Ahad, 20 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Scorpene: Najib dicabar saman media antarabangsa – Shamsul

Posted: 20 May 2012 01:24 AM PDT

Oleh Rusnizam Mahat


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media Kanada, The Vancouver Sun yang mengaitkan beliau dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sehingga kini berdiam diri dan tidak berani menyanggah laporan tersebut yang sebelum ini turut disiarkan laman web antarabangsa, Asia Sentinel.

"Setakat ini, belum ada pendirian rasmi daripada Perdana Menteri dan pejabat beliau tentang tulisan-tulisan yang dipaparkan media antarabangsa yang memberi kesan negatif terhadap kedudukan Malaysia di mata dunia.

"Saya ingin mencabar Najib supaya menafikan sekeras-kerasnya dua tulisan oleh media antarabangsa ini, malah mengambil pendirian tegas dengan memfailkan saman sekiranya apa yang disebutkan itu fitnah dan bertujuan memalukan Perdana Menteri," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, skandal Scorpene yang melibatkan pemberian komisen ratusan juta ringgit menarik perhatian masyarakat antarabangsa yang mahukan keadilan diberi kepada mereka yang menjadi mangsa dalam kes itu.

"Isu Scorpene bukan sekadar membabitkan isu politik dalaman negara tetapi menjadi perhatian antarabangsa berhubung penyelewengan dan rasuah sehingga membabitkan pembunuhan seorang wanita Mongolia (Altantuya Shaariibu)," kata Shamsul.

Ditanya sama ada laporan media antarabangsa mempunyai kredibiliti, Shamsul berkata, "Saya yakin media antarabangsa mempunyai pemahaman jelas tentang risiko yang bakal mereka hadapi apabila menerbitkan berita mengenai seseorang pemimpin sesuatu negara," kata beliau.

Sebelum ini, Najib dicabar menyaman laman web Asian Sentinel yang mendedahkan bahawa rasuah Scorpene yang disalur menerusi Hong Kong.

Artikel yang ditulis John Berthesen itu mendedahkan sejumlah RM144 juta dibayar menerusi syarikat Terasasi (HK) Ltd yang berdaftar di Hong Hong dan dikendalikan Razak Baginda- kenalan rapat Najib dan bapanya, Abdul Malim Baginda.

Bagaimanapun, Najib sehingga kini masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap dakwaan itu.

“Polis pukul saya guna pistol”

Posted: 20 May 2012 01:21 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar
 
KUALA LUMPUR : "Saya dipukul dengan pistol oleh polis yang beruniform. Akibatnya, saya mengalami kecederaan di dada dan berbekas hingga ke hari ini," kata Mohd Saufi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.
 
Mohd Saufi yang ketika itu sedang berjalan pulang dari himpunan Duduk Bantah 28 April lalu, 'dikeroyok' sekumpulan anggota polis di hadapan bangunan Bank OCBC, Jalan Tun Perak, kira-kira jam lima petang.
 "Saya dipijak dan ditumbuk hingga jatuh. Hidung saya berdarah dan mata luka," kata Saufi.

Beliau antara 19 mangsa keganasan polis  yang tampil dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Manakala Lee Teck Yai, 39, seorang ejen insuran yang berasal dari Kuala Lumpur, mendapat lima jahitan di belakang telinga, selain lebam di muka dan badan selepas ditolak oleh Polis dari tangga LRT Masjid Jamek.

"Kira-kira jam enam petang, saya hendak pulang ke Pandan Jaya. Saya lihat ada keganasan oleh Polis terhadap peserta himpunan, lalu saya merakam aksi tersebut.



"Anggota Polis yang nampak tindakan saya menyerbu untuk menahan. Mereka paksa saya ikut. Ketika sedang dibawa untuk ditahan, saya ditumbuk, ditendang dam ditolak hingga jatuh," jelas Lee.

Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais menjelaskan, tindakan ganas tersebut dirancang, berdasarkan pengesahan mangsa bahawa anggota Polis yang memukul mereka tidak mempunyai nama dan nombor anggota di uniform mereka.

"Mereka juga secara tersusun merampas kamera dan kad memori bertujuan menghilangkan bukti," tegas Hishamuddin.

Sehingga kini, Bersih bersama Suaram, Jawatankuasa Hak Asasi KLSCAH dan Lawyer For Liberty telah mendokumentasi 80 kes keganasan Polis terhadap peserta himpunan 'Duduk Bantah'

Mangsa keganasan Polis ketika himpunan 28 April lalu diminta menghubungi Sekretariat 'Laporan Keganasan Polis 428′ di talian 012-3496013 atau di emel info@bersih.org.

Bersih tuntut Suhakam siasat keganasan polis

Posted: 20 May 2012 01:18 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar

 KUALA LUMPUR : Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 3.0) mahu kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menyiasat keganasan polis semasa himpunan 28April lalu dan menolak panel siasatan yang ditubuhkan kerajaan.


"Suhakam memiliki struktur sah untuk menjalankan penyiasatan. Suhakam berpandukan piagam hak asasi. Ini berbeza dari panel yang ditubuhkan kerajaan,"  kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A Samad Said dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, keganasan polis tidak berakhir setakat 28 April lalu, apabila mereka bertindak memburu 141 individu yang dikehendaki kerana kononnya melanggar undang-undang, namun melupakan keganasan dilakukan anggota pasukan itu.

"Polis seperti pelesit. Kehulu-kehilir mencari individu ini. Tetapi pihak polis gagal mencari pegawainya yang melakukan keganasan. Ada individu yang menyerah diri untuk memberi keterangan, tetapi mereka telah diganasi, dimaki hamun dan didera," tegas Pak Samad.

Beliau merujuk insiden terhadap aktivis mahasiswa, Khalid Ismath yang ditahan dan diaju soalan lucah, manakala  Mohd Safwan Mamat dari Terengganu dipukul dengan getah paip, selain ditampar ketika disiasat di Balai Polis Dang Wangi

.

Menurut Pak Samad, sehingga kini tekanan hanya diberikan kepada peserta Bersih, manakala dua anggota polis yang ditahan dibebaskan dengan ikat jamin.

"Keganasan polis juga perlu disiasat secara terperinci. Siasatan juga perlu dijalankan terhadap peranan pengacau," tegas Pak Samad.

Wan Azizah: Kronisme tidak dapat dipisahkan dari Umno-BN

Posted: 20 May 2012 01:15 AM PDT

Oleh: Nazar Hashim

PULAU PINANG : Pemilikan saham RM30.8 juta yang diberi kepada anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin bukti kronisme tidak dapat dipisahkan dari Umno-Barisan Nasional, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Jika anak menteri yang berusia 26 tahun berjaya memiliki saham yang berjumlah melebihi RM30 juta, sudah pasti pelbagai persoalan bermain di pemikiran  rakyat tentang kelayakan pemilikan saham tersebut.

Wan Azizah ketika memberikan sumbangan kepada ibu tunggal di Permatang Pauh

"Kontrak kerajaan sepatutnya tidak boleh diagihkan kepada kroni atau keluarga.

"Namun begitu, jelas membuktikan Umno dan BN sudah tidak boleh dipisahkan dengan amalan tersebut," katanya ketika berucap di majlis 'Hi-Tea' di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, 17 Mei lalu.

Beliau turut mengaitkan skandal  membabitkan keluarga wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil menyalahgunakan dana RM250 juta yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) milik suami dan anak-anaknya.

"Menteri dan keluarga mereka, merasakan apa yang menjadi milik kerajaan adalah milik keluarga.

"Apabila pendedahan dibuat, bukannya tindakan diambil terhadap pembongkaran tersebut, sebaliknya pemberi maklumat pula diambil tindakan, " ujarnya merujuk tindakan yang dikenakan ke atas seorang kerani Bank baru-baru ini.

Beliau juga berkata, adalah sukar untuk mempercayai keadilan akan wujud dalam siasatan berhubung skandal membabitkan pimpinan Umno dan kerajaan, melainkan parti itu ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam majlis yang sama Wan Azizah juga menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan yang tidak bernasib baik dalam Parlimen Permatang Pauh.

Posted: 20 May 2012 01:10 AM PDT


Oleh: Nazar Hashim


PARIT BUNTAR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berani menjadi saksi perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis bagi membuktikan dirinya bukan seorang pengecut, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Anwar berkata, Najib juga perlu hadir kerana terdapat sapina terhadapnya sebagai saksi yang turut dibabitkan bersama Abdul Razak Baginda dan beberapa nama lain.

"Sekiranya beliau benar-benar yakin tidak terlibat dalam dakwaan kes isu Scorpene, Datuk Najib tidak perlu takut dalam menegakkan kebenaran.

"Mudah saja, hadir dan berikan keterangan sebagai saksi. Ini bukan perkara sukar untuk dilakukan kecuali adanya sesuatu kebatilan yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat negara ini, " tegasnya ketika berucap di Dataran Rakyat, Pekan Tanjong Piandang di Parit Buntar, Perak malam semalam.

Berucap di hadapan kira-kira 10,000 penyokong Pakatan, Anwar berkata Najib tidak boleh memperbodohkan Mahkamah Perancis sepertimana yang dilakukan terhadap sistem keadilan di  negara ini.



"Jika dalam negara beliau boleh menolak dengan mentah untuk menjadi saksi, tetapi perbicaraan di mahkamah luar negara, tidak boleh ia perbodohkan sepertimana yang dilakukan di sini," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusoff Rawa, Pengerusi KEADILAN Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kepimpinan PR Perak.

Perjuangan Berasaskan Bangsa Akan Ketinggalan

Posted: 20 May 2012 01:07 AM PDT


Sewaktu menjadi ahli panel satu seminar politik anjuran Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi (Umcedel) Universiti Malaya minggu lalu, semasa ruang soal jawab dibuka, seorang peserta melontarkan pertanyaan yang saya kira penting dan menjadi stigma dalam kepala kebanyakan orang Melayu waktu ini, khususnya ketika hendak membuat pilihan pada PRU 13 kelak.

Soalan itu antara lain mengenai keraguan beliau kepada Pakatan Rakyat yang mana kedudukannya tidak sama dengan BN. Menurutnya di dalam BN ada Umno yang menjadi tunggak kepada gabungan berkenaan di mana Umno adalah Melayu, tetapi dalam Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana puak yang menjadi tunggak apa lagi Melayu tidak mendominasi.

Katanya orang Melayu tidak dapat menguasai Pakatan Rakyat apabila kedudukan atau percentage  mengikut kaum hampiran sama saja. Jadi soalya dimanakah kekuatan Melayu di dalam Pakatan Rakyat berbanding dengan Umno di dalam BN. Apa yang penanya itu igin tahu bagaimana masa depan Melayu sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana di dalam pakatan itu Melayu tidak dominan macam Umno dalam BN.

Pertanyaan dan persoalan itulah yang dilemparkan oleh Umno kepada orang ramai kini. Yang dijadikan bahan ugutan atau pun ancaman kepada orang Melayu sekiranya orang Melayu tidak memilih Umno. Umno menimbulkan kesangsian mengenai masa depan mereka. Kebimbangan dan kepercayaan seperti itu sebahagian daripada mitos yang dipuja dan dikeramatkan oleh Umno atau pun disulakan dalam minda Melayu.

Pandangan atau pun kebimbangan itu bukan terbit atau idea dari kalangan broker politik di kedai kopi, ruang legar gotel tetapi ia adalah antara isu atau realiti yang dimamah oleh cerdik pandai. Buktinya di dalam seminar berkenaan hampir 100 peratus ia dihadiri oleh golongan akademis yang memahami politik dan juga simpulan-simpulan politik serta sistem demokrasi.

Tetapi kerana ia dilontar dalam forum rasmi begitu untuk mendapat jawaban, ataupun ingin menguji apakah ada jawaban di luar sana terhadap permasalahan itu, walhualam. Tetapi saya lihat soalan itu cuba membimbing orang lain agar ikut terperangkap dalam perminan 'cilok' politik Umno. Saya menjawab persoalan yang dikemukakan itu dengan memberi huraian seperti berikut.

Saya kata, kalau Pakatan Rakyat dalam konteks.. ini Pas masih berfikiran seperti Umno meletakkan soal bangsa atau kaum di hadapan, memang kebimbangan itu berlaku. Tetapi umum kena sedar bahawa matlamat atau perjuangan Pas bukan berdasarkan kepada ras lagi tetapi berdasar kepada realiti.

Realitinya, politik kini kata saya, baik Pas, PKR atau DAP tidak lagi memperjuangkan kaum malahan ideologi juga sudah di kesampingkan. Apa yang ada dalam kotak politik mereka ialah menang dan dapat menumbangkan kerajaan BN. Itu matlamatnya. Politik mendapatkan kuasa sesuai dengan matlamat atau teori Machiavelli - matlamat menghalalkan cara.

Manakala Pas pula telah mesejagatkan perjuangannya dengan meletakkan agama sebagai tonggak utama. Dalam hal ini Pas lebih ke depan dalam merealisasikan realiti politik di negara ini baik mengikut demografi pengundi berasaskan kaum dan juga persefahaman awal semasa membentuk negara ini.

Kata saya, sesiapa yang berjuang berdasar atau mengutamakan kaum akan kecewa kerana politik sebegitu bukan sahaja tidak praktikal lagi tetapi sudah tidak relevan dengan realiti politik negara ini. Umno juga lama kelamaan akan hilang dan lenyap kalau mereka tidak memperbetulkan natijah dan matlamat politik mereka. Kalau Umno berterusan obses memperjuangkan kaum dalam lingkungan diri sendiri, budaya sendiri parti itu lama kelamaan akan pupus. Pada saat dunia melimpahi sempadan 'politik gogak' tidak boleh diamalkan lagi.

Kesimpulan menjawab persoalan tadi, di alaf ini sudah tidak ada kekuatan sesuatu bangsa atau kaum yang akan menjadi tonggak dalam apa juga sistem pemerintah. Soal bangsa bukan lagi asas kepada perjuangan walaupun bangsa itu adalah identiti kepada sesuatu kelompok atau komuniti.Manakala makin tinggi ilmu dan kesedaran diri seseorang individu atau bangsa itu terhadap hakikat kejadian mereka, maka makin jauh mereka akan meninggalkan soal-soal kepentingan bangsa sebaliknya akan mengambil agama sebagai pegangan dan ideologi perjuangan kerana agama itulah yang akhirnya dinilai bukannya bangsa

MTUC seru swasta iktiraf cuti sambut Vaisakhi

Posted: 20 May 2012 01:04 AM PDT

MALAYSIA KINI
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyarankan agar sektor swasta memberi cuti tanpa rekod kepada pekerja berketurunan Sikh bagi membolehkan mereka meraikan sambutan Vaisakhi.

Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan penjawat awam berketurunan Sikh bercuti pada hari tersebut, kata Naib Presidennya A Balasubramaniam.

Bulan lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bermula tahun depan, penjawat awam daripada kaum itu akan diberi cuti pada hari Vaisakhi iaitu sambutan tahun baru Sikh, yang lazimnya jatuh pada setiap 13 atau 14 April.

Mengulas lanjut, Balasubramaniam berkata langkah itu juga adalah seiring dengan semangat 1Malaysia memandangkan penganut agama lain termasuk Islam, Kristian dan Hindu telahpun diberi keistimewaan itu.
- Bernama

Umno: Kian tak perlu jadi 'talam dua muka'

Posted: 20 May 2012 01:03 AM PDT

 
Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee menggesa agar tindakan diambil ke atas Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.

Syed Ali berkata, tindakan Kian menyertai perhimpunan pada 28 April di Dataran Pahlawan negeri itu seolah-olah menidakkan kepimpinan MCA.

Kian Sit Har malacca mca wanita chief at bersih 3.0Katanya, sebagai seorang anggota parti yang memegang jawatan tinggi, Kian seharusnya menggunakan saluran yang ada jika mempunyai pendapat untuk disuarakan.

"Bagi saya, parti yang beliau anggotai, MCA, patut ambil tindakan pada beliau. Parti kita sangat terbuka dan boleh menerima teguran...

"Beliau tak sepatutnya menyertai BERSIH. Mana-mana ahli yang sertai BERSIH perlu berhenti dan letak jawatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, setiausaha Pemuda Umno bahagian Jasin, Jezlee Tit berkata, tindakan tersebut menunjukkan Kian tiada semangat setia kawan dan mementingkan diri sendiri.

Beliau mendakwa, Kian terlibat dalam perhimpunan tersebut untuk kepentingan kaum Cina semata-mata.
NONE"Masa BERSIH di Melaka, hampir 96 peratus ialah kaum Cina. Jadi saya rasa Kian turut serta kerana populariti dan untuk kepentingan kaum dia," katanya.

Sehubungan itu, Jazlee berkata, beliau menyarankan agar Kian menyatakan pendiriannya sama ada mahu menyertai pembangkang atau kekal dengan MCA.

Jelasnya lagi, kenyataan MCA juga dilihat tidak konsisten dan seperti "berdolak-dalik" ketika menjawab isu Kian menyertai pehimpunan BERSIH.

"Kalau nak bersama pembangkang, pergi sertai pembangkang. Kenyataan dia pergi sana sebagai manusia biasa tak boleh terima. Dia tak payah jadi talam dua muka.

"Saya juga lihat MCA juga suka berdolak dalih bila ada keadaan seperti ini. Jadi saya sarankan, Kian nyata pendirian kerana kita tidak hormat pemimpin seperti ini," katanya.

Kehadiran bekas senator BN itu menimbulkan kemarahan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang meminta Kian berundur dari MCA.

Kian menyertai parti itu pada usia 17 tahun dan bertanggungjawab menubuhkan Wanita MCA Melaka pada 1975 – pergerakan yang diketuainya sehingga hari ini.

'Tiada arahan bawa telur, batu'

Posted: 20 May 2012 12:57 AM PDT

Zulaikha Zulkifli


Pemuda Umno Jasin menafikan bahawa ahlinya bertanggungjawab membaling telur dan batu pada kereta dua ADUN DAP ketika satu jamuan minum petang di Merlimau bersama pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga.

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event 1Setiausaha Pemuda Umno bahagian itu, Jezlee Tit berkata insiden  membaling telur dan batu itu berlaku di luar jangkaan mereka.

Malah, arahan untuk membawa telur dan batu juga tidak dikeluarkan, katanya yang juga ketua Pemuda Umno cawangan Merlimau.

"Saya sendiri tak pasti siapa yang baling dan buat. Sebab semalam kita panggil yang ada sekali masa itu (demonstrasi) ada yang Umno ada yang bukan Umno.

"Di bahagian saya, memang saya tak ada keluarkan arahan bawa telur dan batu. Saya juga yakin ini bukan kerja budak-budak saya. Budak Jasin tak macam tu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event 2Katanya, program asal mereka ialah untuk mengadakan demonstrasi aman bagi menunjukkan prot  ADUN Bandar Hilir es terhadap kehadiran Ambiga.

Beliau mengulas kejadian serangan yang didakwa dilakukan ke atas kereta dua adun DAP, Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) serta kereta pengikut mereka.
Khoo mendakwa, salah satu daripada tayar kenderaan milik Tey juga dipancitkan, selain kerosakan pada cermin sisi dan badan kereta tersebut.

Dakwa kereta langgar kanak-kanak

Menceritakan kembali kejadian malam tadi, Jezlee berkata, demontrasi tersebut pada awalnya dijalankan secara aman tanpa gangguan.

Kejadian membaling telur dan batu itu kemudiannya berlaku selepas kenderaan berkenaan didakwa melanggar seorang kanak-kanak.

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event car type punctured"Tapi sebelum itu, kereta itu ada terlajak dan terlanggar seorang budak. Mungkin budak tu marah itu yang jadi macam tu...

"Benda itu benda yang tak baik dan kita pun tak minta dia orang buat," katanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau juga menghalang individu berkenaan daripada menyerang kenderaan tersebut dan membantu kereta tersebut keluar dari kawasan tersebut.

"Saya sendiri ada dekat kereta. Kami semua bagi laluan untuk bawa kereta tu keluar... Saya kata jangan... tapi lepas sahaja kereta tu lepas, kejadian itu berlaku...

Jezlee berkata, pihaknya juga tidak mempunyai masalah dengan ceramah anjuran DAP.

Bagaimanapun, kehadiran Ambiga ke program itu tidak dipersetujui kerana peguam tersebut didakwa telah menghina Islam.

"Kami tak setuju dia datang sebab secara jelas dia memperlekehkan Islam, lekeh undang-undang. Kami buat demonstrasi itu untuk nyatakan secara jelas dekat dia," katanya lagi.

Ulama muda Umno sedia bertanding PRU jika diberi peluang

Posted: 20 May 2012 12:53 AM PDT


KUALA LUMPUR— Ulama Muda Umno tidak menolak untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan jika parti memerlukan mereka, bagaimanapun menegaskan, pihaknya bukan jenis yang meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam.

"Kami tidak akan menolak. Kami bukanlah jenis yang meminta-minta, jika parti perlukan kami, kami sedia berkhidmat untuk memperjuangkan prinsip Islam," jelasnya.

Kewujudan cabang ulama muda di dalam Umno dilihat masih baru berbanding PAS yang mempunyai Dewan Ulama sendiri, khusus untuk pemantapan ahli PAS dan penyertaan politik yang aktif.

Bagaimanapun, ulama muda Umno ini menjelaskan, kewujudan mereka tidak seharusnya dilihat sebagai satu entiti semata-mata, sebaliknya perlu dilihat dari konteks yang lebih luas.

"Kami bukan berjuang atas dasar peribadi, politik. Tetapi kami berjuang demi agama," tegas Fathul Bari.

Menurut bekas Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN) ini lagi, pihaknya tidak berat sebelah dalam mengeluarkan kenyataan, sama ada melibatkan pembangkang mahupun kerajaan pimpinan Umno-BN, parti yang dianggotai mereka.

"Suara kami tidak pernah disekat. Umno tidak pernah menghalang kami, bahkan, kami turut mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada parti, tapi kami tidak pernah disekat," katanya lagi membandingkan kebebasan bersuara di dalam PAS.

"Bukan seperti PAS. Ramai ulama PAS yang dihalang daripada mengemukakan kenyataan yang bercanggah dengan pemimpin mereka. Kita lihat mereka bercakaran dalam Pakatan Rakyat (PR), tapi mana suara ulama, pemimpin PAS?", soal beliau lagi.

Fathul Bari turut menegaskan, segala kenyataan yang diutarakan ulama muda tersebut juga bukanlah atas telunjuk Umno, sebaliknya atas inisiatif mereka sendiri selaku umat Islam.

"Adakah kami keluarkan kenyataan mengikut kepentingan Umno?" Tidak," tegasnya, dan menambah, perjuangan kumpulan ulama muda tersebut adalah semata-mata kerana Islam dan masyarakat Melayu di negara ini.

Khianat Pada Bangsa Melayu: Kaji Nama Melayu Pada UMNO

Posted: 20 May 2012 12:48 AM PDT


KELAB GREENBOC


1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) berpandangan sudah sampai masanya untuk mengkaji semula penggunaan nama Melayu pada nama UMNO (United Malay National Organization) berdasarkan situasi hari ini bahkan tidak menolak kemungkinan bahawa istilah tersebut perlu ditarik balik dan dihalang dari digunakan oleh UMNO.

2. Ini kerana jelas terbukti bahawa UMNO telah mengkhianati bangsa Melayu sekian lama dengan pelbagai dasar pragmatik yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Di antara pengkhianatan UMNO yang jelas kepada bangsa Melayu ialah dengan mengubah mengubah persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya 1999. Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus tetapi tidak ada pertambahan kerusi. Manakala negeri-negeri di pantai barat, selatan, Sabah dan Sarawak yang bukan majoriti Melayu ditambah kerusi Parlimen pada persempadanan tersebut. Sehingga ke hari ini, pemimpin UMNO gagal menjelaskan kenapa mereka tidak mengambil kesempatan daripada persempadanan tersebut untuk menambah kerusi Melayu di Parlimen!

3. Selain itu, UMNO juga yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang ditentang hebat oleh seluruh cendikiawan Melayu. Anak-anak Melayu di luar bandar menerima kesan kemerosotan akademik hasil daripada dasar yang dianggap gila oleh Prof DiRaja Ungku Aziz ini. Pemuda PAS telah menyaman Kementerian Pendidikan dalam isu ini. Saudara Hasni Abas, Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) telah berjumpa dengan Pemuda PAS bagi membangkitkan gerakan untuk memansuhkan PPSMI pada akhir tahun 2008. Pejuang-pejuang bahasa seperti Dato A. Samad Said, Dato Hassan Ahmad, Dr Shahrir Mohd Zin , Prof Emeritus Abdullah Hassan dan ramai lagi bersama Pemuda PAS menubuhkan Gerakan Rakyat Membantah PPSMI (GMP). PAS telah mengarahkan semua ahlinya turun dalam Himpunan 100 ribu rakyat membantah dasar PPSMI pada 7hb Mac 2009 di Kuala Lumpur. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan pimpinan utama PAS yang lain telah bersama dalam himpunan ini. Akhirnya dasar ini terbukti gagal dan ditarik balik sekarang. Negara kerugian hampir RM5 billion kerana langkah 'tidak cerdik' UMNO ini.

4. Begitu juga dengan kegagalan UMNO untuk memperuntukkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada orang Melayu sekalipun UMNO mendapat majoriti di DUN Pulau Pinang berbanding MCA dan GERAKAN. Satu perkiraan politik yang cukup bacul sekali lagi berlaku apabila jawatan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diberikan dengan hormatnya kepada Setiausaha Agung GERAKAN, Teng Chang Yeow sedangkan GERAKAN tewas begitu teruk di Pulau Pinang di dalam pilihanraya umum yang lepas berbanding dengan UMNO. Hairannya, tidak kedengaran pejuang-pejuang Melayu yang hebat menjulang keris membantah keputusan ini.

5. Hakikatnya, banyak lagi senarai pengkhianatan UMNO kepada bangsa Melayu boleh disenaraikan sepanjang lebih 50 tahun UMNO menjadi tulang belakang kerajaan Malaysia pada hari ini. Sesuai dengan namanya sendiri di dalam bahasa Inggeris, UMNO sewajarnya menerima hakikat bahawa parti itu bukan lagi mewakili Melayu bahkan tidak berhak untuk mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu.

6. Justeru, DPPNK menggesa agar nama Melayu yang dipakai di dalam nama UMNO dikaji balik dan dibuang terus sebagai mengelakkan salah faham masyarakat terhadap perjuangan UMNO yang pada hakikatnya tidak pernahpun meletakkan agenda perjuangan Melayu sebagai agenda utama.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Hadi akan cari calon pengganti sebelum berundur, kekal tidak bertanding PRU

Posted: 20 May 2012 12:43 AM PDT


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan keputusannya untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang walaupun kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) memintanya mengkaji semula keputusan tersebut.

Hadi sebaliknya berkata, beliau sendiri akan mencari calon terbaik bagi menggantikan dirinya untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didudukinya di kawasan parlimen Marang dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

"Jika mereka tidak berpuas hati dengan calon pilihan saya, saya akan terus mencari. Saya bertanggungjawab dalam hal ini dan akan terus mencari calon yang sesuai hingga mereka melepaskan saya," kata pemimpin veteran PAS berusia 65 tahun ini.

Hadi (gambar) dilantik menjadi Presiden selepas menggantikan Datuk Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 2002.

Beliau mengharapkan parti dan rakan PR akan menghargainya memandangkan beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 30 tahun dan empat penggal sebagai Ahli Parlimen.

Hadi yang pernah tewas pada 2004 berkata, beliau telah terlalu lama dalam politik dan telah tiba masanya untuk beliau berundur.

Dipetik akhbar The Sunday Star, Hadi dalam temuramah khas di pejabat agung PAS di sini menjelaskan, dirinya letih kerana perlu menjelajah ke seluruh negara.

"Saya penat. Sebagai presiden, saya perlu melawat ke seluruh negara. Sebagai wakil rakyat, saya perlu melawat kawasan saya.

"Saya rasa seperti mengabaikan kawasan saya kerana saya perlu berjauhan dengan Terengganu. Jadi lebih baik jika ada orang yang menggantikan saya," katanya.

Saya harap akan terus dibenarkan untuk fokus dalam hal ehwal parti," tambahnya yang akan mengekalkan kerusi presiden.

Hadi turut mempertahankan keputusan parti komponen PR itu untuk memindahkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ke Johor daripada Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami memutuskan Salahuddin akan bertanding di Johor. Ia menunjukkan perkembangan positif. Sebagai Naib Presiden, saya percaya beliau mampu untuk bekerjasama dengan pemimpin di sana," katanya.

Bagaimanapun, Hadi menjelaskan partinya belum membuat keputusan sama ada Ahli Parlimen Kubang Kerian itu akan bertanding kerusi parlimen ataupun DUN, atau kedua-duanya di negeri kubu kuat Umno tersebut.

Selain itu, Hadi turut menjelaskan PR sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum dengan hampir 80 peratus senarai nama calon sudah lengkap.

[Bergambar] Program Ambiga Di Merlimau Diganggu Pemuda Liar. Dua ADUN DAP Jadi Mangsa

Posted: 20 May 2012 12:36 AM PDT


KELAB GREENBOC


Program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga di Merlimau terganggu ekoran serangan oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga dihadiri sekumpulan pemarah yang tidak berpuas hati, menurut malaysiakini.

ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong berkata kumpulan pengacau itu menyerangnya dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew apabila mereka meninggalkan tempat acara itu.

"Batu dan telur mengenai kereta kami. Cermin depan anggota kami turut pecah," katanya.

Salah satu daripada tayar kenderaan Tey juga dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Merlimau.












Orang Melayu masih takut pada DAP?

Posted: 20 May 2012 12:29 AM PDT

KL TODAY

 


Orang Melayu masih takut dengan agenda DAP yang tidak menghormati orang Melayu sebagai tuan negara ini, kata Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar dari Universiti Malaya

."DAP memperjuangkan sosialime iaitu sama rata untuk semua kaum…maknanya tidak ada lagi keistimewaan orang Melayu di negara ini.

"Sedangkan negeri (negara) ini ada orang Melayu, ada Raja-raja Melayu.

"Orang Melayu melihat DAP sebagai pembela orang Cina, Mereka anggap DAP sebagai chauvinis orang Cina," katanya yang juga Ketua Jabatan Media UM.

Menurut Dr Abdul Latiff lagi, walaupun DAP mula membuka pintu untuk menarik orang Melayu tetapi tidak ada yang berminat.

DAP, tambahnya, mahu mengambil kesempatan daripada hasrat PAS yang sanggup bekerja sama dengan parti untuk menubuh kerajaan baru.

"Orang Melayu generasi lama masih ingat mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 69. Selepas DAP menang pilihan raya umum, DAP berarak untuk menubuhkan kerajaan negeri di Selangor.

"DAP begitu riak dan sombong mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang Melayu. Antaranya ialah menyuruh orang Melayu balik kampung.

"Sikap riak dan sombong itu yang menimbulkan ketegangan kaum. Mereka masih ingat peristiwa 13 Mei," kata Dr Abdul Latiff.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mengapa orang Melayu tidak berminat menyertai DAP.

Malah bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim mengambil keputusan meninggalkan parti itu minggu lalu selepas tiga tahun menyertainya.

Sebelum ini bekas pemimpin kesatuan sekerja Datuk Zainal Rampak walaupun pernah bertanding atas tiker DAP dalam pilihan raya juga keluar parti.

Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman sertai Pas

Posted: 20 May 2012 12:23 AM PDT

MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari akan menyerahkan borang menyertai Pas di kampung halamannya, Larut, Perak, hari ini.

Difahamkan, beliau akan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu program yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Fauzi berkata, beliau telah membuat keputusan menyertainya selepas membuat beberapa perbandingan dengan parti lain antaranya, Umno, PKR dan DAP.

"Takkan saya hendak menyertai DAP…, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul.

"Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan… tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis," katanya kepada Sinar Harian.

Selain Fauzi, difahamkan antara nama-nama yang disebut bakal menyertai Pas adalah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff.
Bagaimanapun beliau pernah menafikannnya.

Ramli yang pernah dituduh di mahkamah berhubung kes rasuahnya, tetapi telah dibebaskan dan didapati tidak bersalah.

Fauzi berkata, walaupun beliau terlibat dalam politik, beliau masih berpegang teguh kepada etika dan prinsipnya semasa berkhidmat, bukannya akan dipergunakan seperti yang dianggap pihak yang tidak senang dengan keputusannya.

"Saya tahu apa yang akan dilakukan dan apa yang tidak boleh. Sebagai bekas penjawat awam, saya tahu batasannya, bukan semua akan didedahkan pada ceramah-ceramah yang akan disertainya.

"Insya-ALLAH saya gunakan pendekatan berhemah, tak perlulah risaukan penyertaan saya kepada Pas," katanya.

Fauzi yang ditanya sekiranya akan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13, katanya, "biarlah pucuk pimpinan tentukan, kerana saya masuk Pas bukan tujuan dicalonkan tetapi hanya berbakti kepada rakyat."

"Cuma selepas menjadi ahli, sudah tentu saya akan memberikan lebih tumpuan kepada parti, jika tidak lebih baik menjadi ahli biasa sahaja dan keluar mengundi," katanya.

Menurut Fauzi, beliau memilih mendaftarkan sebagai ahli Larut kerana kedua ibu bapanya berasal dari kawasan berkenaan.

"Tidak salah saya mencurahkan bakti di kawasan yang saya pernah membesar. Cuma dulu semasa dalam kerajaan, saya ada tanggungjawab lain, kini dah pencen, jadi boleh lah aktif sikit dalam politik," katanya.

SPR pastikan undi pos petugas media telus

Posted: 20 May 2012 12:18 AM PDT


SINAR HARIAN
Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Wan Ahmad Wan Omar

 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan proses undi pos bagi petugas media yang dijangka dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13, dibuat secara telus bagi menghindari tanggapan negatif serta rungutan pelbagai pihak.

Sehubungan itu kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, SPR akan sedaya-upaya untuk tidak membabitkan pihak ketiga di dalam proses berkenaan.

Antara cadangan awal SPR ialah petugas media terbabit datang sendiri mengambil kertas undi di pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya di tempat mereka didaftarkan dan mengundi di situ, katanya dalam satu temu bual dengan Bernama di sini.

Beliau berkata mereka boleh berbuat demikian sepanjang tempoh berkempen yang telah diputuskan SPR tidak kurang daripada 10 hari.

Walau di mana petugas media ditempatkan majikan masing-masing, mereka masih boleh balik ke kawasan masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab itu kerana tempoh berkempen agak lama, katanya.

Kebenaran mengundi pos bagi petugas media adalah antara 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang dipersetujui SPR untuk dilaksanakan.

Kemudahan untuk mengundi pos itu adalah mengikut subperaturan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata SPR bagaimanapun bersedia memberi pencualian kepada petugas media yang ditempatkan terlalu jauh dari kawasan mereka didaftarkan seperti Sabah dan Sarawak.

Mengenai proses tersebut, Wan Ahmad berkata petugas media yang layak harus memohon untuk menjadi pengundi pos daripada RO masing-masing terlebih dahulu, dan permohonan perlu disokong majikan masing-masing.

"Borang itu nanti boleh dimuat turun daripada laman web rasmi SPR sebaik pengumuman mengenainya dibuat SPR, termasuk tarikh akhir penghantaran borang," katanya sambil menegaskan tidak semua petugas media layak untuk mendapat status pengundi pos.

Antara yang perlu dilengkapkan ialah alamat di mana mereka didaftarkan sebagai pemilih dan tempat mereka ditugaskan ketika pilihan raya.

"Apabila permohonan sebagai pengundi pos telah diluluskan maka nama petugas media sebagai pengundi biasa akan dipotong," katanya.

Beliau juga meminta majikan memuktamadkan kawasan petugas mereka ditempatkan kerana sebarang perubahan pada saat akhir tidak akan dilayan SPR sebaik sahaja permohonan pengundi pos diluluskan.

Ditanya mengenai rasional petugas media masih perlu kembali ke kawasan mengundi masing-masing untuk membuang undi, Wan Ahmad berkata SPR tidak mahu ada pihak mempolitikkan perkara itu jika kertas undi dihantar ke kawasan petugas media ditempatkan.

SPR tidak mahu kelak ada dakwaaan kertas undi hilang jika perkara itu dilaksana kerana amalan SPR ialah menghantar terus kertas undi ke pejabat RO di kawasan pengundi didaftarkan.

Jika mahu perkara tersebut dilaksana, pejabat RO terbabit perlu menghantar kertas undi berkenaan ke pejabat RO di mana petugas media itu ditempatkan, dan ini membuka ruang kepada spekulasi serta pelbagai tuduhan liar kepada SPR, katanya.

Bagaimanapun kata Wan Ahmad semua itu masih di peringkat cadangan, dan SPR bersedia menerima maklum balas bagi memastikan pelaksanaan undi pos bagi petugas media berjalan lancar serta memudahkan semua pihak. - Bernama

Peniaga mahu anjur 'Bersih 4.0' depan rumah Ambiga

Posted: 20 May 2012 12:17 AM PDT

HIDAYAH HAIROM

Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
 
Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi.
 
 
KUALA LUMPUR - Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.


Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

Pemuda dakwa retak kepala diganasi polis

Posted: 19 May 2012 05:30 PM PDT

Seorang pemuda mendakwa retak di kepala akibat dipukul polis sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu - antara insiden paling serius diketahui setakat ini.

Mohd Najib Rahimi, 27, mendakwa dipukul kira-kira 30 anggota polis selepas ditangkap dan diseret polis dari kawasan Masjid Jamek ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, beliau dipukul selepas cuba menghalang polis yang mahu merempuh peserta BERSIH yang berlindung di Masjid Jamek.

Beliau juga kesal dengan tindakan polis yang didakwa bertindak seolah-olah beliau melawan sewaktu ditangkap untuk membolehkan polis lain menyerangnya bertalu-talu.

NONE "Dia tarik dan koyakkan leher baju saya dan menggoyang-goyangkan badan saya seolah-olah saya melawan.

"Sepanjang perjalanan (dari Masjid Jamek ke Dataran) saya ditumbuk, ditendang dan saya hanya mampu beristighfar sahaja," katanya.

Mohd Saufi Othman, 26 tahun, seorang pelajar politeknik pula mendakwa dihentak dengan gari dan bucu pistol pada bahagian tulang rusuknya.

"Sehingga kini setiap kali saya menarik nafas, saya terasa sakit di bahagian dada," katanya yang menyertai himpunan BERSIH bersama keluarganya.

Seorang agen insurans, Daniel Lee, 39 tahun mendakwa menerima lima jahitan di belakang telinganya selepas dipukul polis sewaktu menunggu tren berhampiran Masjid Jamek untuk pulang ke rumah

"Polis naik ke atas platform dan menarik dan membelasah saya sepanjang perjalanan dari stesen itu sehingga ke Dataran Merdeka," katanya.

'Dakwa polis di mahkamah hanya pertunjukan'

Posted: 19 May 2012 05:28 PM PDT

MALAYSIA KINI
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah menyifatkan tindakan mendakwa dua orang polis atas tuduhan mengasari seorang jurugambar sebagai satu 'pertunjukan' semata-mata.

Menurutnya, lebih ramai polis sepatutnya didakwa berdasarkan jumlah peserta yang tampil ke depan memberi keterangan dan membuat laporan polis.

"Saya rasa tidak cukup. Apabila kita dengar cerita daripada mereka kita tahu ada lebih daripada dua orang anggota polis yang sepatutnya didakwa.

"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," katanya.

Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong.

Berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa dikasari, Maria Chin menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan sebab sebahagian polis yang didakwa melakukan kekasaran tidak memakai tag nama atau nombor pengenalan polis pada hari itu.

"IGP kena jawab kenapa polis pada hari itu tidak memakai tag nama" kata Maria Chin.

Sementara itu, wartawan dari Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob mempertikaikan kenapa hanya wartawan theSun Radzi Razak dipanggil membuat kawat cam terhadap penyerangnya setakat ini.

"Saya memang cam tiga orang polis yang menyerang saya.

"Saya bercadang nak buat kawad cam macam saudara Radzi Razak juga lakukan," katanya.

Samun guna kereta peronda trafik

Posted: 19 May 2012 05:26 PM PDT

KOSMO
 
KERETA peronda trafik yang dilarikan suspek dekat susur keluar Plaza Tol Lanchang semalam.

KUANTAN - Seorang penjenayah bertindak berani melarikan kereta peronda trafik dan sempat berhenti untuk menyamun dua mangsa sebelum dia sendiri mati ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini semalam.

Lelaki terbabit, Chiang Hon Hing, 39, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dikatakan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan susur masuk Plaza Tol Lanchang, LPT menghala ke Kuantan sebelum sebuah kereta peronda trafik jenis Proton Waja yang dinaiki dua anggota berhenti menyiasat pada pukul 1.10 pagi semalam.

Dua anggota itu bagaimanapun dikejutkan dengan tindakan Hon Hing mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan tetapi tersasar.

Suspek kemudian sempat melarikan kereta peronda itu dan dikejar pula oleh sebuah lagi kereta peronda trafik yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Namun, suspek berjaya meninggalkan kenderaan itu di belakang dan berhenti di Kilometer 113.6 lebuh raya untuk menyamun dua lelaki yang turut menaiki sebuah kereta Proton Waja.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, kedua-dua mangsa tidak dicederakan tetapi suspek telah meninggalkan kereta peronda itu dan melarikan pula kenderaan mereka.



"Suspek terus memecut sehingga ke Tol Jabor dan apabila ternampak sekatan jalan raya di situ dia berpatah balik menghala ke arah Kuala Lumpur.

"Tiba di Kilometer 249.2, kereta yang dipandu suspek rosak dan berlaku kejadian tembak menembak antara dia dengan anggota polis yang menaiki kereta peronda yang mengejarnya dari Jabor," katanya.

Hon Hing yang rebah di atas jalan raya selepas cedera ditembak di perut disahkan mati di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd. Jarizan Md. Jid turut cedera setelah terkena tembakan di lengan kanannya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol jenis Baretta yang digunakan suspek.

Bagai aksi filem

Posted: 19 May 2012 05:21 PM PDT

Oleh MOHD FAUZI ABDULLAH
CEPAT SEMBUH...Sharifuddin  (kanan)  melawat   Mohd Jarizan  di hospital sambil diperhatikan ibunya Fatimah Osman, 58, dan bapanya Md Jid Mamat, 59.
 
CEPAT SEMBUH...Sharifuddin (kanan) melawat Mohd Jarizan di hospital sambil diperhatikan ibunya Fatimah Osman, 58, dan bapanya Md Jid Mamat, 59. 
 
 
KUANTAN: Selepas merampas dua kereta, termasuk satu kenderaan polis dalam usahanya melarikan diri, seorang penjenayah paling dikehendaki kerana dipercayai terbabit dengan pelbagai kes bunuh, dadah dan curi kereta, mati selepas berbalas tembak dengan polis di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), berdekatan Tol Jabor, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 pagi, suspek yang dikenali sebagai Chiang Hon Hing, 39, dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dan mempunyai empat rekod jenayah membabitkan kes bunuh, dadah, menghalang tugas penjawat awam dan curi kenderaan, meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, selepas terkena tembakan di perut.

Kejadian tembak menembak umpama filem Hollywood itu turut menyebabkan anggota polis, Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid, 24, cedera di tangan kanan akibat terkena tembakan penjenayah.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, kejadian bermula di Plaza Tol Lanchang, Temerloh apabila anggota peronda lebuh raya memeriksa sebuah kereta jenis Honda bernombor pendaftaran JAQ 86 yang berhenti di tepi jalan susur masuk tol berkenaan.

Katanya, suspek yang tiba-tiba keluar dari kereta melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua anggota terbabit namun tidak mengenai sasaran. Akibat tembakan dilepaskan lelaki terbabit, kedua-dua anggota polis yang menaiki Mitsubishi Pajero bergegas menyelamatkan diri.

"Suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan merampas kenderaan milik polis dan pada masa anggota berkenaan terus berbalas tembakan dengannya sebelum meminta bantuan untuk mengejar suspek," katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.



Katanya, sebaik tiba di Kilometer 113.6 LPT, suspek memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum melarikan sebuah Proton Waja yang dinaiki dua lelaki dan meneruskan perjalanan menuju ke Kuantan sambil dikejar anggota polis.

"Namun, apabila tiba di Tol Jabor, suspek yang melihat ada anggota polis melakukan sekatan, cuba berpatah balik dan terus berbalas tembakan dengan polis.

Batu dan telur hinggap di acara Ambiga

Posted: 19 May 2012 05:19 PM PDT

Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga dihadiri sekumpulan pemarah yang tidak berpuas hati.

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event car type puncturedADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong berkata kumpulan pengacau itu menyerangnya dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew apabila mereka meninggalkan tempat acara itu.

"Batu dan telur mengenai kereta kami. Cermin depan anggota kami turut pecah," katanya.

Salah satu daripada tayar kenderaan Tey juga dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Merlimau.

Keluarga restu hubungan

Posted: 19 May 2012 05:17 PM PDT

Oleh RIADZ RADZI dan MOHD FIRDAUS SAHAT
BUKTI... antara gambar yang menunjukkan keintiman Syahrini dan Bubu.
 
BUKTI... antara gambar yang menunjukkan keintiman Syahrini dan Bubu. 
 
 
KUALA LUMPUR: "Kami tiada masalah dan merestui hubungannya. Terpulang kepada dia kerana itu pilihannya," kata Raja Mohammad Rashid Raja Salehuddin, 50-an, bapa kepada Raja Mohammad Syazni, 23, mengesahkan hubungan cinta anaknya dengan penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini.

Raja Mohammad Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu menjadi perhatian media Indonesia selepas beliau tampil mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jakarta minggu lalu, untuk menjelaskan hubungannya dengan Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.

Pada sidang media itu, Raja Mohammad Syazni turut menafikan dia berketurunan Batak dari Indonesia seperti didakwa media negara terbabit.

Dia menjelaskan dirinya orang Melayu dari Kuala Lumpur serta kerabat diraja.


Sidang media itu turut dihadiri ahli keluarga lain termasuk kakak Raja Mohammad Syazni, Raja Norzafirrah dan ibu Syahrini.

Harta karun Pulau Bidong

Posted: 19 May 2012 05:14 PM PDT

Oleh Norfatimah Ahmad dan Jamhariah Jaafar

SEBAHAGIAN artifak yang ditemui kira-kira 11 kilometer dari jeti Merang dan dua kilometer dari Pulau Bidong.
 
SEBAHAGIAN artifak yang ditemui kira-kira 11 kilometer dari jeti Merang dan dua kilometer dari Pulau Bidong.
 
 
Penyelam tempatan temui artifak berusia lebih 100 tahun di perairan Terengganu

KUALA LUMPUR: Sepasukan penyelam tempatan menemui 'harta karun' - artifak dipercayai berusia lebih 100 tahun termasuk bahan tembikar seperti tempayan, takar dan pasu, di perairan Pulau Bidong, Terengganu.

Artifak itu dikesan sejak pertengahan Mac lalu dan sudah dimaklumkan kepada Muzium Negeri Terengganu yang kini sedang mengumpul maklumat mengenainya.

Lelaki maut dalam kebakaran

Posted: 19 May 2012 05:12 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

ALOR SETAR— Seorang lelaki telah ditemui mati di bawah katil di dalam sebuah bilik di rumahnya dalam kebakaran di Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, Eng Heo, 53, mati di tempat kejadian kerana terbakar 50 peratus di bahagian kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar Mohd Fauzi Abdullah berkata pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 7.05 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 12 anggota.
Katanya anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan dan menemui mayat lelaki itu di dalam sebuah bilik.

Jiran mangsa, Ooi Poh Sin, 54, berkata ketika kejadian, dia berada di dalam rumahnya dan terdengar bunyi letupan kuat dan apabila keluar, dia mendapati rumah mangsa sedang terbakar.

Panik dengan kejadian itu, Ooi berkata dia bersama anaknya lari menyelamatkan diri kerana bimbang kebakaran merebak ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat Eng dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini sebelum dituntut keluarganya. — Bernama

Tiada ulasan: