DUNIACACAMARBA |
- [Gambar -18 SX] Kemaluan Isteri Curang Melekat dengan Kemaluan Kekasihnya (Benar-benar Berlaku)
- Patutlah Najib Kurang Bimbang Kes Scorpene di Paris, Rupa-rupanya...
- BN Kalah Jika PRU-13 Diadakan Jun 2012
- Menteri Bercakap Sebagai Orang yang Benar atau Orang yang Bersalah, Tolong Tentukan!
- [Video-Wajib Tonton] Marilah Tonton Wajah/Aksi Bekas Askar Tayang Jubur di depan Rumah Ambiga
- Wanita Diculik, Dirogol, Dicabul, Dirakam, Disamun, Semuanya Berlaku di Negara Paling Selamat di Asia Tenggara!
- [Video-Wajib Tonton] PascaBERSIH 3.0: Najib DIMALUKAN di UK
- [Gambar] Sekumpulan Orang "Pendek Akal" di depan Rumah Ambiga
- [Video Kantoi] Pencacai Tayang Video Edit untuk Jaga Air Muka Pemimpin BN yang Dipucatkan dan Dikedukan Oleh DS Nizar
[Gambar -18 SX] Kemaluan Isteri Curang Melekat dengan Kemaluan Kekasihnya (Benar-benar Berlaku) Posted: 15 May 2012 07:25 AM PDT Kita sering membaca atau mendengar cerita kemaluan isteri curang yang berzina dengan lelaki lain melekat dengan kemaluan kekasihnya. Walaupun kerap kali diceritakan, namun tiada gambar atau video yang membuktikan kebenaran cerita seumpama itu. Oleh sebab itu, banyak pasangan cinta terlarang mengambil sikap endah tidak endah terhadap kebenaran kejadian kemaluan melekat gara-gara berzina atau curang. Namun, kejadian kemaluan isteri curang melekat dengan kemaluan kekasihnya di Kenya membuktikan perkara itu boleh berlaku. Yang menariknya, kejadian yang amat mengaibkan itu berjaya dirakam. Yang malangnya, video kejadian itu tersebar dan kini boleh ditonton satu dunia di Youtube. Berdasarkan keterangan video dan beberapa laman sesawang, kejadian ini berlaku di Nairobi, Kenya. Hal itu bermula apabila suami wanita itu mengesyaki isterinya bermain kayu tiga. Sebagai akibatnya, dia meminta seseorang mengenakan sihir agar kemaluan isteri dan kekasihnya itu melekat jika mereka melakukan seks. Telahan si suami tepat apabila kemaluan isterinya melekat dan tidak boleh dipisahkan dari kemaluan kekasihnya. Walaupun pihak polis cuba membantu, namun kemaluan kedua-duanya pasangan kekasih itu tetap melekat dan tidak boleh dipisahkan.
Pihak polis memujuk si suami agar membatalkan sihir yang dikenakan terhadap isterinya, namun dia enggan berbuat demikian. Hanya setelah teman lelaki isterinya itu berjanji akan membayar pampasan sebanyak Shilling Kenya 20,000 (lebih kurang RM716) barulah si suami bersetuju memanggil seorang pastor dan tidak lama selepas itu kemaluan pasangan kekasih gelap tadi berjaya dipisahkan.
Pada akhir video, kelihatan lelaki yang berzina dengan isteri orang itu menuju ke ATM untuk mengeluarkan wang. -DCM *Saya tidak mahu menyiarkan video kejadian itu di sini. Kalau mahu menontonnya, sila buat carian di Youtube. P/s: Pelajaran yang amat berguna kepada sesiapa yang gemar berzina atau curang kepada pasangan masing-masing. Ingat, kejadian ini bisa sahaja berlaku dengan kehendak Allah SWT. Jika kejadian seumpama ini boleh berlaku dengan jampi serapah, maka bayangkan kuasa Allah untuk mengajar orang melanggar hukum agama dan hukum alam. | ||||||
Patutlah Najib Kurang Bimbang Kes Scorpene di Paris, Rupa-rupanya... Posted: 15 May 2012 05:00 AM PDT Jika Kalah PRU, Najib akan Didakwa di Perancis [KD] KUALA LUMPUR 15 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paling takut menghadapi kekalahan dalam pilihan raya umum kerana jika itu berlaku, beliau akan diheret sebagai saksi perbicaraan Scorpene di Perancis, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Tian berkata, Najib pada masa ini masih mempunyai imuniti sebagai ketua negara yang boleh menghalang beliau sebagai saksi dalam kes itu. Beliau merujuk kes sama yang terjadi ke atas diktator Chile, Agusto Pinochet yang ditangkap hanya selepas tidak lagi memegang kuasa. "Najib paling takut kalau kalah pilihan raya umum ke-13. Bila menjadi orang biasa, dia boleh didakwa di Perancis sekiranya menjejakkan kaki di mana-mana negara Kesatuan Eropah (EU)," jelas Tian. Katanya, selaku ketua negara, Najib masih boleh membuat permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah apabila waran dikeluarkan untuk membantu siasatan kelak. "Boleh jadi dalam masa terdekat, dia tiba-tiba muncul di Paris dan bersalaman dengan presiden baru Perancis, Francois Hollande. Kononnya 'bukti' dia berani ke Eropah dan tak didakwa. Sedangkan, ini kerana imuniti Najib sebagai ketua negara," jelas Tian. Dari sudut lain: Kemenangan Presiden Baru Perancis Cepatkan Siasatan Scorpene – Anwar [KD] KUALA LUMPUR 15 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Presiden Perancis yang baru, Francois Hollande akan mempercepatkan siasatan terhadap skandal rasuah Scorpene membabitkan Datuk Seri Najib Razak. "Kemenangan presiden baru Perancis akan mempercepatkan siasatan kes rasuah kapal selam," kata Anwar dalam satu ceramah di Batu Caves, baru-baru ini. Menurut Anwar, rakan karib Perdana Menteri yang juga pemilik Perimekar iaitu Abdul Razak Baginda dan Najib sendiri antara saksi yang akan dipanggil. Katanya, Mahkamah Perancis bukan hanya menghadkan siasatan mereka terhadap pembelian Scorpene, tetapi juga akan mengheret siasatan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu, apabila turut memanggil Dr Setev Shaariibu sebagai saksi perbicaraan. "Kalau begitu, nama Malaysia akan terjejas. Proses keadilan sedang berjalan, apa keputusan saya tidak tahu. "Tetapi yang saya tahu, ia tidak seperti badan kehakiman seperti Malaysia. Ia (Mahkamah Perancis) lebih bebas dan terbuka dan siasatan adalah berat kerana melibatkan kes rasuah yang besar. "Kes ini ada kaitan dengan penjualan Submarine di Pakistan yang melibatkan 13 orang terbunuh dan penjualan submarine di Taiwan yang menyebabkan seorang terbunuh, dan di Malaysia mengakibatkan seorang terbunuh (Altantuya)," ujarnya. Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian Scorpene baru-baru ini menemui bukti bahawa Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN. Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), terdapat faksimili menunjukkan Najib meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001. 7 Mei lalu, Francois Hallonde, menewaskan Nicholas Sarkozy untuk jawatan presiden. P/s: Najib ada imuiniti. Jika begitu, mari pastikan Najib dan regimnya kalah dalam PRU-13. | ||||||
BN Kalah Jika PRU-13 Diadakan Jun 2012 Posted: 15 May 2012 04:47 AM PDT [KD] KUALA LUMPUR 15 Mei: Bekas Presiden MCA selama 17 tahun, Tun Dr Ling Liong Sik meramal BN akan menghadapi laluan sukar pada PRU ke-13 jika diadakan pada Jun depan dan tidak menolak kemungkinan parti pemerintah akan mengalami kekalahan. "BN tidak pasti akan menang dalam PRU akan datang. Saya rasa (BN) masih belum bersedia. Ada yang kata Jun, tapi saya tidak tahu jika mereka berani (buat pilihan raya). "Banyak isu masih belum selesai," katanya dalam Sin Chew Daily baru-baru ini. Ling menjangkakan BN tidak mampu menawan kembali Selangor kerana imej bersih kepemimpinan Pakatan Rakyat negeri itu yang tidak terlibat dengan gejala moral dan rasuah. Beliau juga memuji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bebas rasuah mahupun salah guna kuasa. "Umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN. Tetapi di Perak, tiada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin hilang sesetengah sokongan…," ujarnya. Mengenai Dr Chua Soi Lek, beliau menyifatkan Presiden MCA itu sebagai seorang yang lantang tetapi dicemari skandal seks. "Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD…," Ling dipetik berkata. | ||||||
Menteri Bercakap Sebagai Orang yang Benar atau Orang yang Bersalah, Tolong Tentukan! Posted: 15 May 2012 12:54 AM PDT Zahid: Mahkamah Perancis tak boleh sentuh kita [MK] Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urus niaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung. Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undang-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv. Ahmad Zahid diminta mengulas berhubung kenyataan peguam Perancis Joseph Breham yang mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia dalam kes sivil di mahkamah negara itu. Breham sebelum ini berkata, hakim mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap antarabangsa sekiranya perintah sepina ditolak, termasuk meletakkan "arahan merah" (red alert) bersama polis dunia Interpol. P/s: Anda tentukan! | ||||||
[Video-Wajib Tonton] Marilah Tonton Wajah/Aksi Bekas Askar Tayang Jubur di depan Rumah Ambiga Posted: 14 May 2012 11:17 PM PDT | ||||||
Posted: 14 May 2012 09:17 PM PDT [HM] KUALA LUMPUR: Culik, rogol dan samun. Itulah serangan 'tiga serangkai digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka 'tawanan' melampiaskan nafsu. Difahamkan, kumpulan terbabit yang bergerak dengan kereta Proton Waja hitam itu berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana wanita yang berjalan sendirian. Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, di sini, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau itu apabila diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun. Malah, kejadian rogol itu dirakam kumpulan berkenaan dipercayai sebagai koleksi peribadi mereka. Mangsa yang dibebaskan selepas diperlakukan seperti binatang oleh kumpulan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini. Menurut sumber, mangsa yang bersendirian dalam perjalanan ke kedai mendakwa tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali. "Kedua-dua suspek memegang tangannya sebelum seorang daripada mereka meletakkan pisau di leher wanita berkenaan. "Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan," katanya. Sumber berkata, kepala mangsa ditutup menggunakan kain sebelum dia dirogol seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu. "Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, dia terus dinodai kumpulan berkenaan di rumah kosong. Kali ini, mangsa dirogol bergilir-gilir tiga lelaki terbabit. "Selepas diperlakukan demikian, seorang daripada suspek menyerahkan semula pakaian mangsa," katanya memberitahu barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai lebih RM100 dirampas kumpulan itu. Katanya, kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan, di sini. Mangsa yang dibantu orang awam menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Katanya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun usaha memburu kumpulan itu giat dijalankan. Kami masih meneruskan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan sama seperti dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini," katanya. Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong. Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol. Manakala, pada 24 Mac lalu akhbar ini melaporkan seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya. Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi. Lagi satu kes yang dilaporkan pada 22 Februari lalu, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki terbabit bertemu sebelum itu diculik dan dirogol bergilir-gilir. P/s: Wahai wanita, berhati-hatilah apabila berjalan sendirian di negara paling selamat di Asia Tenggara. | ||||||
[Video-Wajib Tonton] PascaBERSIH 3.0: Najib DIMALUKAN di UK Posted: 14 May 2012 07:30 PM PDT Gambar di atas menunjukkan Najib disambut dengan bunga berwarna kuning. Mengapa bunga kuning yang menjadi warna rasmi BERSIH? Semasa pascaBERSIH 2.0, Queen E memakai baju kuning ketika menerima kunjungan Najib, malah menteri Britain juga memakai tali leher kuning. Selain itu, kunjungan Najib ke negara itu disambut oleh demonstrasi rakyat Malaysia di sana. Video di bawah ini pula merakamkan momen sekumpulan penyokong BERSIH menjerit slogan tersebut ketika Najib sedang berucap. Kedua-dua kejadian ini amat memalukan Najib semasa berada di UK untuk lawatan rasmi.-DCM Kah kah kah kah kah kah kah kah kah! P/s: Kalau di Malaysia, tidak pasti nasib pejuang yang menjerit slogan BERSIH semasa Najib sedang berucap. Silap-silap direman seminggu. Kemudian didakwa.... | ||||||
[Gambar] Sekumpulan Orang "Pendek Akal" di depan Rumah Ambiga Posted: 14 May 2012 06:31 PM PDT [MK] Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara. Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga. Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga. Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu. Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas. "Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi. 'Orang Islam, minum air suam' Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian. Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga. "Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam. "Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara. "Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu. Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'. Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu. Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya. Gangguan, bukan himpunan aman Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam. "Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya. Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman. Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei. PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH. [GALERI FOTO] P/s: Orang cerdik tidak berkelakuan seperti kumpulan bekas tentera ini. Kumpulan ini hanya mencemarkan imej tentera. Persatuan tentera yang lain sewajarnya mengutuk perbuatan PVTM kerana merendahkan martabat dan maruah tentera. Sekali lagi TM hendak ulang kata-kata Che Det: "Orang yang cerdik pandai masuk pembangkang". Jika begitu, maka sudah tentu kita tahu parti yang disertai dan disokong oleh orang yang kurang cerdik! | ||||||
Posted: 14 May 2012 05:31 PM PDT Alahai penceramah BN siap bawa lari komputer riba. Nampak dengan jelas penceramah menggelabah dan terketar-ketar selepas menoleh ke belakang. Selepas itu, anda dapat mendengar suara penceramah yang BERGEMA walaupun pada skrin langsung tidak kelihatan penceramah itu berkata-kata. Bagi yang malas membaca, DS Nizar terpaksa beredar dari tapak ceramah UMNO kerana perlu berceramah selepas itu. Menurut berita yang disiarkan sebelum ini, beliau ke tapak ceramah UMNO kerana mahu mendengar sendiri kelentong dan retorik penceramah UMNO. Jadi tidak timbul isu beliau kecut atau takut seperti yang dipusing oleh pencacai UMNO. "Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, semalam. Laporan lanjut di sini. Pendek kata, GAGAL!-DCM Perbuatan Zambry yang cuba dipertahankan oleh pencacai BN: |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan