Blog-list Malaysia |
- Skandal Artis - Menteri Semakin Panas
- Raja Bersiong Yang Hisap Duit Rakyat Untuk Anaknya Yang Baru 26 Tahun
- Guru Diperbodohkan Atau Memang Muhyiddin Yang Bodoh?
- Khas Buat Guru - RM500 Setiap Bulan Jika Pakatan Kuasai Putrajaya
- Puak Bodoh Mana Pulak Nak Buka Pasar Malam Depan Rumah Ambiga?
Skandal Artis - Menteri Semakin Panas Posted: 16 May 2012 11:05 PM PDT Aktres terkenal tanah air, Zahida Rafik hari ini tampil menjelaskan skandalnya bersama dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden Umno-APCO, Shafie Apdal yang sedang hangat ketika ini. Zahida yang dikaitkan dengan Shafie Apdal berkata, beliau tidak mengenali menteri itu dan tuduhan terhadapnya oleh bekas pemandu Noor Azman Azemi bohong semata-mata. "Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri? "Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. "Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Mstar pada Rabu. Semalam Noor Azman mendakwa pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie - jumlah paling tinggi pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun. Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan dia melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000, yang kandungannya kemudian didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah. Zahida menuduh bekas pemandu peribadinya, Noor Azman Ahmad yang juga anak saudara penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan sebagai bohong dan dusta tetapi tidak pula memberi dokumen dan fakta yang kukuh bagi menafikan dakwaan Noor Azman. Sedangkan dalam sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya semalam jelas menujukkan bahawa Noor Azman adalah individu yang bertanggungjawab membawa wang tunai sehingga RM1 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida sendiri! Zahida juga menafikan dakwaan Noor Azman bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Shafie Apdal sejak skandal hubungan mereka didedahkan media hiburan tempatan pada 2010 dengan gossip mengatakan mereka sudah berkahwin di London, United Kingdom. Sekiranya benar penafian Zahida, mengapa polis menyoal siasat Noor Azman yang direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas membuat laporan polis menafikan dakwaan Zahida bahawa dia melarikan wang tunai RM200 ribu milik Zahida yang ingin dimasukkan ke dalam akaun bank. Mengapa pula dalam soal siasat tersebut, Noor Azman ditanya oleh pegawai polis dari Cawangan Khas dan bukannya pegawai polis yang mengambil kertas siasatan tersebut? Mengapa Noor Azman ditanya, adakah kamu mahu menghancurkan imej dan nama baik menteri (Shafie) yang berjasa kepada rakyat (kununnya)? Tetapi yang paling menghairankan, mengapa tuntutan saman difailkan ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin oleh Zahida melalui peguam Umno-APCO terkenal, Muhammad Shafee Abdullah? Bukankah Zahida boleh mengupah peguam lain yang tidak ada kaitan dengan Umno-APCO jika benar dia tidak ada hubungan dengan Shafie Apdal? Lagipun, PKR tidak berminat dengan skandal mereka berdua sebaliknya mahu penjelasan dari mana datangnya wang sebanyak itu yang diterima daripada Shafie dan untuk tujuan apa? Kenyataan Zahida jelas bakal memakan dirinya sendiri! Jalan Pulang |
Raja Bersiong Yang Hisap Duit Rakyat Untuk Anaknya Yang Baru 26 Tahun Posted: 16 May 2012 04:47 PM PDT Skandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah.. Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah. Ianya mungkin kelihatan agak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi.. jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrsk ysng bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya.. Satu-satunya masalah dengan kontrak kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar. Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau. Anak perempuan Raja Nong Chik berusia 26 tahun, Raja Farhana, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua orang Pengarah syarikat. Beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 saham. Ini bermakna secara praktikal beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan Pengarah yang lain hanya memiliki satu saham. Syarikat itu, yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu apabila Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta RM dan liabiliti semasa kira-kira RM400, 000 terhadap aset semasa.. Dipetik dari - SINI |
Guru Diperbodohkan Atau Memang Muhyiddin Yang Bodoh? Posted: 16 May 2012 04:31 PM PDT 24,053 guru dinaikan pangkat Jun ini: Guru patut tunjuk punggung kpd Mahyuddin!! Malam tadi semua media UMNO/BN menyiarkan sambutan Hari Guru oleh Menteri pendidikan Muhyiddin Yassin Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar hari ini. Kononnya guru dapat "Durian Runtuh". Muhyiddin mengumunkan apa yang sememangnya guru sudah dapat, bukannya bulan Jun 2012. Kononnya seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini. Ini cerita bodoh, semua orang dah tahu!! Mahyiddin sepatutnya sedar Pakatan Rakyat (Pakatan) bertekad mengotakan janji yang ditawarkan dalam Buku Jingga termasuk menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang sebagai permulaan. Pakatan Rakyat menegaskan, tawaran itu sebagai menghargai peranan guru yang konsisten meneruskan tugas dan tanggungjawab membina anak bangsa Madani. "Dalam kita berdepan dengan gelombang globalisasi, kebajikan guru mestilah dipelihara, termasuk memantap skim pengajian dan elaun guru meliputi kesihatan, keselamatan, keluarga dan persaraan mereka. Pakatan Rakyat melihat kerjaya pendidik pekerjaan mulia dan mesti dipergiat untuk golongan muda agar minat kepada tenaga pengajar lebih mendalam di samping membantu ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara. "Guru adalah pencorak minda dan nilai kemanusian sepertimana dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 269 bermaksud 'Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan yang ditentukanNYA). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akan fikirannya. Pakatan juga bertekad memastikan apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga dikota dan laksana dengan formula pentadbiran telus dan mantap. Imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru itu merupakan satu dari 10 tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia untuk dilaksana dalam masa 100 hari selepas diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan baru pada pilihan raya umum akan datang. Tawaran itu turut diisytihar dan dicatat dalam Buku Jingga sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pada November 2010. MUHYIDDIN MAT YASIN JANGAN PERBODOHKAN GURU!!! |
Khas Buat Guru - RM500 Setiap Bulan Jika Pakatan Kuasai Putrajaya Posted: 16 May 2012 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR 16 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) bertekad mengotakan janji yang ditawarkan dalam Buku Jingga termasuk menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang sebagai permulaan, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau yang turut menganggotai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan, tawaran itu sebagai menghargai peranan guru yang konsisten meneruskan tugas dan tanggungjawab membina anak bangsa Madani. "Dalam kita berdepan dengan gelombang globalisasi, kebajikan guru mestilah dipelihara, termasuk memantap skim pengajian dan elaun guru meliputi kesihatan, keselamatan, keluarga dan persaraan mereka. "Inilah yang KEADILAN perjuangkan agar kedudukan pendidik ini terbela seterusnya memperkukuh sistem pendidikan negara," katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hari Guru, hari ini. Wan Azizah berkata, KEADILAN melihat kerjaya pendidik pekerjaan mulia dan mesti dipergiat untuk golongan muda agar minat kepada tenaga pengajar lebih mendalam di samping membantu ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara. "Guru adalah pencorak minda dan nilai kemanusian sepertimana dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 269 bermaksud 'Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan yang ditentukanNYA). "Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akan fikirannya," tegasnya. Oleh itu, katanya, KEADILAN bersama Pakatan bertekad memastikan apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga dikota dan laksana dengan formula pentadbiran telus dan mantap. "Tahniah buat guru-guru yang telah menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat. Selamat Hari Guru, jasamu tetap dikenang," katanya lagi. Imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru itu merupakan satu dari 10 tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia untuk dilaksana dalam masa 100 hari selepas diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan baru pada pilihan raya umum akan datang. Tawaran itu turut diisytihar dan dicatat dalam Buku Jingga sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pada November 2010. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30481 |
Puak Bodoh Mana Pulak Nak Buka Pasar Malam Depan Rumah Ambiga? Posted: 16 May 2012 03:13 AM PDT Kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menjadi tumpuan lagi hari ini selepas dua demonstrasi dilakukan oleh kumpulan anti-BERSIH di kawasan tersebut sejak dalam tempoh seminggu. Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan petang ini mendapati sekumpulan 10 orang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lima anggota polis hadir ke lokasi berkenaan petang ini untuk membuat kawalan. Seorang penguatkuasa DBKL yang ditemui memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mendapat maklumat bahawa sekumpulan individu akan membuka gerai pasar malam di hadapan rumah peguam tersebut. Bagaimanapun, tinjauan petang ini mendapati tiada sebarang tindakan seperti itu dijalankan oleh mana-mana kumpulan. Sekumpulan peniaga mula mengadakan demonstrasi anti-BERSIH pada 10 Mei lalu dengan membuka gerai mereka dan menjaja burger di depan rumah Ambiga. Tindakan itu diikuti dengan satu lagi demonstrasi oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu semalam yang mengadakan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman tersebut. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan