DIALOG RAKYAT |
- 1,758 bekas penghuni rumah kebajikan hidup merempat
- NFC: Shahrizat bersih, kata SPRM
- Himpunan Hijau: Polis ambil tindakan jika kecoh
- SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves 'bersih'
- Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar
- Dewan Ulamak PAS anjur Ijtimak Watani
- SKM bersalah biarkan Isa jadi ahli KPF - Mazlan
- Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok
- Pesta rakyat yang tercemar
- Kes Shahrizat dan Azmin: Keputusan SPRM timbulkan lebih soalan, PKR
- Mahkamah Putuskan Aduka Taruna Tak Bersalah Hina Almarhum Sultan
- Giliran Penganjur INDRAF 2.0 Pula Dipukul Malam Tadi
- [Video] Naib Ketua Umno Hulu Selangor Keluar Parti
- SUHAKAM Digesa Siasat Malam Berdarah Lembah Pantai
- Pejabat Umno Ampang Didakwa Berada Atas Tanah Rezab Sek Agama
- UMNO-BN merusuh jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya?
- Bas elektrik dalam masa dua tahun lagi
- Peluang lihat planet Zuhrah
- Terasa getaran ketika cuba selamat mangsa
- PERKASA: Tarik balik gelaran Nizar
- Demonstrasi, Mekah Kurangkan Jamaah?
- Pathmanabhan nafi transaksi tanah babit Sosilawati satu penipuan
- Pemuda BN lancar 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya'
- BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia
- BUTITIT, DAJJAL AKHIR ZAMAN DI MALAYSIA?
1,758 bekas penghuni rumah kebajikan hidup merempat Posted: 31 May 2012 03:32 AM PDT
PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap remaja yang keluar dari pusat jagaan di bawah selian mereka diberi hak kerakyataan serta jaminan pekerjaan. Bekas penghuni Rumah Budak-budak Lelaki Tun Abdul Aziz Melaka, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah menjelaskan kepada pemberita, sepanjang 24 tahun beliau menderita apabila tidak mendapat taraf kewarganegaraan walaupun dilahirkan di Malaysia. "Saya diistilah sebagai 'anak tong sampah' dilahirkan di negara ini tetapi sejak saya dilahirkan hinggalah tahun 2011 saya bukannya warganegara ini. "Setelah saya keluar dari pusat jagaan tersebut pada umur 18 tahun bermulalah detik-detik yang bergitu mencabar kerana hak saya sebagai warganegara tidak diperolehi," jelasnya. Tambahnya lagi, yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), setelah beliau keluar dari pusat jagaan tesebut, beliau sukar untuk memperolehi pekerjaan kerana statusnya sebagai penduduk tetap. Malah yang lebih mendukacitakan pihak JKM tidak memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bagi memastikan sesiapa yang keluar dari pusat tersebut terjamin pekerjaan mereka. "Sekarang seramai 1,758 bekas penghuni berada di bawah seliaan Perbak dan kebanyakan mereka tidak mempunyai kad pengenalan sebagai warganegara. "Ini adalah satu masalah yang besar kepada remaja-remaja tersebut untuk mendapatkan kerja sehinggakan mereka terpaksa melakukan jenayah untuk mencari sesuap nasi malah remaja-remaja perempuan sanggup menjadi pelacur hanya untuk mendapatkan wang," tegasnya lagi. Katanya kesemua remaja yang telah keluar dari pusat jagaan tersebut lebih rela ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dari terus menderita di luar yang belum tentu tahu makan minum mereka serta tempat tinggal. Khairul menegaskan kerajaan perlu menunaikan tiga tuntutan bagi memastikan remaja yang keluar dari pusat tersebut mendapat kehidupan baru yang lebih baik. "Setiap bayi yang berada di bawah jagaan JKM perlu diberikan status kewarganegaraan secara terus, bila mereka keluar selepas 18 tahun JKM perlu sediakan pekerjaan untuk memastikan remaja tersebut tidak merempat bila keluar. "Selain itu juga, mereka yang telah meninggalkan pusat tersebut perlu diberi bantuan selama setahun bagi sara diri untuk mereka," sambung beliau lagi. Selama itu, beliau memiliki kad pengenalan sementara (Hijau) yang tamat tempoh pada 6 Januari 2005, kemudian diberikan Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (Merah) pada tahun 2006 sehinggalah mendapat status warganegara serta pemegang kad pengenalan biru pada tahun 2011. Sepanjang tempoh tersebut sehingga tahun 2011 beliau terpaksa berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan syarikat tidak mahu menerima beliau sebagai pekerja. | |||||||
NFC: Shahrizat bersih, kata SPRM Posted: 31 May 2012 03:26 AM PDT Justeru, Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan berkenaan pembabitan Sharizat dalam kes NFC kini ditutup. "Kami mendapati beliau tidak terlibat dalam proses penganugerahan pinjaman," kata beliau pada sidang media hari ini. | |||||||
Himpunan Hijau: Polis ambil tindakan jika kecoh Posted: 31 May 2012 03:22 AM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang mencetuskan kekacauan sepanjang berlangsungnya 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' anjuran PAS di Stadium Darul Aman di sini esok. Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab berkata pihaknya akan menghalang sebarang demontrasi oleh pihak lain di tempat sama bagi mengelak berlaku pergaduhan akibat provokasi itu. Beliau berkata setakat ini hasil risikan pihaknya mendapati tidak ada mana-mana pihak atau individu yang merancang melakukan provokasi terhadap himpunan tersebut. Katanya pada masa sama pihaknya akan menempatkan 550 anggota polis yang akan mengawal ketenteraman awam, keselamatan, trafik dan jenayah di sekitar stadium yang bakal disertai 30,000 hingga 40,000 anggota dan penyokong PAS. "Kita juga telah bentuk satu pasukan untuk memantau di sekitar kawasan stadium tersebut daripada berlaku kejadian yang tidak diingini seperti letupan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini. Abdul Ghafar berkata pihaknya menjangkakan tiga jalan utama iaitu Jalan Tun Razak, Jalan Stadium dan Lebuhraya Darul Aman akan sesak dan akan menempatkan anggota trafik untuk mengawal lalu lintas di kawasan tersebut bagi memudahkan mereka ke stadium. Beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan berkunjung ke pusat bandar agar mengambil jalan alternatif lain bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan trafik di tiga jalan tersebut. "Bagi mereka yang datang dengan bas, mereka boleh menurunkan penumpang di sekitar stadium dan meletakkan bas di Kompleks Pendidikan Negeri, Dataran Masjid Zahir, Stadium Sultan Abdul Halim, Wisma Darul Aman dan Taman Jubli Emas. "Kita turut menempatkan anggota trafik di Pekan Rabu kerana orang ramai dan peserta himpunan tersebut mungkin akan berkunjung di situ," katanya. Himpunan Hijau itu akan bermula 9 pagi esok di Kompleks PAS negeri, Kota Sarang Semut dekat sini manakala pukul 4.30 petang hingga 12 tengah malam pula akan berlangsung di Stadium Darul Aman. Pada perhimpunan itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beberapa pemimpin parti itu turut hadir. -- Bernama | |||||||
SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves 'bersih' Posted: 31 May 2012 03:19 AM PDT KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup. Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor. Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM. "Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua," katanya. Sebelum ini, kenyataan media melaporkan Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor. Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai. | |||||||
Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar Posted: 31 May 2012 03:17 AM PDT
KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'. Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen. Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan. "Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya. "Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13. Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur. Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang. "Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU. "Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scrpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya. | |||||||
Dewan Ulamak PAS anjur Ijtimak Watani Posted: 31 May 2012 03:15 AM PDT
KUALA LUMPUR: Lajnah Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan Ijtimak Watani Ulamak Pelapis PAS Pusat sempena Himpunan Hijau PAS di Kedah, esok 1 Jun 2012. Program Ijtimak Watani Ulamak Pelapis tersebut akan bermula pada jam 3 petang bertempat di Kompleks PAS Kedah, Bt. 9, Simpang 4 , Alor Setar, Kedah. Diantara pengisian Ijtimak Watani tersebut ialah ucapan daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali dan Pengerusi Lajnah Ulamak Pelapis dan Keahlian Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khirul Mutanazzar. Menurut Pengarah Ijtimak Watani Ulamak Pelapis PAS Pusat, Ustaz Harme, ini adalah program terbesar yang menghimpunkan para ulamak pelapis yang menjadi tonggak utama Dewan Ulamak PAS menjelang pilihan raya umum ke-13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja. Jesteru itu, beliau menyeru agar seluruh ulamak pelapis dari segenap penjuru bumi Malaysia agar dapat meluangkan masa untuk sama-sama mendengar taujihat daripada pihak kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat sebagai bekalan persiapan Ulamak Pelapis untuk merungkai rantaian kezaliman di Malaysia dalam PRU ke 13 nanti. | |||||||
SKM bersalah biarkan Isa jadi ahli KPF - Mazlan Posted: 31 May 2012 03:14 AM PDT |
Hazayani Zakaria, |
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berpendirian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersalah kerana membiarkan Koperasì Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) menerima keahlian Tan Sri Isa Samad.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, SKM harus bertanggungjawab dalam perkara ini sehingga Isa boleh dilantik sebagai pengerusi KPF.
Beliau yakin SKM menerima tekanan politik daripada 'orang-orang' Isa yang memaksa badan itu membiarkan KPF membuat keputusan tersebut walaupun tahu ia bercanggah dengan undang-undang kecil KPF.
"Saya tetap menyalahkan SKM dalam kes keahlian Isa ini kerana melihat kronologi, penjelasan SKM dalam pertemuan kedua dengan Anak, SKM mengakui Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPF.
"Tapi bila Anak minta SKM tubuhkan tribunal untuk siasat kes ini, sampai sekarang SKM gagal berbuat demikian," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
SKM semalam memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah dengan undang-undang kecilnya.
Namun, tiada peruntukan dalam peraturan itu yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan.
Sehubungan itu Mazlan memberitahu, satu semakan kehakiman akan dibuat di Mahkamah Tinggi Kuantan berhubung perkara ini.
"Anak tak akan biar perkara ini berlalu begitu sahaja. Lagipun maklumat yang kita terima, masih ada usaha untuk melupuskan ekuiti KPF untuk dimasukkan ke dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH).
"Sebab itu Isa dan orang-orangnya perlu ada di situ kerana beliau orang yang sangat mahu FGVh disenaraikan ke Bursa malaysia," katanya.
Selain itu katanya, terdapat juga usaha merombak pengurusan tertinggi Felda dengan menggantikan kanan yang sedia ada dengan pegawai kanan yang pro Isa.
GSF tetap tolak penyenaraian FGVH
Sementara itu, Mazlan yang juga Penyelaras Gerakan Selamatkan Felda (GSF) berkata, walaupun
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) tetap berpendirian penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak menguntungkan peneroka dan akan terus memberi penerangan kepada peneroka.
Mazlan aliman berkata, walaupun FGVH melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) hari ini, GSF tetap berpendirian penyenaraiannya tidak menguntungkan peneroka.
"GSF akan teruskan kempen dan memberikan penerangan kepada peneroka demi kepentingan mereka dan memastikan tanah merka tidak tergadai selepas penyenaraian ini," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan prospektus tersebut di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, dekat sini hari ini.
Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok
Posted: 31 May 2012 03:12 AM PDT
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.
"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.
"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.
Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.
Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.
Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.
"InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.
Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat.
Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah.
"Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.
Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.
Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.
Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana.
Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.
Posted: 31 May 2012 03:10 AM PDT
Saya sendiri, setiap hari akan bangun dari tidur dengan begitu banyak panggilan-panggilan telefon yang tidak berjawab, ditambah pula dengan pesanan-pesanan ringkas yang tidak berbalas. Kebanyakannya adalah panggilan dan pesanan dari ramai pihak-pihak yang ingin menjemput saya untuk berceramah di tempat masing-masing. Saya punya masalah dalam membahagikan sebaik mungkin masa saya untuk memenuhi jemputan-jemputan tersebut. Kadangkala, saya terpaksa menolak jemputan-jemputan yang bertembung pula dengan program-program berkaitan dengan kerja-kerja gerakan pelajar. Itulah yang menjadi dilema saya hampir setiap hari. Kerja dan tanggungjawab bersama gerakan banyak, namun jemputan-jemputan ini pula tidak sampai hati untuk ditolak kerana kebanyakan yang menjemput ini datang dari ceruk-ceruk kampung dan kadangkala, sampai merajuk apabila tidak dapat dipenuhi.
Namun akhir-akhir ini, saya kerap pula menerima panggilan dan pesanan yang bukan untuk menjemput ke ceramah, sebaliknya memaklumkan apa yang berlaku dalam ceramah-ceramah yang tidak dihadiri saya. Selepas memeriksa pesanan-pesanan ini, saya akan segera mencapai papan kekunci dan melayari portal-portal berita internet. Benar, sejak akhir-akhir ini, sudah menjadi berita wajib yang mengisi ruang-ruang utama iaitu kekacauan, kekecohan, dan pelbagai insiden-insiden buruk yang berlaku di kawasan-kawasan yang berlangsungnya ceramah-ceramah politik.
Saban hari, saya membaca berita-berita yang melaporkan politisi A dipukul, politisi B dipecahkan keretanya, parti C menghantar samseng untuk membuat kacau, penyokong D cedera ketika ceramah berlangsung, dan sebagainya. Ini satu kerisauan buat saya.
Saya masih ingat, suatu masa dahulu, walaupun saya membesar dan menetap di Kuala Lumpur, pada hari-hari tertentu, terutama sekali bila menjelang pilihan raya, pasti saya berpeluang untuk menghadiri majlis-majlis ceramah yang berlangsung di pinggir bandar. Jika pulang ke kampung di Pulau Pinang juga, kerap kali saya diajak oleh saudara-mara untuk mendengar ceramah politik di kawasan berhampiran kampung. Saya juga masih ingat, suatu masa dahulu, ceramah politik adalah tempat untuk bukan sahaja mendengar ucapan-ucapan ahli politik, sebaliknya juga seakan satu pesta masyarakat. Saya pasti sekali akan mengambil peluang untuk menjamah mihun sup, mengunyah kacang rebus, membelek-belek kaset ceramah oleh penceramah yang saya sendiri tidak berapa kenal, mencuri baca buku-buku politik dan agama, serta banyak lagi. Di tapak-tapak ceramah ini jugalah tempatnya untuk saya menghiburkan diri saya mendengar jenaka-jenaka kasar dari penceramah-penceramah yang sedang cuba mengajak orang ramai untuk menyokong mereka. Erti kata lain, ceramah politik suatu masa dahulu, menurut memori saya adalah pesta masyarakat yang seronok untuk dihadiri. Bukan seperti hari ini.
Hari ini, pentas ceramah bukan lagi tempat untuk masyarakat berkumpul, duduk, dan mendengar ucapan-ucapan untuk mendapatkan maklumat dan sedikit hiburan. Hari ini, pentas ceramah bukan lagi tempat untuk ibu bapa mendidik anak-anak mereka tentang politik semasa. Hari ini, pentas ceramah bukan lagi pesta masyarakat. Hari ini, pentas ceramah hampir-hampir sudah bertukar menjadi seperti medan perang. Bukan lagi perkara asing untuk melihat dua pihak berlainan memacak pentas masing-masing. Yang di kanan melolong, yang di kiri memekik. Penyokong kedua-dua pihak pula terpaksa berselisih bahu dalam keadaan yang tidak menyelesakan. Pergaduhan, kekasaran, dan seribu satu bentuk reaksi agresif boleh tercetus bila-bila masa sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, pentas ceramah sudah bertukar menjadi medan perang. Jika tidak berlaku pertembungan pentas ceramah sekalipun, pasti ada pula pihak yang datang dengan muka bengis dan berpeluh-peluh, cuba untuk mencetuskan pergeleseran. Objek-objek berterbangan, rantaian manusia, sepanduk-sepanduk bantahan, dan sebagainya bukan lagi pemandangan asing dalam pentas ceramah hari ini.
Saya sendiri juga pernah mengalami beberapa situasi pertembungan dan kekecohan ketika memenuhi jemputan ceramah di beberapa kawasan panas termasuklah kampung halaman sendiri. Dibaling cat, dikepung sekumpulan samseng, dimaki oleh individu-individu yang menyelinap ke dalam orang ramai, dikuatkan pembesar suara dari tempat lain, dibakar poster dan kain rentang, serta banyak lagi. Pernah rakan-rakan mahasiswa yang lain seperti Khalid dan Ekhsan diserang oleh segerombolan manusia ketika mereka sedang berceramah, contohnya di Klang beberapa bulan lalu. Pernah juga pentas mahasiswa ini dirobohkan! Insiden-insiden sebeginilah yang saban hari menjadi tajuk-tajuk berita yang terpaksa kita baca hari ini. Pentas ceramah tidak lagi seronok dan menghiburkan seperti dahulu.
Apabila setiap hari membaca berita-berita insiden di program ceramah politik, saya tertanya-tanya: bagaimana akhirnya semua ini akan berakhir? Adakah akhirnya, bila saban hari program-program sebegini mendatangkan kecederaan, kekecohan dan kekacauan dalam kalangan masyarakat, budaya ceramah juga bakal diharamkan seperti yang berlaku terhadap budaya protes dan demonstrasi hari ini? Adakah ini sebenarnya tujuan besar kekacauan dicetuskan ketika program ceramah? Adakah ini adalah suatu rancangan untuk memburukkan "imej" program ceramah, dan akhirnya boleh mengolah persetujuan masyarakat bahawa budaya ceramah perlu dihentikan kerana hanya akan menimbulkan kekacauan? Jujurnya, saya tidak pernah nampak sebarang kebaikan dari segenap provokasi dan keganasan yang berlaku di setiap program ceramah. Jelas dan terang, setiap kali berlakunya kekacauan, pasti sahaja orang akan menuding jari terhadap parti yang menjadi lawan kepada penganjur. Membenarkan keganasan dan kekasaran berlaku dalam kalangan penyokong mereka pasti sekali memburukkan imej parti, jadi kenapa masih lagi dibiarkan ia untuk terus berlaku? Tidak mungkin penyokong-penyokong mereka ini bertindak sedemikian rupa tanpa menerima arahan sesiapa. Saya tidak nampak kemungkinan dan kebaikan lain, selain dari apa yang saya cadangkan tadi; hanya untuk menunjukkan bahawa seperti demonstrasi, ceramah juga menimbulkan kekecohan, maka ia perlu diharamkan. Jika inilah niatnya, saya hanya mampu tepuk dahi melihat betapa terdesaknya orang-orang politik ini cuba untuk membantutkan pihak lawan mereka, dalam keadaan mereka yang sebenarnya mempunyai kelebihan media.
Berpolitiklah dengan matang. Setiap apa yang berlaku, setiap insiden yang terjadi, setiap kekecohan yang timbul; masyarakat sedang menilai peri laku kita sendiri. Saya tidak mampu untuk menggambarkan kejelikan dan kebingungan saya setiap kali mendengar dan membaca berita-berita kekecohan dan serangan di tapak ceramah. Sebagai orang yang gemar mendengar ceramah sejak kecil, dan juga kerap pula memberi ceramah hari ini, saya rindukan suasana ceramah seperti dahulu. Saya masih rindukan suasana riuh-rendah orang ramai yang bergelak-tawa mendengar jenaka, tawar-menawar ketika berniaga, bergurau-senda dengan rakan-rakan lama, ibu bapa yang terpaksa melayan kerenah anak-anak kecil, pengumuman alih kenderaan, bunyi bising generator gerai pacak, dan bisik-bisik penyokong parti lawan yang mendengar secara sorok-sorok di belakang pokok. Saya tidak ingat sejak bila pentas ceramah menjadi zon perang. Cukuplah dengan perang bendera dan surat-surat layang, tidak perlulah kita raikan budaya samseng dan tidak bertamadun seperti yang sedang terjadi hari ini.
Akhirnya, bila melihat kegilaan yang sedang menjadi-jadi ini, saya hanya mampu teringat kembali bait-bait Ronggowarsito; jaman edan!
Kes Shahrizat dan Azmin: Keputusan SPRM timbulkan lebih soalan, PKR
Posted: 31 May 2012 03:06 AM PDT
Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini berhubung kes NFC/penglibatan Shahrizat Jalil serta tuduhan terhadap Azmin Ali.
Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin Ali (gambar kanan) benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.
Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, pada ketika itu) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.
Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Shahrizat Jalil, walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau.
Kami bentangkan fakta-fakta berikut agar rakyat boleh menghakimi sendiri tindak-tanduk SPRM dalam dua kes ini:
KES AZMIN ALI
1. Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR telah membuat kenyataan hari ini dan semalam bahawa siasatan mendapati tidak ada unsur rasuah yang mewajarkan dakwaan ketika siasatan dibuat terhadap Azmin Ali dalam tahun 1995;
2. Beliau menyatakan bahawa SPR mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap Azmin Ali bertepatan dengan peraturan jabatan kerajaan;
3. Insiden dan fakta kes ini telah dinyatakan secara jelas di dalam bukunya "The Shafee Yahaya Story" mukasurat 306, 326 dan 356.
KES NFC- SHAHRIZAT JALIL
1. Noh Omar telah menyatakan di Parlimen bahawa tender NFC dibuat secara tertutup dengan menjemput hanya enam buah syarikat, antaranya NFCorp dan Felda Farm Products Sdn Bhd. Hanya Felda Farm Products Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dalam industri penternakan, sedangkan NFCorp hanya baru ditubuhkan;
2. Berdasarkan peraturan umum perolehan dan tender mana-mana badan (apatah lagi projek besar kerajaan), tindakan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya adalah satu tindakan rasuah;
3. Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Najib Razak sendiri telah melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFCorp yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya;
4. Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Najib Razak (sebagai pengerusi Jawatankuasa Tender) dan NFCorp adalah Shahrizat Jalil (gambar kiri, kiri ) melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFCorp) dan hubungan politik (dengan Najib Razak).
Rakyat sudah tentu dapat membezakan bagaimana SPRM berhempas pulas membuka fail siasatan baru terhadap Azmin walaupun tiada fakta, tetapi melepaskan sahaja Shahrizat Jalil walaupun jelas satu perbuatan pecah amanah telah berlaku.
Kami yakin SPRM tidak pun memanggil Najib Razak untuk disoalsiasat walaupun beliau saksi utama yang perlu ditemuramah untuk memahami kenapa tender RM250 juta dianugerahkan kepada NFC.
Malah, kami sendiri pelik kenapa kami tidak dipanggil untuk disoalsiasat sedangkan kamilah yang paling ke depan membongkarkan penyelewengan NFC?
Kami yakin bahawa rakyat telah memutuskan ada perlakuan rasuah di dalam kes NFC.
Tugas SPRM sekarang bukanlah menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional untuk membuka fail menyiasat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di kala pilihanraya begitu dekat. Tugas SPRM ialah menjawab persoalan-persoalan mengenai kes pecah amanah besar seperti NFC.
Soalan kami mewakili rakyat Malaysia kepada SPRM: Jika Shahrizat Jalil tidak terlibat, apakah ini bermakna Najib Razak yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Shahrizat Jalil) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFCorp yang tidak layak?
*Zuraida Kamaruddin (gambar kanan, kanan) ialah Ketua Wanita dan Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan, kiri) adalah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.
Mahkamah Putuskan Aduka Taruna Tak Bersalah Hina Almarhum Sultan
Posted: 31 May 2012 02:56 AM PDT
KELAB GREENBOC
Penulis blog tak bersalah hina almarhun sultan
Mahkamah memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.
Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.
Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.
Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.
Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu. -mk
klik untuk baca
Giliran Penganjur INDRAF 2.0 Pula Dipukul Malam Tadi
Posted: 31 May 2012 02:53 AM PDT
KELAB GREENBOC
Petaling Jaya: Penganjur Perhimpunan Indraf 2.0, V Ganabatirao dan saudaranya Raidu diserang oleh tiga lelaki malam tadi dan mengalami kecederaan serius.
Serangan yang berlaku di Klang itu dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Indraf 2.0 pada Ahad ini yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Perhimpunan yang akan diadakan di Brickfields itu dijangka akan disertai kira-kira 3,000 peserta. Lengan Raidu telah patah dengan beberapa kecederaan lain manakala hidung Ganabatirao juga telah patah.
Mengimbas kembali kejadian itu, Ganabatirao berkata serangan itu berlaku pada jam 10 malam.
"Kami berada di Meru untuk menghadiri satu upacara pengkebumian apabila tiga samseng itu menghampiri kami. Salah seorang daripada mereka menggunakan kunci stereng kereta dan menyerang kami," kata Ganabatirao yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Klang.
Beliau juga mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat di atas serangan tersebut.
"Seorang inspektor polis telah merekodkan kenyataan saya pada pukul 3 pagi tadi. Bagaimanapun polis belum lagi mengambil percakapan Raidu," katanya, sambil menambah bahawa Raidu telah menjalani pembedahan.
Ditanya mengenai punca serangan tersebut, Ganabatirao berkata bahawa samseng tempatan itu mungkin takut dengan pengaruhnya yang berjaya menarik lebih ramai sokongan orang ramai di Meru. -FMT
Pemimpin DAP S'gor cedera diserang di Klang
Dua pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu (gambar), yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang malam tadi.
Ganapathi Rao memberitahu Malaysiakini, penyerang yang bersenjatakan pengunci kereta dan objek besi menyerang mereka berdua di simpang dekat Taman Mutiara.
Akibat serangan kira-kira 10 minit, Ganapathi Rao mendakwa menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu.
Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. Ganapathi Rao dibenarkan pulang hari ini.
Ganapathi Rao mendakwa penyerangnya tidak gembira dengan mereka kerana perhimpunan anjuran MIV Ahad lalu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat. -mk
klik untuk baca
[Video] Naib Ketua Umno Hulu Selangor Keluar Parti
Posted: 31 May 2012 02:48 AM PDT
KELAB GREENBOC
Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar Umno serta merta dengan rela hati tanpa ada desakan mana-mana pihak.
Ekoran tindakannya itu, menyebabkan ramai pengikutnya bertindak mahu mengikut jejak langkah beliau.
Mereka bertepuk tangan sambil menjerit 'semua ikut' sebaik sahaja ditanya sama ada kehadiran mereka sebagai tanda sokongan atau turut sama keluar parti.
Dalam sidang media sebagaimana dipetik dalam satu video, Yusri berkata keputusannya itu mungkin memeranjatkan politik di Hulu Selangor.
"Keputusan ini adalah kehendak saya dan tiada paksaan mana-mana pihak.
"Saya Yusri Ishak, nombor ahli 0062549 dengan ini isytihar akan tinggalkan parti Umno berkuat kuasa serta merta," katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas pengundurannya itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarganya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak akan timbul persepsi negatif sesetengah pihak ekoran tindakannya itu memandangkan pilihan raya umum akan berlaku tidak lama lagi.
"Saya harap pucuk pimpinan bahagian pusat menghormati keputusan saya ini.
"Mungkin sudah sampai waktunya. Saya rasa waktu saya bersama Umno hanya setakat ini. Ini sudah ditakdirkan Allah SWT," katanya yang enggan menceritakan lanjut sebab pengundurannya itu.
Dalam pada itu, Yusri menafikan beliau mempengaruhi keputusan pengikutnya turut mahu keluar Umno.
"Saya tidak mengajak mereka untuk keluar Umno sama-sama, kalau mereka nak kerluar bukan kehendak saya. Saya tidak pengaruhi mereka.
"Mungkin sokongan selama ini, saya sudah bersama-sama mereka sejak 12 tahun lalu, ini mungin balasan mereka pada saya," katanya. -HD
LIHAT VIDEO DI SINI
SUHAKAM Digesa Siasat Malam Berdarah Lembah Pantai
Posted: 31 May 2012 02:23 AM PDT
KUALA LUMPUR: MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung keganasan politik pada "malam berdarah Lembah Pantai" pada 24 Mei lalu.
Beliau berkata keganasan politik pada malam itu, di mana batu, telur dan botol air dilontarkan ke penonton ceramah Pakatan Rakyat, merupakan satu deklarasi perang terhadap demokrasi dan rakyat.
Seorang warga emas cedera dibahagian kepala dipercayai terkena batu yang dilemparkan ke arah hadirin yang berkumpul di ceramah tersebut di flat Pantai Permai, Lembah Pantai.
Ceramah yang bertajuk "Halatuju Politik dan Ekonomi Negara" itu memaparkan ucapan dari Nurul Izzah, MP Batu Tian Chua, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam memorandum itu Nurul Izzah menuntut satu siasatan menyeluruh untuk mengenalpasti jika wujud satu perancangan sistematik intimidasi politik melalui insiden-insiden keganasan politik.
Siasatan itu juga untuk mengenalpasti pihak disebalik kempen ganas itu yang menafikan hak rakyat berpolitik dan mengancam demokrasi.
Setakat ini, enam laporan polis telah dibuat berhubung kejadian provokasi yang pernah berlaku di kawasan Lembah Pantai terutamanya melibatkan program-program Pakatan Rakyat.
MP Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik dijemput untuk hadir ke Suahakam bagi bersama-sama menyerahkan memorundum tersebut. Namun tiada wakil dari kedua-dua pihak yang hadir.
Memorandum tersebut diterima pesuruhjaya SUHAKAM James Nayagam. MP Cheras Tan Kok Wai dan MP Segambut Lim Lip Eng turut hadir bagi menyerahkan memorandum tersebut.
Menurut Nurul Izzah, jika Pakatan terus diganggu untuk mengadakan program aman, perkara ini akan menyekat usaha demokrasi memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai parti politik.
Katanya, kejadian sebegini bukan sahaja mendatangkan risiko kepada ahli politik, tetapi turut melibatkan orang awam yang hadir untuk mendengar penerangan isu semasa.
Beliau menambah, perkara ini merupakan antara fokus utama untuk dibangkitkan dalam sesi Parlimen yang akan berlangsung Jun ini.
"InsyaAllah sekiranya Datuk Seri Najib tidak mahu memanggil pilihanraya lagi kita akan bangkitkan isu ini.
"Perkara ini berlaku secara berterusan dan saya berasa sedikit gerun kerana ini bukan sepatutnya budaya yang harus dihadapi. Kita mahu semua ahli politik menolak budaya samseng sebegini," katanya.
Pejabat Umno Ampang Didakwa Berada Atas Tanah Rezab Sek Agama
Posted: 31 May 2012 02:20 AM PDT
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor digesa menyiasat status bangunan Pejabat Umno Ampang yang didakwa dibina di atas tanah yang dikhaskan untuk Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang.
Demikian menurut Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli ketika dihubungi TVS hari ini.
Menurut Razali, satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk mengetahui kronologi dan keadaan sebenar tanah yang melibatkan kepentingan masyarakat di situ.
"Jika dapat dibuat dengan bantuan Pejabat Tanah, saya percaya kita dapat leraikan isu ini.
"Meskipun saya tak dapat berikan jawapan samada adakah benar tapak bangunan Pejabat Umno yang ada didirikan atas tanah rizab sekolah agama, tetapi saya yakin memang ada sesuatu luar biasa di situ," katanya.
Razali mendakwa mungkin bangunan pejabat Umno terbabit dibina melebihi hingga ke tapak tanah sekolah, oleh itu Kerajaan Negeri perlu melantik juru ukur bertauliah untuk tentukan sempadan terlebih dahulu.
Beliau juga hairan bagaimana Ahli Majlis ketika itu boleh meluluskan pelan pembinaannya dalam keadaan status tanah tersebut diragui.
"Walaupun rata-rata penduduk setempat memang tahu kawasan itu dikhaskan untuk tapak sekolah, tetapi masalahnya saya percaya Kerajaan Negeri dahulu tidak pernah mewartakan dengan rasmi bahawa tanah tersebut adalah rizab untuk sekolah.
"Kerajaan Negeri perlu segera jalankan siasatan dengan mendalam dan perlu mengambil tindakan segera untuk mewartakan mana-mana tanah yang diperuntukan untuk masjid, sekolah, perkuburan dan lain-lain," kata beliau lagi.
Sebelum ini dalam isu yang sama, Adun Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz memberitahu TVS, tanah yang menempatkan bangunan Pejabat Umno di Jalan Ampang adalah tanah rizab sekolah.
"Tetapi ketika BN mentadbir negeri Selangor, tanah itu telah diracik-racik dan sebahagiannya diberikan kepada Umno dan sebahagian lagi diperuntukkan untuk pembinaan sekolah.
"Lebih malang lagi, Umno diberikan di sebelah hadapan yang lebih strategik, tetapi tapak sekolah di sebelah belakang," ujar Khasim.
Menurut Khasim, walaupun penduduk di kawasan itu pernah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menghalang tanah tersebut diambil oleh Umno, tetapi ia tidak berjaya disebabkan ketika itu Umno-BN terlalu berkuasa.
TVS difahamkan Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang siap dibina sekitar tahun 2006 manakala pembinaan Pejabat Umno Ampang pula siap dibina kira-kira setahun selepas projek pembinaannya terhenti beberapa kali.
UMNO-BN merusuh jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya?
Posted: 31 May 2012 02:16 AM PDT
Baru-baru ini Tun Mahathir Mohamad telah memberikan satu kenyataan kononnya Pakatan Rakyat akan membuat rusuhan sekiranya BN memenangi PRU13. Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tanya Najib Razak sama ada BN mahu merusuh sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Bukankah Najib menyeru kepada semua ahli UMNO supaya mempertahankan Putrajaya dengan nyawa dan darah? Siapa sebenarnya akan merusuh jika kalah?
Sudah 12 pilihan raya umum negara ini sejak 1955, kesemuanya dimenangi oleh BN (dan sebelum 1974, oleh Perikatan – UMNO, MCA, MIC) menjadikan mereka kerajaan paling lama di dalam sejarah dunia, tetapi tak pernah pula berlaku rusuhan oleh oposisi.
Malah bila pembangkang menang lebih sedikit pada tahun 1969, pimpinan UMNO yang memprovokasi rusahan sehingga terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei. Tetapi hingga hari ini UMNO dan para pecacainya masih menyalahkan orang lain.
Siapa samseng, siapa anti-demokrasi?
Rakyat sememangnya boleh melihat dan menilai di antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN, siapa yang anti-demokrasi, siapa lebih samseng, siapa yang lebih berkemungkinan untuk merusuh sekiranya kalah dalam PRU 13 nanti.
Hampir setiap hari sejak kebelakangan ini, tanpa putus kita mendengar kisah-kisah lagak samseng UMNO dan para pecacai mereka yang membuat kacau dalam sebarang acara Pakatan Rakyat.
Apakah minda mereka cukup dangkal untuk menerima idea keluhuran proses demokrasi? Sudahlah Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang liputan langsung dalam media massa, bila buat majlis pun diserang, dipukul dan dibaling dengan batu. Inilah 'transformasi' Najib, daripada demokrasi yang sedang membangun kembali kepada zaman jahiliyah.
Amat malang sekali bahawa UMNO tidak mahu menjayakan sebuah demokrasi luhur atau setidak-tidaknya mempromosi demokrasi. Bila diajak debat isu-isu nasional, dia kata debat itu budaya barat. Sudahlah debat tak mahu, bila Pakatan mahu sampaikan mesej, dibaling batu, dipukul oleh samseng-samseng pro-UMNO. Inikah masa depan politik negara yang kita mahukan?
Belum kalah lagi, UMNO dan para pecacai sudah merusuh sana sini. Apatah lagi jika mereka kalah dalam PRU13 nanti. Apakah Najib bersama 'panglima ludah' dan 'pembuat kek tahi' akan mempertahankan Putrajaya 'hingga ke titisan darah terakhir'?
Atau adakah Mahathir sudah memberi isyarat kepada UMNO dan para pecacai untuk menghuruharakan negara mulai sekarang kerana sedar tanda-tanda berakhirnya pemerintahan UMNO-BN semakin jelas? – Roketkini.com
Bas elektrik dalam masa dua tahun lagi
Posted: 30 May 2012 09:10 PM PDT
KOSMO
KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) merancang untuk memperkenal perkhidmatan bas menggunakan kuasa elektrik dalam tempoh dua tahun lagi sebagai sokongan kepada program alam sekitar hijau.
Pengarah Kumpulan Bahagian Bas Prasarana, Zohari Sulaiman berkata, mereka akan mendapatkan antara 10 hingga 15 bas buat permulaan sebelum menambah jumlahnya.
"Bas elektrik yang kita mahu ialah yang menggunakan bateri merupakan pilihan yang lebih baik untuk menyokong alam sekitar hijau. Ia satu pelaburan yang mahal tetapi dalam jangka masa panjang lebih baik berbanding bas yang menggunakan diesel.
Posted: 30 May 2012 09:03 PM PDT
GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.
Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.
Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.
Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.
"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.
Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.
Terasa getaran ketika cuba selamat mangsa
Posted: 30 May 2012 08:57 PM PDT
"Saya mendapatkannya untuk membantu, namun apabila pijak air bertakung itu, saya terasa getaran pada kaki," kata Md Afizi Senin, 40, mengenai kejadian seorang kanak-kanak perempuan, Mariam Najwa Massari, 9, yang meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Gedung Lalang 1, Bukit Rambai, di sini, semalam.
Menurut Md Afizi, ketika itu dia nampak muka kanak-kanak terbabit sudah biru.
Katanya, sebaik gagal melangkah masuk dalam air yang bertakung itu, dia memanggil bapa mangsa di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian.
"Bapa mangsa bergegas keluar dan ketika memeluk anaknya, dia turut rebah, tetapi terus menariknya ke tepi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, jiran, Safree Mahat, 33, berkata, dia yang berehat di rumah terkejut selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh anak lelakinya, Shahrul Aiman, 11.
Menurutnya, ketika bergegas keluar, dia melihat bapa mangsa memeluknya sambil meminta bantuan menghubungi ambulans.
"Melihatkan keadaan kanak-kanak terbabit, saya dan beberapa orang mengangkatnya masuk ke dalam kereta saya sebelum ke Klinik Kesihatan Desa Bukit Rambai.
Difahamkan, mangsa yang juga anak ke-empat dari lima beradik adalah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga berkenaan.
PERKASA: Tarik balik gelaran Nizar
Posted: 30 May 2012 05:00 PM PDT
Katanya, Nizar juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menarik balik kenyataannya itu.
"Saya nak Nizar supaya mohon maaf bagi menarik balik secara terbuka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana buat tuduhan melulu dan tak berasas.
"Saya mohon kepada Sultan Perak supaya tarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerah pada Nizar.
"Bukan sahaja mohon ampun tetapi pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan sewajarnya kerana dia cuba nak merosakkan institusi raja," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan pertubuhan itu, petang tadi.
Ibrahim dengan nada sinis turut menyarankan Nizar supaya berubat kerana didakwa "tidak berapa sihat" sehingga membuat "tuduhan melulu" seperti itu.
"Dia tak berapa sihat. Minta dia pergi berubat ke. Sebelum ini, dia ada tuduh perdana menteri jumpa angkatan tentera," kata Ibrahim sambil ketawa.
Ibrahim mengulas kenyataan Nizar berhubung bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 yang memenangi bidaan terseut dengan nilai RM520,000.
Nizar hari ini memohon maaf atas tulisannya di Twitter itu, yang kini disiasat oleh polis.
Demonstrasi, Mekah Kurangkan Jamaah?
Posted: 30 May 2012 04:58 PM PDT
KONONNYA jamaah haji dari Malaysia justeru unjukrasa Bersih 3.0 antaranya ada sama di Mekah dan Madinah.Kerajaan Arab Saudi dikatakan oleh kerajaan Najib amat sensitif dengan tunjuk perasaan itu, maka ia menimbang untuk mengurangkan jamaah haji dari negara kita.
Maka menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam di Malaysia mengguna isu Bresih 3.0 kerana reaksi kerajaan Mekah itu.
Kalau betul kerajaan Saudi marahkan orang yang berbaju kuning di dua kota suci itu apa kecekapan diplomasi Wisma Putra dapat lakukan bagi menenangkan gangguan yang ada dalam kepala pemerintah Arab Saudi?
Jika justeru itu jamaah haji kita dikurangkan, maka jangan salah tunjuk perasaan, tetapi ia tanda diplomasi Wisma Putra lemah. Bolehlah disalahkan Bersih 3.0 itu, tetapi Wisma Putra mesti menunjukkan kebijaksanaan supaya kes sesenang itu dapat melenyapkan gangguan politik Arab Saudi.
Brigadier Jamil Khir jangan perendah keupayaan Wisma Putra dalam kes seremah itu.
Saya tidak fikir Raja Saudi tidak dapat tidur kerana beberapa puluh orang pelajar kita ikut berbaju kuning hari itu.
Kalau Raja Saudi sensitif terhadap gelombang unjukrasa yang melanda banyak negara Arab, ia mesti berbuat sesuatu yang boleh mengelakkan rakyat Saudi menyintai kerajaannya lahir dan batin.
Jika Raja Saudi tidak dapat tidur, bukan diganggu oleh Bersih 3.0 tetapi mereka terganggu dengan Arab spring yang berlaku di sekeliling negaranya.
Ada unjukrasa yang seratus kali lebih besar berlaku di Yaman yang berkongsi sempadan dengannya, di Bahrain yang berkongsi budaya dengannya, Mesir yang hanya dipisahkan oleh Laut Khalzum, Libya yang sama-sama kaya minyak dan yang belum reda di Syria yang masih dalam berberang sekarang.
Apa yang berlaku di semua negara Arab itu mengetuk pintu hati ke semua rakyat Saudi. Yang menarik atas kejadian itu lebih ramai dari tidak tertarik.
Jangan kata apa yang berlaku di setiap negara itu tidak ada rakyatnya di Arab Saudi. Kalau rakyat Malaysia yang belajar di Mekah dan Madinah ada reaksi atas Bersih 3.0, apakah rakyat Mesir, Yaman, Libya, Syria dan Bahrain yang berada di Saudi tidak tertarik dengan perkembangan dalam negara masing-masing?
Pergolakan di semua negara Arab itu sudah berlaku sebelum musim haji yang lalu. Jamaah haji dari semua negara itu tentu membincangkan perkara itu dengan rakyat negara masing-maing yang berada di Mekah dan Madinah dan mereka juga bercakap mengenaikan dengan lain-lain jamaah Arab termasuk rakyat Saudi sendiri.
Adakah Mekah mengurangkan jamaah haji dari setiap negara yang bergolak itu dalam musim haji yang lalu?
Sekarang ada hasil yang baik di Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman. Malah Maghribi dan Jordan menyesuaikan keadaannya dengan dunia Arab. Apakah hasil pergolakan di semua negara itu tidak menarik perhatian watan Saudi?
Apakah jamaah mereka yang naik haji nanti tidak membincangkan keseronokan mereka atas suassana baru di negara masaing-masing?
Maka kalau Saudi hendak mengurangkan jamaah haji dari Malaysia kerana ada orang berbaju kuning di dua kota tempoh hari, maka mereka perlu fikirkan untuk mengurangkan jamaah haji dari semua negara Arab yang baru lepas dari pemerintihan totalitarian itu.
Lagi pun Arab Saudi ada pengalaman menghadapi tunjukperasaan jamaah Iran beberapa musim haji selepas Shah Iran tumbang. Semangat anti Raja Saudi itu bukan sekadar dinyatakan di Iran tetapi dinyatakan dalam tunjukperasaan besar-besaran di Mekah. Kerajaan Saudi dapat menanganinya.
Berpuluh ribu orang menunjukrasa di sekeliling Masjidil Haram. Bukan sekadar kurang dari 100 berbaju kkuning di luar musim haji.
Ada cadangan Saudi untuk mengurangkan jamaah Iran masa itu. Tetapi Ayahtullah Khomeini mengugut untuk tidak menghantar jamaah kiranya ada langkah mengurangkannya.
Jamaah Iran tetap dapat naik haji mengikut qotanya.
Kerajaan Saudi tentu memahami perkembangan dunia. Tentu dia memberi reaksii yang berlebihan dalam semua perkembangan.
Lagi pun mereka tahu PRU 13 belum menjamin BN terus berkuasa. Kiranya PRU berlaku sebelum haji, maka yang mengetuai jamaah haji Malaysia ada orang sama dalam Bersih 3.0. Tentulah Bersih 3.0 tidak lagi jadi isu bagi kerajaan Saudi. Tidak berbangkit lagi mengurangkan jamaah dari Malaysia.
Pathmanabhan nafi transaksi tanah babit Sosilawati satu penipuan
Posted: 30 May 2012 04:53 PM PDT
Pathmanabhan, 43, membuat penafian itu ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin berhubung pembelian tanah bernilai RM25 juta oleh syarikat Sosilawati, Southern Symphony Sdn Bhd, daripada ahli perniagaan India, A.Muthuraja pada 2008.
Kepada soalan lain, tertuduh yang merupakan peguam Sosilawati ketika urusan jual beli berkenaan, berkata dia tahu tiga lot tanah di Batu Ferringhi itu mempunyai empat kaveat.
"Oleh kerana terdapat empat kaveat, tidak terfikirkah ini merupakan
transaksi yang mencurigakan?" soal Saiful Edris.
"Sebab itu saya failkan di mahkamah untuk perintah penarikan kaveat," jawab Pathmanabhan yang merupakan saksi pertama pembelaan.
Ketika Saiful Edris merujuk kepada surat sebuah firma guaman di Pulau Pinang yang memaklumkan terdapat keraguan dalam urusan jual beli tanah berkenaan, Pathmanabhan tetap menafikan transaksi itu satu penipuan.
"Saya pernah tulis surat kepada firma guaman berkenaan meminta mereka serahkan dokumen sebagai bukti kenapa mereka cakap transaksi itu satu penipuan, tetapi mereka tidak membalasnya dan firma guaman itu juga tidak pernah failkan sebarang permohonan di mahkamah untuk mempertikaikan tuntutan saya," katanya.
Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 32, diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Kepada satu soalan, Pathmanabhan berkata walaupun tanah itu mempunyai kaveat, dia masih meneruskan transaksi jual beli kerana Sosilawati berminat untuk membeli tanah berkenaan.
Tertuduh turut disoal berhubung keterangannya semalam yang mendakwa dia telah meminjamkan wang sebanyak RM4 juta kepada Sosilawati.
"Berdasarkan penyata akaun kamu, saya katakan kamu tiada wang untuk menunaikan cek RM4 juta itu," kata Saiful Edris dan Pathmanabhan menjawab tidak setuju.
"Bila Sosilawati datang berjumpa kamu pada 30 Ogos 2010, kamu tiada wang untuk menunaikan cek itu," kata Saiful Edris dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Malah, kamu tiada wang dan gunakan wang Sosilawati untuk 'rolling' wang dalam akaun kamu," kata Saiful Edris dan sekali lagi Pathmanabhan menjawab tidak setuju.
Saiful Edris kemudian merujuk tertuduh kepada beberapa rekod transaksi pengeluaran wang daripada akaun Southern Symphony, yang jumlah dan tarikhnya sama dengan jumlah serta tarikh kemasukan wang ke akaun peribadi tertuduh.
"Setuju atau tidak, kalau Sosilawati tidak masukkan wang dalam akaun pelanggan, kamu tiada wang," kata Saiful Edris dan Pathmanabhan menjawab tidak setuju.
Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan timbalan pendakwa raya itu bahawa dia melakukan pecah amanah apabila memasukkan wang dari akaun pelanggan ke akaun miliknya.
"Saya ada kebenaran daripada pelanggan saya (untuk mengeluarkan wang daripada akaun pelanggan)," katanya.
Sementara itu, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Pathmanabhan menafikan dia memaksa Sosilawati menandatangani surat kebenaran itu (kebenaran mengeluarkan wang daripada akaun pelanggan) pada malam 30 Ogos 2010 di Ladang Gadong.
Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa dia mengundurkan tarikh asal di surat itu, yang sepatutnya bertarikh 30 Ogos 2010 kepada 11 Ogos 2010.
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 3 Julai ini.- Bernama
Pemuda BN lancar 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya'
Posted: 30 May 2012 04:52 PM PDT
"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.
Bercakap selepas merasmikannya di ibunegara semalam, Khairy berkata Pemuda Barisan BN lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang menurutnya, hanya pandai menabur janji.
"Kalau kita lihat perbandingan antara Pemuda BN dan pembangkang, kita (Pemuda BN) mempunyai perancangan masa depan yang jelas, lebih realistik serta tidak menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' sebaliknya menawarkan sesuatu yang dapat dikecapi serta janji yang dapat kita laksanakan," tambahnya.
Turut hadir di majlis perasmiannya ialah Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda MIC T. Mohan, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan.
Sementara itu, T. Mohan berkata konsert itu yang akan diadakan di 11 lokasi di seluruh Semenanjung bermula 1 hingga 24 Jun anjuran Pemuda MIC dengan kerjasama Pertubuhan Artis-Artis India Malaysia dan Persatuan Belia Karismatik Malaysia akan menampilkan artis India terkenal tanah air.- Bernama
BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia
Posted: 30 May 2012 04:50 PM PDT
Perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah berjaya menghimpunkan hampir tiga ratus ribu orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama, umur malah gender. Perhimpunan duduk-dan-bantah itu menghimpunkan orang awam yang mahukan sistem pilihan raya yang bersih menggantikan permainan kotor UMNO-BN. Mereka hadir ke perhimpunan tersebut kerana mereka tahu dan jelas apa objektif yang ingin dibawakan.
Beberapa hari lalu, UMNO-BN cuba menarik perhatian anak-anak muda dan belia dengan menganjurkan program yang namanya Himpunan Jutaan Belia 1Malaysia. Anak-anak muda belia itu telah dihidangkan dengan persembahan artis-artis terkenal yang juga merupakan daya penarik untuk memastikan kehadiran anak muda pada perhimpunan tersebut.
Berbeza dengan BERSIH 3.0, himpunan propaganda UMNO-BN itu telah menggunakan wang cukai rakyat kerana ia dianjurkan oleh kementerian dan agensi kerajaan persekutuan. BERSIH pula lahir daripada semangat sukarelawan rakyat Malaysia yang mengeluarkan wang untuk membeli t-shirt, tambang bas atau LRT serta membeli minuman dengan wang saku sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
BERSIH milik siapa?
BERSIH 3.0 bukan milik mana-mana parti politik. Ia wujud atas kesedaran rakyat Malaysia yang prihatin. Ia tidak menerima peruntukan kerajaan atau wang cukai rakyat, malah Pakatan Rakyat atau BN tidak terlibat sama sekali dengan pucuk pimpinan jawatankuasa BERSIH.
Rakyat hanya mahu menyuarakan bantahan terhadap amalan pilihan raya kotor kerajaan UMNO-BN. Pada 28 April lalu, himpunan yang dijadualkan hanya akan berlangsung selama dua jam di Dataran Merdeka tetapi ia telah ditolak permohonannya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengikut telunjuk tampuk kuasa Putrajaya di pada saat-saat akhir. Kononnya dikhuatiri akan berlakunya keganasan atau tercetusnya kekecohan di tengah-tengah bandar raya.
Walau bagaimana pun, sebenarnya hal ini juga sudah pastinya dijangka terjadi, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan ketelusan dalam pentadbiran dan terutamanya semasa pilihan raya, ia sebenarnya tidak langsung mematahkan semangat generasi muda terutamanya untuk memperjuangkan tuntutan lapan perkara untuk pilihan raya yang adil, bebas dan bersih. AMat jelas sekali matlamat BERSIH walau ia cuba dikotorkan oleh kerajaan UMNO-BN yang sudah biasa dengan politik kotor.
Himpunan siapa punya?
Hal tersebut tidak berlaku dalam Himpunan Jutaan Belia 1Malaysia yang jumlah kehadiran tidak ada kena-mengena dengan perkataan "juta", mereka tidak diperjelaskan tujuan utama ia diadakan. Seolah-olahnya anak muda yang dijemput hadir untuk mneikmati acara hiburan yang dipersembahkan kepada mereka dengan semuanya ditanggung oleh pembayar cukai Malaysia, dan kemudian dipropagandakan kepada mereka supaya mengundi BN dalam pilihan raya akan datang!
Dengan menyalahgunakan amanah wang rakyat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa segan-silu telah mempergunakan acara himpunan belia itu untuk meminta mereka mengundi BN. Difahamkan, ramai juga belia di himpunan tersebut yang diberi t-shirt percuma "I Love PM".
Berapa puluh juta ringgit agaknya wang cukai rakyat dikorbankan untuk kempen pilihan raya UMNO-BN yang menyamar sebagai himpunan belia? Mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya membisu dengan penyalahgunaan kuasa ini di mana kempen pilihan raya BN yang diadakan sekarang?
"Kerajaan BN boleh menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini," kata Najib kepada anak-anak muda yang seronok dengan nyanyian artis dan persembahan lumba kereta drift, termasuk yang terbabas dan mencederakan ramai belia.
Apa mesejnya?
Lapan tuntutan BERSIH adalah:
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Mudah, jelas dan mampu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang berijiwa rakyat, beramanah dan telus. Hanya kerajaan yang zalim sahaja akan menolak tuntutan hasil iltizam rakyat sendiri.
Manakala himpunan beliau anjuran BN yang menyalahgunakan wang cukai rakyat pula adalah kempen politik untuk memujuk, menekan dan memaksa golongan muda mengundi BN.
Perbezaan yang amat ketara jelas di antara perjuangan rakyat dan politik gila kuasa UMNO-BN. Bagi BERSIH, ia adalah reformasi politik yang melibatkan rakyat jelata manakala bagi UMNO-BN, ia sanggup menyalahgunakan wang rakyat serta undang-undang untuk mengekalkan kuasa bila mana rakyat semakin hilang keyakinan terhadap pimpinan kerajaan. – Roketkini.com
BUTITIT, DAJJAL AKHIR ZAMAN DI MALAYSIA?
Posted: 30 May 2012 04:41 PM PDT
Saudara Pengarang, SAYA, Mohd Ansar Bin Maidin, Maykad bernombor 620617-12-5063 tampil membuat penafian Bahagian 1 berhubung kenyatan yang dibuat oleh Butitit Poimposik yang bertajuk 'DPPIM Beri Suaka Kepada Penjenayah India?' yang telah dipaparkan di Sabahkini.net. Sesunguhnya, dengan nama Allah Yang Maha Agung dan Besar, saya menyatakan semua tuduhan Butitit adalah fitnah semata-mata kerana membuat tuduhan tanpa bukti yang melampaui keraguan munasabah. Saya tidak ingin bercerita panjang lebar, tetapi dengan ini mencabar Butitit membuat laporan polis tentang perkara yang difitnahkannya. Jika Butritit 'anak lelaki' yang sejati, saya akan tunggu beliau membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas penafian saya ini tersiar di Sabahkini.net. Untuk makluman pembaca, saya bukan sahaja difitnah membuat IC orang yang telah mati, malah saya dituduh kaki botol, kaki perempuan, kaki sihir dan kaki dadah. Saya membuat kenyataan ini dengan penuh kesedihan dan keperittan dalam hati, sampai begini engkau Butitit memfitnah saya. Apa salah saya kepada anda? Saya anggap ini ujian Allah ke atas hambanya yang disayangi. Saya bersumpah di atas nama agama saya iaitu Islam bahawa pasport itu bukan kepunyaan saya. Jika saya tipu, biar saya terima azab daripada Tuhan yang Maha Esa. Jika Butitit yang tipu, beliau akan merana sepanjang hidup kerana sesungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada membunuh di sisi Islam. Nampak sangat gambar itu seolah-oleh ditampal. Malah, saya juga tidak pernah bekerja di Riyad sama sekali. Saya sudah berbelas tahun memiliki kedai sendiri di Inanam, Sabah. Bagaimana saya boleh bekerja di Kedai Basir, Restoran Al-Madinah yang baru dibuka sekitar 7 tahun yang lepas? Saya mencabar agar Butitit buktikan bahawa saya pernah berurusan di JPN Beaufort dan membuktikan pernah tinggal dengan seorang yang bernama Hj Maidin di situ. Saya meminta pembaca yang terpengaruh dengan fitnah akhir zaman seperti ini tampil ke kedai-kedai saya untuk memeriksa adakah tidak saya memelihara toyol dan sebagainya di situ. Saya juga mencabar Butitit tampil dengan gambar saya berzina yang didakwanya. Buktikan dan buatlah laporan polis dan berikan gambar saya berzina kepada mereka. Ayuh polis, tangkap saya jika ada gambar saya berzina seperti didakwanya? Saya sangat teringin untuk berjumpa dengan Butitit ini. Tahukah anda kenapa? Pada tahun lepas, kereta saya telah dipecah masuk di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan saya kehilangan satu kamera termasuk 'memory' kad yang mengandungi banyak gambar saya serta wang dan telefon bimbit saya. Apabila saya melihat gambar yang dipaparkan dalam artikel Butitit, saya tahu gambar itu datangnya daripada memory kamera saya. Saya ada bukti kukuh dan saksi di tempat kejadian. Ternyata Butitik melakukan jenayah ini semata-mata untuk mencuri gambar saya. Gambar ini hanya ada dalam kamera tersebut. Saya sama sekali tidak terlibat dalam membuat IC projek di Sabah. Saya bersedia di soal siasat oleh pihak berkuasa pada bila-bila masa sahaja. Butitit mungkin dengki kerana saya membuka kedai di Api-Api. Beliau tidak ada modal lain dan bersahaja mengunakan teknik fitnah yang telah lapuk. Wahai Butitit! fikirkan sesuatu yang logik sedikit jika mahu memfitnah orang yang tidak berdosa seperti saya. Mana anda simpan otak anda? Balai Polis Penampang ada simpanan rekod saya ganggu wanita? Saya akan meminta kenyataan polis di balai berkenaan. Kalau tiada, saya akan membuat satu majlis bacaan doa dan kenduri khas agar anda tertangkap dengan kuasa ALLAH kerana memfitnah ramai orang sesuka hati. Tidak ada salah kami berdoa agar dapat menumpaskan 'Dajjal Akhir Zaman' seperti ini. Saya juga akan tampil dengan bukti di bahagian kedua nanti. Masej khas kepada Sabahkini.net, saya berharap Sabahkini.net bersikap lebih matang dalam menyiarkan artikel. Bagaimana Sabahkini.net boleh menyiarkan gambar yang mengaibkan orang? Di mana sikap bertanggungjawab Sabahkini.net sebagai wartawan? Inikah budaya wartawan dan sumber media alaf baru? Sabahkini menjadi portal berita yang sangat penting kepada Sabah. Tidak ada sikap professional langsung Sabahkini.net dalam menyiarkan artikel yang begitu bersahaja menfitnah orang. Adakah Sabahkini.net mahu menanggung dosa beribu pembaca yang tertipu dengan fitnah jahat golongan ini? Tidak ada bukti langsung, nampak sangat tuduh orang itu ini, guna nama samaran, tidak ada sumber dari mana datangnya Butitit ini dan bagaimana Sabahkini.net sanggup menyiarkan berita seperti ini tanpa ditapis? Jangalah kita hidangkan masyarakat dengan berita palsu dan fitnah. Bala besar menanti pemfitnah. Apapun tahniah kepada Sabahkini.net yang memberi ruang kepada Butitit untuk fitnah saya. Jika Sabahkini.net tidak membuang artikel fitnah itu secepat mungkin, maka sia- sialah semuanya. Sabahkini.net dan Butitit bersedia menerima azab Tuhan. Saya serah dan bertawakal kepada ALLAH. Saya bersumpah dan sedia menghadapi semua pihak berkuasa dalam hal ini. Saya jemput semua pembaca yang pernah melihat saya mengangu wanita, minum arak, ambil dadah, zina dan sebagainya tampil membuat laporan polis. Saya sedia menghadapinya jika benar. Butitit, saya cabar kamu tampil dam membuat laporan polis dengan membawa salinan pasport itu. Saya akan tunduk jika pihak berkuasa katakan bahawa itu pasport saya dan saya berani serahkan semula IC saya jika ianya terbukti. Saya anak lelaki, saya lahir kepada satu ibu bapa, saya cabar kamu wahai Butitit, ayuh turun ke jalan sebenar. Jika kamu berani berselindung di sebalik Sabahkini.net, adakah kamu berani tampil membuat laporan polis? Sejak kebelakangan ini, Sabahkini.net sarat dengan kandungan cerita India Muslim yang membuat salah dan jenayah kononnya. Ini semua pastinya kerja Butitit. Saya mahu failkan kes dan menyaman Butitit. Fitnah seperti ini tidak akan menjadikan saya apa-apa. Saya berpegang teguh pada ajaran dan saya serah semuanya kepada ALLAH.S aya ada pertolongan ALLAH kerana saya melaksanakan syariat Islam. Namun, fitnah seperti ini tidak harus diberi jalan. Butitit adalah Pengikut Dajjal. Saya cabar kamu saman saya dengan kenyatan ini. Saya rasa Dajjal sudah muncul. Dajjal ini memulakan kerjanya dengan menfitnah kaum India Muslim di Sabah. Nantikan sahaja Bahagian 2 kenyataan saya ini. Saya akan tampil dengan membawa bukti pasport ini siapa punya sebenarnya. Saya juga meminta semua rakan kongsi seperti didakwa membuat kenyataan polis dan meminta kenyataan pemilik Restoran Madinah Beaufort, JPN Beaufort, Jabatan Imigresen dan lain lain. Dajjal Butitit harus menerima padahnya menfitnah orang. Orang beriman sentiasa menang di sisi Allah. Insya-Allah, kita berjumpa di Mahkamah Undang-Undang atau berjumpa di Mahkamah Allah di Padang Mahsyar. Akhir sekali, ayuh pembaca sekalian, jangan kita berfikir dengan apa yang terhidang sahaja. Fitnah akan menjadi jadi di akhir zaman. Berfikirlah berlandaskan Al Quran dan Hadis dan kitab kitab suci lain. Terang-terang cara dia memaparkan artikel ini bertujuan untuk menjatuhkan maruah saya. Memang berjaya tujuan Butitit, namun padah besar menanti dia. Allah sendiri yang akan membalasnya. Saya akan berdoa, lima waktu supaya Butitit menerima azab di dunia ini dan di akhirat kerana mengaibkan saya. Sabahkini.net harus memaparkan artikel lebih matang siap dengan bukti yang kukuh dan sebagainya. Saya merayu seikhlas hati saya supaya Sabahkini.net membuang artikel tersebut berserta gambar agar ia tidak memudaratkan saya. Budi baik Sabahkini.net akan saya kenang. Saya akan berdoa untuk semua warga Sabahkini.net supaya dimurahkan rezeki. Saya tahu Sabahkini.net hanya akan membuang artikel dengan arahan mahkamah sahaja, namun saya mengharapkan pertimbangan mengunakan akal fikiran. Cuba teliti salinan pasport itu, dia kepunyaan Indian di Riyad. Banyak yang di edit. Saya merayu jasa baik pihak tuan.Saya juga meminta pihak polis agar menyiasat laporan tersebut jika Butitit tidak muncul muncul. Bertawakal kepada Allah. Artinya: "Dan peliharalah dirimu dari pada fitnah yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zhalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya". (QS. 8:25) Sekian, Salam Hormat, ANSAR BIN MAIDIN |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan