DUNIACACAMARBA |
- Durian Runtuh FHGVB: Peneroka Mula TERKENA?
- Bukti Daftar Pemilih Malaysia "TERBERSIH" di Dunia
- “Hanya PONDAN di lorong-lorong atau seorang BACUL sahaja suka menggoyang-goyangkan PUNGGUNG dan ianya amat menjijikkan" - Fauzi Abdul Rahman (Kobat)
Durian Runtuh FHGVB: Peneroka Mula TERKENA? Posted: 17 May 2012 07:30 AM PDT Durian runtuh: Kekalutan Mula Timbul [HD] KUALA LUMPUR: Keceriaan peneroka Felda mendapat 'durian runtuh' dalam sekelip mata ditenggelamkan oleh keributan akibat beberapa masalah melibatkan pengagihan wang RM15,000 yang membabitkan tiga fasa. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, masalah timbul apabila RM5,000 yang diberikan kepada peneroka (suami dan bapa) tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Jika terdapat peneroka yang sudah meninggal dunia, wang itu tidak boleh diambil ahli keluarga yang lain menyebabkan separuh daripada pembayaran tidak berlaku. Begitu juga kes isteri peneroka yang meninggal dunia, juga tidka boleh menerima RM5,000 itu. "RM5,000 lagi yang diberikan kepada anak peneroka pula tidak dijelaskan secara spesifik anak mana yang layak menerimanya. "Masalah timbul apabila anak peneroka tidak dinamakan sebagai pentadbir tanah, jadi siapa yang harus menerima wang itu? Perkara ini menimbulkan pertelingkahan adik-beradik," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Mazlan juga berkata, BN melakukan kesilapan besar apabila 'memperjudi harga diri' peneroka dengan pemberian yang disifatkan sebagai umpan pilihan raya itu. "Daripada awal lagi saya katakan niat kerajaan biar ikhlas. Apa niat mereka sebenarnya? "Daripada bagi durian runtuh yang tak seberapa ini, lebih baik selesaikan masalah perumahan Felda, perahan gred, tabung tanam semula dan lain-lain. "Janganlah mentang-mentang 54 kerusi Parlimen BN bergantung pada Felda, mereka umpan peneroka," katanya. Jumpa Bank Negara Sementara itu, Mazlan memberitahu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) sudah memberi maklum balas berhubung aduan yang dibuat Anak minggu lepas. Aduan itu berhubung borang tawaran pinjaman bank yang diedarkan kepada peneroka sedangkan SMM belum meluluskan "Prospektus Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB)". SMM juga sudah memanjangkan aduan tersebut ke Bank Negara untuk diambil tindakn terhadap bank-bank yang mengeluarkan borang tersebut. "Anak bercadang bertemu dengan pihak Bank Negara berhubung aduan yang sama. "Kami beranggapan borang bank itu merupakan satu konspirasi bagaimana nak menjerat peneroka dengan durian runtuh," katanya. |
Bukti Daftar Pemilih Malaysia "TERBERSIH" di Dunia Posted: 17 May 2012 06:52 AM PDT Tak boleh mengundi, nombor IC 'dicuri' [HD] Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain. Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali. Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun dalam semakan menggunakan no kad pengenalannya itu memaparkan beliu adalah pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka. Sementara itu, Adun Tronoh V.Sivakumar berkata, pihaknya hairan dengan kes yang berlaku itu sedangkan daftar pemilih dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pendaftaran pemilih. "Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat megesan 'pengundi hantu' yang mungkin wujud di Dun itu. "Kami sedang membuat operasi 'Ghost Busters' di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya merujuk kepada kes Puan Tamil Malar itu. |
Posted: 16 May 2012 11:22 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR 16 Mei: Tindakan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan 'senaman punggung' depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sangat memalukan, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman. Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang itu menyifatkan, kumpulan yang diketuai Mohd Ali Baharom berfikir menggunakan punggung. "Tindakan ini sangat biadab, jijik dan meloyakan kerana hanya mereka yang berfikir menggunakan punggung sahaja melakukan aksi tidak bertamadun itu," katanya dihubungi Keadilan Daily. Jika PVTM tidak bersetuju dengan Ambiga, persoalan pokok kata Fauzi ialah, adakah aksi yang dilakukan kumpulan itu beradab dan sesuai dengan adat dan tata susila rakyat Malaysia? "Kami dari Kobat, malah puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak sedikit pun megah dengan aksi `goyang punggung' di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan' bekas tentera. "Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang bacul sahaja suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan," tegasnya. Beliau turut melihat tekanan berterusan puak seumpama itu melakukan pelbagai aksi di depan rumah Ambiga untuk mengalih perhatian rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebagaimana dibuktikan pada Himpunan Bersih 28 April lalu. "Tentera sepatutnya menyokong Bersih kerana NGO ini bertujuan baik iaitu menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak antaranya membersihkan daftar pemilih. "Daftar pemilih di Malaysia kotor sebab warga asingpun turut mengundi dan dalam hal ini, tentera patut sokong dan bukan menjadi alat Umno," tegas Fauzi lagi. Mengenai pengabaian Kementerian Pertahanan terhadap bekas tentera yang lumpuh, beliau turut mengaitkannya dengan aksi senaman punggung itu. "Sebab itu saya katakan, aksi goyang punggung ini tidak menyelesaikan masalah golongan tentera yang masih ramai hidup susah sebab Najib kekal enggan turunkan harga minyak termasuk abaikan bekas tentera. "Kobat pula tidak bercadang menggoyang punggung depan rumah Najib dan disaksikan Rosmah Mansor kerana ia tidak menyelesai masalah negara yang menuju bankrap ekoran rasuah Umno dan sekutunya," katanya sinis. Sehubungan itu, beliau menyeru tentera dan bekas tentera melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan menolak Najib yang terus memperalat segelintir bekas tentera demi kepentingan hayat politik Umno. Fauzi yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham Tan Sri General Abdul Hamid Bidin, bekas Yang Di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia menubuhkan Kobat di Pahang bertujuan membela nasib bekas tentera dan perajurit negara. Penubuhannya berikutan nasib kumpulan terbabit tidak terbela khasnya di Pahang walaupun Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali masing-masing pada 1990 hingga 1995 dan 1999 hingga 2008. P/s: Memalukan! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan