Selasa, 22 Mei 2012

.

.


Celoteh Murai 14/12

Posted: 22 May 2012 02:47 AM PDT

Bila Salentia Kencing Tidak Puas...


Hehe... nampaknya ada orang jadi dedas, kencing tidak puas dan sakit kepala hari ini bila tengok Pengaum Cara II Negara Yusuf Zainal Abidin duduk di sebelah Geruda Putih untuk membelanya yang dituduh kerana terlibat dalam perhimpunan haram 28 April lalu. 

Murai sedikit pun tidak hairan kenapa si Geruda Putih bersama dua yang lain saja di dakwa manakala yang dselebihnya kalau ikut kata Pembakar Jambatan 27,263 tidak pun didakwa... Rasanya orang lain juga tahu apakah motif di sebalik tindakan itu. Hanya orang yang takut hantu sahaja akan berjalan menggunakan lampu waktu malam.


Murai faham pendakwaan itu adalah untuk menyusah dan menghalang pergerakan Geruda Putih yang sudah terbang ke seantero dunia bagi menyampaikan misi dan amanatnya agar jatuhkan kerajaan UBN. Tentu Burung Botak Mulut Merah juga yang kini duduk makan angin keluar asap di luar negara diserang dedas tiba-tiba melihat keadaan itu dan terpaksa berulang alik masuk tandas sampai disyaki sesuatu oleh Penguin. 


Siapa sangka dan siapa duga itulah perancangan Allah yang lebih ampuh dan tuntas dari perancangan manusia. Yang nampak pening dan jadi dedas dan panas punggung hari ini ialah si Salentia. (Murai cadangkan dia kena lakukan senanam tungging punggung di depan rumah Ambiga). 

Dia ini alergik sungguh dengan Geruda Putih macamlah Murai alergik dengannya.  Alergiknya kepada Geruda Putih sampai nampak terang-terang akan kebencian, dendam dan cemburunya sehinggkan dia kehilangan waras dan keperkasaan diri. 


Kata Salentia tindakan Yusuf itu telah diambil kesempatan oleh Geruda Putih hendak jadikan Yusuf sebagai modal politiknya. Dia cuba memusing isu dan memperlekehkan Geruda Putih yang ternyata lebih hebat dan gah darinya buat selama-lamanya. Dalam masa sama dia merendahkan Yusuf pula dengan menganggap ia perkara biasa dan menyamankan Yusuf dengan perangai buruknya. Kata Salentia bila sudah bersara dan ada firma sendiri maka Yusuf sedia mengambil upah dari mana-mana. Dia kata dia tidak pun hairan dengan apa yang berlaku, tetapi anihnya kenapa dia diserang dedas dengan tiba-tiba.

Iya kalau tak hairan kenapa nak ulas, patut Salentia diam sahaja, atau terus menyelam dalam air dan main pelir di bawah arus. Sedap... Oph terlupa terkasar seidikit. Tetapi tak mengapa terkasar dengan Salentia wajar sebab dia sendiri makhluk tidak bermaruah dan bahasnaya juga penuh najis. Murai kalau terserempak dengannya cepat-cepat ambil sapu tangan tutup hidung kerana busuknya Allah sahaja yang tahu.


Salentia ingat Yusuf sama sepertinya mengejar duit. Orang yang ada maruah dan prinsip tidak akan memandang soal duit. Bukan macam seperti Salentia malam siang fikir soal duit. Baginya segala-gala boleh dibayar dan dicapai dengan duit. Murai nak tenguk pada pilihan raya akan datang ini apakah duit dapat nmemenuhi cita-cita Salentia. Apakah duit dapat menghentikan raungan dan tangisan selepas kalah nanti. Murai nak tenguk macam mana Salentia memujuk dirinya dengan ringgit.


Hey Salentia, berhentilah bercakap dan merapu. Rapuan kamu sudah melampau dan menjadikan semua orang menjadi sakit. Negara ini sakit dan sausau kerana ada specis seperti Salentia ini. Elok juga Murai fikirkan kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang, gubal undang-undang untuk menghumban makhluk persis ini ke luar negara.  Negara tidak memerlukan makhluk-makhluk munafik dan busuk seperti ini.  Dan Murai yakin kalau mereka sudah tiada negara ini akan aman damai.


Murai: Ada obat kencing dedas.

Susupan Petang

Posted: 22 May 2012 02:16 AM PDT

Beranikah Najib Letak Pisau Dileher Rosmah?

 Pada hemat saya tidak mungkin Imigresen negara ini akan mengeluarkan visa kerja untuk mana-mana peguam yang mewakili Suaram untuk datang ke negara ini bagi menjelaskan perkembangan saman berhubung pembelian kapal selam dikatakan membabitkan pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang melibatkan perbelanjaan RM7.3 billion pada tahun 2002.

NONE
Bourdon
Suaram telah menyaman firma pertahanan DCNS di Perancis atas dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam yang ada unsur rasuah sebanyak RM540 juta.

Peguam yang mewakili Suaram dari badan guaman Sherpa di Paris yang berkhidmat tanpa bayaran bercadang untuk datang ke negara ini seminggu dua lagi bagi menjelaskan kedudukan dan perkembangan isu itu kepada Suaram, demikian menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel

Mahkamah Perancis telah menerima senarai saksi untuk disoal oleh peguam berkenaan berhubung kes rasuah itu. Mereka termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi. Zahid nampaknya sudah menggunakan berbagai helah untuk menenangkan dirinya kerana takut dipanggil ke Perancis. Antara lain katanya kerajaan Perancis tidak berhak untuk memanggilnya ke sana.

Keyakinan ini berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini, peguam Bourdon yang pernah datang ke negara ini dan berucap di satu majlis makan malam di Pulau Pinang telah dihalau keluar kerana dianggap melakukan perbuatan menyalahi syarat-syarat lawatan ke negara ini. Penghalauan peguam Suaram itu menandakan kerajaan takut dengan apa yang sedang berlaku.

Makanya saya tidak fikir kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak akan berani memberi visa kerja kepada mereka kerana apa yang akan dilakukan nanti sedikit sebanyak ada kitan dengan perdana menteri itu. Membenarkan peguam itu masuk ke negara ini dan menjelaskan isu itu ia seolah-olah Najib meletakkan pisau di tengkok Rosmah.

Bagaimana pun tindakan tidak telus kerajaan dan cuba menghalang peguam itu menunjukkan pihak kerajaan termasuk Najib sendiri ada akses di dalam dakwaan berkenaan? [wm.kl.5:11 pm 22/05/12]

Sesudah Subuh

Posted: 21 May 2012 04:04 PM PDT

Rais Jangan Ukur Panjang Saja, Lilit Pun Kena Ukur Juga

Nampaknya si pembakar jambatan, Rais Yatim terus mencari alasan untuk menolak Bersih 3.0 dan cuba memperkecil-kecilkannya. Bukan saja untuk Bersih 3.0, Bersih 2 dulu pun beliau telah membuat arahan kepada pegawainya supaya membuat laporan negatif. Salah satu aspek ianya dari segi jumlah yang hadir pada himpunan berkenaan.

Kalau tidak silap (ada saya catat dalam blog) arahan diberikan Rais seperti mana didedahkan salah seorang pegawainya, Rais arah supaya laporan dibuat senegatif yang boleh. Angka kehadiran Bersih 2 yang disebut ketika itu sekitar 6,000 sahaja, walhal dalam hitungan rawak saya yang hadir sekitar 65,000 walaupun ada pihak mendakwa lebih 100,000.

Rais Jantan@Yatim
Kali ini hal yang sama berlaku. Rais sekali lagi menumpukan kepada jumlah yang hadir. Kali ini angka yang dikutip agak besar berbanding dengan Bersih 2 iaitu sebanyak 27,270 orang. Angka ini seperti spesifik dan tulen. Sumber itu dikutip Rais dari laporan Bernama? Apa itu Bernama? Iya adalah agensi kerajaan. Bernama maksudnya "Berita Nasional Malaysia", agensi rasmi kerajaan.

Untuk memperkuatkan hujah itu Rais memadankan dengan angka disebut oleh BBC iaitu sebanyak 25,000. Mungkin Rais meminta Bernama memberi angka saguhati kepada Bersih sebanyak 2,270 orang. Mungkin tambahan angka itu Rais mengutipnya dari Utusan Malaysia.

Menurut Rais angka itu lebih tepat daripada angka yang diperbesar-besar kan Anwar Ibrahim diuar negara. Menurut gemburan Anwar lebih 300,000 yang hadir pada himpunan Bersih 3.0. Rais mendakwa angka disebut itu dibuat melalui sistem blok fotografi dan bukan agak-agakan minda sahaja. Iya lebih tepat. Saya nak tanya apakah atau gambar manakah yang diukur dan apakah ia dibuat dari semua dimensi atau hanya di Jalan Raja saja. Rais kalau benar dan jujur jangan ukur dari sekeping gambar saja tetapi semua gambar. Dalam hal ini kalau hendak ukur jangan panjang saja, tetapi lilit pun kena ukur juga.

Biarlah Rais hendak kata apa dan memberi kredit berapa jumlah yang hadir. Tidak kisah. Dalam hal ini mungkin jumlah kehadiran tidak berapa penting, tetapi impak dari Bersih itu yang penting. Sampai hari ini topik Bersih belum dilupakan. Di mana-mana orang bercakap dan kejayaan itu menyebabkan ada yang mahu agar diadakan Bersih 4.0. Kalau Berih gagal kenapa kerajaan terus sibuk sampai menubuh panel penyiasat khas untuk menyiasat Bersih. Siasatan itu lebih terarah untuk mengambil tindakan ke atas penganjur Bersih.

Jika Bersih 3.0 tidak ada kesan dan membimbangkan UBN untuk apa ia disiasat. Tujuan siasatan ialah untuk menyekat acara itu di masa akan datang. Rakyat umum tahu akan maksud dan tujuan siasatan ini, apakah Rais bebal mengenainya. Tidak... kerana itu beliau cuba negatifkan Bersih dan cuba memberi gambaran dari berbagai sudut bahawa Bersih gagal.

Begitu juga dengan tukang kempen Umno sudah kehabisan akal sehingga diberi akal itu oleh Rais dengan memberi angka yang 'sebenar' yang menghadiri Bersih untuk berdepan dengan orang ramai. Usaha itu nampaknya gagal dan orang awam tidak mempercayai. Sebabnya mudah, gambaran akan jumlah kehadiran itu diberikan oleh tv dan media penjilat buntut, telah dipadam ataupun diperbetulkan oleh foto dan you tube bebas yang kini berselerakan dan tersebar luas dalam internet. Wartawan tidak bertauliah memberi laporan lebih jelas dan adil mengenai Bersih berbanding dengan wartawan yang menggantungkan kad media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Inilah bahaya media baru kerana ia tidak dapat menyembunyikan sesuatu yang cuba disorot atau dipaling pontingkan cerita sebenar. Media baru akan menjawab pembohongan dan penipuan yang cuba dilakukan orang seperti Rais Yatim itu. Media baru tidak tolol dan 'bundak' seperti media penjilat buntut kerana media baru tidak ada tuan atau pun orang yang mengawal dan memegang tangan mereka dari menyatakan yang benar.

Sedikit tip untuk Rais kalau Umno masih terus mahu menipu rakyat dengan manipulasi berita oleh media usang, tutuplah kebebasan media baru ini. Selagi ia dibuka maka selama itulah Rais akan kehilangan akal, idea dan akan lengguh mulut untuk memusing cerita kepada rakyat. Cakap-cakap Rais hanya menghabiskan air liur saja.

Seperkara lagi kenapa Rais beriya-iya untuk membilang para himpunan Bersih. Kenapa tidak dikira juga berapa ramai yang hadir pada sambutan hari ulang tahun Umno 11 Mei lalu. Rais sepatutnya membetulkan angka di majlis itu bukannya Bersih. Berapakah yang telah di skan oleh Rais berdasarkan blok fotografi di stadium Bukit Jalil itu. Apakah kehadirannya sama ramai dengan penonton yang memenuhi stadium semasa perlawanan bola antara Kelantan dengan Same Darby?

Rasanya lebih baik kalau Rais memberi figure di stadium itu daripada memperkecilkan figure di himpunan Bersih. Tidak ada guna juga Rais menghitung jumlah mereka yang datang hendak duduk dan bantah tetapi tidak menghitung sama yang datang di stadium Bukit Jalil yang diangkut dengan bas dan lori termasuk juga kanak-kanak yang belum khatan. Ataupun kehadiran di Bukit Jalil tempoh hari tidak payah menggunakan apa-apa sistem untuk membilangnya kerana ia boleh dibilang dengan menggunakan kedua belah tangan dan kaki Rais serta memimjam sebelah tangan Mahathir Mohamad saja?

Ternyata tindakan Rais itu menggambarkan tindakan orang yang gelisah, yang resah dan yang bimbang. Kalau Umno khasnya Rais berada dalam keadaan selesa, beliau tidak kalut dengan jumlah himpunan Bersih. Beliau tidak payah kutip angka-angka dari laporan agensi yang dia terlebih dahulu mengajar melaporkan demikian. Dalam hal ini Rais menipu dirinya sendiri dua kali dalam satu masa. Apakah sifat itu sebagai bijaksana atau bodoh?

Apabila Rais terus bermain kata-kata dan cuba merendahkan Bersih dan mengurangkan rasa cemas rakyat dengan mengecilkan angka itu maka jelas sekali Umno ketakutan dan kehilangan akal untuk menjawab kepada rakyat. Paling jelas lagi yang Umno takut gara-gara Bersih yang berjaya dan gara-gara himpunan di Bukit Jalil tidak berjaya menyebabkan ketua Rais, Ha Najib Razak masih terkapai-kapai sama ada hendak membubar Parlimen atau pun tidak.

Buktinya... kalau Bersih tidak berkesan masakan akan ada senanam tungging punggung di hadapan rumah Ambiga oleh Melayu belum tamadun dan juga masakan ada orang yang bodoh berniaga burger di rumah Ambiga. Fahamlah kita kenapa orang Melayu rugi dalam perniagaan kerana mereka menjalankan aktiviti perniagaan sekecil dan mudah burger pun di tempat yang salah.  Ertinya kerugian yang didakwa sesetengah peniaga di Masjid India semasa Bersioh 3.0 dulu bukan kerana adanya demonstrasi itu tetapi kerana kebodohan mereka dalam perniagaan.

Semoga esok atau lusa Rais akan mengeluarkan perangkaan mengenai jumlah kerusi yang bakal diperolehi UBN dalam pilihan raya akan datang dan berapa buah negerikah yang akan dapat dimenangi UBN. Semoga... Bukankah begitu Mat, Mat mana? Mat Maslan lah siapa lagi. [wm.kl.6:47 am 22/05/12]

Singgungan Malam

Posted: 21 May 2012 04:29 AM PDT

Jangan Melampau Sokong Bola Sepak

Mungkin fikiran saya ini dianggap gelap atau kontras dengan pandangan orang lain mengenai bola sepak atau pun 'mania' bola sepak yang melanda rakyat negara ini. Iya, sukan itu baik tetapi sejauh mana kebaikannya perlu dikaji dan dinilai sepanjang masa dari berbagai-bagai sisi untuk memastikan dalam keseronokan itu ada manfaat dan keberkatannya.

Mengenai perkembangan bola sepak hari ini terutamanya yang dicapai oleh pasukan bola sepak Kelantan (Gedebe Merah) serta bagaimana rakyat Kelantan fanatik terhadapnya, pada saya tidak banyak membantu Kelantan seluruhnya sebagai sebuah negeri disenandungkan sebagai Serambi Makkah.

Pasukan Gedebe Merah sedang menerima medal dari Tengku Mahkota Kelantan.
Bola sepak hanya sebahagian hiburan dan riadah jiwa saja. Kemajuan bola sepak dicapai Kelantan - telah memenangi beberapa kejohanan yang tidak dicapai sebelum ini lebih kepada kejayaan peribadi seseorang saja bukan membawa erti kepada seluruh rakyat apa lagi kepada kerajaan Kelantan. Kerana bola sepak bukan projek mega kerajaan Kelantan.

Sokongan yang diberikan oleh kerajaan Kelantan baik berupa doa, material dan kemudahan-kemudahan lain termasuk menghapuskan hutang Kafa demi menunjukkan kerajaan Kelantan hari ini mesra rakyat dan mesra anak-anak muda sudah lumaya. Kerajaan Kelantan beriya menyokong bukan kerana dasar atau agenda utama kerajaan itu, tetapi untuk mengambil hati dan menjaga agar undi tidak akan lari dari parti itu.

Jadi apakah ertinya?

Nampaknya kerajaan Kelantan seperti juga presiden Kafa menjadikan bola sepak untuk modal lambung politiknya. Annuar terjun ke dunia bola sepak dengan memimpin Kafa untuk memulihkan imejnya yang tercalar dalam kerjaya sebagai orang politik. Dalam kata lain Annuar Musa menjadikan bola sepak sebagai suaka politik setelah dia terpenjara dalam beberapa kekalahan. Kalau beliau masih menjadi menteri, belum tentu dia membantu perkembangan bola sepak Kelantan. Apakah sebelum ini ada terlatas di telinga akan sumbangannya kepada bola sepak?

Penyertaan dan penglibatan Annuar bukan sia-sia. Dia seorang yang bijak dan tahu menggunakan kesempatan dari celah mana sahaja. Dalam industri bola sepak ini Annuar menyelam sambil minum air. Di samping dia mengharap mampu  menggilapkan atau meletakkan cahaya kepada dirinya. Dalam diam-diam dia juga mengaut untung di sebalik sukan itu. Tidak Annuar kalau apa-apa yang dilaksanakannya tanpa ada wang yang mengalirkan ke dalam poketnya.

Berkebetulan pula sentuhannya menjadi. Dalam tempoh tidak sampai 10 tahun perkembangan bola sepak Kelantan merangsangkan. Apakah kita mempersoalkan perkembangan itu sesuatu yang dibanggakan dan ada dalam agenda kerajaan? Kalau penglibatan dan komitmen kerajaan negeri dalam memberi sokongan kerana terpaksa bagi mengelakkan undi lari ia bukan ikhlas dan sesuatu yang mutlak. Mungkin sumbangan atau penglibatan Pas perlu difikirkan semula.

Apa yang perlu dikaji kerajaan Kelantan apakah manfaat yang kerajaan perolehi dari bola sepak. Baik dari sudut pembangunan fizikal dan juga pembangunan ummah. Maaf cakap, saya nampak budaya bola sepak lebih kurang budaya 'hendonisme' sahaja. Ia sudah bercampur antara riadah jiwa dengan riadah mata. Cuba perhatikan pakaian para penonton yang menjelekkan mata. Ada penyokong perempuan pakai baju tidak senonoh sampai nampak pusat pauh jangi. Apakah fenomena ini tidak memberi kesan negatif dan menyebabkan Pas tersangkut (bersubahat) sama dengan maksiat itu?

Kerajaan Kelantan nampaknya terleka dalam soal ini kerana dikejar bayang politik. Seruan dakwah, mendidik para penyokong tidak nyata di muka umum. Tidak ada kempen khas yang dilakukan oleh mana-mana sayap atau pun individu untuk membentuk masyarakat bola sepak yang murni dan menempati kehendak Islam. Wajar kalau mana-mana Ngo atau institusi kerajaan sendiri menyeru dan mengajak agar penyokong bersopan santun dan mengenakan pakaian yang menutup aurat semasa menonton bola sepak dan berusaha menghindarkan pergaulan lelaki dengan perempuan.

Di kesempatan ini saya hendak beri sedikit pandangan dan teguran berhubung cadangan Exco Abdul Fatah Mahmod yang akan berbincang dengan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memberi habuah kepada pasukan Gedebe Merah yang berjaya membawa pulang piala FA dalam tempoh 25 tahun.

Apakah beberapa habuan dan kemudahan disediakan sebelum ini tidak mencukupi? Saya rasa kerajaan Kelantan tidak wajar bermurah hati berlebih-lebihan dengan bolasepak. Masih banyak lagi pihak-pihak atau pun Ngo yang memerlukan bantuan dari kerajaan Kelantan. Tidak payah habuan untuk bola sampai 'berbeloh dan berbalik". Cukuplah sekali dua sahaja. Apakah kerajaan Kelantan perlu menyediakan habuah setiap kali gedebe merah menang.

Lagi pun dalam soal ini saya nampak seperti kerajaan Kelantan seakan menginding sahja, menjadikan hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong. Mengada-ngada. Kita saja yang suka-suka dan bermurah hati hendak memberi hadiah sedang orang berkenaan tidak pun berterima kasih. Apa salahnya kalau Annuar Musa bersama pemain menemui Nik Aziz dan membawa piala itu ke Kota Darul Naim barang seketika untuk digosok-gosok oleh Tok Guru? Hormatilah beliau sebagai Menteri Besar bukan sebagai Mursyidul Am Pas?  

Begitu juga kalau pun untuk tarik undi dan memberi kegembiraan kepada anak-anak muda yang meminati bola sepak, tidak perlu sampai memberi habuah untuk galakan demikian rupa. Fatah atau kerajaan Kelantan kena faham bola sepak betapa pun maju ia tidak memberi tempias hasil kejayaan kepada pihak lain.

Lagipun gedebe merah bukan sebuah pasukan negeri tetapi tidak lebih dari sebuah kelab. Sebab itu bagi saya mereka yang melonjak-lonjak kegembiraan kerana kemenangan gedebe merah sebenarnya mereka tertipu kerana pasukan itu adalah hak semua peminat dan bukan bersifat hak milik kerajaan dan rakyat Kelantan.

Kesimpulannya habuan untuk para perminan cukuplah seperti mana dijanjikan Annuar Musa yang akan menyerahkan RM500,000 untuk para pemain dan selebihnya untuk mereka pergi bercuti. Ingat buat baik berpada-padah buat jahat jangan sekali. Perhatikan masih banyak institusi lain ataupun pondok-pondok tradisi yang masih memerlukan bantuan kewangan. Hendaknya jangan Tok Guru begitu mudah meluluskan peruntukkan untuk gedebe merah, lainlah kalau peruntukan itu dari potfolio Fatah. [wm.kl.7:59 pm 21/05/12]

Tiada ulasan: