking, Sharifah Sofea, Sasha Saidin, Liyana Hisham dan Heliza Helmi.

Kepada yang berminat untuk menyertai program ini dan berjumpa sendiri dengan Myriam boleh membuat tempahan tiket menerusi laman web www.being-me.org.


Muzakarah, PAS Bagi Nyawa Politik kepada UMNO Tatkala PRU Semakin Hampir

Posted: 19 May 2012 08:00 PM PDT


Tersenyum UMNO apabila pemimpin utama PAS beria-ia mahu mengadakan muzakarah antara kedua-dua parti itu yang sebelum ini terencat kerana ditentang oleh pelbagai pihak. Ironinya, pemimpin PAS yang menentang keras kerjasama yang pernah diusahakan oleh kumpulan kerajaan perpaduan mahu muzakarah ini diadakan sebelum PRU13.Sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh UMNO selama ini.

Muzakarah yang dilihat PAS dari sudut lain akan dijadikan oleh UMNO medium untuk menarik sokongan orang Melayu yang mula meninggalkan parti Melayu terbesar itu. Muzakarah kali ini juga akan menjadi tali hayat UMNO yang kini sudah kehabisan wang untuk menambat hati orang Melayu yang sudah muak dengan parti yang menerajui barisan yang terpalit dengan pelbagai salah laku, kontroversi, dan sebagainya. Paling menakutkan, muzakarah ini juga besar kemungkinan menimbulkan konflik antara PAS dengan parti PR yang lain.

Oleh itu tidak hairan jika Tuan Mufti Perak yang terserlah ke-UMNO-annya menyambut baik hasrat itu. Baca di sini. Paling mengejutkan apabila Che Det juga bersetuju dengan idea itu. Baca di sini. Menurut laporan Sinar, Che Det berkata muzakarah itu memberikan peluang kepada kedua-dua parti menyatakan pendapat dan mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang berpecah akibat fahaman politik. 

Adakah kelicikan UMNO dalam hal ini tidak disedari oleh pemimpin PAS?

Secara peribadinya, tidak ada salah jika PAS mahu mengadakan muzakarah/perbincangan dengan mana-mana pihak. Namun dari kepentingan politik dan keikhlasan pihak yang terlibat, niat PAS mahu mengadakan muzakarah dengan UMNO pada waktu ini bukanlah idea yang bijak. Jika masih tidak berputus asa untuk berdakwah dengan UMNO, muzakarah ini sepatutnya diadakan selepas PRU13.

Dari satu sudut, apakah yang mahu dibincangkan dengan UMNO, sedangkan parti itu juga dibarisi ulama yang sedar tentang kehendak agama, namun hal itu sengaja dikaburi UMNO yang sejak dahulu menolak sesetengah elemen penting Islam termasuk pelaksanaan hudud? Apakah isu Melayu yang hendak dibincangkan dengan UMNO sedangkan kerap kali kita terbaca pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu terbanyak apabila menyerahkan projek/saham yang dikhususkan untuk bumiputera kepada kroni dan keluarga menteri? Ingat Shahrizat, kini ingat Nong Chik. Cuba tonton video ini.

Adakah PAS mahu membincangkan hal ini dengan UMNO? Kalau benar, mintalah UMNO bertaubat dahulu!

Mahukah UMNO bersetuju dengan syarat TG Nik Aziz jika mahu bersatu dan mencapai kesefahaman? 

"Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini. 

Kalau UMNO benar-benar bersetuju dengan syarat ini, sudah lama UMNO dibubarkan. Sudah lama Melayu UMNO menyertai PAS. Tidak perlu muzakarah! -DCM


P/s: Tatkala TG Nik Aziz mencadangkan muzakarah dengan UMNO, pemimpin UMNO/dikaitkan dengan UMNO berceramah menghentam PAS, malah ada yang sanggup menggelar TG sebagai wali selipar. Cuba tanya Zahid Mat Arip?




Tiada ulasan: