Khamis, 3 Mei 2012

.

.


Dokumen Sejarah

Posted: 02 May 2012 09:01 PM PDT

Laporan Polis CheGuBard
Kronologi Beliau Dibelasah Polis

Semalam saya menerima email dari che'GuBard mengenai laporan polis yang dibuat pada 28 April. Dalam laporan itu beliau menyebut kronologi beliau dibelasah ramai-ramai oleh polis. Saya tidak mahu mengulas dan memberi pandangan mengenainya. Di bawah ini saya perturunkan keseluruhanya isi email/laporan berkenaan, baca dan nilailah sendiri.

CheGuBadr dalam bulan cerah di pentas utama.
Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. 

Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit "Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !"

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut "kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau"

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali jika Dataran Merdeka dibuka semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan baying – baying sendiri kerana pilihanraya terlalu hamper tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan 'brainwash' polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.
Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.  Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
[wm.kl.11:56 am 03/05/12]

Susupan Malam

Posted: 02 May 2012 06:09 AM PDT

Gambar Lucah Azmin Untuk Hancur PKR

Sekali lagi akhbar penyambung lidah syaitan yang juga terdesak kerana jangka hayatnya semakin menirus dan bakal hangus kerana bapak tirinya juga sedang nazak, menyambung agenda fitnah mereka dengan mendedahkan foto skandal sex melibatkan pemimpin parti pembangkang.

Azmin Ali
Kali ini yang jadi mangsanya Timbalan Presiden PKR Mohamaed Azmin Ali.

Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahad dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jambatan tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adigen itu sampai ke jambtan tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya.

Beberapa keping gambar memaparkan 'wajah' Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya.

Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Tektik ini tektik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya.

Berita itu dipetik dari blog upahan Umno. Kepada akhbar itu pendedahan skandal itu tidak akan berjaya mempengaruhi kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sambutan. Sebaliknya pendedahan bersifat fitnah itu menjadikan PKR dan Pakatan Rakyat akan mendapat simpati. Pendedahan gambar itu samalah nilainya dengan penyeksaan pihak polis ke atas peserta Bersih menyebabkan ia memberi simpati kepada PKR dan kebencian kepada Umno. Ianya huduh.

Wajah Azmin di dalam kedua-dua gambar itu tidak jelas dan kabur. Hanya warna baju dipakai Azmin saja dijadikan bukti kononnya lelaki itu Azmin. Bukti dan cara pembikinannya tidak profesional langsung.

Naif sangat bukti yang dinyatakan atau ditunjukkan oleh individu yang berniat hendak menghancurkan kerjaya politik Azmin.

Percayalah apa saja ditonjolkan itu tidak menjadi butir gatal pun kepada Azmin dan juga penyokong Pakatan Rakyat. Perkara fitnah seperti itu sudah pun biasa dan menjadi mainan yang tidak sedikitpun dirasakan bersalah oleh orang melakukannya. Saya juga percaya fitnah itu tidak mengugatkan dan mengendurkan semangat Azmin malah ia semakin tambah menyemarakkan jihadnya. Simpati dan sokongan juga akan bertambah. Di sini tidak bijak askar upahan atau ahli propagada Umno dalam melancarkan sesuatu fitnah ke atas pimpinan PKR kerana dapat dibaca awal oleh orang raamai.

Kalau yang mendedah (fitnah) itu dan juga yang menyambungnya muslim dan beragam (tidak kira agama apa) mereka tidak akan sanggup berbuat demikian. Tetapi kerana mereka tidak beragama, atau pun agama hanya dengan kata-kata bukan iktikad di hati... dia boleh melakukan apa saja asalkan cita-citanya tercapai. Jadi pendedahan itu hanya sia-sia saja kerana orang sudah tahu siapa mereka.

Kepada Azmin janganlah cemas kerana tujuan mereka berbuat begitu ingin menganggui fokos anda kepada perjuangan untuk menumbangkan Umno. Mereka (si pembuat fitnah itu) tahu kekuatan Pakatan Rakyat khasnya PKR kini terletak ditangan anda sebagai timbalan presiden. Walhal banyak lagi skandal benar mengenai pemimpin Umno tetapi kenapa mereka tidak menyentuhnya?

Selepas mereka gagal menghancurkan kejaya politik Anwar, kini mereka akan beralih kepada Azmin pula. Mereka akan melanyak dan moraliskan Azmin. Tidak mustahil selepas pemimpin tertinggi PKR termasuk Nurul Izzah, Shamsul Iskandar Md Akin dan lain-laian akan difitnah dan diperlakukan seperti biasa dengan niat dan tujuan sama.

Saranan yang disuruh oleh perempuan bermuka bulat dahi tinggi dan mulut luas juga agar Azmin bersumpah dan bertaubat, tidak perlu dan jangan dipedulikan. Tidak ada guna kalau pun Azmin bersumah kerana sumpah hanya untuk orang beriman saja. Kalau seseorang itu tidak beriman, mereka tidak akan mempercayai dan akur dengan sumpah.

Tentang perempuan bermuka bulat dan dahi laus itu sepatutnya dia dulu membuat pengakuan ikhlas menafikan yang dia pernah ditiduri lelaki di luar negara beberapa kali dengan sedikit upah.  Penafian yang dibuat perempuan itu kononnya dia tidak ditidur tidak begitu kuat. Mungkin kalau keadaan memerlukan gambar perempuan itu sedang ditiduri akan dipublishkan dengan izin.

Jikalau pihak di sebelah sini hendak bermain jahat gambar perempuan yang lagak Islam dan solehah itu gambar beliau dengan lelaki yang menidurinya juga boleh direkacipta untuk memburukkan dirinya. Tetapi di sebelah sini tidak akan berbuat kerja-kerja politik jahat, kotor dan cemar serta tidak bermaruah begitu kerana itu bukan budaya dan stail mereka. Pemimpin PKR masih mempunyai integriti dan yang busuk semuanya sudah melompat keluar dan mereka kini bersekongkol dengan wanita berdahi luas dan mulut besar yang belenja itu. [wm.kl.8:53 pm 02/05/12]

Tiada ulasan: