Rabu, 2 Mei 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Artikel Fitnah: LYNAS Saman Portal FMT dan Kumpulan "Save Malaysia, Stop Lynas"

Posted: 02 May 2012 09:23 AM PDT


[BERNAMA] KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd telah memfailkan saman terhadap pengendali portal berita 'Free Malaysia Today (FMT)' dan kumpulan anti Lynas yang dikenali sebagai 'Save Malaysia, Stop Lynas', berhubung artikel memfitnah mengenai Lynas.

Kedua-dua saman itu difailkan secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 19 April.

Dalam saman pertama, Lynas Corporation of Sydney, Australia, dan Lynas Malaysia menamakan MToday News Sdn Bhd sebagai defendan manakala dalam saman kedua, mereka menamakan SMSL Sdn Bhd (Save Malaysia, Stop Lynas) dan dua pengarahnya Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow sebagai defendan.

Dalam saman itu, Lynas mendakwa FMT pada 6 Mac, menerbitkan artikel memfitnah di laman webnya manakala SMSL menerbitkan artikel memfitnah bertarikh 22 Mac dalam blognya.Lynas memohon ganti rugi am dan ganti rugi teruk, kos dan injunksi bagi menghalang para defendan daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Lynas.

Pihak-pihak berkenaan hari ini berjumpa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara di dalam kamar semasa sebutan kes itu. Peguam yang mewakili SMSL, Datuk Bastion Pius Vendargon memberitahu pemberita bahawa hari ini dijadual bagi pendengaran permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) oleh Lynas untuk menghalang para defendan daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Lynas.

Beliau berkata bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan SMSL agar permohonan injunksi itu didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak). Katanya mahkamah menetapkan 9 Mei bagi pengurusan kes untuk kedua-dua pihak memuktamadkan afidavit dan dokumen berkaitan dengan permohonan injunksi itu. "Selepas itu, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mendengar injunksi inter-parte," katanya.


[Video] Polis Trafik Acukan Senjata kepada Peserta Bersih Tersebar

Posted: 02 May 2012 06:20 AM PDT




P/s: Gila!


 

[Video] Azan Berkumandang, Orang Tidak Berdosa Disepak Terajang Macam Anjing

Posted: 02 May 2012 05:00 AM PDT




P/s: Biadap. Macam di Palestine. Semoga Allah membalas kekejaman yang telah dilakukan!




[Video] Samseng atau Polis?

Posted: 02 May 2012 02:30 AM PDT






P/s: Macam di Palestine!

[PANAS] Ketua Wanita MCA Melaka Sertai BERSIH 3.0...Akibatnya...

Posted: 02 May 2012 12:57 AM PDT



 Mohd Ali Rustam meminta Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, 28 April lalu.

 Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri beliau berkata, tindakan Sit Har menyertai BERSIH 3.0  membuktikan bahawa Kian seolah-olah menikam parti dari belakang.

"Beliau (Sit Har) patut letak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA. Jangan susahkan MCA dan BN. Sila beri peluang kepada muka baru," kata Ali Rustam seperti dipetik oleh Harian Metro.-DCM


P/s: Sokong pilihan raya yang bersih dan adil diumpamakan oleh Ali Rustam sebagai menikam parti dari belakang. Betullah kata Ali Rustam. Kalau sistem pilihan raya bebas dan bersih, sudah lama BN melingkup!

[KANTOI] Mengapa Laporan Dakwa Shafie-Zahida Sudah Berkahwin DIPADAMKAN?

Posted: 01 May 2012 11:27 PM PDT

Mengapa PADAM?

Kecoh 1Malaysia apabila Daily Chilli dalam laporannya mendakwa Shafie Apdal dan Zahida Rafik telah berkahwin.

Ruangan hiburan akhbar milik MCA itu  memetik sumber daripada pemimpin kanan BN Sabah yang berkata "Bagaimana kamu boleh kata dia bayar RM1.5 juta sedangkan dia (Zahida Rafik) sebenarnya isteri kedua dia (Shafie)."

Oleh itu, tidak berbangkit menteri berkenaan membayar RM1.5 juta kepada artis itu kerana kedua-duanya sudah berkahwin.

Ironinya, berita yang dilihat cuba mengesahkan desas-desus hubungan Zahida dengan pemimpin UMNO itu dipadam daripada laman Daily Chili. Carian yang dibuat mendapati artikel itu sudah tidak dapat ditemukan di laman berita tersebut. Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang sebab artikel itu dipadamkan. Siapa yang mengarahkan artikel itu dipadamkan? 

Namun, persoalan utama skandal ini ialah sumber wang RM1.4 juta seperti yang dinyatakan dalam laporan polis bekas pemandu Zahida. Jika benar, dari mana menteri terbabit memperoleh wang sebanyak itu dalam tempoh 4 bulan? Berdasarkan pendapatannya sebagai menteri, jumlah RM1.4 juta itu adalah tersangat besar.
Jika pemimpin kanan BN Sabah itu mendakwa isu Shafie membayar Zahida yang dikatakannya sebagai isteri kedua Shafie sebagai bukan isu berbangkit, hal itu tidak tepat sama sekali kerana pihak yang membangkitkan isu ini mempersoal JUMLAH dan SUMBER wang yang didakwa. -DCM


P/s: Orang ramai tidak hairan dengan siapa pak menteri mahu berkahwin, orang ramai hairan dengan sumber kemewahan pak menteri!








Laporan yang dimaksudkan:

Zahida Rafik, M'sian minister are married

By Noorsila Abd Majid

Even though controversial Malaysian actress Zahida Rafik and cabinet minister Datuk Seri Shafie Apdal have denied their romantic liason, multiple sources close to both parties have confirmed their secret union.

"He's married her on the quiet," a top Sabah Barisan Nasional official spoke to The Daily Chilli on condition of anonymity.

Shafie, who is the rural and regional development minister, is also the MP for Semporna, Sabah.

It is believed that he and Zahida got hitched overseas before allegations that he's paid her RM1.5 million surfaced on April 19.

"How can you say he's paid her RM1.5 million when she's actually his second wife," added the insider. "His ex-driver (Noor Azman Azemi) doubled as a middle man to cover their tracks."

Their hush-hush relationship is further confirmed by a popular Malaysian singer/actress who's worked with the Anak Mami The Movie star.

"He dotes on her," claimed the popular star. "She is high maintenance. She only goes for designer brands like Gucci, Prada, Hermes and Louis Vuitton."

The sexy Zahida cannot be reached for comments.


Daily Chilli Published May 1 2012





[Gambar] Bukti Polis Rampas Kamera Wartawan/Stesen TV

Posted: 01 May 2012 09:17 PM PDT


Bukti bergambar di atas.

Apa kata Menteri KDN dan Ketua Polis Negara?

Sumber gambar: FB
Baca di sini dan di sini.


Jijik Betul Utusan Meloya Aibkan Azmin

Posted: 01 May 2012 07:11 PM PDT


Bukan susah nak membaca taktik media pencacai. Mereka siarkan gambar-gambar yang mengaibkan pemimpin pembangkang sebesar-besarnya di muka depan. Misalnya dalam kes Azmin di atas, gambar-gambar yang diambil dari blog pencacai memenuhi 1/4 muka hadapan akhbar itu. Di sebelahnya, ada berita penafian daripada Azmin. Berita penafian itu tidak penting, yang amat penting bagi mereka ialah menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan mak cik pakcik, orang kampung, atau individu yang tidak pernah menjenguk maklumat alternatif di internet. 

Cuba bandingkan laporan UM dengan laporan Sinar Harian di sini.

Dalam kes DSAI, video klip mula-mula disebarkan di Youtube, sebelum diulas di blog pencacai dan Utusan dan geng. Kali ini, gambar Azmin diposkan di sebuah blog khas sebelum diperkatakan di blog pencacai dan rakan media perdana mereka, iaitu Utusan dan geng. Modus operandi yang hampir sama. Apabila tersebar, mereka bertanya siapa dalangnya, lawak sungguh!

Tukarlah Utusan Malaysia menjadi Utusan UMNO!

[KANTOI] Astro AKUI Suai Pinda Berita BERSIH BBC Kerana...

Posted: 01 May 2012 06:27 PM PDT



Astro: Liputan Bersih BBC dipotong mengikut garis panduan tempatan

 
[TMI] KUALA LUMPUR, 2 Mei — Astro mengaku memotong liputan Bersih 3.0 oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC) tentang Bersih 3.0 namun melahirkan rasa kecewa dengan saluran berita global itu kerana gagal memahami Astro berbuat demikian untuk mematuhi garis panduan tempatan.

Naib Presiden Kanan Operasi siaran Astro Rohaizad Mohamed menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa klip 2:16 minit itu telah dipotong mengikut peraturan kandungan kebangsaan. Walau bagaimanapun, klip itu mengandungi rakaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita.

Rohaizad tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai garis panduan yang diikuti tetapi berkata bahawa Astro berhak untuk "mengedit" kandungan daripada pembekal antarabangsa dan saluran di mana patut.

"Kami terkejut dan agak kecewa bahawa rakan penyiaran sekian lama kami, BBC, apabila mengeluarkan kenyataan, tidak mengambil kira kewajipan Astro untuk mematuhi peraturan kandungan tempatan," eksekutif kanan Astro berkata dalam satu kenyataan malam tadi .

Dalam satu kenyataan di e-mel kepada The Malaysian Insider pada hari Isnin malam, BBC mengadu tentang penapisan Astro yang dibuat atas liputan ringkas perhimpunan hari Sabtu lepas yang menyaksikan polis tempatan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

"Kami amat mengutuk mana-mana sekatan berita boleh dipercayai yang kami siarkan di seluruh dunia termasuk melalui rakan kongsi pengedaran," kata jurucakap BBC dalam kenyataan itu.

Penyiar perkhidmatan awam British menambah bahawa ia telah membuat "pertanyaan mendesak" kepada Astro untuk mencari sebab-sebab untuk menyensor liputan dua minit protes itu.

Menurut pautan YouTube dalam satu kenyataan, liputan BBC Bersih 3,0 telah dipendekkan oleh beberapa saat untuk mengecualikan klip temu bual pendek dengan dua penunjuk perasaan.

Video yang menunjukkan perbezaan di antara laporan asal BBC dan disiarkan di saluran Malaysia boleh dilihat di sini: www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0

Dalam wawancara yang pertama yang ditapis, seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, telah memberitahu BBC bahawa polis mengambil tindakan tanpa provokasi pada penunjuk perasaan walaupun berlakunya usaha untuk berunding.

"Mereka melepaskan tembakan ke arah kami dan bukannya berkata maaf, kita tahu ia adalah satu tembakan tidak sengaja, mereka menembak lagi bila baru nak berbincang dan berdamai dan berunding tetapi mereka terus menembak kami," katanya, yang merujuk kepada gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah penunjuk perasaan.

Dalam temu bual seterusnya, seorang lelaki India telah menjelaskan sebab beliau menyertai perhimpunan tersebut iaitu untuk pilihanraya yang bebas dan adil, perhimpunan yang telah bertukar menjadi ganas mulai hampir 03:00pm pada hari Sabtu.

"Saya ke sini untuk melihat berlakunya pilihanraya yang bebas dan adil. Itu saja.

"Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan bersih. Pada masa ini, ia tidak bersih. Okey? Jadi saya perlu berdiri di sini kerana ini adalah hari penentu masa depan untuk rakyat Malaysia," katanya, di tengah-tengah latar belakang beratus-ratus peserta lain di hadapan tambak di sekitar Dataran Merdeka.

Pengendali TV tempatan juga telah memotong bahagian lain laporan BBC, yang menunjukkan adegan yang diambil dari atas trak meriam air polis rusuhan yang melepaskan tembakan air kimia-berbaur pada penunjuk perasaan.

Sebahagian daripada kata-kata BBC koresponden Emily Buchanan juga turut dipotong bersama-sama dengan klip menunjukkan tempat kejadian.

"Ia kurang jelas bagaimana keganasan bermula," beliau berkata di bahagian klip yang disiarkan.

"... Tetapi selepas perhimpunan tersebut telah diisytiharkan Berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, banteng telah dirempuh ...," katanya dalam bahagian yang ditapis.

"... Dan pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata pada orang ramai," sambung beliau.

Ini bukan kali pertama penapis tempatan telah menghadkan liputan media protes Bersih di Malaysia.

Berikutan perhimpunan terakhir pihak pemantau pilihan raya Julai 9, penapis telah mengelapkan keseluruhan bahagian artikel dalam The Economist, yang berkata pengendalian Putrajaya yang disifatkan keterlaluan.

Artikel bertajuk "Dibersihkan - suatu tindak balas kerajaan yang keterlaluan kepada perhimpunan pembangkang" telah menceritakan huru-hara pada 9 Julai apabila polis melepaskan bahan kimia untuk menyuraikan berpuluh-puluh ribu yang telah berkumpul untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

Antara bahagian yang digelapkan keseluruhannya menyebut tindakan berat polis dan tuduhan-tuduhan bahawa kerajaan telah menarik balik tawaran kepada penunjuk perasaan untuk menggunakan stadium untuk perhimpunan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri juga telah menggunakan dakwat hitam untuk menghapuskan bahagian-bahagian artikel yang menyebut kematian seorang penunjuk perasaan dan dakwaan penembakan bahan kimia ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin.

Perhimpunan yang disokong pembangkang Sabtu lalu, Bersih ketiga sejak 2007, telah mendapat liputan negatif dalam media asing, di mana ramai yang meramalkan tindak balas yang mungkin bagi pentadbiran Najib.

Menurut BBC, "walaupun sambutan yang diberikan itu besar-besaran, kerajaan nampaknya tidak mengingini perubahan dan dengan kemungkinan berlakunya pilihanraya bulan Jun, terlalu awal untuk pembaharuan yang besar untuk membawa kesan.

"Ini bermakna banyak lagi pertempuran politik akan datang."
 
 
P/s:  ...kerana GARIS PANDUAN TEMPATAN. Apa garis panduan itu? Menipu, memanipulasi, mengelirukan orang ramai?
 
Kalau anda mahukan berita yang bebas, lupakanlah channel berita Astro!
 
 
 

Tiada ulasan: