Rabu, 30 Mei 2012

.

.


Ulasan Pentang

Posted: 30 May 2012 03:24 AM PDT

SPRM Pula Hendak Kenakan Anwar?

Wah cepat dan pantas sekali SPRM bertindak ke atas pendedahan bloger yang kini berada di tanah asing Raja Petra Kamarudin yang mendakwa kononya beliau memiliki fail rahsia timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan melakukan rasuah.

Raja Petra seorang bloger yang mempunyai banyak bapak tiri (god father) kini berada di luar negeri kerana mengelakkan untuk didakwa di mahkamah atas beberapa kes. Kata Raja Petra fail tentang rasuah Azmin itu diberikan oleh bekas pegawai SPRM kepadanya.

Bloger satu ini, sebelum ini banyak telah mendakwa memiliki rahsia peribadi para pemimpin negara ini yang mana kebenaran rahsia dan maklumat dimilikinya jauh meleset dan ia hanya sebuah ilusi beliau yang kini kesepian di luar negara saja. Mungkin orang masih ingat bagaimana dia membuat surat sumpah kononnya ada memiliki beberapa dokumen mengenai siasatan ke atas Altantuya Sharribu yang mati dibunuh kemudian jasadnya diletup.

Ekoran pendedahan itu, Raja Petra yang kononya mengaku mendapat maklumat dari seorang pegawai tinggi tentera menyebabkan pegawai yang tentera berkenaan yang masih bertugas dikenakan tindakan tatatertib.

Selain itu beliau mendakwa memiliki segulung dokumen lagi yang diterima dari berbagai pihak mengenai berbagai skandal bertaraf dunia. Cara Raja Petera mengestbelishkan dirinya seolah-olah beliau adalah bank rahsia orang politik di Malaysia ini.

Berbalik kepada sikap cergas SPRM untuk membuka siasatan berhubung apa didakwa bloger yang berkepala goling ini (botak) itu ia agak anih dan menghairankan sedikit. Kenapa SPRM begitu cepat membuat siasatan sebaik saja perkara itu didedahkan. Dalam hal ini kenyataan tindakan segera SPRM yang membuat laporan polis terhadap pendedahan Raja Petra itu membolehkan badan itu menyiasat menakjubkan. Apakah bukan keutamaan untuk SPRM memanggil Raja Petra terlebih dulu untuk mengesahkan maklumat yang didakwa itu?

Menurut laporan Panle Operasi SPRM akan bermesyuarat esok untuk membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin di dihentikan. Nampaknya isu kini bukan tertumpu kepada Azmin tetapi meluas kepada Anwar Ibrahim pula.

Menurut pengarah siasaran SPRM Mustafar Ali bahawa panel itu membincang dakwaan Raja Petra kerana menurutnya jiwa benar siasatan itu akan dilakukan. Alasannya siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu berlalu? Cara SPRM menguar-uarkan apa yang masih kabur kepada umum seakan satu permainan politik untuk menimbulkan keraguan umum kepada orang ramai.


Kenyatan Mustafar itu sekana siasatan berkaitan apa didedahkan oleh Raja Petra itu bukan lagi menjurus kepada Azmin tetapi kepada Anwar Ibrahim. Apakah SPRM akan menyiasat Anwar atas salah guna kuasa serperti mana pernah didakwa semasa Anwar jadi TPM itu yang meminta pegawai polis supaya melakukan gertakan ke atas seorang betina yang telah cuba mengaibkan dan memfinah Anwar?

Tidak mustahil itu akan diberlaku. Mungkin sudah ada pakatan di dalam hal ini dengan Raja Petra dijadikan alat atau pun sumber untuk membolehkan SPRM menyiasat Anwar. Dan sekiranya dakwaan Raja Petra itu benar pihak yang seharusnya perlu disiasat ialah Raja Petra sendiri dan orang yang memberi fail itu kepadanya. Tanpa menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas kedua mereka adalah tidak adil dan wajar untuk SPRM menyiasat Anwar dan Azmin.

Nampaknya usaha untuk mengena dan memenjarakan Anwar tidak pernah berhenti dan akan dilakukan sehinggalah Ubn dan Najib Razak merasakan parti itu akan menang dalam pilihan raya. Di sini saya ulangi sekali lagi apa yang pernah saya ramalkan; pilihan raya tidak akan diadakan selagi Anwar Ibrahim tidak ditolak masuk ke dalam penjara? Ramalan ini nampak makin menjadi realiti.  [wm.kl. 6:23 pm 30/05/12]

Celoteh Murai 15/12

Posted: 29 May 2012 06:08 PM PDT

Salentia Akan Sesat Sampai Ke Akhirat


Murai sudah nak tidur tadi tapi tiba-tiba terbaca pula satu posting di wall Fb seorang kawan mengenai berita Salentia yang mengkritik dan menghina si Cak Abun Kepala Putih yang hendak buat lebuh raya dengan meminta duit rakyat. 

Naik angin benar Salentia dengan rancangan itu yang dianggap sebagai gimik politik. Murai dapat merasakan dengan telatah Salentia itu gimik politik kali ini ada kelas sekaligus meletakkan Salentia dalam keadaan sukar dan 'rohok' untuk mengekalkan kerusinya. Dia juga sudah ilang akal.

Dengan telatah itu  Murai sahkan bahawa Salentia ini sebenarnya bukan saja 'babuk' tetapi sudah gila tidak dapat membezakan di antara lembu dengan kambing lagi, atau membezakan ular dengan lipan. Biasalah kalau orang sudah sasan dan menghidap gila babi akan jadi lagu tu lah. Kerana hilang akal begitu Salentia boleh dan tergamak memakan apa saja yang halal, makruh dan haram. Politik beliau tidak ada moral dan cemar sampai ke akhirat.


Katanya projek lebuh raya rakyat itu sebagai modal politik saja. Dia minta Cak Abun tidak mengeliru dan menipu rakyat. Dia yakin projek itu tidak akan berjaya. Wah.. Salentia ini mengira orang lain juga sepertinya buat kerja tidak pernah sudah dan berporah di jalanan... sanggup memakan buah dalam tahi. Begitulah kalau orang bodoh dan perut labuh mencecah bumi akan mengatakan orang sama dengannya. Jenis pak pandir otak kemetot.


Katanya lagi, lebuh raya itu tidak akan siap walaupun 50 atau 100 tahun lagi. Dari mana hendak ambil dan cari duit, tanyanya. Harganya sampai RM1.8 billion.  Begitulah kalau orang tidak ada iman di dada dan pengetahuan agamanya setakat tahu mengambil air sembahyang dengan hanya membasuh sebelah kaki kiri saja. Dia akan bercakap di luar kekuasaanya dan menafikan kuasa Allah s.w.t. Kalau berfikir dengan perut memang lebuh raya itu tidak akan siap. Tetapi cuba berfikir dengan otak.  Guna kedua belah otak.


Rasanya Cak Abun dan sekutunya tidak sebodoh yang difikirkan Salentia. Nak punggut duit dan minta duit dengan rakyat itu hanya gimik saja atau bukan itu sumber utama untuk membina lebih raya itu. Apa yang Murai fikir gimik itu bagi menunjukkan kepada umum sikap orang Kelantan yang rela berkorban untuk diri sendiri. Orang Kelantan tidak pelahap dan mudah berputus asa dengan apa yang mereka hendak dan apa dilakukan kepada mereka. Cak Abun tentu sudah menyediakan dana mencukupi. Negeri Kelantan bukan sesak sangat.


Tidak mengapa bagi Murai bagus juga Salentia berbuat begitu. Ia akan mencabar rakyat Kelantan untuk membuktikan lebuh raya itu akan siap tanpa bantuan UBN. Teringat akan Murai kepada satu surah dalam Quran mengenai pesanan Nabi Nuh kepada umatnya. (Kenalkah Salentia dengan Nabi Nuh... bukan Noh Omar..tetapi nabi, nabi?).  Kata Nabi Nuh kamu jangan mengira patung-patung yang disembah itu akan dapat membantu mu. Kaum Nabi Nuh mengira patung itu Tuhan nyang akan membantu mereka. Nah begitu jugalah Murai nak bagi tahu Salentia bahawa UBN itu bukan Tuhan yang boleh membantu manusia. UBN hanya parti yang sama taraf dengan dengan patung di zaman Nabi Nuh.

Perangai Salentia ini samalah dengan perangai gemulah seorang ahli Umno yang berkata dia akan berlari sambil telajang bulat di atas jambatan Sultan Yahaya Petra yang merentangi sungai Kelantan itu kalau Pas berjaya menyiapkan jambatan itu. Betapa sombong dan bongkoknya orang Umno ini bertuhankan kepada parti itu. 

Dengan kehendak Allah dan kegigihan kerajaan Pas ketika itu akhirnya jambatan itu yang pada masa itu terpanjang di pantai timur akhirnya siap. Tidaklah Murai tahu apakah orang itu menunaikan nazarnya itu, tetapi apa yang Murai diberi tahu orang Umno itu akhirnya mati lemas air dua tahun kemudian. Murai tidak mahu melihat sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Salentia kerana melawan takdir?


Cuma di sini Murai ingin berpesan kepada Salentia jangan menghina dan memandang rendah kepada orang lain. Kepada si Cak Abun itu kalau pun tidak bersetuju dengannya janganlah menghina dan memperlekehkan dan tuduh dia temberang, belawak. Ingatlah sikit kerusi tempat anda bertenggek hari ini adalah atas ehsannya. Kalau dia tidak memberi laluan mungkin anda kini sudah lama masuk 'rak' dan merunyai tong sampah di bandar Kota Bharu.


Kalau Salentia merasa dirinya hebat sama-sama kita tunggu apa jadi kepadanya dalam pilihan raya ke-13 nanti. Apakah dia masih menjadi sabut yang terampung di lautan luas ataupun akan jadi batu tenggelam ke dasar sungai Kelantan bakal ilang dari padangan. Murai nasihatkan Salentia waktu ini sudah ada di penghujung jalan politiknya. Sayang sekali biarpun sudah sampai ke penghujung beliau masih kesesatan. Apakah orang ini akan sesat sampai ke akhirat? Nampaknya begitulah...


Murai: Salentia kini seperti cicak terkapit pintu yang bakal kehilangan ekor.

Tiada ulasan: