Rabu, 2 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno terdesak siar foto aksi lucah

Posted: 01 May 2012 11:52 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk keras laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.

"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?


"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi halal," katanya di Facebook.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno


Edit Laporan Berita - Astro Jawab BBC

Posted: 01 May 2012 09:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei — Astro mengaku memotong liputan Bersih 3.0 oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC) tentang Bersih 3.0 namun melahirkan rasa kecewa dengan saluran berita global itu kerana gagal memahami Astro berbuat demikian untuk mematuhi garis panduan tempatan.

Naib Presiden Kanan Operasi siaran Astro Rohaizad Mohamed menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa klip 2:16 minit itu telah dipotong mengikut peraturan kandungan kebangsaan. Walau bagaimanapun, klip itu mengandungi rakaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita.

Rohaizad tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai garis panduan yang diikuti tetapi berkata bahawa Astro berhak untuk "mengedit" kandungan daripada pembekal antarabangsa dan saluran di mana patut.


"Kami terkejut dan agak kecewa bahawa rakan penyiaran sekian lama kami, BBC, apabila mengeluarkan kenyataan, tidak mengambil kira kewajipan Astro untuk mematuhi peraturan kandungan tempatan," eksekutif kanan Astro berkata dalam satu kenyataan malam tadi .

Dalam satu kenyataan di e-mel kepada The Malaysian Insider pada hari Isnin malam, BBC mengadu tentang penapisan Astro yang dibuat atas liputan ringkas perhimpunan hari Sabtu lepas yang menyaksikan polis tempatan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

"Kami amat mengutuk mana-mana sekatan berita boleh dipercayai yang kami siarkan di seluruh dunia termasuk melalui rakan kongsi pengedaran," kata jurucakap BBC dalam kenyataan itu.

Penyiar perkhidmatan awam British menambah bahawa ia telah membuat "pertanyaan mendesak" kepada Astro untuk mencari sebab-sebab untuk menyensor liputan dua minit protes itu.

Menurut pautan YouTube dalam satu kenyataan, liputan BBC Bersih 3,0 telah dipendekkan oleh beberapa saat untuk mengecualikan klip temu bual pendek dengan dua penunjuk perasaan.

Video yang menunjukkan perbezaan di antara laporan asal BBC dan disiarkan di saluran Malaysia boleh dilihat di sini: www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0

Dalam wawancara yang pertama yang ditapis, seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, telah memberitahu BBC bahawa polis mengambil tindakan tanpa provokasi pada penunjuk perasaan walaupun berlakunya usaha untuk berunding.

"Mereka melepaskan tembakan ke arah kami dan bukannya berkata maaf, kita tahu ia adalah satu tembakan tidak sengaja, mereka menembak lagi bila baru nak berbincang dan berdamai dan berunding tetapi mereka terus menembak kami," katanya, yang merujuk kepada gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah penunjuk perasaan.

Dalam temu bual seterusnya, seorang lelaki India telah menjelaskan sebab beliau menyertai perhimpunan tersebut iaitu untuk pilihanraya yang bebas dan adil, perhimpunan yang telah bertukar menjadi ganas mulai hampir 03:00pm pada hari Sabtu.

"Saya ke sini untuk melihat berlakunya pilihanraya yang bebas dan adil. Itu saja.

"Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan bersih. Pada masa ini, ia tidak bersih. Okey? Jadi saya perlu berdiri di sini kerana ini adalah hari penentu masa depan untuk rakyat Malaysia," katanya, di tengah-tengah latar belakang beratus-ratus peserta lain di hadapan tambak di sekitar Dataran Merdeka.

Pengendali TV tempatan juga telah memotong bahagian lain laporan BBC, yang menunjukkan adegan yang diambil dari atas trak meriam air polis rusuhan yang melepaskan tembakan air kimia-berbaur pada penunjuk perasaan.

Sebahagian daripada kata-kata BBC koresponden Emily Buchanan juga turut dipotong bersama-sama dengan klip menunjukkan tempat kejadian.

"Ia kurang jelas bagaimana keganasan bermula," beliau berkata di bahagian klip yang disiarkan.

"... Tetapi selepas perhimpunan tersebut telah diisytiharkan Berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, banteng telah dirempuh ...," katanya dalam bahagian yang ditapis.

"... Dan pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata pada orang ramai," sambung beliau.

Ini bukan kali pertama penapis tempatan telah menghadkan liputan media protes Bersih di Malaysia.

Berikutan perhimpunan terakhir pihak pemantau pilihan raya Julai 9, penapis telah mengelapkan keseluruhan bahagian artikel dalam The Economist, yang berkata pengendalian Putrajaya yang disifatkan keterlaluan.

Artikel bertajuk "Dibersihkan - suatu tindak balas kerajaan yang keterlaluan kepada perhimpunan pembangkang" telah menceritakan huru-hara pada 9 Julai apabila polis melepaskan bahan kimia untuk menyuraikan berpuluh-puluh ribu yang telah berkumpul untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

Antara bahagian yang digelapkan keseluruhannya menyebut tindakan berat polis dan tuduhan-tuduhan bahawa kerajaan telah menarik balik tawaran kepada penunjuk perasaan untuk menggunakan stadium untuk perhimpunan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri juga telah menggunakan dakwat hitam untuk menghapuskan bahagian-bahagian artikel yang menyebut kematian seorang penunjuk perasaan dan dakwaan penembakan bahan kimia ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin.

Perhimpunan yang disokong pembangkang Sabtu lalu, Bersih ketiga sejak 2007, telah mendapat liputan negatif dalam media asing, di mana ramai yang meramalkan tindak balas yang mungkin bagi pentadbiran Najib.

Menurut BBC, "walaupun sambutan yang diberikan itu besar-besaran, kerajaan nampaknya tidak mengingini perubahan dan dengan kemungkinan berlakunya pilihanraya bulan Jun, terlalu awal untuk pembaharuan yang besar untuk membawa kesan.

"Ini bermakna banyak lagi pertempuran politik akan datang." - TMI


Ibu Pejabat UMNO Kelam Kabut Kerana BERSIH 3.0

Posted: 01 May 2012 06:34 PM PDT

Himpunan raksasa Berish 3.0 memberi pukulan maut kepada penguasa dan petugas parti di Ibu Pejabat Umno Jalan Sutltan Ismail. Khabarnya semua orang di Ibu Pejabat Umno seakan hilang akal dan bersih membuat mereka kelam kabut macam kekaraman kapal di tengah samudra. Para penasihat politik Umno dan juga Perdana Menteri kehilangan punca dan menjadi 'selak' beberapa ketika untuk memikir bagaimana hendak counter Bersih 3.0.

Orang paling sibuk dan 'bergelacar' katanya Teuku Adnan Mansor. Banjiran manusia berpakaian kuning dan hijau di ibu kota kelmarin dulu menyebabkan Adnan tidak lena tidur. Bagun tidak kena, tidur apa lagi. Berjalan pun tidak kena kesasan tubuh juga sirna. Kopi terasa amat pahit, milo dirasakan masam, nascafe pula menjadi terlalu lemai. Pendeknya deria rasa hilang apabila Bersih berjaya mengeruhkan air nsungai Klang dan sungai Gombak.


Begitu juga pemimpin Umno lain juga jadi 'terkaba-kaba' dalam tidur. Hanya Udin anak Yassin sahaja tersenyum lebar melihat gelagat mereka dan juga kesan Bersih. Kenapa? Mudah sahaja untuk difahami matemetika politik ini, Udin anak Yassin suka kalau Najib tertekan dengan Bersih sebab dia boleh mengayung kaki ke kerusi presiden Umno?

Kini Ibu Pejabat Umno sedang memikirkan sesuatu untuk membendung impak dan aura himpunan berkenaan. Kesan himpunan itu kini sudah mulai merebak dan menyelinap ke dalam sudut hati banyak orang. Ia bukan saja meruap di Kuala lumpur di kalangan pegawai kerajaan, mahasiswa, pekerja, boroh atau pemandu teksi dan bas Rapid KL tetap jauh ke seantero dunia, termasuk ke pelusuk desa dan kampung, di kalangan petani, nelayan dan juga mat rempit.

Laksana apa yang berlaku kepada isu projek lembu gemuk (NFC) laki Sharizat, isu Bersih sudah diperkatakan di merata tempat. Ia menjadi butiran zikir dan juadah endak di keda-kedai kopi, kedai gunting rambut dan juga market. Semua memperkatakannya; mengenai kejayaan Bersih dan kekejaman polis kepada para himpunan. Membimbangkan juga mereka menanti pilihan raya untuk menterjemahkan kemarahan dan kegeraman mereka itu.


Rakyat mempertikikan himpunan itu dan juga perilaku pihak berkuasa ke atas peserta himpunan itu yang dianggap kasar dan keterlaluan. Apapun alasan rakyat tidak boleh menerima melihat aksi-aksi ganas polis yang dipaparkan dalam you-tube. Makcik dan pakcik di kampung juga melengung panjang bila anak-anak mereka menunjukkan you tube itu kepada mereka. Mereka mungkin tidak tahu menggunakan internet, tetapi mereka memiliki anak-anak yang mahir dalam bidang IT.

Mereka tidak peduli apakah video yang dipertontonkan kepada mereka itu benar atau tidak, yang penting mereka dapat tenguk sendiri bagaimana lebih 20 orang polis trafik memukul dan membelasah seorang peserta. Gelagak sadis semacam burung hereng hendak menelan bangkai itu sudah melekat di kepala mereka dan ia tidak mudah untuk ditanggalkan kandati dibayar RM500.

Saya percaya mereka juga menonton dan tengok video dirakam oleh Polis. Tetapi mereka akan jadi pesimis dan meraguinya kerana mereka sudah tahu yang kerja dan tugas polis kepada Umno. Polis akan membuat seuatu yang baik kepada Umno dan akan melakukan atau memberi gambaran jahat kepada pembangkang. Bukan tidak ada polis yang ikut dibelasah, tetapi mereka merasakan hukuman itu adil bagi polis kerana mereka (polis) dalam keadaan sedia dengan peralatan perang yang lengkap sedangkan peserta Bersih hanya ada sebotol air mineral.

Dalam konteks perjuangan yang diheret dan dibawa Anwar Ibrahim, selamanya para penyokongnya dan para simpati dengan perjuangannya tidak dapat menerima kebaikan polis. Bagi mereka polis selamanya jahat dan berniat huduh dengan Anwar. Mereka tetap mengingati peristiwa kejam bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang memukul Anwar sehingga mata kawan itu lebam. Kejadian itu sehingga memaksa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tidak akan terlupa sampai ke liang lahad.

Kejadian dan insiden itu telah terpahat dalam ingatan dan mereka menganggap polis-polis yang ada hari ini adalah peninggalan Rahim Noor. Budaya yang diterima pakai ini adalah budaya Rahim Noor. Ismail Omar gagal untuk mengikis budaya brutal polis itu. Mereka sudah termakan najis atau kencing Rahim Noor. Dengan apa yang berlaku di himpunan Bersih rakyat menganggap tranfosrmasi terhadap polis yang diharapkan masih belum berlaku.

Persepsi dan realiti itu semualah yang merisaukan orang ibu pejabat Umno. Dari sumber dalaman memberi tahu, petugas ibu pejabat dan Adnan Mansor sedang memikirkan sesuatu untuk bertindak. Mereka perlu menjawab dan menjelas segera apa yang berlaku kepada rakyat. Sekiranya lambat menyebabkan persepsi buruk kepada UBN makin menebal dan akhirnya mereka akan 'menjuah' dan menolak Umno.

Bersih 3.0 didomonasi orang Cina?

Untuk tujuan itu, ibu pejabat Umno mahu memastikan perayaan hari ulang tahun Umno ke 66 pada 11 hingga 13 Mei ini perlu diadakan sebesar-besarnya. Perayaan dicadangkan di Bukit Jalil itu yang mula menganggarkan kehadiran 100,000 tetapi kini Umno meletakkan sasaran 500,000. Iya angka itu barulah sepadan dengan jumlah yang berhimpun di Bersih: Duduk dan Bantah itu yang mencapai jumlah 250,000.

Lantaran itu katanya semua petugas parti bermula di ibu pejabat sampai ke peringkat bahagian kena memastikan perayaan itu dihadiri 500,000. Untuk tujuan itu segala keperluan terutamanya wang ringgit di tambah. Mungkin kalau peserta Bersih dilaporkan oleh media Penjilat Bntut diupah RM150 seorang, maka mereka yang bakal hadir pada perayaan Umno akan mendapat durian runtuh sampai RM500.00 setiap orang.

Umno akan melakukan apa saja demi untuk membunuh semangat Bersih. Kalau angka itu tidak tercapai, ini bererti Umno akan malu besar. Umno sangat memerlukan khalayak seramai itu bagi membolehkan parti itu memendekkan penantian bagi mengadakan pilihan raya umum. Umno tidak sanggup untuk menanti lebih lama lagi, kerana lagi lama lagi buruk keadaannya. Ibarat penghidap barah, lagi lama menanti untuk pembedahan keadaan lagi parah. Umno kini berada dalam stage four.

"Tidak ada jalan lain untuk mengatasi Bersih dengan kita mengumpulkan orang seramai mungkin. Berapa banyak wang perlu dibelanjakan, belanjalah. Kita ini umpama pesalah yang sedang menanti hukuman gantung mandoteri. Sebelum dihukum kita dibenarkan meminta apa saja makanan yang kita mahu, nah kita belanjalah sebanyak mungkin kerana untuk menyelamatkan kita," begitulah ucap seorang pemikiran Umno yang sangat risau dengan nasib Umno kini.

Jadi bersiap sedialah seluruh ahli Umno yang didakwa ada lebih 3 juta nyawa itu untuk memenuhi stadium Bukit Jalil. Tunjukkan kekuatan anda sekalian kerana parti anda kini memerlukan life support yang terakhir untuk anda terus bernafas. Kalau perlu hunuskan keris, hunuslah. Mat ... Mat Maslan apa macam sekarang, sihat ke?

http://msomelayu.blogspot.com/


Bersih 3.0: Apa arahan Hisham kepada media

Posted: 01 May 2012 08:20 AM PDT

Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) meminta Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada editor media pada 27 April berhubung Bersih 3.0.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan keganasan pihak polis terhadap wartawan.

"Kami telah mendedahkan bukti bahawa arahan untuk mengganggu, menghalang dan menahan wartawan yang melaporkan tentang perhimpunan Bersih 3.0 datang dari peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri," ujarnya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, pada 27 April, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama untuk datang bertemu beliau.

"Kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis," kata Surendran lagi.

Beliau berkata, pihak polis dengan jelas telah mengikut telunjuk Kementerian Dalam Negeri apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari.

Tambahnya, tiada sebarang kenyataan dibuat sehingga kini oleh PM, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tentang keganasan tersebut.

Katanya lagi, jawapan Hishammuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan.

"Ini juga serangan yang serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar.

"Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan," ujarnya.

Surendran berkata, dalih Najib dengan meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan.

"Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein untuk mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu," tegasnya yang juga seorang peguam.

Beliau seterusnya meminta Najib dan Hishammuddin menerangkan dan menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa polis terhadap media dan orang ramai pada 28 April.

Dipetik dari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9996-bersih-30-apa-arahan-hisham-kepada-media-27-apr


Kekejaman Polis Di Masjid India

Posted: 01 May 2012 05:35 AM PDT


Jangan Percaya.. Ini Gambar Photoshop...

Posted: 01 May 2012 02:43 AM PDT

Harap boleh berfikir secara matang dan terbuka. Mamat hitam ni berada di dua-dua keadaan. Apa khabar menteri? mau caya tak?

Dipetik dari - kerabu

Wajib Tonton - Gangsters PDRM Mengamuk Di Restoran

Posted: 01 May 2012 02:13 AM PDT


Tiada ulasan: