Isnin, 14 Mei 2012

dollah yankee

dollah yankee


Tak sabar mahu 'penerajang' mereka !

Posted: 14 May 2012 06:08 AM PDT

Semua orang sudah tidak sabar mahu 'penerajang' Najib,geng-geng gerombolan dan juga umno/BN (yang sudah busuk hingga ke usus). 


Najib selaku presiden gerombolan dan Anwar selaku penasihat umum PKR, masing-masing sedang kerja kuat siang malam, pagi dan petang bagi memastikan hanya yang layak akan menang dan menjadi pemerintah, manakala yang kalah akan berkubur.


Di Penang ini kelmarin khabar angin bertiup kencang kata sebelum Najib nak ke London,dia akan mengadap Agong, tapi tak jadi sebab Agong pagi-pagi lagi juga sudah turun padang,turun padang bukan lah sebab nak tanya khabar rakyat tapi turun padang sebab nak main golf..Kah..Kah..Kah..,( sebenarnya Najib nak mengadap Agong bukan sebab nak bagi tahu yang dia nak bubar parlimen tetapi nak bagi tahu dan nak hantar 'leave application form' nak ke London) Kah..Kah..Kah..


Kalau ada orang menyangka yang Najib nak buat PRU-13 pada tahun ini, gurkah-gurkah politik di'port' rasa sangkaan mereka itu tersasar jauh sebabnya Najib dirasakan masih lagi takut dengan Tun Mahathir dan masih lagi mendengar cakap dan arahan Tun. Ini kerana Tun Mahathir dah cakap dekat Najib yang kalau dia bubar parlimen waktu ini alamatnya seperti gambar kartun di atas lah...akan kena 'penerajang' dengan rakyat. Olih itu Tun Mahathir sudah suruh Najib 'drag' tarikh PRU-13 sekurang-kurangnya sehingga dekat-dekat nak tamat tempoh 5 tahun. 


Tak kira lah bila pun dia nak 'call' PRU-13 itu, pokoknya Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan begitu juga dengan rakyat yang juga sudah bersiap sedia mahu melihat kerajaan Pakatan mengambil alih Putrajaya dan Anwar Ibrahim juga sudah lama bersedia mahu angkat sumpah jadi PM. Kah.Kah..Kah..


dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' tetap dengan 'prediction' mereka kata PRU-13 akan jatuh pada bulan september





Tiada ulasan: